BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Isnin, 30 November 2009

Doa..Antara Kehendak Islam Dan Nik Aziz

Tiba - tiba kita tersentak lagi dengan kenyataan tok guru besar dari negeri yang kononnya serambi Mekah ; Kelantan . Pening saya apabila memikirkan bagaimana seorang yang dikatakan begitu tinggi pengetahuan agama Islamnya boleh mengeluarkan kenyataan sanggup mendoakan seorang saudara seagamanya ( Perdana Menteri Malaysia ) supaya ditimpa musibah jika tidak memberikan wang royalti minyak kepada kerajaan Pas Kelantan . Amat malang para pengikut Pas apabila memiliki seorang Mursyidul Am yang bersifat sebegini . Saya risau , pasti ada dikalangan pengikut , pemimpin , malah orang kiri dan orang kanan tok guru sendiri nanti yang akan didoakan agar ditimpa musibah hanya kerana tidak mahu mengambil selipar tok guru ! Begitu mudah jiwa seorang pemimpin seperti Nik Aziz untuk mengeluarkan fatwa dan kenyataan yang amat bertentangan dengan apa yang dibawa dan diamalkan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. Malah Allah SWT juga boleh dianggap tok guru sebagai turut mempunyai sifat ' samseng ' !!!
Kalau nak jadi stategis penyelamat / pengekal / sang penyelamat pemesongan minda penyokong Pas pun , jangan lah sampai Islam pun hendak dimanipulasi habis - habisan .
Terfikirkah kita , apakah yang perlu dijawab oleh insan - insan seperti ini apabila berhadapan dengan Allah SWT di Hari Kebangkitan nanti bila ditanya tentang kenyataan mereka yang amat mengelirukan dan bertentangan dengan ajaran Agama Suci Islam ? Mampukah mereka mempersendakan Tuhan Penguasa Di Hari Pembalasan nanti dengan 'lawak bodoh ' mereka '? Bagi saya yang tidak berlatar belakangkan pengajian Islam ini pun , amat jelas Nik Aziz telah jauh bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad . Rasulullah yang dihina , dicederakan hingga luka dan berdarah oleh orang kafir sekali pun , masih mendoakan agar orang jafir tersebut diberikan hidayah oleh Allah SWT . Inikan pula seorang Negarawan dan Pejuang bangsa seperti Dato Seri Najib yang merupakan seorang Muslim , bagi Nik Aziz , Najib layak untuk didoakan supaya ditimpa musibah . Fikirlah wahai saudara - saudaraku dalam Pas , nak ikut Rasul atau nak ikut Nik Aziz !!????
Bagi yang fanatik , berbuih mulut , berkajang tulisan kita sekali pun , Nik Aziz tetep betul dengan seribu satu alasan dan teori dalil mereka .
Rakyat mengharapkan Nik Aziz untuk menjadi seorang ulama yang membina rakyat dan bukan hanya penyokongnya sahaja . sebagai seorang Menteri Besar , Nik Aziz bukan sahaja bertanggungjawab kepada pengikut Pas tetapi kepada seluruh rakyat Kelantan dan Malaysia amnya . Sebagai orang tua , Nik Aziz perlu menjadi tauladan kepada seluruh generasi muda hari ini . Mungkin kalau saya sebut mengenai rasuah dan sumbangan bagi Nik Aziz adalah sama saja ..Ramai pengikut Pas pasti melenting......!

