BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Jumaat, 14 Januari 2011

Post ini dari Blog Lintau Perak
Debat Isu Melayu dan Islam: Minda Ketua Pemuda Pas Larut Macam Beruk Ketagih Pisang


Telatah Ketua Dewan Pemuda Pas Larut, Nazri Din amat memalukan. Nazri dilihat terlampau suka dan mengidam nak berdebat.

Telatah Nazri ini samalah seperti beruk yang suka buah pisang. Apabila ternampak pisang dah terliur dan terlompat-lompat terhegeh-hegeh.

Ini berlaku apabila Ketua Pemuda UMNO Larut menunjuk-nunjukkan sesikat pisang kepada Ketua Dewan Pemuda Parti Melayu Islam Pas Larut. Menyebabkan Nazri Din sudah tersengih menyeringai bergayutan hari demi hari untuk mendapatkan pisang itu.

Akibatnya apabila Sdra. Mohd Anuar Ariffin tidak juga mencampakkan pisang itu, Nazri Pas menjadi kelamkabut. Nafsu nak berdebat tidak dapat dilangsaikan. Nazri Pas menjadi marah dan menjadikan isu tak dapat pisang itu mengutuk Sdra Mohd Anuar sebagai penakut.

Betulkah Ketua Pemuda UMNO Larut penakut? Atau Ketua Dewan Pemuda Pas tidak cerdik?

Sumber: Perak.pas.org

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Ketua Dewan Pemuda PAS Larut Nazri Din menyelar tindakan Ketua Pemuda Umno bahagian yang mungkir janji untuk berdebat isu Melayu Islam.

Beliau yang kecewa dengan ketidakhadiran Mohamad Anuar Arifin pada debat yang dijadual malam semalam mendakwa, pemuda Umno penakut dan hanya pandai bermain wayang.

"Pemuda Umno dilihat cuba bermain wayang apabila satu persatu alasan diberikan untuk mengelak dari menyertai debat dan itu sudah disyaki sedari awal lagi.

"Buktinya sehingga tepat hari dan masa yang dijanjikan untuk berdebat, pemuda Umno masih lagi menyorokkan diri disebabkan takut untuk berdepan dengan pemuda PAS di pentas debat," kata Nazri kepada Harakahdaily.

Ketua Pemuda Pas Larut tidak faham cara UMNO mentadbir parti. Dalam pertubuhan UMNO tidak ada siapa yangboleh buat sesedap hati sendiri. Semuanya dilakukan setelah dikaji dan dibawa mesyuarat. Keputusannya dipatuhi oleh semua pihak termasuk pemimpin.

Begitulah dengan isu berdebat ni. Ketua Pemuda UMNO Larut tidak akan lakukan tanpa mendapat restu kepimpinan lain terutama pemimpin Bahagian. Manakala pemimpin Bahagian pula tidak akan merestui apa-apa tindakan yang tidak perlu atau melayan mana-mana pihak yang tak diperlukan.

Cara UMNO berbeza dengan cara Pas. UMNO Patuh pada pemimpin dan berpegang kepada keputusan musyawarah dan pandangan jemaah.

Pas tidak begitu. Sesiapa sahaja boleh lakukan apa yang mereka kehendaki. Pemimpin mereka melanggar undang-undang pengikut akan berduyun-duyun berbuat begitu. Pemimpin mereka menghina polis, pengikut akan memaki hamun dan menerajang polis.

Dalam hal debat ini UMNO langsung tidak berminat kerana tugas parti pemerintah ini bukan berdebat dan bercakap kosong. Banyak kerja untuk kepentingan rakyat yang perlu diselesaikan. Masalah kenaikan harga barangan pengguna -perlu ditangani.

Daripada menghabiskan masa berdebat lebih baik pemuda UMNO turun menemui generasi muda dan menawan hati mereka melalui program yang mesra rakyat. Pemuda UMNO perlukan masa untuk mendekati dan menyemai rasa patriotik anak-anak muda kepada agama, bangsa dan negaranya.

Berbeza dengan Pemuda Pas yang tidak ada apa-apa tanggungjawab. Hanya membuang masa dengan menabur kebencian dan menyuburkan emosi marah kepada kerajaan.

Berdebat dengan manusia yang jumud samalah mengajak syaitan bersolat jemaah.

Posted by Lintau Perak at 12:08:00 AM

Rabu, 12 Januari 2011

Pemuda Pas Larut Terperangkap Dengan Mainan Politik Sendiri

1.1.11 sepatutnya menjadi tarikh yang akan mengubah persepsi negatif kepada DPPL . Debat yang sepatutnya menjadi ruang kpd Sdr Nazri Din untuk membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang berkaliber dan karismatik tidak digunakan sepenuhnya untuk mengangkat maruah DPPL . Saya amat terkejut dengan mainan politik yang langsung tidak menunjukkan kematangan oleh Nazri dan anak2 buahnya . Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa Nazri telah dengan sengaja cuba untuk memperbodohkan masyarakat atau khalayak dengan mainan politik yang amat menjelekkan .
Saya amat tidak menyangka bahawa politikus yang sepatutnya berada dipentas forum bersama saya adalah seorang politikus yang sangat rendah penilaian politiknya sehinggakan menggunakan debat ini sebagai isu murahan yang memalukan partinya sendiri. Malah lebih dari itu , saya dapat mengenali pemimpin pemuda Pas ini melalui sms yang dihantarkan kepada saya . Mungkin pada Nazri dan anak buahnya kegagalan mendapatkan permit dri pihak polis untuk berdebat adalah satu peluang keemasan untuk menyerang saya secara sembrono .
Menuduh Pemuda UMNO mempengaruhi pihak polis untuk tidak meluluskan permit adalah satu tuduhan berasaskan HUKUM RIMBA yang sering diguna pakai oleh altra kiasu PR. Rakyat mereka anggap seolah tidak boleh membaca mainan politik kuno mereka . Apakah rakyat sudah bersedia untuk memberikan mandat kepada parti yang menganggap bahawa parti politik pemerintah mempunyai hak mutlak ke atas undang - undang negara ? lalu dengan sewenang-wenangnya menyusun undang - undang mengikut hawa nafsu pemerintah !!
Sekiranya PR yang memerintah negara ini , inilah yang akan menjadi fenomena dan mimpi ngeri masyarakat Malaysia . Malah apa yang dilakukan oleh ADUN Komtar di Pulau Pinang baru - baru ini adalah contah bahawa mereka boleh bertindak diluar batas undang - undang negara .
Saya harap masyarakat dan pengundi Larut dapat melihat mainan politik kotor Pas di Larut ini . Memasang sepanduk dan poster untuk menjemput orang ramai menghadiri debat , sedangkan permit polis belum pun diluluskan menampakkan betapa mereka ini begitu ghairah membelakangi undang - undang .
Parti politik yang berprodukkan Islam ini , akhirnya menjatuhkan maruah Islam sendiri dengan tindakan keterlaluan mereka . Sehingga ke hari ini , saya tidak pernah berganjak walau seinci pun untuk berhadapan dengan golongan altra kiasu ini . Keyakinan bahawa perjuangan UMNO adalah benar demi untuk membela Agama , Bangsa dan Tanah Air membuatkan Pemuda UMNO tidak pernah mahu tunduk kepada sesiapa pun yang kini sedang mencemarkan kesucian Agama Islam dan Kedaulatan Bangsa Melayu . Ayuh Pemuda UMNO , RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN . HIDUP MELAYU!!!

Jumaat, 31 Disember 2010

Kembali Ke Sekolah

Hari ini , 31 Dis 2010 . Pemuda UMNO Bahagian larut akan mengadakan majlis penyampaian peralatan sekolah kepada 485 pelajar sekolah rendah dari seluruh bahagian Larut . Majlis akan diadakan di Dewan Astaka Batu Kurau , jam 3 ptg . Penghargaan kepada Yayasan Pelajaran Mara yang sudi berkerja sama dengan Pemuda UMNO untuk menjayakan program ini . Kerjasama dari agensi kerajaan seperti MARA amat diharapkan demi kelangsungan perjuangan membela golongan yang memerlukan .
YB Dato Hamzah Zainuddin Ahli Parlimen akan hadir bagi menyampaikan sumbangan tersebut bersama - sama YB Dato Kapt Najmuddin selaku Adun Batu Kurau. Ucapan terima kasih kepada semua Ketua Pemuda Cawangan dan Ketua UMNO Cawangan yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini . Mudah - mudahana usaha saudara - saudara dan tuan - tuan akan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Ahad, 28 November 2010

Pembangunan & Masa Depan Larut - Membentuk Generasi Peka

Membicarakan mengenai pembangunan di Larut merupakan satu perbincangan yang bukan sedikit faktor yang perlu kita ambil kira . Selain dari persediaan menghadapi pembangunan secara fizikal , kita juga perlu menitik beratkan soal budaya , pemikiran ,dan perspektif baru minda masyarakat selain masalah sosial dan pertembungan antara ketamakan dan kejujuran serta banyak lagi faktor - faktor lain yang akan wujud hasil daripada urbanisasi .

Rata - rata masyarakat luar bandar di Larut masih kuat mengamalkan budaya kehidupan masyarakat Melayu yang diwarisi dari nenek moyang kita , yang sebenarnya harus menjadi antara agenda utama perjuangan kita untuk mempertahankannya . Pertaruhan yang kita perlu hadapi akibat daripada mengejar kemajuan adalah antara mengekalkan budaya kita seiring dengan kemajuan dan menghadapi masalah kehilangan identiti di kalangan generasi akan datang . Barangkali ada yang berpendapat bahawa , faktor - faktor ini tidak perlu diambil kira buat masa ini kerana Larut tidak mungkin dilanda arus pembangunan yang pesat dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang . Namun hakikatnya , inilah fenomena yang telah kita lalui sejak lebih 150 tahun yang lalu . Daripada sebuah bangsa yang menguasai perdagangan dan perniagaan di negara ini , akhirnya kita terpaksa menjadi peniaga kelas dua di negara kita sendiri .


Sedar atau tidak bahawa bangsa kita seolah - olah menjadi sebuah bangsa yang muda dan bertatih dalam persaingan global ekonomi bukan sahaja di peringkat antarabangsa , tetapi juga di negara kita sendiri . Tidak kita nafikan bahawa kita mempunyai puluhan , malah ratusan syarikat gergasi yang hari ini telah pun menguasai pelbagai sektor perdagangan di peringkat tempatan dan antarabangsa . Namun apakah itu sudah cukup untuk menjadi tanda aras kejayaan bangsa kita ? kita harus juga merenung sejarah silam kita ratusan tahun sebelum kita mula dijajah oleh barat , dimana bangsa kita merupakan peniaga dan pedagang yang disegani dan terkenal di seluruh rantau ini sehingga ke Eropah. Apakah yang senario dan status bangsa kita andai kita langsung tidak pernah dijajah oleh mana - mana kuasa asing dalam tempoh itu ? Sudah pasti kita hari ini adalah salah sebuah negara maju dan kuat dari setiap sudut di dunia pada hari ini . Justeru , sejarah harus menjadi landasan kita dalam apa juga perancangan masa depan . Malah sejarah itu harus diguna pakai walau di mana pun kita berada , termasuk di Larut ini .


Oleh sebab itu , saya amat khuatir dengan sebarang pembangunan yang bakal melanda kawsan kita kerana memikirkan sejauh manakah kita telah bersedia untuk menghadapinya . Saya bukan anti pembangunan , tetapi biarlah pembangunan yang kita kecapi tidak hanya menjadi kebanggaan dan hiasan semata - mata kepada masyarakat kita di sini . Biarlah kita turut sama terlibat dalam era pembangunan itu sebagai pemangkin dan juga penggerak utama serta menjadi penentu hala tuju bangsa kita sendiri .


Justeru itu , kita harus melihat kepada sejarah , paling tidak sejarah bangsa kita sendiri . Bagaimana kita terpaksa hanya menjadi penonton dan pengguna semata - mata dalam memeriahkan sesebuah kemajuan . Sedangkan sepatutnya kitalah yang perlu menjuarai kejayaan dan pembangunan itu . Sebagai panduan , kita boleh mengambil pekan gerik sebagai contoh ,. Seingat saya sekitar 20 ke 25 tahun yang lalu , Gerik tidak jauh bezanya dengan Batu Kurau pada masa itu . Namun hari ini , Pekan Gerik telah jauh meninggalkan Batu Kurau dari sudut kemajuan , malah Pekan Pengkalan Ulu juga jauh lebih membangun berbanding Batu Kurau .


Namun bolehkah kita berbangga dengan pekan - pekan tersebut jika kita tinjau dari sudut sejauhmanakah kita telah berjaya untuk turut meletakkan kejayaan bangsa kita seiring dengan kepesatan pembangunan di sana? Namun begitu , Gerik bukanlah satu - satunya contoh yang boleh kita ambil sebagai rujukan , malah tempat - tempat lain seperti Baling dan Kulim yang satu ketika dulu juga adalah sebaris dengan kita di Larut ini . Adakah tempat - tempat ini menngambil masa sehingga puluhan tahun untuk mencapai pembangunan seperti hari ini ? Pastinya tidak ! Pekan - pekan ini 'terpaksa' maju kerana pelbagai faktor termasuk pertambahan penduduk , peluang pekerjaan serta faktor geografi dan pentadbiran politik serta desakan kemajuan global . Persoalannya , siapakah yang menjuarai perebutan peluang perdagangan di pekan - pekan ini ? Apakah puncanya ? Tidakkah kita mahu belajar daripada apa yang telah dilalui oleh pekan - pekan ini untuk menjadikannya sebagai persediaan kita menghadapi kemajuan dan pembangunan di Larut dengan lebih terancang dan tersusun semata - mata untuk memastikan kelangsungan survival generasi Melayu selepas kita? Maka sebab itu pada pandangan saya kita harus bermula dari tatih sebelum bangun berlari . Jangan kita terlampau ghairah untuk melihat kemajuan fizikal Larut sedangkan dalam masa yang sama kita mengabaikan nasib generasi kita semasa dan sepanjang kemajuan itu . Masa tidak akan menanti kita untuk maju , malah kemajuan itu kini sedang berada diambang pintu . Sama ada kita bersedia atau tidak , ianya tetap akan melanda bila tiba masanya akibat faktor - faktor yang telah saya sebutkan tadi .


Pada pandangan saya , tugas ini tidak boleh kita letakkan ke bahu kerajaan semata - mata . Kerajaan barangkali boleh menyediakan segala keperluan yang kita perlukan dari masa ke semasa . Tetapi tanggungjawab kita sebagai anak temapatn dan generasi Melayu yang prihatin harus turut sama mengerakkan persediaan kita mengahadapi kemajuan dan pembangunan . Tidak ada gunanya kita kerajaan menyediakan fasiliti kelas pertama tetapi kita tidak bijak menggunakannya atau lebih malang tidak tahu menggunakannya . Sebagai contoh yang paling mudah , berapa ramaikah di kalangan anak muda kita yang mengunjungi pusat internet desa atau perpustakaan desa untuk mendapatkan maklumat dan menambah ilmu pengetahuan ? Malah sepanjang penglibatan saya dalam politik dan berhadapan dengan mesyarakat , tidak pernah sekali saya mendengar dari kalangan anak muda yang memberi komen mengenai kualiti buku dan bahan bacaan di perpustakaan desa yang tidak menepati selera pembangunan minda masyarakat . Apakah mereka telah berpuas hati dengan senarai buku dan bahan bacaan yang ada atau mereka tidak pernah sekali pun menguinjungi perpustakaan yang disediakan oleh kerajaan ? Persoalan demi persoalan seperti ini menjadikan kita semakin runsing bila memikirkan soal mendepani cabaran pembangunan oleh bangsa kita sendiri .


Faktor utama adalah membentuk minda masyarakat kita supaya bersedia dan berdaya saing . Perjuangan kita hari ini harus menjurus ke arah itu hari ini . Perubahan perspektif dan perasaan 'takut' ketinggalan harus kita pupuk bersama . Ianya bermula dari rumah kita sendiri . Anak - anak yang lahir hari ini harus kita lengkapkan dengan semangat dan kerajinan mengejar ilmu dan pengetahuan n. Hanya dengan ilmu dan amal , kita akan dapat melahirkan generasi yang berdaya saing dan cekal. Tidak ada bangsa yang berjaya tanpa memiliki semangat kebangsaan yang tinggi . Amerika berjaya kerana mereka memiliki keegoan terhadap kecemerlangan bangsa mereka sendiri . Sehinggakan mereka sanggup mencipta sukan yang beridentitikan bangsa mereka seperti American Football misalnya . Malah sistem pentadbiran mereka juga dicipta dan diolah agar tidak menyamai sistem westmister yang diamalkan British demi menjaga identiti mereka sedangkan dari sudut sejarah mereka lebih dekat dengan sistem perundangan British tersebut .


