BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Isnin, 31 Ogos 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA PERGERAKAN PEMUDA UMNO LARUT

Pergerakan Pemuda UMNO akan mengadakan beberapa program berbuka puasa, seperti tarikh-tarikh berikut:


  1. 07/09/2009 - Di Masjid Toh Paduka, Kampung Masjid, Ijok (ZON D)
  2. 08/09/2009 - Di Masjid Kampung Jelai (ZON E)
  3. 10/09/2009 - Di Surau Sungai Kuning, Selama (ZON B)
  4. 12/09/2009 - Di Surau Al-Falah, Kpg Banggol Sebelah (ZON G)
  5. 13/09/2009 - Di Surau Kampung Cherok Pelandok (ZON F)
  6. 14/09/2009 - Di Surau Tebing Tinggi, Kubu Gajah (ZON C)

Perhatian dan Makluman:

Semua Ketua Pemuda Cawangan dan AJK Pemuda Cawangan diminta bersedia bermula pukul 4 petang di cawangan masing-masing pada tarikh zon mengadakan mejlis berbuka puasa, untuk penyampaian bantuan kepada veteran UMNO. Harap maklum.

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2009

Sekitar sambutan Di Ambang Merdeka di Dataran Bangunan Umno Batu Kurau anjuran Pemuda UMNO Larut....

Ucapan pembukaan daripada Sdr. Anuar Arifin dan juga Pak Lang Halik yang menceritakan kisah-kisah dan peristiwa-peristiwa sebelum merdeka...
Para hadirin turut sama-sama menunjukkan semangat patriotik.....


Kuiz dan cabutan bertuah....


Kehadiran orang-ramai yang menggalakkan....






Pertunjukan bunga api....

Ahad, 30 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 52



MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!....

Sabtu, 29 Ogos 2009

SAMBUTAN MALAM ULANG TAHUN KEMERDEKAAN


Walaupun berpuasa dalam bulan Ramadhan, sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang kebetulan pada tahun ini jatuhnya dalam bulan puasa, tetap akan dijalankan juga, cuma dengan sambutan yang sederhana sahaja. Tidak ketinggalan, Pemuda UMNO Larut akan mengadakan majlis sambutan tersebut pada malam 30/08/2009, bermula jam 10.00 malam di Dataran Bangunan UMNO.

Beberapa pengisian yang bersesuaian akan diadakan seperti:
  • Buffet Kerang rebus
  • persembahan sajak / nasyid / dikir barat / keagamaan
  • ucapan / pidato
  • cabutan bertuah
  • Countdown 31 Ogos

Sasaran utama program ini adalah golongan pemuda dan belia. Sehubungan dengan itu, semua pemuda, belia dan beliawanis adalah dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut disamping sama-sama menghayati erti kemerdekaan.


Jumaat, 28 Ogos 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN

Majlis penyampaian bantuan oleh Ketua Pemuda UMNO akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan mengikut tarikh dan tempat yang akan ditentukan untuk setiap cawangan.

PROGRAM MAJLIS BERBUKA PUASA

Program Majlis Berbuka Puasa bersama AJK Pemuda Bahagian dengan Pemuda Zon A, B, C, D, E, F dan G akan diadakan bermula pada 1/9/2009.

MESYUARAT AGUNG

MESYUARAT AGUNG PEMUDA UMNO BAHAGIAN LARUT DIJADUALKAN AKAN DIADAKAN PADA 3/10/2009. MAKLUMAT LANJUT AKAN DIBERIKAN.

MESYUARAT PEMUDA CAWANGAN

Mesyuarat Pemuda Cawangan telah dapat dijalankan bermula pada 11/08/2009 hingga 16/08/2009. Tahniah kepada semua yang telah berjaya menjalankan mesyuarat dengan jayanya.

Khamis, 27 Ogos 2009

KATA YBM DATUK SERI RAJA AHMAD...

Setelah selesainya Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir yang telah kita ketahui keputusannya, sama-samalah kita renungi kata-kata YBM Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin seperti yang tertulis dalam blog beliau, seperti berikut:
"Soalnya sekarang ialah BN perlu mengadakan bedah siasat untuk mengetahui kenapa parti tersebut masih ditolak oleh pengundi di Permatang Pasir dan apa kah sebabnya?Saya merasakan ada eluknya juga dipanggil kesemua wakil rakyat dari parti pembangkang yang kini telah keluar meninggal parti masing-masing bagi mendapatka maklum balas sebagai panduan jika berlaku lagi pilihanraya kecil di masa-masa yang akan datang."
Ada benarnya kata-kata tersebut. Bagaimana dengan anda????

KATA PRESIDEN DAN TIMBALAN....


BN akan teliti faktor kekalahan: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) sudah mencuba dengan baik dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, semalam. Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, mungkin ada faktor-faktor tertentu perlu diambil kira oleh BN berikutan keputusan pilihan raya itu yang memihak kepada Pas.
“Dari satu segi kita dapat mengurangkan jumlah majoriti kemenangan parti lawan. Dari satu segi yang lain, kita mesti melihat apakah faktor-faktor yang boleh diperbaiki oleh parti kita.