Ahad, 15 November 2009

Banjir Di Selama Terburuk Dalam Tempoh 13 Tahun

13 Nov. Kejadian banjir yang berlaku di Selama kali ini , saya difahamkan adalah yang terburuk dalam tempoh 13 tahun . Saya telah pergi melawat ke sekitar kawasan yang terlibat bersama - sama ahli parlimen . Terlalu banyak kerugian dan kemusnahan telah dialami oleh penduduk yang terlibat dengan bencana banjir kali ini . Saya dan YB Dato Hamzah yang pergi melawat ke beberapa rumah turut sempat melihat sebuah rumah di Kpg Tapah yang runtuh kerana dilanda arus deras banjir . Mujurlah tuan rumah tersebut sempat terjun dan menyelamatkan diri. begitu pun sebahagian rumahnya ranap menyembah bumi .
Sebuah jambatan gantung di Sg Seputeh juga turut musnah sama sekali akibat arus deras sungai . YB Dato Hamzah telah mengarahkan supaya pembinaan semula jambatan berkenaan di uruskan segera oleh Jabatan Saliran Daerah . Saya percaya lebih 300 keluarga yang terlibat dengan banjir , walaupun hanya sebahagian sahaja yang dipindahkan . Menurut rakan - rakan di Selama , mereka terpaksa berenang ke sebuah rumah warga tua untuk menyelamatkannya daripada dihanyut arus banjir pada awal pagi khamis . Tahniah dan syabas atas kesungguhan mereka menyelamatkan ramai keluarga yang tiba - tiba diterperangkap dalam banjir yang naik mendadak .
YB Dato Daud juga hadir pada malam kejadian , saya difahamkan beliau hanya pulang pada jam 6 pagi tadi . Bagi pihak Pemuda UMNO Bahagian Larut , saya sempat menghulurkan bantuan kepada beberapa keluarga dan pusat perpindahan yang dibuka . Insallah , Pemuda UMNO Bahagian akan terus membantu seberapa yang mampu kepada mangsa banjir dari masa ke semasa .
Kerajaan BN sekarang sedang mengkaji kaedah yang perlu untuk menghalang banjir ini dari berulang . Perbelanjaan dianggarkan melibatkan puluhan juta ringgit demi kesejahteraan rakyat. Sama - samalah kita berdoa kepada Allah swt , agar bencana seperti ini tidak lagi melanda kawasan kita .

BANJIR DI SUNGAI BAYOR



















Isnin, 9 November 2009

Gotong Royong Perdana di Teluk Mas

8 Nov 2009 , Pemuda UMNO Bahagian dan Ahli Parliman serta ADUN Selama telah bersama - sama dalam program gotong royong di Teluk Mas . Program ini adalah lanjutan daripada program Pemuda Prihatin yang telah dibuat beberapa minggu lalu di DUN Batu Kurau . Namun kali ini program tersebut menjadi lebih meriah apabila Ahli Parlimen YB Dato Hamzah Zainuddin turut serta menjayakan program tersebut dengan beberapa aktiviti oleh Ahli Parlimen sendiri . YB Dato Mohamad Daud , ADUN Selama juga turut hadir memberikan sokongan.
Program Pemuda Prihatin seperti biasa melibatkan kepada membaiki rumah penduduk kampung . Alhamdulillah , selain daripada peruntukan Kerajaan Negeri Perak melalui Pemuda Bahagian , Ahli Parlimen dan ADUN selama turut menyumbang untuk pembinaa rumah tersebut . Selain daripada membaiki rumah , program turut melibatkan gotong royong membersih tanah kubur , melawat mangsa kebakaran dan beberapa pusat perkelahan di sekitar Ulu Selama . Lebih 300 Pemuda terlibat dalam program tersebut selain penduduk kampung dan sekitar .
Apa yang menarik dari program tersebut ialah seramai 150 ahli baru menyerahkan borang UMNO kepada YB Dato Hamzah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia . Sebahagian besar dari ahli baru ini adalah bekas ahli Pas cawangan teluk Mas , termasuk ketua pemuda Pas cawangan , Tim Ketua Pas cawangan dan kepimpinan Pas di kawasan tersebut . Turut diadakan adalah sumbangan beras kepada warga emas di kampung Teluk Mas. YB Dato Hamzah juga telah bermurah hati menyumbangkan 2 ekor lembu untuk hari raya korban ini kpd masyarakat Teluk Mas . Mudah - mudahan perjuangan UMNO akan semakin difahami oleh masyarakat larut . Tahniah kepada YB Dato Hamzah diatas usaha keras menawan hati masyarakat Teluk Mas yang pada satu ketika terlalu taksub kepada Pas . Hari ini , mereka semakin menyenangi UMNO dan difahamkan lebih ramai yang akan menyertai UMNO selepas ini . Saya dan rakan AJK pemuda bersama Ahli Parlimen sempat melawat beberapa penduduk kampung yang uzur , termasuk menziarah Sdr Setiausaha Pemuda cawangan Sg Seputeh yang kemalangan beberapa hari yang lalu di rumah beliau di Kpg sg seputeh . Terima kasih kepada pengerusi Pemuda zon A Sdr Md Saad , Ketua Pemuda Sg Seputeh yang juga AJK PPUBL Sdr Fendi dan Ketua Pemuda Teluk Mas Sdr Norazman Hussin dan seluruh AJK PPUBL serta warga pemuda Teluk Mas dan Sg Seputeh , semoga Allah swt membalas kebaikan saudara - saudara sekalian .
Pemuda Bahagian akan mengadakan program yang sama di zon G dan sekitar DUN Kubu Gajah tidak lama lagi . Tunggu kehadiran kami . Salam perjuangan .

