BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Rabu, 30 September 2009

Manusia yang tamak dan gila kuasa tidak akan pernah merasa rugi kalau bangsanya tergadai, apa yang mahu dikejar hanyalah impian peribadi . Menjadikan perjuangan membela rakyat sebagai landasan , mereka rakus menyelidik kelemahan bangsa sendiri. Lantas menggunakan segala kebodohan bangsa untuk mencapai matlamat politik . Saya tidak bermaksud menyalahkan parti pembangkang seperti PAS atau Keadilan yang menjadi parti yang dominasi oleh org Melayu dalam pakatan pembangkang , tetapi saya memfokuskan kepada satu puak Melayu yang menggunakan parti - parti politik tadi untuk memuaskan kehendak dan cita - cita mereka . Melayu jenis ini wujud dalam mana - mana organisai politik termasuk di dalam UMNO sendiri . Kerana itulah saban masa dan tahun kita boleh melihat ahli parti malah pemimpin UMNO yang berpaling tadah meninggalkan UMNO kerana gagal memuaskan kehendak peribadi mereka. lalu mereka meletakkan segala kesalahan kepada parti . Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada parti yang selama ini bukan sahaja berjasa kepada mereka , malah seluruh keturunan mereka . Mereka adalah Melayu Parasit ( MP ).
Menghimpunkan semula Melayu adalah satu tugas yang amat berat untuk dipikul oleh generasi hari ini . Namun , saya percaya nasi belum menjadi bubur . Sebagai pejuang kita harus mengorak langkah menjadikan UMNO mampu terus bertahan dengan peningkatan jumlah ahli dan juga kejayaan ahli - ahlinya sepanjang bersama UMNO .
Kembali kepada apa yang pernah kita lakukan semasa awal kemerdekaan dahulu . Kita yakin dengan kemampuan kita , kita sanggup untuk bersama rakyat dalam apa jua keadaan , kita sanggup untuk bersekang mata demi rakyat . Kita merasakan bahawa kita belum memiliki apa - apa lalu kita harus terus berusaha menjayakan agenda perjuangan bangsa . Ideologi yang kita bawa semasa diawal pembentukan negara dahulu adalah ideologi terbaik untuk menghimpun semula Melayu . Ketegasan dan keyakinan kita sebagai Melayu dan menyedari bahawa hanya Melayu sahaja yang mampu mensyabilkan negara ini harus dikembalikan . Adalah amat malang bagi kita kerana ada dikalangan kita yang merasakan menghormati Jalur Gemilang sama seperti menghormati UMNO , mempertahankan Kedaulatan Raja - Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan adalah seperti mempertahankan UMNO . Lantas menghasut seluruh Melayu untuk tidak menghormati Jalur Gemilang dan Raja Melayu . itulah yang berlaku kepada kita sekarang . Lupakan perjuangan Melayu Parasit , kembali kepada agenda perjuangan asal kita . Melayu Pas.Melayu Keadilan , Melayu UMNO , malah seluruh Melayu , jangan lagi kita menjadi mainan Melayu Parasit yang telah hilang nilai perjuangan mereka . Menyembunyikan ideologi Mark , dan berjuang atas dasar kesamarataan . Mark barangkali tidak bersalah kepada ideologi komunisme , malah jutaan manusia hari ini telah selesa dengan ideologi itu , mereka telah imun dengannya . Kini Melayu Parasit menggunakan pendekatan yang hampir sama untuk menidakkan penyatuan Melayu untuk Melayu. Melayu Parasit ini satu hari nanti akan kembali kepada Tuhannya , namun generasi yang mereka tinggalkan akan menjadi imun dengan ideologi pembawaan mereka sedangkan ideologi itu bakal menghilangkan Melayu di dunia ini.

Selasa, 29 September 2009

MESYUARAT UNTUK MESYUARAT...




