BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Jumaat, 30 Oktober 2009

Perbalahan Pas - Terjemahan Melayu Parasit

Perbalahan Pas kini semakin memeningkan para penyokong setia parti itu. Kalau sebelum ini, Pas dilihat sebagai parti yang sentiasa bertolak ansur dan jauh daripada perebutan kuasa, tetapi kini tindakan dan pertelingkahan Pas jauh lebih buruk daripada apa yang pernah dilalui oleh Parti tertua di Malaysia, UMNO. Jelas kini bahawa ada di kalangan kepimpinan Pas amat takut kepada sikap tolak ansur dan persaudaraan sesama Islam. Sehinggakan bila ada dikalangan pemimpin mereka yang mahu menjalinkan kerjasama dengan UMNO, mereka akan beria - ria menolaknya.

Menjalinkan persaudaraan dengan UMNO hanya akan melemahkan Pas. Dari sudut persepsi politik, para penyokong akan lebih terdedah kepada kebaikan dan sifat persaudaraan tulen dalam UMNO. Golongan ini didalam Pas sudah menyedari bahawa selama ini parti mereka terus hidup kerana mereka saban masa menanam kebencian kepada UMNO/BN. Justeru menjalin persaudaraan dengan UMNO akan menghakis kebencian penyokong mereka kepada UMNO dan sekaligus menyukarkan mereka mempertahankan pengaruh dan kedudukan. UMNO dilihat lebih relevan kepada rakyat yang mahu berfikir dan tidak agresif dalam menjana pengaruh politiknya. Permuafakatan dengan Pas tidak akan menjejaskan UMNO walau sedikit pun. Malah Pas melihat bahawa permuafakatan dengan UMNO/BN akan menambah kekuatan UMNO dan menghakis pengaruh Pas.

Pas tidak akan dapat menghentam UMNO lagi sekiranya mereka bersaudara dengan UMNO. Tanpa menghaentam UMNO, populariti parti akan jatuh menjunam. Malah kelangsungan itu akan terus-menerus menambahkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada UMNO. Sedangkan UMNO tidak perlu mengubah walau seinci pun corak perjuangan dan pentadbirannya, kerana UMNO sememangnya berjuang dengan cara yang bersih dan ikhlas demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Golongan anti persaudaraan ini lebih rela untuk bersama DAP/PKR yang terang - terangan tidak sealiran dengan pendirian dan perjuangan mereka selama ini. Kalau mereka merasakan bahawa parti - parti itu bersih, PKR sendiri adalah serpihan daripada petualang di dalam UMNO. Mereka yang menyertai PKR adalah mereka yang telah kecewa dengan UMNO. Kecewa kerana UMNO tidak dapat memberikan kekayaan dan kemewahan kepada mereka. Lantas melompat menyertai PKR walau pun mereka sedar bahawa PKR juga tidak dapat memberi apa - apa kepada mereka. Namun perasaan kebencian dan marahi telah membuatkan mereka sanggup melakukannya. Akhirnya berlakulah longgokan semakin banyak Melayu Parasit di dalam PKR.

Kembali kita kepada tragedi dalam Pas. Seperti dalam artikel yang pernah saya tulis sebelum ini, bahawa sejarah menunjukkan bahawa Melayu parasit tidak akan mampu bertahan dengan kekayaan, jumlah yang semakin besar dan banyak serta kuasa yang berlebihan. Apa yang berlaku di dalam Pas hari ini adalah terjemahan tentang kewujudan Melayu Parasit di dalam parti mereka. Semasa parti berada pada kedudukan 'cukup makan ', mereka ini tidak pernah kelihatan langsung, tetapi akibat pertambahan kuasa dan penyokong, mereka mula menunjukkan sikap mereka yang sebenar. Mempertahankan kepentingan sendiri walau terpaksa mengadaikan maruah bangsa.

Lupakah kita bahawa Pas adalah sebahagian daripada pengasas bersama Barisan Nasional selepas pilihanraya 1969. Kenapakah pada ketika itu mereka sanggup untuk bersama dengan UMNO/BN. Jawapannya kerana mereka tidak sekuat dan besar pengaruhnya seperti hari ini. Justeru berpakat dan bersama dibawah BN adalah pilihan yang terbaik demi kepentingan Melayu. Namun sayangnya, pada hari ini apabila ada dikalangan kepimpinan Pas yang cuba untuk menghidupkan kembali permuafakatan bersama UMNO, ulama besar mereka bermati - matian menolaknya. Nik Aziz sedar tentang kelemahan Pas dan kewujudan Melayu Parasit ini dalam Pas/PKR. Penyatuan dengan UMNO akan melemahkan virus parasit ini. Mereka mungkin akan menjadi statik dan ini akan melemahkan parti untuk terus 'memaksa' penyokong mereka bertahan bersama parti. Nik Aziz memang seorang politikus yang licik, beliau amat menyedari keupayaan parti dan bagaimana untuk terus menghidupkan partinya. Nik Aziz tidak pernah nyanyuk apatah lagi gila, beliau adalah strategis dan komanden terbaik yang pernah Pas miliki. Tindakan - tindakanya adalah menifestasi dan kelangsungan daripada apa yang telah ditanam dalam kotak perjuangan Pas selama ini. Terus mempertahan dan membela seberapa ramai Melayu Parasit kekal didalam parti, kerana itulah survival Pas untuk perjuangan mereka.

Layakkah kita sebagai Melayu yang mencintai keamanan, kestabilan, keadilan, kemakmuran dan sebagainya untuk membiarkan Pas mempersendakan bangsa. Saya melihat bahawa Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, bijak menangani kebijaksanaan Nik Aziz.

Khamis, 29 Oktober 2009

LAPORAN POLIS

PEMUDA UMNO LARUT TELAH MMEMBUAT SATU LAPORAN POLIS BERKENAAN GAMBAR MB PERAK YANG DIHINA PADA SEBIDANG KAIN RENTANG (BANNER) YANG TELAH DILETAKKAN DI ULU SEPETANG.