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA
PEMUDA UMNO LARUT BERSAMA DATO' HAMZAH
DALAM PROGRAM PEMUDA PERIHATIN
(8 NOVEMBER 2009 - AHAD - 9.00 PAGI - TELUK MAS, SELAMA)












Selasa, 3 November 2009

Anwar oh Anwar..

Brother Anwar (BA) terus bermain kong kali kong lagi berhubung dakwaan kes liwat ke atasnya oleh Saiful. Entah sampai bila pulak kes ini akan dipersendakan oleh Anwar. Hari ini, mahkamah menetapkan bahawa 23 Nov ini sebagai tarikh untuk mendengar permohonan Anwar untuk membatalkan kes tersebut ke atas dirinya.
Penyokong PKR/Pas/DAP harus sedar tentang perkara ini dan mainan Brother Anwar untuk membatalkan tuduhan terhadapnya. Kenapa BA tidak berusaha untuk memastikan prosedur mahkamah akhirnya dapat mengesahkan bahawa beliau tidak bersalah sahaja? Kenapa mesti memohon supaya ianya dibatalkan? Seperti kata orang tua - tua , berani kerana benar, takut kerana salah. BA pasti ada jawapannya sendiri. Kak Wan Azizan juga tidak ketinggalan untuk turut sama menasihatkan suaminya yang tercinta untuk 'masuk ' saja ke mahkamah dan 'berjuang' mempertahankan kebenaran yang dikatakan berpihak kepada BA.

Laungan Pakatan pembangkang supaya sistem kehakiman di negara ini sentiasa diberikan kebebasan untuk menjalankan tanggungjawabnya, tidak mampu dilakukan sendiri oleh BA sendiri. Lantas apakah yang akan terjadi kepada negara kita sekirannya BA menjadi Perdana Menteri nanti? Negara kita akan menjadi bahan persenda negara lain di seluruh dunia, keyakinan kerajaan dunia luar untuk berurusan dengan kita demi kebaikan ekonomi negara turut juga akan terhakis. Lantas, bangsa Melayu yang hari ini sedang berlumba dengan kaum lain di negara ini akan terus tertekan dan ketinggalan. Ditambah pula dengan fahaman republik yang dibawa oleh BA dalam perjuangannya kini , Melayu pasti tidak mampu diselamatkan lagi.

Fikir - fikirlah wahai para pengundi dan rakyat Malaysia. Marilah sama- sama kita berdoa dan berusaha agar pemimpin dan parti hipokrit seperti gabungan pembangkang tidak ditakdirkan Allah swt untuk memerintah negara kita.

Teringat saya kepada jenaka seorang sahabat semalam... PKR - Pu...g Kena Ready.... entah lah .. tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata .