BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Rabu, 22 September 2010

Pemuda UMNO Sg Dendang dan Batu 20

1. Pemuda Sg Dendang baru saja menubuhkan kembali kewujudan pemuda di cawangan tersebut. ada pernah dipaparkan dalam blos ini beberapa bulan yang lalu. Jumlah mereka bukan sedikit. Sejarah menubuhkan cawangan ini telah diusahakan sejak bertahun2 lalu. Sejal awal kepimpinan sdr Hasbullah lagi . Namun atas pelbagai masalah yang tidak dapat dielakkan , baru kini mereka dapat menubuhkannya .
2. baru2 ini saya dihubungi ketua penajanya,mereka sedang memperjuangkan sebauh dewan serba guna . kini kelulusan telah pun mereka perolehi , namun yang mengewakan mereka adalah kelulusan itu hanyalah sebuah dewan orang ramai.
3. sekali fikir , x ada salahnya dan banyak kurangnya sebuah dewan serba guna dan dewan orang ramai biasa. Namun pada pandangan saya , masalah yang bakal timbul adalah tapak dewan tersebut . sekali didirikan dewan orang ramai , bermakna dewan serba guna akan menjadi penantian seterusnya .
4. DS Ketua Bahagian telah bersetuju untuk mendengar rintihan mereka . Mungkin hari ini semasa jamuan hari raya .
5. saya amat berharap agar harapan imereka akan diberikan perhatian yang sewajarnya . Ahli Parlimen sudah tentu dapat bersama Adun Kubu Gajah untuk memikirkan alternatif utk mewujudkan dewan serba guna utk mereka.
6. kepada pemuda sg dendang , sekiranya mereka berjaya mendapatkan dewan serba guna ,janganlah disia2kan perjuangan UMNO. Teruskan sokongan yang diberikan selama ini dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab .
7. Jangan sampai dapat madu sepah dibuang . jangan beranggapan bahawa ini adalah tgjawab wakil rakyat yang wajib dipenuhi utk rakyat , tapi ianya harus dilihat sebagai satu perjuangan sdr2 bersama UMNO utk mendapatkannya .
8. Sekiranya tidak berjaya , saya fikir dewan org ramai yang baru juga masih banyak kegunaannya utk aktiviti kita . masih banyak cawangan yang tidak mempunyai kemudahan tersebut dan sdr2 patut bersyukur dgn dewan baru
9. apa pun , kita akan cuba usahakan . ada rezeki pasti tidak ke mana . sdr perlu terus bersama Pemuda dan UMNO . perjuangan kita bukan terhenti setakat itu , banyak lagi yang perlu kita perjuangkan .
BATU 20
1. saya telah terlibat sama dalam perjuangan mendapatkan padang bola di batu 20 sejak hampir 12 tahun yang lalu . sebelum itu juga , ianya telah diperjuangkan .
2.mungkin perjuangan mereka telah mencecah 20 tahun.
3. sebelum ini mereka diberikan kelonggaran oleh pentadbiran sekolah Kpg yaman utk menggunakan padang sekolah sebagai tempat bersukan setiap petang .
4.tetapi kini , padang telah semakin kecil setelah sekolah dibangunkan dengan bangunan baru . mereka tidak lagi dapat menggunakan padang utk bersukan seperti sebelumnya .
5. padang futsal kini menjadi perjuangan mereka . Ahli Parlimen telah meluluskan sebuah padang futsal kepada mereka melalui pejabat belia hampir setahun yang lalu.
6. namun kelulusan itu telah dipindahkan ke kpg RTBK , mungkin kali ini bukan rezeki mereka lagi,tetapi rezeki pemuda di RTBK.
7. saya mengharapkan pejabat belia dapat memberikan perhatian kepada harapan mereka utk memiliki sebuah gelanggang futsal. malah turut mendapat sokongan dari ahli parlimen larut.
8. jangan biarkan mereka menjadi penanti kepada lebih 2 dekad. sebarang peruntukan yang datang perlu mengutamakan mereka , kerana mereka telah lama mananti dan berjuang utk memiliki padang permainan bolasepak.
9. terima kasih saya kepada ahli parlimen yang prihatin .
10. kepada pemuda batu 20 , berikan kerjasama kepada sdr Razinan , KP cwgn sdr2.
11. mengugut untuk tidak menyokong UMNO kalau tidak mendapat gelanggang futsal adalah satu tindakan yang kurang bijak.
12. UMNO sentiasa prihatin dengan masalah sdr2. insallah , ianya akan menjadi kenyataan nanti.
13. tidak ada ruginya kalau sdr2 menghayati perjuangan UMNO .
14. jangan terpedaya dengan dakyah yang menuduh UMNO tidak prihatin. kami juga Melayu spt sdr2. kami juga sayangkan bangsa dan negara kami .
15. mari bersama pemuda umno bahagian , kita perjuangkan kepentingan kita dan rakyat.
16. saya yakin ianya lebih relevan berbanding pas dan pkr yang berjuang utk kuasa semata2.
17. insallah , saya dan rakan2 tidak akan mengecewakan sdr2 dalam perjuangan ini . cuma soal berjaya atau tidak bukan hak kita . bersama pembangkang sudah pasti ianya jauh panggang dari api utk mencapai kejayaan . mereka hanya berjuang dengan nafsu mereka tetapi dalam masa yang sama mangabui mata kita dengan pidato yang penuk retorik.
18. UMNO yang membela kiya sejak 53 tahun yang lalu . percayalah , UMNO tidak akan mengecewakan kita.
19. saya doakan perjuangan Razinan , Hj Rosli dan Ketua kampung akan membawa hasil kepada sdr2 nanti.

1 ulasan:

  1. Ini pendapat saya mengenai dewan serbaguna...
    terdapat 3 buah dewan serbaguna di Ulu Selama tetapi apa yang dapat saya lihat dewan dewan tersebut tidak dimanfaatkan sepenuh untuk aktiviti setempat. Hanya pada awal pembukaan/perasmian dewan tersebut nampak meriah. Antara kekangan untuk menjalankan aktiviti adalah disebabkan tiada dana atau sememangnya tiada program yang diaturkan. Ditambah pula dengan pengurusan yang berterabur. Keadaan ini menyebabkan keadaan dewan yang tidak terurus, penuh dengan sawang dan najis burung atau kelawar.

    Itu hanyalah pandangan peribadi berdasarkan pemerhatian saya dikawasan Ulu Selama. Seperti yang pernah diucapkan oleh ADO Selama "Kerajaan boleh membina sebanyak mana dewan, bangunan dsb yang dimahukan, tetapi bagaimana ia akan digunakan"

    BalasPadam