Dengan hanya satu tanda di dahi pada gambar YAB Dato Seri Dr Zambry Abduk Kadir segala persepsi boleh berubah . Ia berbeza sekiranya gambar itu diconteng dengan cara lain . Bagi Pemuda UMNO Larut , perbuatan ini adalah satu penghinaan terhadap individu apatah lagi individu tersebuat adalah YAB Menteri Besar Perak yang beragama Islam . Pasti tujuan pelakunya adalah atas sifat kebencian dan langsung tidak mahu mengambil kira soal perasaan dan maruah orang lain . Inilah hasil didikan para pemimpin pembangkang yang mengajar dan menanam perasaan kebencian kepada pemimpin UMNO/BN.
Inilah juga rupa bentuk masyarakat generasi akan datang yang sedang diasuh oleh para pemimpin pembangkang demi kelangsungan survival parti mereka . UMNO/BN tidak pernah mengajar ahlinya , malah masyarakat negara ini untuk bertindak biadab apatah lagi kepada pemimpin negara . Adalah amat sedih untuk kitra gambarkan generasi pemimpin yang sedang 'dididik ' ini sekiranya satu hari nanti mereka menjadi pemimpin negara ini . Pasti mereka akan membawa satu paradigma yang jauh berbeza dari apa yang dibawa oleh kepimpinan UMNO/BN selama ini .
Apa yang berlaku di beberapa negara di seluruh dunia yang pada hari ini kehidupan sosial, pilitik dan ekonominya tidak pernah stabil adalah berpunca dari kepimpinan. Pemimpin yang diasuh dalam persekitaran brutal pasti juga akan menjadi pemimpin yang brutal . Brutalisme ini kan menjadi darah daging bukan sahaja kepada pemimpinnya terapi juga rakyatnya sekali . Adalah malang kepada negara seperti Malaysia sekiranya kita mengakui corak kepimpinan seperti ini yang ditunjukkan oleh pembangkang sekarang .
Masyarakat dan rakyat sering kali dihidangkan dengan brutalisme mereka seperti demonstrasi jalanan , ceramah yang memaki hamun dan yang terbaru sikap pembangkang di Dewan Undangan Negeri Perak sejak dua kali persidangan yang lalu . Drama - drama murahan digunapakai demi untuk teruis 'mempertahankan' terus minda penyokong mereka yang telah diajar sedemikian rupa . bagi penyokong mereka , tindakan seperti itu bukanlah devian , malah satu tindakan yang ' tepat' demi kepentingan rakyat . Jika inilah pendedahan minda perjuangan yang ditanam kepada penyokong mereka , adakah kita amahu terus bersama mereka demi masa depan survival kita ? Jangan kita gadaikan masa depan anak cucu kita ke tangan manusia rakus seperti pemimpin parti pembangkang . mereka hanya memfokus kepada kuasa politik demi kepentingan segelintir pemimpin . Lantas rakyat diperbodohkan dan dijumudkan dengan segala perlakuan yang lansung tidak boleh diterima akal . Hasilnya adalah apa yang berlaku kepada gambar Menteri Besar semalam . Yang melakukannya adalah orang Melayu Islam ( pelaku telah pun mengakuinya) yang sanggup menghina saudara seagamanya . Tidak ada langsung perasaan bersalah pada mereka untuk melakukan penghinaan tersebut . Kerana apa? Sudah pasti kerana ketaksuban , kejumudan dan ideologi brutalisme yang dimomokkan kepada mereka sepanjang perjuangan bersama pembangkang . Justeru bagaimanakah kita mahu melahirkan masyarakat bitara yang akan mengalas tanggungjawab demi untuk memastikan kejayaan negara kita . Perjuangan Islam yang mereka war - warkan akhirnya tenggelam dalam sifat komunisme yang mendominasi ideologi mereka hari ini .



Rabu, 28 Oktober 2009

Nizar/Ngeh/Siva - 1 Malaysia Di DUN Perak

Sehingga jam 12 tengahari ini, saya menerima maklumat bahawa semua wakil pembangkang di DUN Perak telah mengambil tempat masing - masing kecuali Nizar, Ngeh dan Siva yang belum mengambil tempat duduk mereka. Memang benarlah mereka ini telah menjiwai semangat 1 Malaysia. berpakat untuk tidak duduk. Apakah tujuan mereka, belum pasti. Apa yang pasti mereka sedang dan masih cuba untuk menghancurkan masa depan rakyat Perak. UMNO / BN pula sedang bertungkus lumus untuk tetap membentangkan bajet negeri demi masa depan rakyat. Dr Zambry seorang pemimpin strategis bukan sahaja bersusah payah memerah otak untuk menyusun bajet yang terbaik untuk rakyat, mala dalam masa yang sama turut terpaksa memikirkan 'akai ' wakil - wakil rakyat PR di DUN Perak hari ini.

Setakat ini, keadaan di luar bangunan SUK tenang dan terkawal. Saya baru sahaja meninggalkan kawasan tersebut setelah keadaan tenang dan aman. Nampak jelas, jarum PR untuk mengapi-apikan sokongan rakyat tidak lagi menjadi. Rakyat sudah melihat kerelevanan UMNO/BN di Perak. PR di Perak elok muhasabah balik diri juka mereka benar - benar mahu berjuang untuk rakyat. Atau lupakan saja perjuangan mereka.