29 September 2009, Selasa, bertempat di Bangunan UMNO Perak - Mesyuarat bersama Jawatan Kuasa UMNO Bahagian dan Pejabat UMNO Negeri untuk persiapan Mesyuarat UMNO Bahagian Larut yang akan dirasmikan oleh TPM.
Suatu ketika dahulu kemelut perebutan kuasa dikalangan kerabat - kerabat diraja telah memecahbelahkan bangsa Melayu kepada kuasa - kuasa kecil. Begitu juga dengan perpecahan gugusan kepulauan Melayu kepada beberapa kerajaan . Apa yang berlaku kepada kerajaan - kerajaan di Tanah Melayu telah membuka ruang campurtangan kuasa asing sehingga kita telah dijajah oleh Portugis , Inggeris , Belanda dan seketika oleh Jepun. Perpecahan orang Melayu akibat perebutan kuasa dikalangan raja - raja Melayu ini telah mengakibatkan kita dijajah lebih 400 tahun lamanya . Bolehkah kita bayangkan andai sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka , Tanah Melayu ini tidak pernah dijajah dan tidak pernah sekali pun bangsa Melayu berpecah ? barangkali kita akan memnjadi antara kuasa besar di dunia ini seperti Jepun dan China . Namun begitu kita harus menerima hakikat itu kerana mungkin pendedahan dan kesedaran tentang perpecahan dizaman itu tidak pernah menjadi tesis perbincangan bagi mengelakkan perpecahan kita . Justeru , sifat tamak , berkepentingan diri dan tiada jati diri sebagai anak Melayu terus menjadi belenggu masyarakat Melayu sepanjang tempoh itu .
Melayu kembali bersatu setelah 435 tahun dijajah . Pada tahun 1946 , apabila Malayan Union ingindiwujudkan oleh Inggeris di Tanah Melayu , maka orang Melayu bersatu tanpa mengira darjat , ideologi dan perjuangan. Ternyata penyatuan kita itu telah mendatangkan hasil sehingga mengagalkan pembentukan Malayan Union . Rentetan dari pada itu , perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi semakin strategis dan disusun dengan begitu teliti oleh para pemimpin awal Melayu .
Adalah amat unik perjuangan kemerdekaan kita , apabila kita turut mengajak kaum - kaum lain yang ada di Tanah Melayu pada ketika itu untuk turut terlibat berjuang membebaskan negara kita daripada penjajahan Inggeris. Apa yang penting kepada kita adalah mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah dan seberapa segera yang boleh . UMNO bersama - sama dengan MCA yang mewakili kaum Cina dan MIC yang mewakili kaum India telah berpakat untuk meyakinkan kolonial Inggeris di Tanah Melayu bahawa gabungan ini telah bersedia untuk membangunkan sebuah negara merdeka . Kepercayaan kita kepada kaum - kaum lain begitu luar biasa sekali . Perjuangan dan tumpah darah kita selama ratusan tahun sebelum ini , seolah - olah telah diselamatkan oleh kehadiran MCA dan MIC . Barangkali pemimpin mereka pada ketika itu sememangnya ikhlas untuk sama - sama membentuk sebuah negara yang merdeka bersama - sama orang Melayu . Pada ketika itu , kesudian orang Melayu untuk mengiktiraf mereka sebagai warga negara dan membenarkan mereka mengamalkan agama anutan mereka serta mengekalkan indentiti ibunda adalah suatu 'anugerah ' yang amat bermakna . Orang Melayu begitu berbangga apabila menjadi satu bangsa yang begitu pemurah dan membuktikan bahawa penganut Islam sememangnya mempunyai toleransi yang tinggi .
Begitulah penyatuan sebahagian besar Melayu dalam UMNO dan parti kaum - kaum lain telah menhasilkan kejayaan menuntut kemerdekaan . Sejak dari hari kemerdekaan , kaum - kaum lain selesa dengan status dan kehidupan yang mereka miliki . UMNO terus mempertahankan kontrak sosial seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan . Walau pun ada cubaan dan usaha oleh kaum lain untuk menuntut apa yang diluar daripada kontrak sosial,namun kekuatan penyatuan Melayu tidak membenarkan kontrak sosial ini dinodai. Kita terus bertahan dari tahun ke tahun .
Melayu rupanya bukanlah lagi mampu untuk diangkat menjadi sebuah bangsa yang kuat dan berjaya , sejarah membuktikan bahawa bangsa yang mampu bersatu walau pun jumlahnya semakin besar atau ramai , maka bangsa itu akan menjadi sebuah kuasa yang besar dan digeruni . Namun ini tidak berlaku kepada Melayu hampir 500 tahun yang lalu , Melayu tidak mampu mengawal nafsu dan ketamakan apabila bangsanya menjadi semakin besar dan kuat selepas 100 tahun kewujudan Kesultanan Melayu Melaka . Melayu menjadi rakus , lupa diri , lebih yakin kepada bangsa lain dari bangsa sendiri , sehingga kita akhirnya kehilangan kuasa dan kekuatan yang telah 100 tahun kita bina di Melaka . Kita dijajah dan dihina di Tanah Air kita sendiri selama ratusan tahun .
Kini kita baru 52 tahun merdeka , kita telah membina negara ini dengan kudrat dan keupayaan kita dengan begitu bersungguh - sungguh dan komited. Bangsa kita telah menjadi semakin besar dan kuat , UMNO juga turut menjadi semakin besar dan ramai jumlah ahlinya,juga sekali lagi sejarah mahu berulang , Melayu tidak mampu bertahan dengan jumlah yang semakin ramai dan kedudukan yang kuat dan kukuh . Melayu berpecah sekali lagi seperti apa yang pernah kita lalui sejak zaman ke zaman . Sejarah yang hampir sama juga berulang , paling tidak untuk tempoh 39 tahun sebelumnya .
Maka Melayu mula menuding jari kepada kaum - kaum lain yang sudah tidak mahu melihat kejayaan Melayu dibawah kepimpinan UMNO . Kaum Cina dan India dikatakan tidak mahu lagi menyokong atau mengundi Barisan Nasional ( BN ) kerana mereka tidak lagi yakin kepada UMNO . Serpihan Melayu yang pernah wujud sejak zaman ke zaman hari ini muncul semula . Kita semakin sukar untuk membendung kecuali serpihan Melayu ini kembali meyakini keupayaan bangsanya sendiri , menghapuskan sifat tamak dan dengki serta berpegang teguh kepada pegangan Islam yang sebenar yang menuntut umatnya bersatu padu.
Melayu menggunakan kaum - kaum lain yang ada untuk menghancurkan Melayu sendiri , cuma kali ini versinya agak berbeza dengan versi - versi dizaman lampau . Kaum - kaum lain yang terpesona dengan segala janji - janji Melayu ini semakin terpesona ( bukan semua daripada masyarakat kaum - kaum ini terpesona dengan janji mereka , tetapi jumlahnya cukup untuk menghancurkan Melayu )... ( bersambung )

