BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Selasa, 30 Mac 2010

MAJLIS PERASMIAN BOLASEPAK DITUNDA KE 10 APRIL 2010

Majlis perasmian Liga Bolasepak 11 Sepasukan Piala YB Dato Hamzah Zainuddin terpaksa ditunda ke tarikh 10 April 2010. Walaupun semua persiapan untuk majlis tersebut telah hampir siap dilaksanakan , Pemuda Bahagian terpaksa menunda majlis tersebut kerana YB Ahli Parlimen telah mendapat jemputan saat akhir dalam satu program bersama YAB Perdana Menteri pada tarikh yang sama.
Bagi pihak penganjur , saya memohon kemaafan sekiranya penundaan ini mendatangkan kesulitan kepada sesetengah pihak yang terlibat. Pun begitu , jadual perlawanan disetiap DUN pada 4hb ini tetap diteruskan . Ingin juga saya maklumkan bahawa perlawanan pada 10hb April terpaksa ditangguhkan bagi melancarkan majlis perasmian pada hari tersebut .
Semua pasukan yang bertanding diwajibkan hadir ke majlis perasmian tersebut . Mohon kerjasama semua pengurus pasukan .

Isnin, 22 Mac 2010

Pas Perlu Bawa Siva Ke Gudang Utk Dapat Sambutan

Semalam lebih kurang jam 12.15 mlm saya bersantai dihadapan rumah sambil menghirup kopi yang dibuat isteri tersayang. Biasa bagi orang politik macam saya kalau tidur agak lewat . Kebetulan malam tadi saya difahamkan ada ceramah politik oleh Pas di Kpg Gudang . Sambil menghirup udara nyaman Batu Kurau diwaktu malam , saya mengimbas kembali zaman awal saya mula berjinak dengan politik belasan tahun yang lalu.
Masa itu kalau ada dengan Pas nak buat ceramah di sebelah batu 20 atau gudang , yang dapat dibayangkan adalah deretan kereta yang panjang selepas waktu ceramah . pasti deretan kereta tak akan putus - putus dari Jelai ke Batu Kurau . begitulah banyaknya kenderaan kalau Pas berceramah. Saya merenung jam ditangan , 12.20am! Jalan besar menuju ke Taiping di hadapan rumah saya masih lenggang dan hanya dilalui sekali sekala oleh kenderaan . Jadi ka ceramah di Gudang ni ? bisik hati saya . Tepat jam 12.45am, saya masuk ke rumah utk tidur . Sebelum terlena , saya terfikir ..apa silapnya Pas ...
Pagi tadi sebelum ke pejabat , saya sempat berjumpa beberapa orang sahabat . Sempat juga saya bertanya tentang ceramah di gudang malam tadi . " tak lebih 500 orang " saya dimaklumkan seorang sahabat . Dalam hati saya , Pas sudah jauh berubah . Jauh berubah sokongan rakyat dan keseronokan orang ramai untuk mendengar ceramah mereka . Mereka sudah ketandusan isu . Malah adakalanya isu yang dibangkitkan seumpama meludah ke langit . terlalu banyak kepincangan mereka lakukan apabila menjadi gila kuasa sekaligus hilang pertimbangan soal mem[ertahankan Islam dan umat Melayu.
ceramah mereka semakin hilang sambutan . rakyat mahukan hidangan baru . Justeru , saya cadangkan Pas membawa V Sivakumar ke Gudang dalam masa terdekat ini kalau mahu ceramah mereka kembali mendapat sambutan . Rakyat dan orang UMNO sendiri akan hadir untuk mendengar, bagaimana orang gila talak berceramah di pentas gila kuasa.

PERLAWANAN PERSAHABATAN

Perlawanan bola sepak persahabatan antara Pasukan Kampung Repoh dengan Pasukan Kampong Masjid Ijok, di Padang Kampong Masjid, Ijok

Ahad, 7 Mac 2010

Isu Pecat : Antara Dua Darjat

Petang Tadi Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu ,Zulkifli Nordin dipecat dari keahlian PKR . Satu keputsan yang telah dijangkakan oleh semua pihak termasuk Zulkifli sendiri . Beliau dipecat atas alasan mengkritik partinya , PKR . Keputusan telah diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang belasan tahun dahulu pernah dipecat dari parti UMNO kerana kesalahan meliwat ( yang disahkn oleh mahkamah beberapa lama selepas pemecatan ).
Soalnya adalah darjat kedua - dua yang pernah dipecat . Satu kerana mempertahankan Islam dan satu kerana mempertahankan dirinya sendiri ( selepas terbitan buku 50 Dalil Kenapa Anwar tidak Boleh Jadi PM ).
Satu membuat reformasi selepas pemecatan . menuduh yang memecat sebagai maha zalim . Hari ini yang dipecat pula sudah pandai memecat . Tidakkah ia juga bertindak zalim? Memecat seorang yang mempertahankan Islam dalam pentadbiran partinya sendiri . Tinggi darjat Zulkifli sebenarnya berbanding Anwar Ibrahim . Kali ini Anwar terpaksa bersilat lagi , bersilat dalam parti yang diciptanya . Dulu hari dia , hari ini hari orang lain pula rupanya .
Mari kita tengok kapal mana yang bocor,yang mana yang karam..