Selasa, 27 Oktober 2009

Nizar Semakin Bodoh

28hb Oktober ini akan berlangsung Sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Persidangan yang sepatutnya menjadi platform untuk merancang pembangunan negeri demi kebaikan rakyat , kini cuba dijadikan oleh Pakatan Pembangkang sebagai pentas berpolitik bodoh dan dungu . Sidang Dewan kali ini cuba untuk dhuru harakan demi kepentingan dua tiga kerat manusia hipokrit dan tamak . Malah juga menjadi pentas tarian songsang pembangkang untuk terus membodohkan rakyat Perak dengan harapan mereka akan kembali berkuasa . Berkuasa untuk menghabiskan saki baki tanah dan kekayaan negeri yang tidak sempat mereka bolot sepanjang 11 bulan memerintah negeri ini .
Pemimpin 'agung' Pas Perak , Nizar Jamaluddin nampak begitu yakin sekiranya Dewan Undangan Negeri dibubarkan mereka akan kembali meraih sokongan dalam pilihanraya negeri . Sungguh sombong dan memalukan pandangan singkat ini . Sedarkah mereka bahawa undi sebahagian rakyat kepada mereka dalam PRU 12 yang lalu bukanlah satu sokongan , tetapi ianya lebih kepada ' mengundi'semata -mata . Rakyat pada ketika itu disogok dengan segala kelemahan kerajaan Barisan Nasional dan juga kealpaan BN dalam mendepani PRU12 tanpa sebarang prejudis . Kesilapan BN hanyalah kerana yakin bahawa rakyat tidak akan terpengaruh dengan dakyah dan pembohongan pembangkang disamping mengabaikan krisis keupayaan kepimpinan tertinggi parti.
Saya berani menyatakan bahawa kemenangan besar BN pada PRU11 aadalah kerana faktor pembuangan undi pada masa itu adalah keyakinan kepada kepimpinan baru iaitu Pak Lah selepas peralihan kuasa daripada Tun Mahathir. Puak Nizar harus mengkaji semula sejarah pilihanraya negara sebelum secara sombrono ingin mendesak pembubaran DUN . Mudahnya , Pilihanraya 1969 _ Perikatan mendapat 66% kerusi berbanding 85.58% pada tahun 1964 . Pilihanraya 1974 , Tun Razak mengambil alih kepimpinan dari Tunku , Barisan Nasional kembali menang besar dengan 87.66% kerusi di parlimen. pilihanraya 1978,1982 dan 1986 BN menang besar di setiap pilihanraya dengan mendapat peratusan kerusi antara 83% dan 85% di parlimen . Akibat krisis kepimpinan pilihanraya 1990 BN kehilangan beberapa kerusi dengan peratusan penguasaan di parlimen menurun kepada 70.55%.
bermula daripada pilihanraya 1990 , trend naik turun BN dalam pilihanraya nampak begitu jelas dan kesemuanya adalah akibat krisis kepimpinan atau pemimpin BN itu sendiri. 1995 , BN menang semula dengan penguasaan 84.38% di parlimen , tetapi krisis kepimpinan pada 1998 telah menyebabkan penguasaan BN merosot kepada76.68% pada pilihanraya 1999. Seterusnya hasil peralihan kepimpinan daripada Tun Mahathir kepada Pak Lah telah melonjak kemenangan BN kepada 90.41% yang merupakan sejarah kemenangan terbesar sepanjang pilihanraya di Malaysia . Pilihanraya 2008 adalah terjemahan rakyat terhadap kelemahan kepimpinan Pak Lah sehingga BN kehilangan kerusi hampir sama dengan sejarah pilihanraya 1969 iaitu kepada 63.1%.
Apa yang mahu saya katakan disini adalah , Nizar terlepas pandang bahawa BN hari ini dipimpin oleh Dato Seri Najib Tun Razak . Bermula dari sini , secara teorinya segala - gala telah berubah . Suka atau tidak , Nizar perlu mengakui sejarah pilihanraya dan trend pengundian di negara ini . Secara rambangnya , faktor popular pengundian adalah kepimpinan tertinggi BN. Jika kita mengkaji dan mendalami hasil keputusan setiap pilihanraya di negara ini , terlalu besar kaitannya dengan kepimpinan tertinggi BN . Sehingga hari ini , DS najib telah menunjukkan komitmen , kematangan politik , seorang strategis pembangunan , berjiwa rakyat , telus , berani , terbuka dan mementingkan kesejahteraan rakyat . Justeru , sejarah telah membuktikan bahawa rakyat amat memerlukan kepimpinan seperti ini dan ianya diterjemahkan dalam setiap pilihanraya. Saya tidak mencipta teori ini semata - mata kerana fanatik kepada BN , tetapi ianya turut diakui oleh beberapa ahli sains politik tanah air seperti Dr Siva Pandian dan Prof K Ramanathan dalam beberapa tulisan dan kajian mereka .
Dato Seri Najib telah membuktikan keupayaannya dan pembentangan bajet 2010 membuktikan bahawa BN benar - benar mahu membela rakyat . KPI yang ditetapkan kepada semua menteri kabinet dan juga KPI politik kepada ahli politik disamping memberi wajah baru kepada UMNO telah semakin mengembalikan keyakinan rakyat . Justeru perancangan nizar untuk menghuru - harakan sidang dewan Rabu ini hanyalah satu tindakan bodoh yang amat ketara . Rakyat akan semakin membenci mereka kerana Najib kini sudah menjadi idola rakyat . Tidak perlulah saya membuktikan satu persatu sokongan rakyat kepada BN , saya percaya semua kita telah sedia maklum dan melihatnya sendiri .
Nizar pasti akan menemui jalan buntu dengan tindakannya bersama konco - konco dan pemimpin fahaman cauvinis kesayangannya. Andai mereka berjaya menyebabkan pembubaran DUN sekali pun , kemenangan mereka kali ini ibarat jauh api dari panggang. Sejarah telah membuktikan segala - galanya . Hidup UMNO , Hidup Najib!

Jumaat, 23 Oktober 2009

Pembangunan & Masa Depan Larut- Mendepani Cabaran Budaya

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberi komen terhadap pandangan saya dalam beberapa artikel yang saya tulis sebelum ini. Pandangan saya lebih kepada mendepani cabaran dan bukan satu wawasan. Pada hemat saya, wakil - wakil rakyat, kepimpinan / pentadbiran negeri dan pusat jauh lebih berkaliber dan tepat untuk memperkatakan mengenai misi dan visi pembangunan di Larut. Justeru, pandangan saya lebih kepada mendepani cabaran-cabaran yang perlu dihadapi sebelum, semasa dan sepanjang pembangunan dan urbanisasi. Apa pun saya terus mengharapkan pandangan - pandangan daripada saudara-saudara untuk memperkukuhkan lagi keupayaan perjuangan kita dan sebagai persiapan saya sendiri dalam menghadapi cabaran kepimpinan di masa akan datang.

Sebagai bangsa yang berpegang kuat kepada budaya tolong menolong, sopan santun, jujur, amanah dan sebagainya ditambah pula dengan ajaran agama suci Islam, masyarakat Melayu akan dapat lahir sebagai sebuah bangsa yang boleh dijadikan sebagai contoh kepada masyarakat lain di negara ini . Walaupun, sebahagian orang Melayu sering dianggap mudah terikut - ikut dengan budaya masyarakat lain dan mampu menyerapinya dengan 'sempurna', namun sebahagian besar yang lain masih mampu mempertahankan identiti bangsa Melayu walau dalam apa juga situasi . Satu ketika, kita telah terikut - ikut dengan gaya hidup kolonial Inggeris termasuk daripada segi berpakaian , makanan , pergaulan , kehidupan sosial , malah mengagung-agungkan pula keupayaan bangsa barat itu dengan memperkecilkan keupayaan bangsa sendiri. Misalnya semasa usaha untuk mendapatkan kemerdekaan, ada di kalangan orang Melayu sendiri yang tidak yakin dengan keupayaan bangsa sendiri untuk mentadbir negara ini dengan sempurna sekirannya mendapat kemerdekaan daripada pihak British. UMNO dan kepimpinannya pada ketika itu, telah berusaha untuk meyakinkan penduduk Tanah Melayu bahawa kita terutamanya orang Melayu sudah bersedia untuk mentadbir negara kita mengikut acuan kita sendiri. Tidak ada lebihnya pada bangsa Eropah yang menjajah kita untuk kita banggakan, malah mereka turut menjadikan pula negara kita ini sebagai sumber hasil untuk membangunkan negara mereka. Di samping berhadapan dengan cabaran penjajahan minda, kita juga terpaksa mendepani cabaran budaya. Kalau kita masih ingat, pakaian seragam pelajar sekolah kita sehingga awal 80an dahulu, masih jelas menggambarkan bahawa budaya baratnya agak menebal . Bayangkan pelajar perempuan sekolah menengah masih memakai skirt untuk ke sekolah. Mujurlah dari masa ke semasa kerajaan telah mengubah budaya pemakaian ini, sehinggalah kepada apa yang boleh kita lihat hari ini. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada cabaran perubahan budaya dan pemikiran yang telah kita lalui dan tangani.

