BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Jumaat, 25 Disember 2009

Kerusi Malas Untuk PAS

Andai Pakatan pembangkang berjaya mewujudkan kesepakatan sebagai sebuah parti gabungan dibawah satu lambang. PKR - DAP nampaknya telah berjaya menarik Pas ke kerusi malas. Secawan kopi, sepinggan goreng pisang sejuk dan sebuah gitar buruk akan menjadi teman Pas sepanjang PRU13 nanti. Sementara PKR - DAP akan menjadi pemain sepenuh masa dalam menentukan siapakah yang paling layak untuk menjadi calon bagi mewakili parti gabungan mereka nanti. Kadang - kadang kalau dah terlena sangat, DAP - PKR akan menendang kaki kerusi agar Pas tidak terlena terus dalam pilihanraya. Tugasnya sebagai penghibur dan halwa telinga dengan gitar buruknya harus diteruskan. Sementara dua parti penipu besar ini terus - terus menari mencari jalan untuk menjadikan pula Pas sebagai badut ( tanpa kerusi malas lagi ) sebaik sahaja mereka menang dalam PRU.
Sesekali wakil penipu besar nanti akan datang menghantar skrip lagu baru untuk dialun Pas dengan gitarnya. Melalaklah Pas dengan lagu 'takbir' yang kadang - kadang bunyinya dah menjadi "take beer". Itulah lagu - lagu yang terpaksa didendangkan Pas sepanjang bersama pakatan pembangkang selepas memenangi beberapa buah negeri dalam PRU 12. Nampak asal sebelum PRU 12, Pas seolah komposer dan ahli muzik yang cukup pro dan berwibawa dengan lagu - lagu ala Islamik yang cukup berpengaruh. Rupanya Pas tidak sebijak yang disangka segelintir rakyat yang menyokongnya. Dengan harapan agar PKR - DAP akan membelikan gitar baru untuknya.... atau paling tidak pun goreng pisang boleh lah digantikan dengan karipap berinti ayam, Pas terpaksa mendendangkan lagu ciptaan DAP dan sekutu sehaluannya PKR.

Bodoh sungguh Melayu ini. Sifat malasnya makin menjadi - jadi, kalau boleh nak kaya raya dengan tidur di atas kerusi malasnya. Diberi sedikit makanan dan kesenangan, lupa segala perjuangan asal. Seolah - olah menjadi taukeh besar bila diberi sebuah kerusi malas, sedangkan orang lain berkerja bertungkus lumus 'membajak' kekayaan. Modal yang ada cuma sekupang dua, dibagi kerusi malas seolah tokeh besar, sedangkan yang kaya DAP. Macam di negeri Perak selama sembilan bulan .

Pas nak buat lagi perangai lamanya, dulu maki hamun UMNO sebab berkawan dengan MCA-MIC, kononnya UMNO dah jadi kafir kerana berkawan dengan komponen bukan Islam ini, sekarang Pas jilat ludahnya balik, malah bukan setakat ludah , muntah hijaunya pun dah boleh dibuat macam bubur kacang . Pas telan semuanya demi kuasa politik dari atas kerusi malas yang disediakan DAP. Kononnya inilah rakan sejati, tidak macam bersama UMNO dalam BN dulu. Pas tidak dibelai seperti dibelai DAP - PKR sekarang ini.

Pas lupa, UMNO adalah parti perjuangan asal untuk Melayu dan Islam sejak sebelum merdeka lagi. UMNO sanggup berkongsi dengan parti kaum lain asalkan mereka mengakui sifat ketuanan Melayu. Ketuanan yang tidak akan menindas mana - mana kaum, sekadar memastikan bahawa survival bangsa terus terpelihara dalam masa yang sama mengakui hak kaum lain sebagai warganegara. Pas dan UMNO sama - sama parti Melayu - Islam. Sama - sama harus bekerja dan perlu menyaingi kaum lain. Justeru UMNO tidak boleh melayan Pas seperti mana DAP-PKR melayan Pas hari ini. Lalu Pas 'lari' meninggalkan UMNO dalam BN. UMNO sedikit pun tidak goyah, kerana UMNO bertanggungjawab dan mempunyai kredibiliti untuk terus memperjuangan Melayu dan Islam. Berbeza dengan DAP - PKR hari ini, mereka amat memerlukan Pas demi survival politik mereka. Menjadikan Pas kuda tunggangan hanya akan menjadikan Pas lebih mudah terasa kebodohan mereka, lalu mereka berikan kerusi malas pada Pas....