Isnin, 21 September 2009

Menghimpun Kembali Melayu

Salam Aidilfitri kepada semua muslimin muslimat terutama seluruh masyarakat Larut sempena 1 Syawal pada hari ini . Mudah - mudahan Allah SWT akan menambahkan keberkatan kepada kita semua sebagai umat Islam di hari yang penuh bermakna ini . Kepada anak rantau yang pulang ke Larut ini , saya doakan saudara saudari sentiasa mendapat perlindungan Allah dan gembira didamping sanak saudara . Pastinya dapat bersama keluarga sepanjang cuti aidilfitri ini akan menambahkan lagi rasa kasih sayang dan mengubat segala kerinduan di hati . Kunjung mengunjung antara satu sama lain dihari mulia ini telah menjadi tradisi masyarakat kita .
Aidilfitri ini , maka ramailah anak - anak Melayu yang kembali memenuhi ruang di desa kita ini . Desa yang banyak meninggalkan kenangan , bukan sahaja kenangan semasa kecil tetapi juga kenangan susah senang hidup sebagai anak desa . Sementara kepada saudara - saudara kita yang bekerja dan mencari rezeki atau tinggal di kampung , sudah pasti kepulangan sanak saudara dan sahabat handai akan bertambah menceriakan aidilfitri .
Inilah masanya untuk kita sama - sama mencari nilai sebenar persahabatan atau persaudaraan disamping bertukar - tukar fikiran dan pengalaman sepanjang setahun yang lalu . Insallah , kita akan bertemu lagi ditahun yang akan datang dengan pengalaman dan cerita yang baru . Kita terus berkongsi , berkongsi suka duka . Namun bagi , bangsa dan agama kita , ada yang sentiasa perlu kita ambil kira dan perbincangkan . Membincangkan kemanakah halatuju generasi kita selepas ini , atau apakah corak kehidupan mereka andai kita hari ini leka dari berbincang bagi menentukan masa depan mereka . 'mereka' yang kita maksudkan itu , barangkali sedang berada disamping kita sekarang , yang saban hari kita menghantar mereka ke sekolah atau yang saban hari kita lihat mereka berpusu - pusu ke sekolah . Atau yang saban hari kita bermain dengan mereka . Masa depan mereka adalah tanggungjawab kita secara total .
Kalau kita merasakan bahawa dengan membesarkan mereka dengan pendidikan dan kasih sayang sudah memadai , pada pendapat saya masa depan mereka belum terjamin . Dibeberapa negara jiran kita , ramai warga negaranya yang berpindidikan tinggi . Saya pernah bersama dan berkawan dengan pekerja - pekerja asing dari Indonesia , Bangladesh , Myanmar , Filipina , India dan sebagainya semasa saya bekerja sebagai Penyelia Tapak bina dengan sebuah syarikat pembinaan di ibu kota , kebanyakkan daripada mereka memiliki taraf pengajian yang tinggi seperti ijazah pertama dan diploma . Namun , pendidikan mereka tidak mampu menjamin kesejahteraan hidup di negara asal . Justeru , mereka terpaksa berhijrah dan mencari rezeki di negara lain walau hanya sebagai buruh kasar .
Generasi kita akan datang tidak mustahil akan menerima nasib seperti mereka tadi atau paling tidak menjadi masyarakat kelas tiga di negara tumpah darah mereka sendiri . Segala persoalan ini boleh dijawab dalam pengkajian politik sesebuah negara . Walau pun ada yang berpendapat bahawa politik tidak penting untuk diperbincangkan kerana soal politik hanya diserahkan kepada ahli politik , sesungguhnya pendapat seperti itu tidak adil kepada masyarakat , agama , bangsa dan negara .
Ahli - ahli sains politik sebenarnya telah membina negara , ideologi dan kehidupan manusia sejak dari zaman Aristotle , malah lebih awal dari itu . Malah di zaman yang lebih dekat dengan kita , Karl Mark mampu mencorak ideologi manusia di banyak negara sehingga hari ini , negara kita sendiri pun tidak kurang pengaruh Karl Mark sentiasa wujud dan menjadi perjuangan sebahagian ahli politik kita sama ada mereka sedar atau tidak . Saya percaya , Lenin yang mentranformasikan idea Mark di Rusia selepas lebih 100 tahun kematian Mark juga , tidak menyedari sepenuhnya bahawa komunisme yang dibawanya adalah hasil idea Mark yang bermula di Jerman .( ini pendapat saya walau pun Stalin yang menjadi pengasas sosialis/komunisme di Rusia )
Namun , ideologi politik sentiasa dimanipulasi oleh manusia yang tamak dan mementingkan diri sendiri . Idea Mark sendiri lebih mementingkan kesejahteraan hidup setiap warga , namun hasil manipulasi manusia tamak dan berkepentingan idea beliau kini menjadi belenggu kepada sebahagian masyarakat dan syurga kepada pemimpinnya . Entah siapa yang perlu kita tuding jari untuk menjadi pesalah , kerana barangkali kesalahannya ada pada masyarakat yang membuat keputusan .
'Menghimpun kembali Melayu' mengajak saya untuk membawa saudara - saudara kepada pembentukan Melayu sejak zaman ke zaman . Andai ideologi - ideologi politik dunia seperti marxist boleh menjadi amalan dan ikutan sebahagian masyarakat dunia ( atau paling tidak minda mereka ) , kenapa tidak idea pembentukan Melayu dihari - hari awal perjuangan kemerdekaan kita dahulu kita garap menjadi ideologi penyatuan Melayu yang boleh membawa kekuatan kepada bangsa kita paling tidak pun hanya di Malaysia .( bersambung )