Larut sebagai sebuah Parlimen yang masih dianggap sebagai kawsan luar bandar atau kampung masih menebal sifat kemelayuannya, termasuk dari sudut pakaian, penampilan, percakapan, akhlak, sopan santun dan sebagainya. Misalnya di larut hari ini, jika ada anak gadis yang datang ke majlis - majlis kenduri kahwin dengan berpakaian moden dan berambut perang, apatah lagi di tambah dengan kaca mata hitam ( besar ), dia akan menjadi perhatian kerana dianggap sebagai devian (devian adalah perlakuan yang bertentangan dengan budaya setempat). Namun penampilan seperti tadi pula, tidak akan dianggap devian sekiranya dia menghadiri majlis perkahwinan di bandar besar sepreti Kuala Lumpur yang mana masyarakat di bandar besar telah menyerapi budaya penampilan sedemikian dan ianya tidak devian .

Dalam mendepani cabaran budaya di larut, apa yang perlu kita ambil perhatian adalah sejauh manakah kita di Larut ini akan dapat mempertahankan budaya Melayu semasa dan sepanjang menikmati pembangunan. Saya fikir kita tidak perlu pergi jauh untuk membincangkan mengenai mempertahankan budaya kehidupan kita. Tidak lama lagi, penduduk di Anak Kurau akan mendapat kemudahan jalan perhubungan dengan bandar Taiping terus ke tempat mereka. Sekiranya projek pembinaan jalan ini dimulakan dan siap nanti, perjalanan antara Anak Kurau dan pekan Kamunting hanyalak sekitar kurang lebih 10 km sahaja, berbanding pada masa ini sekitar 35 km. Apabila wujudnya jalan perhubungan ini, maka lebih mudahlah penduduk di situ untuk ke bandar Taiping. Sekiranya pada masa ini untuk ke Taiping pada lewat malam, terpaksa berfikir panjang, tetapi pada masa itu barangkali untuk ke Taiping hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja. Justeru , adakah kita kan dapat membendung anak muda kita untuk terus mendepani kehidupan di kampung yang damai dan tenteram setelahjalan perhubungan dengan bandar besar menjadi semakin pendek .
faktor jarak dengan bandar biasanya akan menjadi kayu pengukur kepada kepesatan pembangunan di sesebuah tempat . kelangsungan daripada itu ,k kita juga akan berdepan dengan pertambahan populasi dan penghijrahan masyarakat termasuk dari kaum lain ke kawsan tersebut . Nilai tanah juga akan meningkat dari masa ke semasa . Saya masih ingat lebih kurang 30 tahun dahulu , allahyarham ayah saya telah menjual sebidang tanah seluas lebih kurang 3 ekar di Pinang Tunggal , Kedah dengan harga kurang dari RM10,000. Namun , lebih kurang 10 - 15 tahun lalu kawasan tersebut telah menjadi kawasan industri kecil dan sederhana . Saya amat terkejut apabila saya diberitahu bahawa tanah tersebut telah ditawarkan dengan harga lebih 1 juta ringgit!! Itu 15 tahun dahulu , bayangkan nilainya sekarang? itulah yang berlaku ekoran pembangunan di sesebuah kawasan . Malangnya , kawasan itu kini dimiliki kebanyakkannya oleh peniaga - peniaga cina , sedangkan dahulu kawasan itu milik orang - orang Melayu . Inilah harga sebuah pembangunan. Apa boleh buat..
Justeru , di Larut ini kita masih ada banyak tanah yang boleh kita tebus guna untuk kepentingan masa depan generasi kita . Kita perlu sama - sama mempertahankannya . Namun,soal kemajuan dan keinginan untuk memiliki kemewahan oleh bangsa kita perlu juga kita ambil kira , tetapi bukanlah dengan jalan singkat iaitu menjual tanah kita apabila ditawar harga yang tinggi . jati diri dan patriotisme sahaja tidak cukup , kita perlu ada para pemikir dan anak tempatan yang hari ini sudah berjaya dalam pelbagai bidang . Saya berharap kita akan dapat menubuhkan sebuah badan pemikir yang dapat merancang masa depan dan survival bangsa kita di Larut ini . jangan kita hanya menyerahkan sahaja kepada kerajaan untuk memikulnya , kita lebih mengerti tentang tanah tumpah darah kita ini. Kita bukan sahaja bertindak sebagai pemikir semata - mata , tetapi perlu membuat kajian secara terperinci mengenai kesesuaian bidang ekonomi sesebuah kampung dan kawasan . Barangkali kita boleh menjadi hub pengeluaran kepada sesuatu produk kepada negara ini .
Pandangan saya ini tidak lebih hanya sebagai satu hipotesis yang memerlukan lebih banyak pengamatan dan kajian untuk membuktikannya di Larut ini . Namun pada pandangan saya adakalanya pandangan kualitatif seperti ini lebih berperanan daripada kajian kuantitatif yang mungkin agak statik kedudukannya . Saya sekadar berkongsi sedikit pengalaman sepanjang pengkajian saya tentang pilihanraya di Larut dalam tesis sarjana saya. Faktor sosiologi dan antropologi turut menjadi tumpuan saya . Pun begitu tidak semua dapat saya kongsi dalam ruangan ini , insallah kita jumpa di mana - mana pentas yang bersesuian untuk sama - sama kita berkongsi pengetahuan dan maklumat yang kita ada demi kepentingan Larut dan Melayu di sini .


PEMUDA PRIHATIN

Program Gotong-royong membaik-pulih rumah penduduk kampung dalam Program Pemuda Prihatin di Pantai Besar, pada 22/10/2009. Turut hadir YB ADUN Batu Kurau, Dato' Kapten (B) Ustaz Najmuddin bin Haji Alias dan Datin Seri Sarifah Zulkifli, isteri MB Perak.





