BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Rabu, 27 Januari 2010

Pas Mengkerandakan Perjuangan Sendiri


Hari ini saya berbual - bual dengan kawan - kawan mengenai politik semasa . Seperti biasa sudah tentu kawan - kawan saya itu adalah terdiri daripada para penyokong UMNO . Habis satu topik , hingga ke satu topik . Baik dalaman parti mahu pun soal perjuangan UMNO sendiri . Agak terasa kali ini perbualan adalah lebih bersifat terbuka dan tidak terlalu fanatik kepada parti keramat UMNO . Ada juga yang memberikan buah pandangan mengenai beberapa kelemahan UMNO sejak dari dulu hingga ke hari ini yang perlu diperbaiki . Tidak kurang juga yang kini memperkatakan tentang kelemahan dan kesilapan parti pembangkang terutamanya parti Pas .



Sepanjang perjalanan pulang ke rumah , saya terfikir mengenai perjuangan Pas sejak asal penubuhan parti itu . Amat pasti bahawa para pejuang Pas lalu , apa yang tersemat didalam benak dan fikiran mereka adalah perjuangan bagi memastikan kedaulatan dan kesucian Agama Islam akan terus dipertahankan di Bumi Bertuah , Tanah Melayu ini . Sejak Parameswara di Islamkan hinggalah ke hari ini , Islam tidak pernah tunduk kepada 'keegoaan ' mana - mana pihak . Malah seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam akan duduk bersama sekiranya ada pihakyang cuba mencabuli kesucian Islam di negara ini . Adalah tidak menghairankan sekiranya pada satu ketika Pas akan menjadi jaguh no 1 sekiranya sebarang perkara yang boleh mencemarkan agama suci ini.

Teringat juga saya kepada Pindaan Perlembagaan semasa zaman YAB Tun Mahathir untuk mengurangkan kekebalan Raja - Raja Melayu . Pas menjadi jaguh atas alasan Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam di negara kita . Sungguh hebat perjuangan Pas pada ketika itu .

Teringat juga saya kepada dakwaan Pas mengkafirkan orang UMNO kerana UMNO berkawan dengan parti komponen bukan Islam dalam Barisan Nasional ( BN ) . Habis anak cucu Pas membenci orang UMNO sehingga sembelihan orang UMNO juga haram dimakan. Malah ada yang memfarakah sembahyang Jumaat kerana diimamkan oleh orang UMNO. Begitulah hebatnya satu fenomena perjuangan Pas yang mendakwa Islamnya sama seperti perjuangan di zaman Rasullullah SAW . Pas juga tidak akan menggunakan segala kesenangan yang ada di dunia ini sekiranya mereka kelak menjadi pemerintah nanti . Pas akan terus bersifat sederhana . Rasuah ? tiada langsung dalam kamus mereka . Perebutan kuasa atau 'cah keting' ? tak mungkin akan berlaku dalam Pas dengan wadah perjuangan yang mereka bawa itu .

Rupanya Pas bersifat seperti itu ketika mereka belum pernah diuji oleh Allah SWT . Pas bukan memperjuangkan Islam , rupanya Pas mempolitikkan Islam demi matlamat Politik itu sendiri . Benarlah apabila politik itu didefinasikan sebagai " Siapa Mendapat Apa? Bila ? dan Bagaimana?"

Saya cuba menafsir pula mengenai perjuangan UMNO . Sedaya mampu saya cuba bersifat profesional dalam menjustifikasikan perjuangan UMNO .