Di Larut kini semakin ramai guru -guru yang merupakan anak tempatan . Mereka boleh menjadi penggerak utama dalam usaha melahirkan generasi baru masyarakat Larut yang lebih berdaya saing . Generasi yang mereka didik hari ini , dalam tempoh kurang 15 tahun akan menjadi masyarakat perdagangan , sumber tenaga kerja dan pemikir di kawasan kita . Memberikan persediaan minda dan perspektif baru dunia penuh cabaran kepada mereka , bakal menjadikan kita terus menjuarai kemajuan di tempat kita . Pun begitu , kita sebagai pendokong kehidupan masa kini harus terus membuat persediaan kerana kitalah barisan pertama yang akan berhadapan dengan kemajuan yang kita harap - harapkan sejak sekian lama. Sedarkah kita bahawa kemajuan yang perlu kita lalui dalam tempoh satu tahun di zaman ini , hampir sama dengan tempoh 50 tahun atau lebih di zaman awal revolusi moden di Eropah ratusan tahun dahulu . Justeru , jangan kita risau tentang bilakah kita akan maju , tetapi risaulah apakah kita sudah bersedia untuk maju .

Ahad, 7 November 2010

Artikel ini saya ambil daripada blog amir hamzah46-_segalanya mungkin. mungkin boleh menjadi renungan kita bersama. Pas dah semakin jauh tersesat dari perjuangan asal mereka , hari ini semuanya halal bagi Pas , sedangkan dulunya haram dan kafir..

Apabila Orang Bukan Islam Bertakbir.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohammad Omar begitu bangga memberitahu makin ramai masyarakat bukan Islam bertakbir masa ceramah PAS. "Kini bukan Islam pun sudah mula bertakbir, walaupun sebutannya tidak berapa betul namun mereka sudah positif dengan kalimah ini, Alhamdulillah ia satu kejayaan (dakwah) PAS,” katanya.
Berita ini dipetik dalam Harakahdaily Isnin yang bertajuk ‘ Bukan Islam bertakbir, kejayaan dakwah PAS’

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Takbirrrrrrrrr.....

Kalau difikirkan secara positif, ianya memang satu permulaan yang baik agar bukan Islam lebih mendekati kepada Islam. Mudah-mudahan agar sebutan itu akan benar-benar membuka pintu hatinya untuk memeluk Islam. Alangkah indahnya jika selepas ini mereka bukan sahaja bertakbir tetapi memakai kopiah putih atau berserban. Begitulah indahnya Islam menerima sesiapa sahaja yang ingin mendekatinya tanpa mengira bangsa, warna kulit dan asal keturunan.

Alangkah baiknya juga, mereka itu akan sama-sama meraikan majlis-majlis maulidurrasul yang sekarang ini masih berlangsung di seluruh negara. Baik di peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung masih lagi mengadakan sambutan maulud. Biasanya majlis akan dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, bacaan rawi berzanji serta marhaban dan diakhiri dengan ceramah maulud nabi.

Kalau benar lah mereka yang bukan Islam menyokong perjuangan PAS secara ikhlas datanglah ke majlis-majlis ilmu juga seperti majlis sambutan maulidurrasul, ceramah-ceramah fardhu ain atau kelas-kelas agama yang lain. Jika majlis-majlis seumpama ini turut dibanjiri oleh orang-orang bukan Islam dengan melimpah ruah seperti mana program-program ceramah politik PAS, hari ini juga saya menghantar borang keahlian saya untuk menjadi ahli PAS seumur hidup.

Saya juga berasa amat berbesar hati jika semakin ramai orang-orang bukan Islam akan pergi ke kedai-kedai buku mencari kitab-kitab agama Islam untuk dibaca di rumah. Di samping itu mereka juga akan berebut-rebut membeli buku-buku tafsiran Al-Quran untuk dijadikan bahan perbincangan mereka semasa minum kopi di kedai hailam.

Jika ini berlaku saya tidak menyesal meninggalkan parti UMNO walaupun parti ini banyak berjasa kepada diri saya, keluarga, bangsa dan agama saya. Saya telah memilih PAS, satu parti yang bukan sahaja menjaga bangsa dan agamanya tetapi telah berjaya mendakwahkan orang-orang bukan Islam di seluruh negara dari kalangan Cina, India dan Benggali.

Namun dalam saya menghayalkan yang indah-indah datang pula perasaan jahat seperti kata orang-orang tua, jangan fikir yang baik-baik sahaja fikirkan juga apa yang tersirat. Maka hati saya berdetik, kalau setakat bertakbir oleh golongan bukan Islam pun sudah dikira sebagai kejayaan dakwah PAS maka saya tersenyum sumbing. Saya terbayang tentang saudara-saudara baru yang diIslamkan oleh PERKIM dari zaman Tunku Abd Rahman hingga zaman Taib Mahmud sudah berpuluh ribu orang kesemuanya. Malah ada mereka ini 'lebih Islam' daripada orang Islam PAS atau UMNO. Lihatlah beberapa contoh iaitu seperti sdr Riduan Tee Abdullah dan Sdr Ravi Abdullah. Mereka bukan sahaja memeluk Islam malah menjadi pendakwah yang berjaya.

Saya juga ingin bertanya kepada Cina-Cina dan India-India yang bertakbir itu, tahukah mereka makna takbir yang dilaung-laungkan itu. Allah maha besar! Allah maha besar! Allah maha besar!. Adakah orang-orang PAS memberitahu kepada mereka itu makna sebutan takbir dan memberi sedikit huraian ringkas tentang Allahuakbar itu? Adakah setelah diberitahu maknanya itu maka mereka akan bertakbir juga?.

Jawapannya mereka akan terus bertakbir. Sebab agama mereka tidak ada haram dan halal. Yang ada boleh dan tidak boleh atau baik dengan tidak baik.Ianya tidak menyalahi 'akidah' agama mereka. Bagi mereka tidak salah menyebut kerana mereka bukan memeluk agama Islam.

Bagi mereka yang penting jatuhkan Barisan Nasional. Takbirlah dan bacalah ayat Quran walaupun tunggang langgang asal Melayu PAS tidak lari dari Pakatan Rakyat. Orang Cina akan memberikan gambaran bahawa mereka sudah serasi dengan PAS agar Melayu PAS tidak lari daripada Anwar Ibrahim. PAS pun sudah tidak mementingkan negara Islam dan hukum Hudud. Slogan 'membangun bersama Islam' pun sudah diganti dengan slogan sebuah 'negara kebajikan'.

Bagi orang bukan Islam, mereka sangat takut jika PAS berbaik dengan UMNO. Kalau hal itu terjadi, Pakatan Rakyat akan bungkus bersama-sama dengan harapan baru rakyat Malaysia ciptaan Anwar Ibrahim yang boleh membuatkan mereka sama rata sama rasa dengan Melayu UMNO. Sokong Anwar Ibrahim jadi PM, cita-cita Malaysia Malaysian yang mereka perjuangkan puluhan tahun akan tercapai. Oleh itu hati orang-orang PAS perlu dibelai agar mereka tidak lari kepada UMNO. Kalau dengan takbir boleh ambil hati orang PAS, takbirlah beramai-ramai.

Kemungkinan juga mereka bertakbir beramai-ramai adalah untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana budi baik Nizar Jamaluddin bekas MB PAS Perak telah banyak berjasa kepada mereka. Pemberian hak milik kekal 999 tahun Kampung Baru merupakan satu anugerah yang tidak ternilai harganya. Kalau dengan takbir boleh ambil hati orang PAS, takbirlah beramai-ramai.

Akhirnya siapa yang tipu siapa dan siapa yang belit siapa. Jangan lah buat andaian yang boleh membuatkan orang tersenyum seorang diri. Belajarlah daripada sejarah silam. Jangan cepat sangat bersorak nanti kampung yang tergadai.

Takbir!
Takbir!
Takbir!

Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Khamis, 4 November 2010

Pembangunan & Masa Depan Larut

Larut masih lagi dikategorikan sebagai kawasan luar bandar . Namun apa yang menarik pada Larut dari sudut pentadbirannya adalah , kawasan ini dibahagikan kepada dua pentadbiran Majlis , iaitu Majlis Perbandaran Taiping ( MPT ) yang meliputi sebahagian besar kawasan DUN Batu Kurau dan Majlis Daerah Selama ( MDS ) yang meliputi sebahagian besar DUN Kubu Gajah dan keseluruhan DUN Selama. Pembahagian pentadbiran majlis ini ada pro dan kontranya. Biasanya menjadikan perbincangan dikalangan masyarakat Larut , terutamanya bagi penduduk Batu Kurau dan penduduk Selama. Kemajuan pembangunan yang dikecapi oleh kawasan Selama adalah jauh lebih terkehadapan berbanding kawasan Batu Kurau . Sekiranya kita melihat dari sudut kemajuan Pekan Selama dan Pekan Batu Kurau sekalipun , ianya memang ketara .
Namun hakikatnya adalah , Selama lebih maju kerana ianya di bawah pentadbiran Majlis Daerah Selama , yang mana Pekan Selama adalah pusat pentadbirannya . Semua pejabat - pejabat kerajaan yang perlu ada di sesebuah majlis tempatan didirikan dan beroperasi di Pekan Selama. Justeru , Selama mempunyai hampir setiap jabatan dan agensi kerajaan sebagai pengerak kepada pentadbiran sebuah majlis daerah . Ini berbanding dengan Pekan Batu Kurau , dimana pusat pentadbiran sebenar yang menjalankan operasi pentadbiran majlis berpusat di Bandar Taiping . Inilah faktor yang tidak disedari oleh sebahagian masyarakat di Batu Kurau . Namun situasi ini tidak boleh terus menjadi faktor Batu Kurau terus dibiarkan menjadi sebuah Pekan Koboi selama - lamanya . Pekan ini perlu dirancang pembangunannya ,agar ianya dapat menjadi pemangkin atau pekan satelit kepada Bandar Taiping . Pelbagai usaha dan kemajuan boleh dialirkan ke Pekan Batu Kurau sekiranya mahu membangunkan Pekan ini . UMNO telah beberapa kali cuba untuk membangunkan pekan ini dengan kerjasama beberapa syarikat . Namun kekangan masalah pegangan hak milik tanah dan perjanjian antara tuan tanah dan pemilik kedai di pekan ini terus menjadi penghalang utama kepada membangunkan pekan ini . justeru , sehingga ke hari ini Pekan Batu Kurau belum mampu dibangunkan seperti yang diharapkan oleh penduduk tempatan .
Saya ingin mengajak khalayak pembaca untuk merenung dan menilai hasil sesebuah pembangunan . Pekan Selama misalnya , telah jauh dari sudut pembangunannya berbanding Batu Kurau . Namun , Selama tidak dapat lari daripada menerima nasib yang sama seperti urbanisasi yang dilalui oleh sebahagian besar pekan dan bandar di Malaysia . Penguasaan peniaga Melayu terutamanya terhadap premis - premis masih belum mampu dibanggakan . Sekiranya kita meninjau pemilik dan peniaganya , kaum Cina tetap menjadi dominasi kepada ekonomi di Pekan Selama . Sejauh manakah persediaan kita sebagai orang Melayu dalam merebut peluang pembangunan di sesebuah tempat , sering menjadi persoalan . Kita sentiasa gagal untuk mendominasi pemilikan kedai / gerai yang dibina terutamanya yang dibina oleh pemaju. Pada pandangan saya , inilah fenomena yang perlu dikaji oleh pemimpin - pemimpin Melayu khususnya sebelum membangunkan sesebuah kawasan Melayu . Kemajuan di Selama telah membolehkan atau membuka ruang kepada parti DAP untuk mewujudkan cawangannya di sana . Bukankah kewujudan cawangan parti ini adalah seiringan dengan bertambahnya penduduk Cina/India di kawasan ini ? Sejak sekian lama sama ada kita sedar atau tidak kita telah gagal membela bangsa kita sendiri secara total dalam hampir setiap urbanisasi.
Saya amat tertarik hati dengan sebuah pekan baru yang dibina di Pekan Kampung Gajah di pasir Salak . Saya melihat kejayaan pemimpin di sana apabila hampir 99% peniaga di pekan baru itu terdiri daripada peniaga Melayu . Ini menunjukkan bahawa , pembangunannya telah dirancang dengan cukup teliti . Bukan sahaja dari sudut pembangunannya tetapi juga persediaan dan perancangan awalnya yang berjaya memartabatkan keupayaan peniaga Melayu di kawsan tersebut .
Sesungguhnya dalam keghairahan kita mengejar pembangunan , soal survival bangsa turut perlu menjadi agenda utama pertimbangan perancangan kita . Masyarakat peniaga Melayu perlu dibela dan diperkuatkan daya saing mereka sebelum kita membangunkan sesebuah pekan atau kawasan, terutamanya peniaga tempatan . Saya tidak nampak bahawa Batu Kurau hari ini mampu menyediakan sejumlah usahawan berdaya saing dan kukuh kedudukan ekonomi mereka untuk mengimbangi pembangunan di kawasan ini . Sekirannya dibangunkan pekan ini dalam masa yang terdekat ini , atau paling tidak mewujudkan sebuat pusat perniagaan baru , saya khuatir tidak ramai daripada peniaga tempatan yang mampu untuk membeli atau menjalankan perniagaan di kawasan tersebut .
Pembangunan pusat perniagaan baru ( atau pekan baru ) akan turut seiring dengan kewujudan penempatan baru seperti taman - taman perumahan . Pembinaan kawasan penempatan ini sudah tentu tidak hanya melibatkan perumahan berkos rendah sahaja , pasti juga yang berkos sederhana dan mewah akan turut sama dibangunkan . Soalnya sekali lagi , adakah mampu orang Melayu memilikinya ? Untuk tempoh 20 ke 30 tahun dari sekarang , barangkali orang Melayu akan mampu terus bertahan . Bagaimana dengan tempoh 50 ke 100 tahun akan datang . Mustahilkah cawangan DAP turut akan wujud di Pekan Batu Kurau ? walaupun persoalan utamanya bukan kewujudan cawangan DAP , tetapi yang utama adalah kemampuan Melayu untuk bersaing dengan keupayaan tinggi kaum lain dalam perniagaan . mampukah kita terus - menerus melihat fenomena orang Melayu lebih 150 tahun lalu yang semakin terpinggir dengan pembangunan bandar Taiping . Namun sejarah itu harus kita telan kerana urbanisasi di zaman itu dirancang oleh kolonial Inggeris di tanah Melayu . Kini kita sudah mempunyai kuasa untuk menyusun struktur polarisasi dan pembangunan negara kita . Bangsa Melayu perlu terus kita bela dan orang Melayu sendiri harus berubah dalam usaha kita menjaga penguasaan kita dalam semua bidang . Kita jangan terlau cepat cair dengan sedikit kemewahan yang dijanjikan kini , sedangkan ianya bakal meranapkan masa depan generasi kita akan datang .
Pemimpin politik perlu mengambil kira setiap kesan hasil daripada pembangunan . Kajian - kajian ilmiah dan mendalam perlu dibuat sebelum memulakan pembangunan . Hasil kajian janganlah sekadar tercatat diatas kertas sebagai bahan rujukan , ianya perlu diterjemahkan dengan tindakan supaya bangsa kita benar - benar bersedia untuk menghadapi cabaran pembangunan . Tindakan ini tidak cukup hanya berkisar di peringkat tempatan sahaja , kerajaan Melayu pusat perlu mengambil serius soal ini .

Selasa, 2 November 2010


Kerusi Malas Untuk PAS

Andai Pakatan pembangkang berjaya mewujudkan kesepakatan sebagai sebuah parti gabungan dibawah satu lambang. PKR - DAP nampaknya telah berjaya menarik Pas ke kerusi malas. Secawan kopi, sepinggan goreng pisang sejuk dan sebuah gitar buruk akan menjadi teman Pas sepanjang PRU13 nanti. Sementara PKR - DAP akan menjadi pemain sepenuh masa dalam menentukan siapakah yang paling layak untuk menjadi calon bagi mewakili parti gabungan mereka nanti. Kadang - kadang kalau dah terlena sangat, DAP - PKR akan menendang kaki kerusi agar Pas tidak terlena terus dalam pilihanraya. Tugasnya sebagai penghibur dan halwa telinga dengan gitar buruknya harus diteruskan. Sementara dua parti penipu besar ini terus - terus menari mencari jalan untuk menjadikan pula Pas sebagai badut ( tanpa kerusi malas lagi ) sebaik sahaja mereka menang dalam PRU.
Sesekali wakil penipu besar nanti akan datang menghantar skrip lagu baru untuk dialun Pas dengan gitarnya. Melalaklah Pas dengan lagu 'takbir' yang kadang - kadang bunyinya dah menjadi "take beer". Itulah lagu - lagu yang terpaksa didendangkan Pas sepanjang bersama pakatan pembangkang selepas memenangi beberapa buah negeri dalam PRU 12. Nampak asal sebelum PRU 12, Pas seolah komposer dan ahli muzik yang cukup pro dan berwibawa dengan lagu - lagu ala Islamik yang cukup berpengaruh. Rupanya Pas tidak sebijak yang disangka segelintir rakyat yang menyokongnya. Dengan harapan agar PKR - DAP akan membelikan gitar baru untuknya.... atau paling tidak pun goreng pisang boleh lah digantikan dengan karipap berinti ayam, Pas terpaksa mendendangkan lagu ciptaan DAP dan sekutu sehaluannya PKR.