Khamis, 22 Oktober 2009

Pembangunan & Masa Depan Larut - Membentuk Generasi Peka

Membicarakan mengenai pembangunan di Larut merupakan satu perbincangan yang bukan sedikit faktor yang perlu kita ambil kira . Selain dari persediaan menghadapi pembangunan secara fizikal , kita juga perlu menitik beratkan soal budaya , pemikiran ,dan perspektif baru minda masyarakat selain masalah sosial dan pertembungan antara ketamakan dan kejujuran serta banyak lagi faktor - faktor lain yang akan wujud hasil daripada urbanisasi .

Rata - rata masyarakat luar bandar di Larut masih kuat mengamalkan budaya kehidupan masyarakat Melayu yang diwarisi dari nenek moyang kita , yang sebenarnya harus menjadi antara agenda utama perjuangan kita untuk mempertahankannya . Pertaruhan yang kita perlu hadapi akibat daripada mengejar kemajuan adalah antara mengekalkan budaya kita seiring dengan kemajuan dan menghadapi masalah kehilangan identiti di kalangan generasi akan datang . Barangkali ada yang berpendapat bahawa , faktor - faktor ini tidak perlu diambil kira buat masa ini kerana Larut tidak mungkin dilanda arus pembangunan yang pesat dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang . Namun hakikatnya , inilah fenomena yang telah kita lalui sejak lebih 150 tahun yang lalu . Daripada sebuah bangsa yang menguasai perdagangan dan perniagaan di negara ini , akhirnya kita terpaksa menjadi peniaga kelas dua di negara kita sendiri .


Sedar atau tidak bahawa bangsa kita seolah - olah menjadi sebuah bangsa yang muda dan bertatih dalam persaingan global ekonomi bukan sahaja di peringkat antarabangsa , tetapi juga di negara kita sendiri . Tidak kita nafikan bahawa kita mempunyai puluhan , malah ratusan syarikat gergasi yang hari ini telah pun menguasai pelbagai sektor perdagangan di peringkat tempatan dan antarabangsa . Namun apakah itu sudah cukup untuk menjadi tanda aras kejayaan bangsa kita ? kita harus juga merenung sejarah silam kita ratusan tahun sebelum kita mula dijajah oleh barat , dimana bangsa kita merupakan peniaga dan pedagang yang disegani dan terkenal di seluruh rantau ini sehingga ke Eropah. Apakah yang senario dan status bangsa kita andai kita langsung tidak pernah dijajah oleh mana - mana kuasa asing dalam tempoh itu ? Sudah pasti kita hari ini adalah salah sebuah negara maju dan kuat dari setiap sudut di dunia pada hari ini . Justeru , sejarah harus menjadi landasan kita dalam apa juga perancangan masa depan . Malah sejarah itu harus diguna pakai walau di mana pun kita berada , termasuk di Larut ini .


Oleh sebab itu , saya amat khuatir dengan sebarang pembangunan yang bakal melanda kawsan kita kerana memikirkan sejauh manakah kita telah bersedia untuk menghadapinya . Saya bukan anti pembangunan , tetapi biarlah pembangunan yang kita kecapi tidak hanya menjadi kebanggaan dan hiasan semata - mata kepada masyarakat kita di sini . Biarlah kita turut sama terlibat dalam era pembangunan itu sebagai pemangkin dan juga penggerak utama serta menjadi penentu hala tuju bangsa kita sendiri .


Justeru itu , kita harus melihat kepada sejarah , paling tidak sejarah bangsa kita sendiri . Bagaimana kita terpaksa hanya menjadi penonton dan pengguna semata - mata dalam memeriahkan sesebuah kemajuan . Sedangkan sepatutnya kitalah yang perlu menjuarai kejayaan dan pembangunan itu . Sebagai panduan , kita boleh mengambil pekan gerik sebagai contoh ,. Seingat saya sekitar 20 ke 25 tahun yang lalu , Gerik tidak jauh bezanya dengan Batu Kurau pada masa itu . Namun hari ini , Pekan Gerik telah jauh meninggalkan Batu Kurau dari sudut kemajuan , malah Pekan Pengkalan Ulu juga jauh lebih membangun berbanding Batu Kurau .


Namun bolehkah kita berbangga dengan pekan - pekan tersebut jika kita tinjau dari sudut sejauhmanakah kita telah berjaya untuk turut meletakkan kejayaan bangsa kita seiring dengan kepesatan pembangunan di sana? Namun begitu , Gerik bukanlah satu - satunya contoh yang boleh kita ambil sebagai rujukan , malah tempat - tempat lain seperti Baling dan Kulim yang satu ketika dulu juga adalah sebaris dengan kita di Larut ini . Adakah tempat - tempat ini menngambil masa sehingga puluhan tahun untuk mencapai pembangunan seperti hari ini ? Pastinya tidak ! Pekan - pekan ini 'terpaksa' maju kerana pelbagai faktor termasuk pertambahan penduduk , peluang pekerjaan serta faktor geografi dan pentadbiran politik serta desakan kemajuan global . Persoalannya , siapakah yang menjuarai perebutan peluang perdagangan di pekan - pekan ini ? Apakah puncanya ? Tidakkah kita mahu belajar daripada apa yang telah dilalui oleh pekan - pekan ini untuk menjadikannya sebagai persediaan kita menghadapi kemajuan dan pembangunan di Larut dengan lebih terancang dan tersusun semata - mata untuk memastikan kelangsungan survival generasi Melayu selepas kita? Maka sebab itu pada pandangan saya kita harus bermula dari tatih sebelum bangun berlari . Jangan kita terlampau ghairah untuk melihat kemajuan fizikal Larut sedangkan dalam masa yang sama kita mengabaikan nasib generasi kita semasa dan sepanjang kemajuan itu . Masa tidak akan menanti kita untuk maju , malah kemajuan itu kini sedang berada diambang pintu . Sama ada kita bersedia atau tidak , ianya tetap akan melanda bila tiba masanya akibat faktor - faktor yang telah saya sebutkan tadi .