4 ulasan:

  1. PAS juga parti politik,
    pemikiran juga politik,
    perjuangan juga politik,
    orang2nya pun politik,

    segala yang mengutungkan politik mereka..
    mereka akan sokong...
    sebab itulah bahayanya parti yang menggunakan agama untuk politik..

    Pemuda Kpg Paya

    BalasPadam
  2. memang sungguh pemalas PAS ini, tidak mahu langsung mencontohi UMNO dalam memertabat dan memperjuangkan bangsa Melayu..

    Tengok dan lihatlah perjuangan UMNO, kini bangsa Melayu sudah berjaya, kaya raya..lihatlah senarai orang yang terkaya di Malaysia semua nya di barisi oleh oleh orang-orang Melayu yang UMNO juangkan untuk mereka.

    Lihatlah gedung membeli belah di KLCC penuh orang melayu berniaga, lihat ruang-ruang pejabat di KLCC penuh usahawan melayu menyewa.

    Semua melayu kaya raya, senang lenang kerana UMNO memperjuangkan nasib orang melayu di sini, selama 52 tahun perjuangan UMNO..lihat kejayaan nya... Wahai puak PAS jangan lah kamu malas.. contohi lah perjuangan UMNO..

    tengoklah berapa ramai kontraktor melayu, pakar dalam pembinaan, boleh bina segala macam, dari Jambatan Gantung ke Stadium darul iman, dari masjid hinga ke stesen bas, dari makmal komputer hingga ke jejambat MRR2...ohhh UMNO Melayu terasa perjuangan mu...

    BalasPadam
  3. memang bangsa kita belum mampu bersaing dengan kaum cina terutamanya . walaupun begitu kita jangan lupa dengan apa yang UMNO dah buat kepada bangsa kita sepanjang kemerdekaan . Semakin tahun kita melahirkan semakin ramai profesional melalui IPTA dan IPTS , disamping lulusan dari luar negara. KLCC dan Putrajaya adalah dijuruterai oleh orang Melayu . berbanding Jambatan Pulau Pinang diawal tahun 80an dahulu kita terpaksa menggunakan kepakran dari Korea Selatan .
    Sdr boleh membaca beberapa artikel saya dalam blog ini mengenai pembangunan Larut . Banyak saya menyentuh mengenai kelemahan yang ada pada bangsa kita . Justeru kita perlu sama - sama berusaha meningkatkannya . Sebab itu Tun Mahathir kata " Perjuangan kita Belum Selesai ". Banyak lagi yang perlu kita buat . Kerana itu kerajaan wujudkan macam - macam agensi untuk bantu Melayu seperti MARA dan TEKUN , malah banyak lagi . kalau kerajaan tak usaha , bangsa kita sudah tentu jauh lebih buruk dari hari ini.
    Apa yang saya maksudkan adalah , kita jangan terlalu 'mendewakan' bangsa asing , tidak mustahil perjuangan kita ini akan mereka tamatkan riwayatnya seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak satu ketika dulu. Massih banyak yang perlu UMNO perjuangkan , tapi yang penting adalah sokongan orang Melayu sendiri. Soalnya..berjayakah Pas membela agama dan bangsa selepas Allah memberi meraka kuasa dibeberapa negeri ?

    Mohamad Annuar Ariffin

    BalasPadam
  4. Pekara- perkara ajaib tahun 2009.....
    - Wayang Tongkoi MCA masih berterusan
    - Drama Tamil MIC & PPP tak kesudahan
    - Gerakan masih dalam keranda tapi belum di tanam
    - Isa samad masih rendah
    - Kerajaan Selangor belum bayar gaji Anwar
    - Mat Said masih belum jumpa kambing
    - Orang Larut memang tak suka Datuk Hamzah
    - Datuk Raja Ahmad sangat suka tangkap gambar
    - Kereta sapu masih laku di Batu Kurau
    - Dr Rosli masih bawak lari anak dara orang

    Ramalan TABUAN 2010
    - Nik Ajis semakin meracau
    - Husam semakin sasau
    - Ada Adun Kelantan Mati Pulak
    - Janda Adun Melor tetap lawa

    baca lagi tabuans. blogspots.com.......

    Selamat tahun baru

    BalasPadam