Bodoh sungguh Melayu ini. Sifat malasnya makin menjadi - jadi, kalau boleh nak kaya raya dengan tidur di atas kerusi malasnya. Diberi sedikit makanan dan kesenangan, lupa segala perjuangan asal. Seolah - olah menjadi taukeh besar bila diberi sebuah kerusi malas, sedangkan orang lain berkerja bertungkus lumus 'membajak' kekayaan. Modal yang ada cuma sekupang dua, dibagi kerusi malas seolah tokeh besar, sedangkan yang kaya DAP. Macam di negeri Perak selama sembilan bulan .

Pas nak buat lagi perangai lamanya, dulu maki hamun UMNO sebab berkawan dengan MCA-MIC, kononnya UMNO dah jadi kafir kerana berkawan dengan komponen bukan Islam ini, sekarang Pas jilat ludahnya balik, malah bukan setakat ludah , muntah hijaunya pun dah boleh dibuat macam bubur kacang . Pas telan semuanya demi kuasa politik dari atas kerusi malas yang disediakan DAP. Kononnya inilah rakan sejati, tidak macam bersama UMNO dalam BN dulu. Pas tidak dibelai seperti dibelai DAP - PKR sekarang ini.

Pas lupa, UMNO adalah parti perjuangan asal untuk Melayu dan Islam sejak sebelum merdeka lagi. UMNO sanggup berkongsi dengan parti kaum lain asalkan mereka mengakui sifat ketuanan Melayu. Ketuanan yang tidak akan menindas mana - mana kaum, sekadar memastikan bahawa survival bangsa terus terpelihara dalam masa yang sama mengakui hak kaum lain sebagai warganegara. Pas dan UMNO sama - sama parti Melayu - Islam. Sama - sama harus bekerja dan perlu menyaingi kaum lain. Justeru UMNO tidak boleh melayan Pas seperti mana DAP-PKR melayan Pas hari ini. Lalu Pas 'lari' meninggalkan UMNO dalam BN. UMNO sedikit pun tidak goyah, kerana UMNO bertanggungjawab dan mempunyai kredibiliti untuk terus memperjuangan Melayu dan Islam. Berbeza dengan DAP - PKR hari ini, mereka amat memerlukan Pas demi survival politik mereka. Menjadikan Pas kuda tunggangan hanya akan menjadikan Pas lebih mudah terasa kebodohan mereka, lalu mereka berikan kerusi malas pada Pas....

Ahad, 31 Oktober 2010

PERTANDINGAN KAROM PIALA DATO' DAUD DAN SERAHAN SUMBANGAN KEPADA CAWANGAN PEMUDA DUN SELAMA UTK PEMBUKAAN AKAUN

Pemuda UMNO Bahagian merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Dato Mohamad Daud selaku ADUN Selama yang sudi menaja pertandingan Karom dan menyumbangkan sebanyak RM100 kepada setiap pemuda cawangan sebagai dana untuk mengadakan aktiviti di peringkat cawangan . pada hari tersebut cawangan - cawangan yang telah mempunyai akaun masing - masing mendapat tambahan RM100 lagi sebagai tambahan daripada sumbangan Pemuda Bahagian untuk membuka akaun sebelum ini.
Saya amat berharap agar wakil - wakil rakyat di Larut akan dapat memberikan komitmen yang seumpama di DUN-DUN lain sebagai sumber kewangan kepada pemuda di peringkat cawangan. walau bagaimanapun , YB2 masih komited dalam perkara2 lain untuk kepentingan pemuda Larut.
Terima kasih sekali lagi kepada Dato Daud,kepada cawangan yang gagal hadir pada majlis tersebut,mereka masih berpeluang untuk mendapatkan sumbangan tersebut dengan syarat membuka akaun dengan Agro Bank cawangan Selama yang mana semua keperluan boleh diuruskan melalui pejabat Adun Selama.







FUTSAL DI PANTAI BESAR

Pertandingan Futsal di Pantai Besar Parlimen 1 Malaysia.
Pasukan Pantai Besar menjadi Juara dan akan mewakili Parlimen Larut ke Peringkat Negeri.
TAHNIAH!


Sabtu, 30 Oktober 2010


Rabu, 2010 Januari 27

Pas Mengkerandakan Perjuangan Sendiri


Hari ini saya berbual - bual dengan kawan - kawan mengenai politik semasa . Seperti biasa sudah tentu kawan - kawan saya itu adalah terdiri daripada para penyokong UMNO . Habis satu topik , hingga ke satu topik . Baik dalaman parti mahu pun soal perjuangan UMNO sendiri . Agak terasa kali ini perbualan adalah lebih bersifat terbuka dan tidak terlalu fanatik kepada parti keramat UMNO . Ada juga yang memberikan buah pandangan mengenai beberapa kelemahan UMNO sejak dari dulu hingga ke hari ini yang perlu diperbaiki . Tidak kurang juga yang kini memperkatakan tentang kelemahan dan kesilapan parti pembangkang terutamanya parti Pas .



Sepanjang perjalanan pulang ke rumah , saya terfikir mengenai perjuangan Pas sejak asal penubuhan parti itu . Amat pasti bahawa para pejuang Pas lalu , apa yang tersemat didalam benak dan fikiran mereka adalah perjuangan bagi memastikan kedaulatan dan kesucian Agama Islam akan terus dipertahankan di Bumi Bertuah , Tanah Melayu ini . Sejak Parameswara di Islamkan hinggalah ke hari ini , Islam tidak pernah tunduk kepada 'keegoaan ' mana - mana pihak . Malah seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam akan duduk bersama sekiranya ada pihakyang cuba mencabuli kesucian Islam di negara ini . Adalah tidak menghairankan sekiranya pada satu ketika Pas akan menjadi jaguh no 1 sekiranya sebarang perkara yang boleh mencemarkan agama suci ini.

Teringat juga saya kepada Pindaan Perlembagaan semasa zaman YAB Tun Mahathir untuk mengurangkan kekebalan Raja - Raja Melayu . Pas menjadi jaguh atas alasan Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam di negara kita . Sungguh hebat perjuangan Pas pada ketika itu .

Teringat juga saya kepada dakwaan Pas mengkafirkan orang UMNO kerana UMNO berkawan dengan parti komponen bukan Islam dalam Barisan Nasional ( BN ) . Habis anak cucu Pas membenci orang UMNO sehingga sembelihan orang UMNO juga haram dimakan. Malah ada yang memfarakah sembahyang Jumaat kerana diimamkan oleh orang UMNO. Begitulah hebatnya satu fenomena perjuangan Pas yang mendakwa Islamnya sama seperti perjuangan di zaman Rasullullah SAW . Pas juga tidak akan menggunakan segala kesenangan yang ada di dunia ini sekiranya mereka kelak menjadi pemerintah nanti . Pas akan terus bersifat sederhana . Rasuah ? tiada langsung dalam kamus mereka . Perebutan kuasa atau 'cah keting' ? tak mungkin akan berlaku dalam Pas dengan wadah perjuangan yang mereka bawa itu .

Rupanya Pas bersifat seperti itu ketika mereka belum pernah diuji oleh Allah SWT . Pas bukan memperjuangkan Islam , rupanya Pas mempolitikkan Islam demi matlamat Politik itu sendiri . Benarlah apabila politik itu didefinasikan sebagai " Siapa Mendapat Apa? Bila ? dan Bagaimana?"

Saya cuba menafsir pula mengenai perjuangan UMNO . Sedaya mampu saya cuba bersifat profesional dalam menjustifikasikan perjuangan UMNO .

Faktor penubuhan kedua - dua parti UMNO / Pas

UMNO - i.ditubuhkan oleh orang Melayu selepas kegagalan demi kegagalan menuntut kemerdekaan dengan peperangan dan tumpah darah .

ii.Ditubuhkan atas desakan semasa untuk menyatukan Orang Melayu dan berjuang melalui saluran politik selepas Perang Dunia ke 2.

iii. Hasil kesedaran segelintir orang Melayu yang berpeluang mendapatkan pendidikan di luar negara . Juga hasil daripada penulisan dan penubuhan beberapa pertubuhan Melayu yang menentang penjajahan ke atas Tanah Melayu



PAS - i . Kewujudan golongan ulama dalam UMNO melalui Biro Agama UMNO yang dipengerusikan oleh Uts Ahmad Fuad Hassan.

ii. Sehari selepas kekalahan Utz Ahmad Fuad dalam pemilihan Yang Dipertua UMNO .

iii. Golongan ulama daripada Hizbul Muslimin( parti politik Islam pertama yang ditubuhkan , tetapi tlh diharamkan oleh British )banyak menganggotai parti ini diawal penubuhannya sebagai Parti Islam Se Malaya.

iv . Perjuangan adalah untuk memastikan agama Islam sentiasa dipelihara di Tanah Melayu



Di atas ini adalah sebahagian yang kecil fakta yang sempat saya tulis untuk renungan kita . Ternyata Pas ditubuhkan oleh golongan awal yang memperjuangan agama islam di negara ini . Nama besar seperti Uts Abu Bakar al - Baqir banyak menjadi asas kepada persepakatan golongan ulama seperti Uts Othman Hamazah , Uts Baharuddin Abd latif dan Lain-lain yang pada satu ketika terpecah ke beberapa pertubuhan termasuk Parti Kebangsaaan Melayu Malaya(PKMM) dan juga UMNO . mereka ini kembali bersatu selepas Pas ditubuhkan.

Matlamat awal Pas adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam serta memelihara kesucian Agama Islam itu sendiri . Adalah amat penting untuk kita sama mengetahui bahawa semasa penubuhan Pas , 4 matlamat telah digariskan dalam perjuangan awal mereka . Saya amat tertarik dalam matlamat ke 3 parti itu iaitu :

' Mempertahankan dan memelihara hak - hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam "

Termenung saya sejenak bila memikirkan tentang matlamat ke 3 Pas ini .

Apabila Ketua Agama Islam ( Raja Melayu ) dihina dan dituduh dengan pelbagai tohmahan , Pas tidak berani bangun mencabar si pengkhianat itu pada hari ini . Sedangkan pada satu ketika Pas adalah jaguh apabila mempertahankan Raja Melayu . Pas takut kerana rakan pakatannya mungkin akan berpaling tadah sekiranya Pas cuba untuk menjadi jaguh . Lalu Pas biarkan Ketua Agama Islam dipersenda dan diderhakai.

Apabila mahkamah membenarkan penggunaan nama Allah oleh sebuah majalah kristian , Pas langsung tidak mahu bersuara . Malah ada diantara pemimpin Pas yang bersetuju dengan perintah mahkamah tersebut .

Apabila ditanya mengenai penubuhan sebuah kerajaan dan negara Islam di Malaysia . Pas terus membisu .

Apabila ditanya tentang pelaksanaan hukum hudud , Pas kata kan bahawa hudud adala 1 : 10000 daripada perjuangan Islam .

Apabila ditanya tentang gabungan dengan parti bukan Islam seperti DAP . Pas tetap membisu . Alasannya . DAP tidak sezalim UMNO . Saya teringat kepada matlamat ke 4 Pas :

"Bekerjasama dengan pertubuhan - pertubuhan siaah yang lain dalam negara ini ,yang dasar dan tujuan nya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi,keadilan masyarakat dan kemanusiaan."

Saya tidak mampu berfikir lagi . teringat saya kepada kata - kata Hang Tuah...

" Jebatkah Yang Benar Atau Akukah Yang Benar "

Isnin, 25 Oktober 2010

PAS DAN DATO NIKAH KAHWIN

" ini undang - undang kita yang buat..semua tu boleh pademmm(padam)...."
bermula dengan mengkafirkan orang UMNO hinggalah mengajak orang UMNO dan rakyat makan duit judi. telah menjadi sifat PR yang mana DSAI menjadi master mind mereka , konsep menyerang walaupun salah menjadi taktik perjuangan mereka sekarang . kalau kita mengikuti kes mahkamah ketua umum pkr , kita boleh melihat kehebatan mereka bersilat mencari salah pihak lain . Malah sehingga mencari pengaruh dan sokongan dari luar . Mereka sedang cuba 'membuktikan' kpd mahkamah bahawa anwar tdk bersalah. Itu di mahkamah! Apalah sangat untuk membohongi rakyat dalam ceramah mereka .
Saya fikir tidak ada gunanya kita membalas ceramah mereka dengan ceramah kita semata -mata.
Saya cabar Pemuda Pas membuktikannya di pentas DEBAT !!!! Saya mahu Ketua Pemuda Pas Larut membuktikannya di pentas bersama - sama dengan saya . Demi menegakkan kebenaran perjuangan Agama , Bangsa dan Negara.

Ahad, 26 September 2010

Perjumpaan KP DUN Selama Bersama YB Dato Mohamad Daud






PELBAGAI KEMUDAHAN DAN KEPERLUAN PEMUDA DI CAWANGAN TURUT DILULUSKAN

25 Sept .

1. Terima kasih kepada YB Dato Daud kerana berkesempatan menjemput semua KP di Dun Selama untuk berjumpa dan berbincang dengan beliau mengenai politik dan pembangunan pemuda di Selama.

2. YB Dato Daud juga bertemu dengan wanita dan puteri secara berasingan .

3. Pelbagai maklumat dan nasihat diberikan oleh YB Dato Daud kepada pemuda secara keseluruhannya. Disamping taklimat oleh Cikgu Supri mengenai pendaftaran pemilih dan "War Room '.
4. Saya amat berterima kasih dengan cara dan layanan YB Dato kepada segala permasalahan dan permohonan yang kami ajukan kepada beliau. Beliau memberikan komitmen dan keprihatinan yang sangat mengembirakan kami .
5. YB DD telah meluluskan bajet untuk membuka akaun pemuda cawangan sebanyak RM100 bagi setiap cawangan di DUN Selama bagi membantu dan meneruskan usaha yang dilakukan oleh Pemuda Bahagian sebelum ini . Saya mat berharap agar Adun2 lain dan MP akan turut memberikan komitmen yang sama sekiranya mahu melihat satu kebangkitan semula Pemuda di Bahagian Larut.

6. Saya tidak bermaksud bahawa dengan wang sebanyak RM100 itu mampu memberikan motivasi yang besar kepada pemuda cawangan,tetapi pembukaan akaun pemuda cawangan akan memantapkan pengurusan dan penyaluran kewangan kpd mereka dengan lebih teratur.

7. Tahniah kepada Pemuda UMNO Tanjung Lengkong , Sg Kuning , Teluk Mas kerana YB DD telah meluluskan gelanggang takraw termasuk lampu kepada cawangan mereka dan diminta untuk dibangunkan dengan kadar seberapa segera .

8. Tahniah juga kepada Pemuda UMNO Bukit Bertam Selama YB DD telah meluluskan tiang gol baru untuk padang bolasepak mereka , yang sebelum ini dipohon melalui MP sejak lebih setahun yang lalu.

9. Tahniah kepada Pemuda UMNO Gua Petai kerana YB DD telah meluluskan satu set jersi kepada mereka .

10. Saya kagum dengan semua KPC yang hadir diatas rasa tanggungjawab mereka kepada cawangan yang mereka pimpin. Saya harap mereka akan sentiasa peka dengan setiap maslaah yang dihadapi oleh Pemuda di cawangan mereka .

11. Semua KP perlu sama - sama untuk membantu Pemuda Bahagian untuk menyelesaikan masalah dan harapan Pemuda di cawangan. Seperti kata YB DD semalam , KP Bahagian hanya dapat membantu 40% daripada masalah mereka sementara selebihnya mereka perlu menggerakkannya sendiri.

12. Kepada KP2 yang tidak hadir saya harap saudara - saudara akan lebih memberikan tumpuan dimasa akan datang demi untuk kepentingan pemuda yang saudara dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin .

13. Saya sempat mengemukakan beberapa permohonan dan harapan beberapa KP yang tidak hadir kepada YB DD. Namun , saya amat berharap agar mereka dapat sendiri berjumpa terus dengan YB DD dengan seberapa segera kerana itulah yang diminta oleh YB DD semalam .

14. Cadangan YB DD untuk menubuhkan Kelab Bermotor di setiap Pemuda UMNO cawangan yang akan dibekalkan dengan T Shirt dan topi , amat menarik bagi kami . Pemuda Bahagian akan turut membantu bagi merialisasikan idea YB DD itu .

15. Saya amat berharap agar semua KP sentiasa memberikan perhatian kepada cawangan dan pemuda yang mereka pimpin . kegagalan mereka berfungsi dengan sepatutnya akan menyebabkan kita akan dilihat semakin lemah . Saya dan Pemuda Bahagian akan sentiasa membantu saudara sekalian.

16. Terima kasih kepada YB DD diatas keprihatinan beliau kepada Pemuda UMNO dalam perjumpaan semalam , kami amat menghargai jasa dan keprihatinan beliau kepada kami .

17. YB DD menjemput kita semua ke Jamuan Hari Raya ADUN Selama pada 4 Okt di Dataran Selama bermula jam 11 pagi.

Khamis, 23 September 2010

Lampu Gelanggang Bt 85 Telah Diluluskan

1. Terima kasih kepada YBM Adun Kubu Gajah yang telah mengambil tindakan segera .
2. Saya telah dimaklumkan oleh YBM pagi tadi dan baru sebentar tadi saya telah dihubungi sdr Nizam , peg khas YBM bahawa tindakan telah diambil untuk mengadakan lampu tersebut.
3. Saya difahamkan sdr nizam akan pergi berjumpa sdr Rosli KP Bt 85 utk menyelesaikan hal tersebut dalam masa terdekat ini .
4. Pemuda Bahagian berharap agar pemuda BT 85 akan menggunakan kemudahan tersebut dengan sebaik mungkin dan demi perpaduan pemuda setempat .
5. Jagalah kemudahan tersebut dengan sebaik mungkin , masih banyak pemuda cawangan yang belum memiliki apa yang sdr2 miliki . Terima kasih kepada semua yang membantu .