Pada pandangan saya , tugas ini tidak boleh kita letakkan ke bahu kerajaan semata - mata . Kerajaan barangkali boleh menyediakan segala keperluan yang kita perlukan dari masa ke semasa . Tetapi tanggungjawab kita sebagai anak temapatn dan generasi Melayu yang prihatin harus turut sama mengerakkan persediaan kita mengahadapi kemajuan dan pembangunan . Tidak ada gunanya kita kerajaan menyediakan fasiliti kelas pertama tetapi kita tidak bijak menggunakannya atau lebih malang tidak tahu menggunakannya . Sebagai contoh yang paling mudah , berapa ramaikah di kalangan anak muda kita yang mengunjungi pusat internet desa atau perpustakaan desa untuk mendapatkan maklumat dan menambah ilmu pengetahuan ? Malah sepanjang penglibatan saya dalam politik dan berhadapan dengan mesyarakat , tidak pernah sekali saya mendengar dari kalangan anak muda yang memberi komen mengenai kualiti buku dan bahan bacaan di perpustakaan desa yang tidak menepati selera pembangunan minda masyarakat . Apakah mereka telah berpuas hati dengan senarai buku dan bahan bacaan yang ada atau mereka tidak pernah sekali pun menguinjungi perpustakaan yang disediakan oleh kerajaan ? Persoalan demi persoalan seperti ini menjadikan kita semakin runsing bila memikirkan soal mendepani cabaran pembangunan oleh bangsa kita sendiri .


Faktor utama adalah membentuk minda masyarakat kita supaya bersedia dan berdaya saing . Perjuangan kita hari ini harus menjurus ke arah itu hari ini . Perubahan perspektif dan perasaan 'takut' ketinggalan harus kita pupuk bersama . Ianya bermula dari rumah kita sendiri . Anak - anak yang lahir hari ini harus kita lengkapkan dengan semangat dan kerajinan mengejar ilmu dan pengetahuan n. Hanya dengan ilmu dan amal , kita akan dapat melahirkan generasi yang berdaya saing dan cekal. Tidak ada bangsa yang berjaya tanpa memiliki semangat kebangsaan yang tinggi . Amerika berjaya kerana mereka memiliki keegoan terhadap kecemerlangan bangsa mereka sendiri . Sehinggakan mereka sanggup mencipta sukan yang beridentitikan bangsa mereka seperti American Football misalnya . Malah sistem pentadbiran mereka juga dicipta dan diolah agar tidak menyamai sistem westmister yang diamalkan British demi menjaga identiti mereka sedangkan dari sudut sejarah mereka lebih dekat dengan sistem perundangan British tersebut .


Di Larut kini semakin ramai guru -guru yang merupakan anak tempatan . Mereka boleh menjadi penggerak utama dalam usaha melahirkan generasi baru masyarakat Larut yang lebih berdaya saing . Generasi yang mereka didik hari ini , dalam tempoh kurang 15 tahun akan menjadi masyarakat perdagangan , sumber tenaga kerja dan pemikir di kawasan kita . Memberikan persediaan minda dan perspektif baru dunia penuh cabaran kepada mereka , bakal menjadikan kita terus menjuarai kemajuan di tempat kita . Pun begitu , kita sebagai pendokong kehidupan masa kini harus terus membuat persediaan kerana kitalah barisan pertama yang akan berhadapan dengan kemajuan yang kita harap - harapkan sejak sekian lama. Sedarkah kita bahawa kemajuan yang perlu kita lalui dalam tempoh satu tahun di zaman ini , hampir sama dengan tempoh 50 tahun atau lebih di zaman awal revolusi moden di Eropah ratusan tahun dahulu . Justeru , jangan kita risau tentang bilakah kita akan maju , tetapi risaulah apakah kita sudah bersedia untuk maju .