Sabtu, 19 September 2009

Seteguk Madu Semanis Gula

Kubu Gajah 17 Sept ,
PPUB Larut hari ini berbuka puasa di Zon C , bertempat di Surau Tebing Tinggi , Kubu Gajah. Saya masih ingat surau ini lebih kurang 11 tahun dahulu apabila saya menjadi perwakilan pemuda di mana Dewan Tebing Tinggi menjadi venue persidangan ketika itu . Surau terbabit hanya terletak kira - kira 20 meter sahaja daripada dewan . Saya sempat menunaikan solat di surau tersebut pada ketika itu bersama - sama rakan - rakan perwakilan yang lain . Keadaan surau itu amat sempit dan agak uzur pada ketika itu . Tetapi , itu 11 tahun yang lalu . Kini surau tersebut sudah sama sekali berubah . Selepas berbuka tempoh hari , saya dan rakan - rakan jawatankuasa termasuk pengerusi zon Sdr Edzuddean bersama - sama menunaikan solat maghrib di surau Tebing Tinggi . Surau yang cukup selesa , dan saya yakin boleh menampung jemaah sehingga lebih seratus orang dengan selesa , berbanding surau lama yang pernah saya bersolat dahulu . Bagi saya inilah hasil perjuangan UMNO kepada masyarakat Islam di seluruh Malaysia . Tambahan pula Tebing Tinggi adalah cawangan kepada YBM Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin , Ketua UMNO Bahagian Larut ( beliau tidak sempat hadir kerana menghadiri majlis berbuka di Bukit Bertam , Selama ). YBM Dato Seri bagi saya telah berjaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua UMNO cawangan tersebut kerana di Tebing Tinggi bukan sahaja surau yang selesa dan moden telah disediakan , tetapi juga kemudahan - kemudahan lain seperti dewan serbaguna yang besar dan selesa , gelanggang futsal , kemudahan jalan kampung yang baik dan banyak lagi . Masyarakat Tebing Tinggi sepatutnya bersyukur kerana YBM Dato Seri adalah Ketua UMNO cawangan mereka .
Sebelum dan selepas majlis berbuka , saya dan rakan - rakan AJK Pemuda sempat menziarahi beberapa sahabat handai dan saudara kita yang kurang berkemampuan , seperti biasa kami menghulurkan sedikit sumbangan bagi mengurangkan beban mereka . Setelah 7 zon di lawati , saya merasakan bahawa Ramadhan kali ini banyak memberikan keinsafan kepada saya dan rakan - rakan kerana kami dapat sendiri melihat dan menyelami sedikit sebanyak keperitan dan kesempitan hidup sebahagian kecil daripada masyarakat kita . Saya akan cuba membawa sedikit pengalaman PPUB ini untuk dikongsi bersama kepimpinan di peringkat bahagian . Saya yakin , wakil - wakil rakyat UMNO di Larut amat prihatin terhadap masalah dan kedaifan rakyat di Larut . Setakat ini , satu keluarga di DUN Batu Kurau telah mendapat perhatian dan tindakan daripada YB Dato Kapt Najmuddin setelah mendapat aduan daripada PPUB. Sifat keprihatinan seperti ini akan dapat memastikan agar kerajaan BN akan sentiasa mendapat kepercayaan daripada rakyat .
Saya amat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh semua AJK Pemuda Bahagian Larut terhadap program sepanjang ramadhan ini , terutamanya kepada Setiausaha Kerja Pemuda Cikgu Amran Abd Rahman serta PSU Pemuda Sdr Saiful Nizam dan semua pengerusi zon yang masing - masing memvariasikan persiapan dan perjalanan program di zon masing - masing agar program menjadi begitu bermakna kepada setiap yang terlibat . Walaupun kebanyakkan AJK Pemuda Larut adalah terdiri daripada muka - muka baru , tetapi saya amat kagum dengan komitmen dan kemtangan mereka dalam mengendalikan program , bak kata pepatah 'dimana ada kesungguhan disitu ada jalan'. Sebagai Ketua Pemuda Bahagian , saya amat bertuah kerana mendapat sahabat - sahabat AJK yang ikhlas , rajin dan bermotivasi perjuangan UMNO yang tinggi . Mudah - mudahan Allah swt memberikan kebaikan dan rahmat diatas kesanggupan mereka untuk berbakti kepada masyarakat . Begitu juga dengan ketua - ketua pemuda UMNO cawangan yang turut sama meredah kampung dan hujan hampir setiap kali kami berziarah untuk menyampaikan sumbangan , meraka juga turut memberikan komitmen dan kerjas sama untuk menjayakan matlamat PPU Larut . Kami berganding bahu di setiap lapisan kepimpinan untuk mamastikan kerelevanan UMNO dalam membela Agama Bangsa dan Tanah Air . Tanpa komitmen semua pihak , saya amat yakin apa jua perancangan tidak akan mampu dilaksanakan .
Program - program ramadhan tahun ini berakhir dengan seribu satu kenangan dan keinsafan , mudah - mudahan tahun hadapan kita akan adapat meneruskan lagi program seperti ini dalam skala yang lebih besar . Segala kenangan pahit manis akan sentiasa menjadi kenangan dan pedoman kepada kami dalam meneruskan misi wadah perjuangan UMNO .