Rabu, 22 September 2010

Pemuda Batu 85

1. baru sebentar tadi saya menerima panggilan dari seorang ahli pemuda cawangan sdr khairul .
2. Bertanyakan mengenai permohonan lampu untuk gelanggang sepak takraw mereka .
3. awal tahun lalu saya pernah sekali mewakili mereka mengahantar surat permohonan kepada adun dan ahli parlimen mengenai permohonan ini.
4. saya amat berharap agar mereka diberi perhatian yang sewajarnya .
5. sudah tentu harapan mereka ini tinggi .
6. walaubagaimana pun , kita tidak boleh menyalahkan wakil rakyat dalam hal ini . sepertimana yang semua ketahui bahawa dalam tahun ini , masih banyak projek luar bandar yang belum dapat dijalankan.
7. senario ini adalah lumrah apabila sampai ke penghujung Rancangan Malaysia ( RMK )
8. Pemuda batu 85 harap bersabar . YBM ADUN telah dimaklumkan sebentar tadi dan saya percaya YBM Dato Seri akan segera mengambil tindakan .


YB ADUN Kubu Gajah telah Bertemu Pemuda Sg Dendang

1 Petang tadi YBM telah bertemu dengan pemuda dan ahli cawangan Bt 85
2. Terima kasih atas keprihatinan YBM Dato Seri untuk mendengar keluhan dan harapan mereka
3. bagi pihak pemuda bahagian , kami merakamkan juga jutaan terima kasih . Mudah2an kita dapat menyelesaikan sebarang masalah secara bersama dan penuh rasa tgjwb kepada parti .
Ada rezeki tak kemana , kalau tidak , bersyukurlah dengan apa yang mampu kita perolehi.

Pemuda UMNO Sg Dendang dan Batu 20

1. Pemuda Sg Dendang baru saja menubuhkan kembali kewujudan pemuda di cawangan tersebut. ada pernah dipaparkan dalam blos ini beberapa bulan yang lalu. Jumlah mereka bukan sedikit. Sejarah menubuhkan cawangan ini telah diusahakan sejak bertahun2 lalu. Sejal awal kepimpinan sdr Hasbullah lagi . Namun atas pelbagai masalah yang tidak dapat dielakkan , baru kini mereka dapat menubuhkannya .
2. baru2 ini saya dihubungi ketua penajanya,mereka sedang memperjuangkan sebauh dewan serba guna . kini kelulusan telah pun mereka perolehi , namun yang mengewakan mereka adalah kelulusan itu hanyalah sebuah dewan orang ramai.
3. sekali fikir , x ada salahnya dan banyak kurangnya sebuah dewan serba guna dan dewan orang ramai biasa. Namun pada pandangan saya , masalah yang bakal timbul adalah tapak dewan tersebut . sekali didirikan dewan orang ramai , bermakna dewan serba guna akan menjadi penantian seterusnya .
4. DS Ketua Bahagian telah bersetuju untuk mendengar rintihan mereka . Mungkin hari ini semasa jamuan hari raya .
5. saya amat berharap agar harapan imereka akan diberikan perhatian yang sewajarnya . Ahli Parlimen sudah tentu dapat bersama Adun Kubu Gajah untuk memikirkan alternatif utk mewujudkan dewan serba guna utk mereka.
6. kepada pemuda sg dendang , sekiranya mereka berjaya mendapatkan dewan serba guna ,janganlah disia2kan perjuangan UMNO. Teruskan sokongan yang diberikan selama ini dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab .
7. Jangan sampai dapat madu sepah dibuang . jangan beranggapan bahawa ini adalah tgjawab wakil rakyat yang wajib dipenuhi utk rakyat , tapi ianya harus dilihat sebagai satu perjuangan sdr2 bersama UMNO utk mendapatkannya .
8. Sekiranya tidak berjaya , saya fikir dewan org ramai yang baru juga masih banyak kegunaannya utk aktiviti kita . masih banyak cawangan yang tidak mempunyai kemudahan tersebut dan sdr2 patut bersyukur dgn dewan baru
9. apa pun , kita akan cuba usahakan . ada rezeki pasti tidak ke mana . sdr perlu terus bersama Pemuda dan UMNO . perjuangan kita bukan terhenti setakat itu , banyak lagi yang perlu kita perjuangkan .
BATU 20
1. saya telah terlibat sama dalam perjuangan mendapatkan padang bola di batu 20 sejak hampir 12 tahun yang lalu . sebelum itu juga , ianya telah diperjuangkan .
2.mungkin perjuangan mereka telah mencecah 20 tahun.
3. sebelum ini mereka diberikan kelonggaran oleh pentadbiran sekolah Kpg yaman utk menggunakan padang sekolah sebagai tempat bersukan setiap petang .
4.tetapi kini , padang telah semakin kecil setelah sekolah dibangunkan dengan bangunan baru . mereka tidak lagi dapat menggunakan padang utk bersukan seperti sebelumnya .
5. padang futsal kini menjadi perjuangan mereka . Ahli Parlimen telah meluluskan sebuah padang futsal kepada mereka melalui pejabat belia hampir setahun yang lalu.
6. namun kelulusan itu telah dipindahkan ke kpg RTBK , mungkin kali ini bukan rezeki mereka lagi,tetapi rezeki pemuda di RTBK.
7. saya mengharapkan pejabat belia dapat memberikan perhatian kepada harapan mereka utk memiliki sebuah gelanggang futsal. malah turut mendapat sokongan dari ahli parlimen larut.
8. jangan biarkan mereka menjadi penanti kepada lebih 2 dekad. sebarang peruntukan yang datang perlu mengutamakan mereka , kerana mereka telah lama mananti dan berjuang utk memiliki padang permainan bolasepak.
9. terima kasih saya kepada ahli parlimen yang prihatin .
10. kepada pemuda batu 20 , berikan kerjasama kepada sdr Razinan , KP cwgn sdr2.
11. mengugut untuk tidak menyokong UMNO kalau tidak mendapat gelanggang futsal adalah satu tindakan yang kurang bijak.
12. UMNO sentiasa prihatin dengan masalah sdr2. insallah , ianya akan menjadi kenyataan nanti.
13. tidak ada ruginya kalau sdr2 menghayati perjuangan UMNO .
14. jangan terpedaya dengan dakyah yang menuduh UMNO tidak prihatin. kami juga Melayu spt sdr2. kami juga sayangkan bangsa dan negara kami .
15. mari bersama pemuda umno bahagian , kita perjuangkan kepentingan kita dan rakyat.
16. saya yakin ianya lebih relevan berbanding pas dan pkr yang berjuang utk kuasa semata2.
17. insallah , saya dan rakan2 tidak akan mengecewakan sdr2 dalam perjuangan ini . cuma soal berjaya atau tidak bukan hak kita . bersama pembangkang sudah pasti ianya jauh panggang dari api utk mencapai kejayaan . mereka hanya berjuang dengan nafsu mereka tetapi dalam masa yang sama mangabui mata kita dengan pidato yang penuk retorik.
18. UMNO yang membela kiya sejak 53 tahun yang lalu . percayalah , UMNO tidak akan mengecewakan kita.
19. saya doakan perjuangan Razinan , Hj Rosli dan Ketua kampung akan membawa hasil kepada sdr2 nanti.

Ahad, 19 September 2010

Pemuda

1.Pemuda Umno adalah sayap yang saya anggap sebagai sayap yang menjadi training department kepada kepimpinan UMNO masa akan datang . Setelah lebih 2 tahun menjadi pemimpin Pemuda di bahagian Larut ini , saya semakin mengenal erti kewujudan dan perjuangan pemuda sendiri .
2. Hampir semua pemimpin - pemimpin yang ada di bahagian Larut ini datangnya dari kilang Pemuda . Malah begitu jelas sekali apabila 3 pemimpin utama UMNO Larut sekarang pernah berada dalam medan pertempuran merebut jawatan Ketua Pemuda Bahagian pertengahan tahun 90an lalu. Kini mereka menjadi pemimpin yang menjadi tonggak kepimpinan dan masa depan Larut .
3. Saya tidak menafikan sumbangan sayap-sayap lain seperti Wanita dan Puteri . Namun begitu saya tidak mahu pergi jauh untuk membicarakan soal kepimpinan ini , cukuplah untuk Bahagian Larut sahaja.
4. Saya yakin adalah amat jelas semua sayap termasuk Wanita dan Puteri banyak memberikan manfaat kepada kemenangan 4-0 dalam PRU 12 , malah dalam 11 PRU sebelum itu.
5. Pemuda harus diberikan perhatian yang sewajarnya untuk terus berada dalam arus perdana politik di bahagian Larut . Namun saya amat kesal apabila banyak permohonan dan harapan pemuda terutamanya di cawangan jarang diberikan keutamaan oleh wakil - wakil rakyat.
6. Berapa banyak lagi kemudahan riadah dan sukan yang masih lagi tidak mampu dimiliki oleh pemuda di peringkat cawangan misalnya gelanggang takraw dan badminton. sekiranya kita mampu membina jalan dan lain infrastruktur yang bernilai jutaan ringgit , kenapa masih ada pemuda cawangan yang masih bermain takraw di atas gelanggang tanah dan pasir ?
7. malah ada diantara pemuda cawangan yang hanya memohon pasir dan simen utk bergotong royong membina gelanggang permainan mereka. lihatlah betapa mereka sanggup berkorban dan memahami susahnya untuk mendapat peruntukan untuk itu. sementara itu , berapa ramai pula yang sanggup meminta wakil rakyat menghantar premix utk membina jalan tar sendiri? ( walau agak janggal soalan ini,tapi tidak ada salahnya kalau disoal )
8. sebagai Ketua Pemuda saya hanya mampu membantu sekampit dua simen utk meneruskan hajat mereka. sedangkan ada wakil rakyat yang tidak memberikan perhatian sewajarnya keatas permintaan ini.
9. barangkali seorang Ketua Pemuda Bahagian perlu menjadi jutawan sebelum layak menawarkan diri utk memimpin pemuda , barulah semua ini mampu saya selesaikan tanpa bantuan sesiapa.
10. Keupayaan pemuda di cawangan tidak mampu saya cungkil kesemuanya. mereka kini sekadar mengharapkan peralatan sukan yang setakat ini masih mampu Pemuda Bahagian penuhi walaupun dengan hanya sedikit peruntukan berbanding peruntukan yang pernah diterima oleh Ketua Pemuda sebelum saya .
11. namun itu bukanlah halangan kepada saya dan rakan - rakan untuk terus berjuang asalkan saya tidak berhadapan dengan golongan pemuda yang perlu 'dibayar' kerja mereka.
12. saya masih bertuah kerana rata - rata jawatankuasa pemuda dan ketua pemuda cawangan masih ada yang snggup bekerja secara percuma demi kekuatan parti.
13. Ketua UMNO bahagian bagi saya adalah seorang pemimpin yang amat mudah untuk saya dekati. Walau pun tidak semua mampu beliau bantu , tetapi setidak - tidaknya saya diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk menjalankan program tanpa sebarang sabotaj atau prejudis.
14. saya fikir semua wakil rakyat perlu bertindak seperti mana Ketua Bahagian,pemuda akan menjadi bertambah kuat dengan corak dan sokongan seperti ini.
15. setiap rungutan yang saya ajukan akan diambil perhatian dengan pantas dan penuh prihatin. saya tidak bermaksud untuk memuji Ketua Bahagian demi kepentingan saya,tetapi inilah yang telah saya lalui semenjak menjadi pemimpin belia dahulu.
16. soal sejauh mana masalah itu dapat diselesaikan , bukan persoalannya . tetapi yang penting adalah keinginan untuk mendengar.
17. pemimpin perlu sentiasa prihatin dengan masalah pemuda , berikan sokongan sepenuhnya dengan peruntukkan yang ada dalam tangan masing2. jangan sampai pemuda terpaksa menjadi peminta sedekah untuk menjalankan aktiviti. Kenapa Ketua Bahagian boleh menyediakan peruntukan setiap tahun kepada semua sayap tanpa diminta ? malah tiada siapa pun yang tahu kalau saya tidak mendedahkannya di sini.
18. malah kami masih dilayan juga dengan permohonan - permohonan yang lain.
19. perlu diingat bahawa saya bukan dari kem Ketua Bahagian semasa 'berperang' dulu. tapi inilah hakikat yang perlu saya telan.
20. selagi kita masih mengharapkan agar kita hanya mendapat political millage dalam setiap tindakan , parti kita tidak akan menjadi kuat.
21. tulisan saya ini hanya akan mengundang 'padah' kepada saya sebagai orang politik . Tapi adakah diri saya jauh lebih penting dari kemenangan dan kekuatan parti kita.
22. saya tidak nafikan apa yang berlaku semasa pemilihan parti yang lalu , pencak silat Dato seri raja Ahmad , Dato Hamzah telah mengkucar - kacirkan kita .
23. tidak ada salah kalau hari ini kita mengenal antara pasir dan permata.
24. Pemuda sedang bersiap sedia untuk mara dalam perjuangan ini setelah berbulan - bulan masa kami habiskan dengan liga bolasepak. Fasa akan datang bukan lagi bolasepak untuk memeriahkan Larut , tetapi kekuatan pemuda dari akar umbi.
25. program ziarah ramadhan ke 75 cawangan pemuda sepanjang ramadhan lalu , memberi semula kami kekuatan . masih banyak yang perlu kita perjuangkan tentang nasib rakyat dan keinginan pemuda.
26. mereka perlu diberi perhatian . kalau wakil rakyat masih leka dan hanya menjaga kerusi dan risau political millage nya tergugat oleh pemuda (walaupun sebenarnya pemuda tiada apa kelebihan ), saya tidak keberatan untuk berada di belakang tabir. Asalkan segala keinginan pemuda dapat diselesaikan.
27. ahli parlimen perlu memainkan peranan yang besar dalam memperkuatkan pemuda. Tidak dengan hanya program besar - besaran sedangkan kita membiarkan penuh lompang dibawah.
28. awal tahun lalu saya telah cuba untuk membuka akaun pemuda cawangan2 agar mereka lebih bersemangat dengan permulaan RM100 setiap cawangan . terima kasih kepada Ketua Bahagian kerana turut membantu . Walau pun masih banyak cawangan pemuda yang tidak membuka akaunnya sendiri , namun kita perlu meneruskan usaha ini kerana ianya amat penting untuk sebuah organisasi dan memantapkan pengurusannya.
29. harapan saya agar akaun ini akan menjadi perhatian wakil2 rakyat untuk menyalurkan peruntukan terus kepada pemuda cawangan tanpa melalui pemuda bahagian yang kadang kalanya menjadi fitnah pihak tertentu yang menuduh saya menggunakan peruntukan utk peribadi saya. ( sebelum menjadi KP pun saya bukan dalam kategori miskin )
30.sebelum ini pemuda masih boleh mendapat tempias daripada sumbangan peruntukan tahunan kepada cawangan2,tetapi kini semua terkapai2 mencari wang untuk aktiviti mereka. malah ada cawangan yang kantongnya kosong , malah guru2 agama yang sentiasa mendekati masyarakat kampung juga tidak dapat lagi merasa sedikit sumbangan daripada UMNO dan wakil rakyat.
31. terima kasih kepada adun batu kurau yang saya dimaklumkan turut memberikan beberapa ratus kepada semua cawangan dalam DUNnya , untuk aktiviti cawangan.
32. duri dalam daging yang bermaharajalela dalam Larut kini perlu dibanteras habis - habisan . Mensabotaj program masing2 .. malah pemuda disabotaj oleh orang kuat wakil rakyat tertentu sepanjang menjalankan program - program . Bagi saya , ia adalah duri dalam daging saya sendiri.
33. Tulisan saya ini mungkin akan menjadi pertikaian sesetengah pihak . Tetapi perjuangan tidak pernah membuatkan saya perlu menjadi pelontar batu yang menyembunyikan tangan. Semuanya adalah di Tangan Allah swt. Larut perlu terus kuat sebagai 'simpanan tetap UMNO /BN " di negeri Perak .
34. Jangan jadikan penggal ini adalah yang terakhir buat kita memerintah kerajaan. Bagi saya , sesiapa saja boleh menggantikan saya selepas ini . Tetapi selagi masih memikul tanggungjawab ini, saya perlu terus bersuara demi untuk kepentinganPemuda ,UMNO dan rakyat . Ayuh seluruh ahli pemuda , kita perlu bersama dan bersatu , ikhlaskn hati demi perjuangan, pasti tidak ada apa yang perlu kita takutkan . UMNO perlu terus hidup , rakyat perlu terus dibela . Yang keruh kita jernihkan , yang gelap kita cerahkan asal jangan sampai menggadai maruah bangsa dan agama .
' digantung patik tinggi , dibakar patik hangus"... asal perjuangan tetap kita teruskan.

Mohamad Annuar bin Ariffin