Selasa, 20 Oktober 2009

Pembangunan & Masa Depan Larut

Larut masih lagi dikategorikan sebagai kawasan luar bandar . Namun apa yang menarik pada Larut dari sudut pentadbirannya adalah , kawasan ini dibahagikan kepada dua pentadbiran Majlis , iaitu Majlis Perbandaran Taiping ( MPT ) yang meliputi sebahagian besar kawasan DUN Batu Kurau dan Majlis Daerah Selama ( MDS ) yang meliputi sebahagian besar DUN Kubu Gajah dan keseluruhan DUN Selama. Pembahagian pentadbiran majlis ini ada pro dan kontranya. Biasanya menjadikan perbincangan dikalangan masyarakat Larut , terutamanya bagi penduduk Batu Kurau dan penduduk Selama. Kemajuan pembangunan yang dikecapi oleh kawasan Selama adalah jauh lebih terkehadapan berbanding kawasan Batu Kurau . Sekiranya kita melihat dari sudut kemajuan Pekan Selama dan Pekan Batu Kurau sekalipun , ianya memang ketara .
Namun hakikatnya adalah , Selama lebih maju kerana ianya di bawah pentadbiran Majlis Daerah Selama , yang mana Pekan Selama adalah pusat pentadbirannya . Semua pejabat - pejabat kerajaan yang perlu ada di sesebuah majlis tempatan didirikan dan beroperasi di Pekan Selama. Justeru , Selama mempunyai hampir setiap jabatan dan agensi kerajaan sebagai pengerak kepada pentadbiran sebuah majlis daerah . Ini berbanding dengan Pekan Batu Kurau , dimana pusat pentadbiran sebenar yang menjalankan operasi pentadbiran majlis berpusat di Bandar Taiping . Inilah faktor yang tidak disedari oleh sebahagian masyarakat di Batu Kurau . Namun situasi ini tidak boleh terus menjadi faktor Batu Kurau terus dibiarkan menjadi sebuah Pekan Koboi selama - lamanya . Pekan ini perlu dirancang pembangunannya ,agar ianya dapat menjadi pemangkin atau pekan satelit kepada Bandar Taiping . Pelbagai usaha dan kemajuan boleh dialirkan ke Pekan Batu Kurau sekiranya mahu membangunkan Pekan ini . UMNO telah beberapa kali cuba untuk membangunkan pekan ini dengan kerjasama beberapa syarikat . Namun kekangan masalah pegangan hak milik tanah dan perjanjian antara tuan tanah dan pemilik kedai di pekan ini terus menjadi penghalang utama kepada membangunkan pekan ini . justeru , sehingga ke hari ini Pekan Batu Kurau belum mampu dibangunkan seperti yang diharapkan oleh penduduk tempatan .
Saya ingin mengajak khalayak pembaca untuk merenung dan menilai hasil sesebuah pembangunan . Pekan Selama misalnya , telah jauh dari sudut pembangunannya berbanding Batu Kurau . Namun , Selama tidak dapat lari daripada menerima nasib yang sama seperti urbanisasi yang dilalui oleh sebahagian besar pekan dan bandar di Malaysia . Penguasaan peniaga Melayu terutamanya terhadap premis - premis masih belum mampu dibanggakan . Sekiranya kita meninjau pemilik dan peniaganya , kaum Cina tetap menjadi dominasi kepada ekonomi di Pekan Selama . Sejauh manakah persediaan kita sebagai orang Melayu dalam merebut peluang pembangunan di sesebuah tempat , sering menjadi persoalan . Kita sentiasa gagal untuk mendominasi pemilikan kedai / gerai yang dibina terutamanya yang dibina oleh pemaju. Pada pandangan saya , inilah fenomena yang perlu dikaji oleh pemimpin - pemimpin Melayu khususnya sebelum membangunkan sesebuah kawasan Melayu . Kemajuan di Selama telah membolehkan atau membuka ruang kepada parti DAP untuk mewujudkan cawangannya di sana . Bukankah kewujudan cawangan parti ini adalah seiringan dengan bertambahnya penduduk Cina/India di kawasan ini ? Sejak sekian lama sama ada kita sedar atau tidak kita telah gagal membela bangsa kita sendiri secara total dalam hampir setiap urbanisasi.
Saya amat tertarik hati dengan sebuah pekan baru yang dibina di Pekan Kampung Gajah di pasir Salak . Saya melihat kejayaan pemimpin di sana apabila hampir 99% peniaga di pekan baru itu terdiri daripada peniaga Melayu . Ini menunjukkan bahawa , pembangunannya telah dirancang dengan cukup teliti . Bukan sahaja dari sudut pembangunannya tetapi juga persediaan dan perancangan awalnya yang berjaya memartabatkan keupayaan peniaga Melayu di kawsan tersebut .
Sesungguhnya dalam keghairahan kita mengejar pembangunan , soal survival bangsa turut perlu menjadi agenda utama pertimbangan perancangan kita . Masyarakat peniaga Melayu perlu dibela dan diperkuatkan daya saing mereka sebelum kita membangunkan sesebuah pekan atau kawasan, terutamanya peniaga tempatan . Saya tidak nampak bahawa Batu Kurau hari ini mampu menyediakan sejumlah usahawan berdaya saing dan kukuh kedudukan ekonomi mereka untuk mengimbangi pembangunan di kawasan ini . Sekirannya dibangunkan pekan ini dalam masa yang terdekat ini , atau paling tidak mewujudkan sebuat pusat perniagaan baru , saya khuatir tidak ramai daripada peniaga tempatan yang mampu untuk membeli atau menjalankan perniagaan di kawasan tersebut .
Pembangunan pusat perniagaan baru ( atau pekan baru ) akan turut seiring dengan kewujudan penempatan baru seperti taman - taman perumahan . Pembinaan kawasan penempatan ini sudah tentu tidak hanya melibatkan perumahan berkos rendah sahaja , pasti juga yang berkos sederhana dan mewah akan turut sama dibangunkan . Soalnya sekali lagi , adakah mampu orang Melayu memilikinya ? Untuk tempoh 20 ke 30 tahun dari sekarang , barangkali orang Melayu akan mampu terus bertahan . Bagaimana dengan tempoh 50 ke 100 tahun akan datang . Mustahilkah cawangan DAP turut akan wujud di Pekan Batu Kurau ? walaupun persoalan utamanya bukan kewujudan cawangan DAP , tetapi yang utama adalah kemampuan Melayu untuk bersaing dengan keupayaan tinggi kaum lain dalam perniagaan . mampukah kita terus - menerus melihat fenomena orang Melayu lebih 150 tahun lalu yang semakin terpinggir dengan pembangunan bandar Taiping . Namun sejarah itu harus kita telan kerana urbanisasi di zaman itu dirancang oleh kolonial Inggeris di tanah Melayu . Kini kita sudah mempunyai kuasa untuk menyusun struktur polarisasi dan pembangunan negara kita . Bangsa Melayu perlu terus kita bela dan orang Melayu sendiri harus berubah dalam usaha kita menjaga penguasaan kita dalam semua bidang . Kita jangan terlau cepat cair dengan sedikit kemewahan yang dijanjikan kini , sedangkan ianya bakal meranapkan masa depan generasi kita akan datang .
Pemimpin politik perlu mengambil kira setiap kesan hasil daripada pembangunan . Kajian - kajian ilmiah dan mendalam perlu dibuat sebelum memulakan pembangunan . Hasil kajian janganlah sekadar tercatat diatas kertas sebagai bahan rujukan , ianya perlu diterjemahkan dengan tindakan supaya bangsa kita benar - benar bersedia untuk menghadapi cabaran pembangunan . Tindakan ini tidak cukup hanya berkisar di peringkat tempatan sahaja , kerajaan Melayu pusat perlu mengambil serius soal ini .

Sabtu, 17 Oktober 2009

MENGGALAS TUNTUTAN PERUBAHAN


KUALA LUMPUR 13 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan empat rukun yang perlu digerakkan oleh seluruh warga UMNO bagi menjayakan perubahan dan pembaharuan demi kelangsungan perjuangan parti terus relevan serta mendapat kepercayaan rakyat. Dalam ucapan bertajuk Menggalas Tuntutan Perubahan ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di sini malam ini, Timbalan Presiden parti mengingatkan tanpa kesediaan untuk berubah, UMNO akan diubah.


Muhyiddin menekankan betapa perlunya menerima hakikat bahawa landskap politik negara sudah berubah, nilai dan budaya politik masyarakat Melayu sendiri juga telah berubah. “Tidak ada ertinya sekiranya kita hanya mampu berubah tetapi tidak menjadikan UMNO relevan dengan putaran masa. UMNO perlu relevan memahami suara, bahasa, gaya dan nuansa politik baru,” kata beliau dalam ucapan perasmian sulungnya itu yang dihadiri oleh 2,379 perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri. Empat rukun bagi melakukan perubahan dan pembaharuan parti itu perlu bermula dengan kesatuan minda (wahdatul fikr); dihayati dengan kesatuan hati (wahdatul qalb); bergerak dengan kesatuan amal (wahdatul amal); dan menuju kesatuan matlamat (wahdatul hadaf). “ Dengan terbinanya kesatuan minda, UMNO akan mempunyai visi perjuangan yang jelas. Terjalinnya kesatuan hati, setiap daripada kita akan menjiwai erti perjuangan UMNO. Dengan terbentuknya kesatuan amal, kita bergerak dan bertindak di atas satu landasan dan satu pasukan. Dengan terpaterinya kesatuan matlamat, kita akan dapat mencapai tujuan perjuangan kita demi agama, bangsa dan tanah air.