Khamis, 17 September 2009

SUMBANGAN BAJU RAYA

PPU Larut turut mengadakan sumbangan pakaian hari raya kepada keluarga yang kurang mampu. Mereka telah dibawa untuk membeli pakaian hari raya. Semoga dengan sumbangan yang tidak sepertinya itu, mereka juga akan dapat sama-sama merasai suasana Aidil Fitri.

Rabu, 16 September 2009

Ketua Pemuda Cawangan Ke Persidangan Bahagian?

Cadangan PPU malaysia agar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan dipilih secara otomatik ke persidangan UMNO Bahagian masing - masing adalah satu cadangan yang amat baik dan perlu diluluskan dalam pindaan perlembagaan parti Oktober ini . Tiba - tiba saya teringat kepada pertemuan saya dengan YB KJ di Kuala Lumpur semasa kempen pemilihan parti baru - baru ini. Saya bersama sdr Effendi Teridi NKP Larut dan Sdr Saiful Nizam PSU Pemuda Larut sempat berbual bersama YB KJ dan salah satu dari usaha beliau sekiranya dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia , beliau akan mencadangkan agar Ketua Pemuda Cawangan mendapat pengiktirafan sebagai perwakilan tetap ke Persidangan UMNO Bahagian . Justeru dengan cadangan ini , saya nampak bahawa Sdr YB KJ sedang berusaha untuk mengotakan janji beliau. Syabas saya ucapkan dan PPUB Larut akan memberikan sokongan sepenuhnya keatas cadangan ini di Perhimpunan Agung nanti .
Ketua Pemuda cawangan( KPC ) seharusnya mendapat pengiktirafan ini , kerana mereka mewakili golongan muda di cawangan masing - masing . Dalam sistem perlembagaan parti yang diamalkan selama ini , dikalangan KPC tidak ramai yang berjaya dipilih untuk mewakili cawangan ke Persidangan UMNO Bahagian . Ini menjadikan golongan KPC seolah - olah terpinggir dari arus kepimpinan bahagian . Begitu juga dengan kepimpinan sayap lain termasuk wanita dan puteri . Oleh kerana itu , saya amat tertarik dengan cadangan ini . Golongan muda terutamanya Pemuda dan Puteri akan merasa lebih dihargai dan akan meningkatkan motivasi diri mereka untuk lebih melibatkan diri dalam arus politik bahagian dan sekalugis dapat melahirkan generasi pemimpin pelapis yang lebih matang dan berkualiti melalui pendedahan sedemikian .
Satu ketika dahulu , Ketua Pemuda UMNO Bahagian juga tidak dipilih secara otomatik ke Perhimpunan Agung UMNO(PAU) . Namun setelah pindaan perlembagaan yang membenarkan ketua - ketua sayap dipilih secara otomatik ke Perhimpunan Agung UMNO ,barulah ketua - ketua sayap ini secara keseluruhannya dapat menghadirkan diri ke PAU. Bagi saya tidak ada bezanya antara Ketua Pemuda Bahagian ke PAU dan Ketua Pemuda Cawangan ke Persidangan UMNO Bahagian . Langkah ini akan membawa sayap parti setapak lagi ke hadapan dalam arus perdana politik tanah air . Kematangan politik generasi muda hari ini perlu dimulakan dengan pendedahan demi pendedahan . Insallah , satu hari nanti kita akan mempunyai kepimpinan di peringkat cawangan yang setaraf dengan kepimpinan di peringkat bahagian dan pusat . Masing - masing berfungsi di peringkat masing - masing untuk membela Agama , Bangsa dan Negara . UMNO akan menjadi semakin kuat dan kembali dipandang relevan oleh generasi muda sebagai wadah perjuangan . Peluang ini ( pindaan perlembagaan ) harus digunakan oleh semua ayap parti untuk meyakinkan PAU nanti , bahawa cadangan ini dalah yang terbaik dan perlu diluluskan sekiranya UMNO mahu melihat generasi muda UMNO semakin dekat di hati rakyat. Sekali lagi saya ucapkan syabas kepada Sdr KJ . Mudah - mudahan Allah SWT akan memberikan petunjuk kepada kita dalam memastikan UMNO kembali diterima majoriti rakyat dan sentiasa mendapat rahmat daripadaNya.

MIC Jangan Sekadar Sorok Sampah Di Bawah Karpet

Peter Sukumaran telah digantung daripada keahlian MIC. Tindakan itu jangan sekadar mainan wayang untuk menutup kesalahan besar yang telah dia lakukan. Sukumaran wajib memohon maaf secara terbuka kepada Tun , ahli UMNO , orang Melayu dan rakyat Malaysia. Jangan nak sorok segala samapah di bawah karpet. Ahli UMNO tidak akan berpuas hati dengan sekadar tindakan sebegitu . Ini soal maruah UMNO/Melayu dan sifat kebiadaban Sukumaran. Percayalah,ahli UMNO terutamanya Pemuda tidak akan berpuas hati selagi sukumaran tidak memohon maaf,kami akan terus mendesak! Seperti yang saya tulis semalam,mohon maaf SEGERA !!! Pemuda tidak bergurau atau sekadar provokasi , kami benar - benar marah dengan tindakan demikian . malah, saya percaya di dalam dewan semasa Sukumaran menyatakan ayat bodeknya itu pasti ramai tukang bodek lain yang turut bersorak dan tumpang seronok. Justeru,kalau benar ada tindakan sedemikian,seluruh ahli MIC perlu memohon maaf kepada TUN dan UMNO!!!!!
Seingat saya belum pernah kita khususnya ahli UMNO menghina pemimpin parti komponen BN lain dengan sebegitu rupa walau pun jasa mereka kepada orang Melayu hanya boleh disukat dengan cawan. UMNO tahu adat dan tata susila dalam perkongsian dan persahabatan dan UMNO juga telah dididik dengan adat dan sopan sepanjang kelahirannya . Kenapa komponen lain seperti MIC tidak mahu belajar dari semua ini dari UMNO . Hari ini akibat sifat biadab sukumaran ' kerana mulut jangan sampai badan binasa ". Barangkali dengan memohon maaf secara ikhlas dan terbuka ahli UMNO dan Orang Melayu boleh merawat sedikit kemarahan mereka. Jangan teragak-agak untuk melakukannya ,MIC harus memanggil sidang media hari ini juga untuk sukumaran memohon maaf dan menyatakan penyesalannya kerana tidak menghormati Tun dan UMNO. Pemuda UMNO dah semakin hilang sabar !!!!!!!!!

MAJLIS BERBUKA PUASA

MAJLIS BERBUKA PUASA
BERSAMA JAWATAN KUASA PEMUDA BAHAGIAN
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2009
TEMPAT : SSL TRADERS HOTEL, KAMUNTING



Selasa, 15 September 2009

Perwakilan MIC Kurang Ajar

Saya amat sedih apabila mendengar ada perwakilan MIC yang sanggup menghina pemimpin besar negara kita , Tun Dr Mahathir Mohamad . Cadangan meletakkan kalung selipar pada gambar Tun adalah terlampau biadab! Sebagai Pengerusi Pemuda BN Parlimen Larut , saya amat kecewa kerana rupanya masih ada dikalangan rakyat Malaysia yang masih berfikiran kuno dan bersikap kurang ajar hingga ke tahap itu. Saya amat berharap agar pemuda BN khususnya di Parlimen Larut ini tidak ada yang sebodoh perwakilan tersebut . Tun bukan sahaja telah banyak berjasa kepada negara dan Orang Melayu , tetapi juga Tun juga telah banyak berjasa kepada kaum India dan MIC sendiri . Selama 20 tahun Tun mentadbir negara kita , beliau bukan sahaja menjaga orang Melayu , tetapi juga kaum India ! Justeru kenapa perwakilan tersebut begitu biadab sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata dan cadangan seperti itu . MIC harus bertanggungjawab diatas perbuatan perwakilannya itu . Beliau harus memohon maaf secara terbuka kepada Tun dan seluruh rakyat Malaysia . PPUB Larut akan terus mendesak permohonan maaf ini dibuat segera oleh individu yang terbabit, sekiranya tidak , saya percaya perwakilan ini juga tidak akan mampu tidur lena..... Mohon maaf segera!!!!

AKTIVITI BULAN RAMADHAN...

Aktiviti PPU Larut diteruskan lagi, dengan mengadakan lawatan dan juga memberikan sumbangan kepada yang berkenaan. Selain sebagai aktiviti pemimpin turun ke padang atau masuk kampung, ianya juga sebagai tanda keperihatinan pemimpin-pemimpin kepada masyarakat. Di samping itu juga, jalinan talian silaturrahim turut di utamakan.