Faktor penubuhan kedua - dua parti UMNO / Pas

UMNO - i.ditubuhkan oleh orang Melayu selepas kegagalan demi kegagalan menuntut kemerdekaan dengan peperangan dan tumpah darah .

ii.Ditubuhkan atas desakan semasa untuk menyatukan Orang Melayu dan berjuang melalui saluran politik selepas Perang Dunia ke 2.

iii. Hasil kesedaran segelintir orang Melayu yang berpeluang mendapatkan pendidikan di luar negara . Juga hasil daripada penulisan dan penubuhan beberapa pertubuhan Melayu yang menentang penjajahan ke atas Tanah Melayu



PAS - i . Kewujudan golongan ulama dalam UMNO melalui Biro Agama UMNO yang dipengerusikan oleh Uts Ahmad Fuad Hassan.

ii. Sehari selepas kekalahan Utz Ahmad Fuad dalam pemilihan Yang Dipertua UMNO .

iii. Golongan ulama daripada Hizbul Muslimin( parti politik Islam pertama yang ditubuhkan , tetapi tlh diharamkan oleh British )banyak menganggotai parti ini diawal penubuhannya sebagai Parti Islam Se Malaya.

iv . Perjuangan adalah untuk memastikan agama Islam sentiasa dipelihara di Tanah Melayu



Di atas ini adalah sebahagian yang kecil fakta yang sempat saya tulis untuk renungan kita . Ternyata Pas ditubuhkan oleh golongan awal yang memperjuangan agama islam di negara ini . Nama besar seperti Uts Abu Bakar al - Baqir banyak menjadi asas kepada persepakatan golongan ulama seperti Uts Othman Hamazah , Uts Baharuddin Abd latif dan Lain-lain yang pada satu ketika terpecah ke beberapa pertubuhan termasuk Parti Kebangsaaan Melayu Malaya(PKMM) dan juga UMNO . mereka ini kembali bersatu selepas Pas ditubuhkan.

Matlamat awal Pas adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam serta memelihara kesucian Agama Islam itu sendiri . Adalah amat penting untuk kita sama mengetahui bahawa semasa penubuhan Pas , 4 matlamat telah digariskan dalam perjuangan awal mereka . Saya amat tertarik dalam matlamat ke 3 parti itu iaitu :

' Mempertahankan dan memelihara hak - hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam "

Termenung saya sejenak bila memikirkan tentang matlamat ke 3 Pas ini .

Apabila Ketua Agama Islam ( Raja Melayu ) dihina dan dituduh dengan pelbagai tohmahan , Pas tidak berani bangun mencabar si pengkhianat itu pada hari ini . Sedangkan pada satu ketika Pas adalah jaguh apabila mempertahankan Raja Melayu . Pas takut kerana rakan pakatannya mungkin akan berpaling tadah sekiranya Pas cuba untuk menjadi jaguh . Lalu Pas biarkan Ketua Agama Islam dipersenda dan diderhakai.

Apabila mahkamah membenarkan penggunaan nama Allah oleh sebuah majalah kristian , Pas langsung tidak mahu bersuara . Malah ada diantara pemimpin Pas yang bersetuju dengan perintah mahkamah tersebut .

Apabila ditanya mengenai penubuhan sebuah kerajaan dan negara Islam di Malaysia . Pas terus membisu .

Apabila ditanya tentang pelaksanaan hukum hudud , Pas kata kan bahawa hudud adala 1 : 10000 daripada perjuangan Islam .

Apabila ditanya tentang gabungan dengan parti bukan Islam seperti DAP . Pas tetap membisu . Alasannya . DAP tidak sezalim UMNO . Saya teringat kepada matlamat ke 4 Pas :

"Bekerjasama dengan pertubuhan - pertubuhan siaah yang lain dalam negara ini ,yang dasar dan tujuan nya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi,keadilan masyarakat dan kemanusiaan."

Saya tidak mampu berfikir lagi . teringat saya kepada kata - kata Hang Tuah...

" Jebatkah Yang Benar Atau Akukah Yang Benar "

2 ulasan:

  1. penulisan yang baik..
    mereka juga parti politik

    Pemuda Kpg Paya

    BalasPadam
  2. Dari Blog che det...saja untuk di copy untuk bacaan...

    UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

    Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

    Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

    Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

    UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

    Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

    BalasPadam