“Saya tahu apa dia (faktor-faktor) dan kita akan mengkaji apakah kesilapan kita supaya pada masa akan datang kita akan melakukan usahayang lebih berjaya lagi,” katanya selepas melancarkan sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam. Najib mengulas keputusan pilihan raya kecil itu selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon Pas Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi dan menewaskan calon BN, Rohaizat Othman yang memperoleh 5,067 undi.
Di BUKIT MERTAJAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, faktor kekalahan BN pada pilihan raya kecil itu, adalah sikap pengundi yang tidak mahu perubahan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, faktor lain yang menyumbang kepada kekalahan BN ialah kawasan Permatang Pasir adalah kubu kuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga kubu Pas. "Pengundi di kawasan ini tidak mempunyai keinginan untuk membangunkan Permatang Pasir seperti ditawarkan BN, jika memenangi kawasan ini. "Pengundi Cina juga ramai di sini dan ia berbeza dengan senario pilihan raya kecil DUN Manek Urai, baru-baru ini," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Induk BN di sini, malam tadi. Timbalan Perdana Menteri juga tidak menafikan faktor calon BN iaitu Rohaizat yang mempunyai pelbagai isu peribadi turut menyumbang kepada kekalahan BN.

Katanya, pembangkang mengeksploitasikan isu itu secukupnya untuk mengganyang Rohaizat sehingga menyumbangkan kepada kekalahan BN. "Kita mengambil kira faktor ini, tetapi pada penghujung kempen, isu itu dapat diatasi dan kalau tidak ia mungkin akan jadi lebih teruk. "Keputusan pilihan raya kecil ini tidak banyak berbeza daripada pilihan raya umum 2008 dan jika faktor penolakan calon yang bertanggungjawab sepenuhnya, sudah tentu, keputusannya tidak seperti hari ini (semalam)," katanya. Muhyiddin berkata, pengundi menunjukkan minat kepada BN ketika lawatan dilakukan di kawasan mereka, tetapi sikap mereka tetap tidak berubah dengan mengundi pembangkang. Katanya, walaupun tewas dalam pilihan raya berkenaan, BN tetap menerima keputusan itu kerana ia kehendak rakyat selaras dengan demokrasi berparlimen. Beliau berkata, BN tetap akan bekerja keras dan membina semula kekuatan jenteranya bagi merebut semula kawasan itu.

Selasa, 25 Ogos 2009

MENGHAYATI....

Dalam bulan ini, kita bukan sahaja sibuk dengan sambutan bulan Ramadhan, bulan untuk kita sebagai umat Islam untuk menunaikan ibadah puasa, malahan kita juga akan meraikan bulan Kemerdekaan Negera kita, Malaysia yang tercinta. Oleh kerana bulan kemerdekaan kita pada tahun ini jatuh pada bulan yang mulia, bulan Ramadhan, maka kita telah dimaklumkan bahawa sambutan ulang tahun kemerdekaan negara hanya akan dibuat tidak sehebat seperti tahun-tahun yang lepas.


Walaubagaimana pun, kita tidak harus menjadikan alasan itu untuk mengurangkan juga semangat patriotik dan cintakan negara kita. Cintakan negara juga adalah satu ibadah kepada kita, selain cintakan agama dan juga bangsa kita sendiri.


Tahukah kita:
  • kali keberapakah ulang tahun kemerdekaan negara kita kali ini?
  • apakah temanya tahun ini?
  • bagaimanakah logo sambutan tahun ini?

Sudahkan anda mengibarkan Jalur Gemilang kebanggaan kita? Apa salahnya, kita jadikan hiasan Jalur Gemilang ini sebagai salah satu hiasan di rumah kita untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan negara pada tahun ini.......

Sama-samalah kita menghayati bulan ramadhan al-mubarak, dan juga bulan kemerdekaan negara kita.....


PROGRAM SIRI CERAMAH PEMUDA UMNO LARUT


Pemuda UMNO Bahagian Larut telah mengadakan beberapa siri ceramah baru-baru ini, dan siri ceramah yang terakhir diadakan adalah pada 13/08/2009, jam 9.00 malam, bertempat di perkarangan Dewan Orang Ramai Kampung Gudang / Padang Das, dengan penceramah jemputan utama ialah Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBM Dato' Raja Haji Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, ADUN Kubu Gajah.








Sabtu, 22 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

PEMUDA UMNO LARUT INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA. SELAMAT BERPUASA. SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENJALANI IBADAH PUASA KALI INI DENGAN PENUH KEBERKATAN, DI SAMPING KITA MELAKSANAKAN TUGAS HARIAN.

Khamis, 20 Ogos 2009

Assalamualaikum wbt...
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Untuk makluman semua, blog ini diwujudkan sebagai alternatif kepada laman web Pemuda Umno Larut sebelum ini. Oleh kerana trend semasa yang, yang mana penggunaan blog seperti ini sebagai satu saluran media cyber yang begitu meluas digunakan, maka Pemuda Umno Larut juga tidak ketinggalan untuk turut menggunakannya.
Apa yang diharapkan melalui blog ini, dapat dikongsi setiap maklumat dan aktiviti, serta buah fikiran daripada setiap pengunjung, bagi menjadikan satu saluran yang dapat memberikan faedah kepada semua lapisan masyarakat.
Blog ini akan dikemaskinikan dari masa ke semasa, dan akan dimuatkan dengan segala maklumat yang dapat digunakan oleh setiap pengunjung.
Sekian.