Isnin, 14 September 2009

PERJUANGAN BERSAMA

Setelah 5 Zon dilawati termasuk pada semalam 13hb di Zon F,pelbagai kisah kehidupan masyarakat yang ditemui dan menjadi keinsafan kepada saya dan seluruh kepimpinan Pemuda UMNO bahagian . Adalah amat jelas ,bahawa hari ini soal kemelut politik yang sedang melanda negara dan juga negeri Perak harus dihentikan segera . Masih banyak masalah rakyat yang perlu diberikan perhatian oleh kita , terutamanya golongan muda . Kalau saya bercakap atas kapasiti saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian , barangkali ramai yang akan beranggapan saya pro kepada kerajaan BN . Namun, hakikat yang harus kita terima hari ini adalah Pakatan Pembangkang khususnya di negeri Perak ini telah gagal untuk membela rakyat . Walau pun wakil - wakil rakyat pembangkang agak banyak , namun usaha mereka untuk membela rakyat sehingga kini amatlah menyedihkan . Tidak pernahkah mereka terfikir bahawa membela rakyat , mencipta kemajuan dan pembangunan kepada rakyat adalah jauh lebih penting daripada terus mencipta retorik politik yang mereka sendiri telah tahu kemampuan mereka ? setiap hari rakyat dihidangkan dengan pelbagai provokasi yang memaksa minda rakyat untuk menerima ilusi Pakatan Pembangkang bahawa majoriti rakyat masih mahukan mereka dan mereka adalah yang terbaik. Barangkali mereka lupa bahawa rakyat Malaysia telah 52 tahun ditadbir oleh kerajaan BN . Kerajaan yang telah banyak meninggalkan track record yang cemerlang kepada rakyat setiap lapisan dan kaum. Teori kejayaan PRU 12 terus dimanipulasi mereka dengan harapan bahawa rakyat akan terus 'diapungkan' dengan minda kebencian dan kononnya kegagalan BN. Sebenarnya,bukan itu teorinya! Biarlah mereka terus lalai dengan teori sempit mereka yang ramai pasti mereka akan gagal.
Jangan samakan Malaysia dengan beberapa negara jiran dan lain. Kebangkitan rakyat hari ini tidak semudah kebangkitan rakyat dizaman kolonial dulu . Minda dan kebijaksanaan rakyat hari ini sudah jauh berbeza. Apatah lagi , Malaysia adalah sebuah negara yang amat jelas majmuknya . teori - teori sains politik dalam masyarakat majmuk telah banyak membuktikan bahawa kitaran sebegini ( yang berlaku di Malaysia selepas PRU 12 dan PRU 1969 misalnya ) sememangnya menjadi 'makanan' masyarakat majmuk . Namun, Malaysia ada keunikannya . Orang Melayu !!!
Orang Melayu adalah jawapan sebenar kepada kegagalan teori Pakatan Pembangkang untuk mengulangi 'kecemerlangan' PRU 2008. Saya rasa , tidak perlulah saya mengulas panjang mengenai perkara ini , biarlah Pakatan Pembangkang mencarinya sendiri. Namun, sekiranya mereka mendapat jawapannya sekali pun ( atau barangkali mereka telah lama menyedarinya),mereka tidak akan mengamalkan pendekatan seperti mana yang dilakukan BN. Mereka berusaha sedaya upaya untuk terus menyongsangkan minda rakyat.
Kepada kerajaan BN , saya amat berharap bahawa kita tidak harus hanya menunggu kegagalan mereka , kerana dalam politik segala - galanya adalah tidak mustahil. Namun, saya percaya kita mempunyai keupayaan untuk mengagalkan rancangan jahat mereka . Pada pandangan saya Pakatan Pembangkang masih yakin bahawa apa yang berlaku kepada Dinasti China , malah secara songsangnya apa juga yang berlaku kepada Soviet Union di era Gorbachev boleh dijadikan teori untuk melakukannya di Malaysia . Saya percaya pemimpin BN sudah lama mengesan pemikiran Pakatan Pembangkang ini . Apa yang penting kepada kita hari ini , adalah rakyat yang masih menyayangi corak kehidupan dan konsep pentadbiran negara hari ini harus sama - sama menolak Pakatan Pembangkang pada PRU 13 nanti . Orang Melayu dan Raja Melayu wajib diselamatkan sebelum gendang PRU13 dipalu. Menyelamatkan Melayu dan Raja Melayu bererti menyelamatkan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan keturunan . Kepada kaum lain sekiranya mereka merasakan bahawa tidak ada pentingnya untuk menyelamatkan Melayu dan Raja Melayu , mereka harus memastikan bahawa tidak ada lagi seorang pun Melayu di Bumi Malaysia ini setelah Melayu hilang kuasa. Seperti kata seorang pemimpin awal parti politik kaum Cina di negera kita 'Melayu itu seperti cermin , apabila kita senyum , ia senyum , apabila kita menangis , ia menangis ... tetapi jangan ditumbuk cermin itu kerana akibatnya adalah tangan yang pasti berdarah!'
Kepada saudara - saudara seagama dan sebangsa , marilah sama - sama kita kembalikan kekuatan UMNO kerana inilah parti yang telah menyelamatkan bangsa kita sejak dulu. barangkali ada kudis pada parti ini,namun tidak bermakna harus kita membunuhnya . Parti UMNO sedang dan sentiasa bermuhasabah demi kebaikan rakyat . maafkanlah parti ini andai ada kesilapannya kepada kita , UMNO akan terus membela rakyat , membela agama Islam dan membela negara yang kita cintai ini. Kembali kita kuatkan negara kita ini,kita telah kembali ketinggalan dalam persaingan global selepas sahaja PRU12. Apakah ini kejayaan kepada mereka yang mengundi pembangkang dahulu.....??? Tepuk dada tanya selera , bukan lagi persoalannya...

Ahad, 13 September 2009

Semalam,12hb Ogos , saya bersama AJK pemuda bahagian sekali lagi masuk kampung. Dalam keadaan hujan yang lebat kami meredah jalan - jalan kampung untuk sampai ke rumah saudara - saudara kita yang telah disusun oleh cikgu hafiz (pengerusi zon G) untuk menyerahkan sumbangan daripada Pemuda UMNO Bahagian . Sepanjang 3 z0n yang telah kami lawati sebelum ini , pelbagai kisah dan kehidupan masyarakat yang dapat kami lihat dan hayati sendiri . Apatah lagi di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini , perasaan insaf sentiasa memenuhi ruang perasaan kami. Pernah apabila kami sampi di sebuah rumah yang sangat daif dan serba seri kekurangan , ada diantara kami yang mengalirkan air mata. Rupanya masih ada yang kita terlepas pandang untuk kita bantu dan baiki sedikit sebanyak kehidupan mereka . Justeru itu , pemuda UMNO Larut akan berusaha dengan kerja sama wakil - wakil rakyat di Larut untuk membantu dan mengubah nasib golongan ini . Cubalah saudara bayangkan sebuah rumah yang sangat sempit , berdindingkan buluh ,tiada bekalan elektrik dan lebih menyedihkan didiami oleh sebuah keluarga dengan beberapa orang anak kecil yang berusia antara 2 hingga 12 tahun .
Saya bertanya kepada keluarga terbabit tentang persiapan hari raya ini , saya amat sedih apabila diberitahu bahawa belum ada persediaan yang dibuat untuk Aidilfitri ini. Sebagai insan yang juga seorang ayah , saya dapat merasakan betapa bebannya tanggungan perasaan itu . Justeru , Pemuda UMNO Larut akan membantu sedikit sebanyak persediaan keluarga terbabit.
Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO , saya memohon kerjasama semua pihak untuk membantu wakil-wakil rakyat kita di Larut ini untuk sama - sama kita peka dan prihatin terhadap keluarga yang kurang bernasib baik. Setiap ahli dalam masyarakat bertanggungjawab untuk mengetengahkan sebarang kesempitan hidup masyarakat dikawasan kita agar mereka ini dapat dibela . Saya tidak mampu meletakkan kesalahan kepada wakil rakyat kerana masih adanya kehidupan keluarga yang seperti itu di kawasan kita,kerana wakil rakyat tidak akan mampu untuk mengetahui keadaan di setiap ceruk kampung. oleh itu , masyarakat setempat adalah bertanggungjawab untuk memanjangkan perkara ini kepada pengetahuan wakil rakyat . Setahu saya , kes - kes kedaifan seperti yang saya sebutkan tadi ,tidak akan diabaikan oleh wakil rakyat , terutamanya wakil rakyat BN .
Berbuka puasa di surau Kg Banggol Sebelah semalam ,turut juga dihadiri YB Dato Mohamad Daud Yusof Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan ADUN Kawasan Selama. Saya ingin merakamkan terima kasih saya kepada Sdr Hafiz dan semua ketua pemuda cawangan zon G yang telah mengatur dan menyempurnakan program di zon mereka ,terutama uga kepada Sdr Anuar Darus ,KP Banggol Sebelah yang menjadi tuan rumah semalam . Kami bertarawikh di masjid Kpg Sempeneh Seberang bersama YB Dato Daud . Hari ini , Pemuda UMNO Larut akan berada di Zon F ,yang di pengerusikan oleh Sdr Mohd Azmi.

RUPANYA MASIH ADA.....

Dalam zaman yang serba maju begini, rupa-rupanya masih ada lagi rakyat yang hidup dalam kedaifan. Inilah tujuannya "PEMIMPIN MASUK KAMPUNG". Pemuda UMNO Larut akan melakukan tindakan yang sewajarnya untuk memberikan bantuan kepada yang berkenaan.

Layakkah ini dipanggil sebagai sebuah rumah??????



YANG KURANG BERKEMAMPUAN... TIDAK DILUPAKAN...







SUMBANGAN.... DITERUSKAN....




Rabu, 9 September 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN BERBUKA PUASA DI ZON E

Pergerakan Pemuda UMNO Larut tidak ketinggalan untuk mengadakan aktiviti kunjungan dan penyampaian sumbangan kepada golongan yang kurang mampu untuk Zon E. Turut diadakan juga majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Jelai, pada 08/09/09.