Sabtu, 6 Mac 2010

MP PKR TINGGALKAN PARTI KERANA RASUAH ? ? ATAU MEREKA BERJIWA UMNO ??

Apabila hampir setiap minggu ada sahaja ahli parlimen dari PKR yang meninggalkan parti , pelbagai spekulasi dicetuskan oleh beberapa tokoh pemimpin parti terrsebut bagi mempertahankan parti mereka . Selain dari tuduhan bahawa BN terlibat dalam apa yang disebut sebagai 'konspirasi ' BN untuk memecahbelahkan pakatan rakyat ,ada dikalangan tokoh PKR yang menuduh bahawa kebanyakkan dari mereka yang meninggalkan PKR terlibat dengan kes SPRM.
Nampaknya PKR seperti meludah ke langit . Sblm PRU 12 , isu rasuah dan songlap duit menjadi isu utama PKR menghentam BN . Pelbagai tuduhan dilemparkan sehingga kepada Presiden UMNO sendiri . Rakyat yang terpengaruh dengan dakyah PKR ini , sebahagian besarnya telah menolak BN dalam PRU 12 . Ekoran itu , puluhan calon parlimen PKR berjaya memenangi kerusi parlimen yang mereka tandingi .
Harapannya mereka akan menjadi kerajaan dan MP yang terbaik untuk rakyat . Namun sejak akhir - akhir ini , satu persatu dari mereka meninggalkan parti serpihan UMNO tersebut. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakkan daripada MP PKR adalah bekas ahli dan pemimpin UMNO . Justeru mereka lebih peka dengan permainan politik kotor yang ada dalam pakatan rakyat . Mereka adalah pejuang Melayu yang pada satu ketika tersilap perhitungan mengenai perjuangan Anwar Ibrahim. Mereka merasakan bahawa Anwar adalah pejuang sebenar yang dapat menyelamatkan Melayu .
Namun kini , bukan sahaja MP PKR Melayu yang meninggalkan parti itu , tetapi turut juga dari kaum lain . Jadi soal perjuangan pakatan rakyat bukan sahaja menindas bangsa Melayu , tetapi juga seluruh bangsa Malaysia .
Menuduh MP mereka ada terlibat dengan salah laku rasuah , seolah mengiakan bahawa PKR/PR sememangnya tidak telus. Sebelum ini , angin rasuah dan salah guna kuasa kuat bertiup di Selangor , kini ia merebak kuat pula ke Pulau Pinang .
Nampaknya rakyat / pengundi PR dulu telah salah membuat perhitungan pada PRU12. Mereka telah memilih manusia yang tamak dan berkepentingan sndiri untuk menjadi kerajaan . Malah tidak telus dan seolah mempersenda sistem kehakiman negara yang turut menjadi perjuangan mereka sebelum ini . Jadi kembalilah kepada BN yang telah banyak berjasa . kepada PKR/PR biarkan mereka. Saya fikir ,rakyat tidak salah. Pakatan Rakyat yang salah!
Biarlah Luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan..,biarkan....!

Jumaat, 5 Mac 2010

Liga Bolasepak Piala Dato Hamzah


Liga Bolasepak Piala Dato Hamzah Zainuddin , Ahli Parlimen Larut 2010. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian menganjurkan liga tersebut yang dijangka berjalan selama 3 bulan. Pertandingan akan dijalankan dalam dua peringkat iaitu peringkat DUN dan seterusnya pusingan akhir peringkat Parlimen ( johan dan naib johan DUN )
Butir - butir adalah seperti berikut :
Nama Pertandingan : Liga Bolasepak Piala YB Dato Hamzah Zainuddin 2010
Anjuran : Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut
Penyertaan : Tertutup Larut

Hadiah
Parlimen
Johan : RM 5000.00 + piala pusingan + medal
Naib Johan : RM 3000.00 + Medal
Ketiga : RM 2000.00 + medal
DUN
Johan : RM 3000.00 + jersi
Naib Johan : RM 2000.00 + jersi
ketiga : RM 1000.00

Yuran penyertaan : PERCUMA

Tarikh tutup penyertaan : 15 Mac 2010

SILA HUBUNGI
DUN BATU KURAU : SDR HAZANI ZOOLAWAL - 019 5057640
DUN KUBU GAJAH : CIKGU MOHAMAD - 019 5448270
DUN SELAMA : SDR SAAD - 013 5068055

Selasa, 2 Mac 2010

PERTANDINGAN BOLA SEPAK PEMUDA BUKIT BERTAM, SELAMA














KURSUS PEMUDA WIRA BANGSA

Pemuda Larut telah menghantar wakil untuk menghadiri Kursus 1 Pemuda Wira Bangsa yang telah diadakan di PLJN Ayer Tawar.



SEHARI BERSAMA AHLI PARLIMEN LARUT

Program Sehari Bersama AP Larut di Lata Kampung Tua pada 27 Februari 2010. Beliau turut melawat warga tua serta mendengar dan menyelesaikan masalah penduduk. Program ini turut disertai oleh lebih 100 orang pemuda dari Kampung Tua dan cawangan sekitar. Terima kasih kepada AP, Dato' Hamzah kerana meluangkan masa untuk mengadakan program seperti ini.