“ Sekiranya kita dapat menghayati dan melaksanakan keempat-empat rukun ini, kita pasti akan melahirkan generasi pemimpin Ulul Albab yang teguh imannya, tajam ilmunya dan berkat perjuangannya.” Sambil merujuk peringatan Allah dalam ayat al-Quran surah al-Shof, ayat 4, Muhyiddin berkata, parti perlu sentiasa diperkukuh dan dimantapkan, perlu bergerak sederap dan senafas, setia memikul amanah, menurut perintah dan meletakkan matlamat perjuangan parti mengatasi kepentingan amarah diri. “Marilah kita menterjemahkan amanat Presiden agar tidak ada lagi di antara kita yang menjadi batu api, batu ronson, kaki cucuk, talam dua muka, pepat di luar rencong di dalam dan si Kitol yang lidah bercabang, langkah menyilang.


“Tidak ada lagi perpecahan dalaman, tidak ada lagi Team A, Team B seperti dulu, tidak ada lagi gerakan jatuh menjatuhkan pemimpin dan tidak ada lagi perebutan kuasa sehingga parti menjadi mangsa. Yang ada hanya satu wadah, satu pasukan, satu UMNO,” kata beliau. Timbalan Presiden menegaskan, UMNO tidak tertegak sebagai parti yang statik, jumud dan beku ketika zaman sedang berubah dengan pantas. “ Saya yakin UMNO mahu berubah. UMNO telah mula berubah. Dan UMNO akan terus membuat perubahan untuk kebaikan. Sebagai sebuah parti yang lahir dari suara Melayu dan yang mendapat dokongan rakyat, UMNO pasti akan melakukan perubahan untuk mencapai kebaikan.


“UMNO mengambil serius tuntutan ke arah perubahan ini kerana proses pembugaran semula adalah kunci kekuatan UMNO masa kini bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang,’’ katanya. Tradisi perjuangan UMNO membela bangsa, kata Muhyiddin, tidak pernah padam meskipun terpaksa berhempas pulas dalam gelombang sistem politik demokrasi. “Kita sedar demokrasi tidak mengenal rekod pencapaian dan sejarah perjuangan silam. Sebuah parti yang banyak berjasa dan gah berkuasa sekalipun boleh rebah sekiranya tidak lagi diterima rakyat,” jelasnya. Muhyiddin bagaimanapun menegaskan: “UMNO mampu menempuh cabaran ini dan memenuhi harapan baru. Ini kerana UMNO adalah parti yang pragmatik dan pantas membaca keadaan serta berani membuat perubahan.”


Beliau bagaimanapun menarik perhatian bahawa bukan UMNO sahaja perlu berubah tetapi parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain juga perlu berubah. “Kita perlu bersedia untuk melakukan transformasi yang lebih mendalam termasuk mencapai muafakat baru dalam hubungan antara parti-parti dalam BN. Muafakat baru ini mestilah berlandaskan semangat penerimaan antara kaum dan penyanjungan terhadap kepelbagaian sebagai sumber kekuatan kita sebagaimana digariskan oleh Presiden dalam gagasan 1Malaysia.” Dalam mendepani cabaran semasa, Muhyiddin menyatakan keadaan zaman gila (jaman edan) seperti digambarkan oleh pujangga Ronggowarsito dapat dirasakan apabila rakyat dihidangkan dengan fitnah dan pembohongan sehingga kekeliruan dan kepalsuan menjadi kebiasaan.


“Khabar angin, provokasi, cerita palsu, berita sensasi sengaja direka untuk membangkitkan rasa benci terhadap musuh. Masyarakat sukar untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan, antara kebaikan dan kemungkaran. Akhirnya, yang benar menjadi palsu, yang palsu menjadi benar. Yang maaruf menjadi mungkar, yang mungkar menjadi maaruf. Yang adil menjadi zalim, yang zalim menjadi adil. Yang hak menjadi batil, yang batil menjadi hak. “ Ini adalah hasil tangan-tangan mereka yang melakukan kerosakan atas nama kebebasan, kesaksamaan, keadilan dan juga atas nama agama. Matlamat menghalalkan cara, walaupun taruhannya sebuah bangsa dan negara.” Dalam menangani situasi tersebut, Muhyiddin mengajak warga UMNO terus berjuang dengan berbekalkan semangat dan iltizam membela agama, bangsa dan negara.



#Apakah ulasan anda.....

AMANAT PRESIDEN....


KUALA LUMPUR 16 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran kepada semua ahli UMNO supaya tidak merosakkan dan mengeksploitasi sebarang sistem yang terkandung dalam pindaan perlembagaan parti itu demi kepentingan diri.

Sambil membayangkan bahawa beliau tidak akan berkompromi dalam soal berkenaan, Presiden UMNO itu dengan nada tegas berkata: "Kita serius, jangan... minta maaf... kalau kita rosakkan alamatnya kita sama-sama akan tanggung akibatnya."

Ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Najib berkata, UMNO ingin menampilkan imej yang bersih, berintegriti dan disenangi rakyat.

"Kita hendak menjadi juara rakyat bukan kalut sesama kita, bukan berbalah sesama kita dan bukan hendak dapat kontrak," tegasnya.

Najib yang menyifatkan pindaan perlembagaan kali ini paling signifikan, radikal dan besar sepanjang sejarah parti itu berkata, sistem kuota yang dihapuskan akan memberikan keadilan kepada semua peringkat pemimpin.

"Adalah tidak adil, jika penghapusan itu setakat jawatan ketua bahagian sahaja, sedangkan bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Majlis Tertinggi ada sistem kuota.

"Kalau itu dilakukan ia seolah-olah, kita hendak melindungi kepentingan kita dan jawatan tertinggi. Oleh itu apabila perkara ini dibincangkan dalam Biro Politik UMNO, saya dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kata, kami rela tidak berselindung di sebalik sistem kuota ini," katanya.

Perdana Menteri berkata, ada pihak menyatakan kepada beliau bahawa tindakan menghapuskan kuota berkenaan akan menyebabkan beliau tidak mempunyai perisai bagi melindungi kedudukannya.

"Saya kata perisai saya ialah ahli-ahli UMNO semua sekali, kalau saya seorang Presiden yang bekerja dengan baik, yang dapat berkhidmat kepada parti, yang dapat membela nasib rakyat, menjadi juara rakyat dan membangunkan negara, maka saya serahkan nasib saya kepada ahli-ahli UMNO menentukannya," kata beliau.

Najib berkata, semangat yang sama ada kepada Muhyiddin dan mereka berdua mahu berkhidmat selagi diperlukan oleh ahli parti.

"Kalau kami dapat menentukan kepimpinan yang membawa kepada keberhasilan dan kejayaan, maka pencapaian itulah yang akan menjadi dorongan untuk kami berdua dan rakan-rakan lain bekerja lebih kuat dan bersungguh-sungguh.

"Kami tidak mahu kata suruh orang di bawah bekerja, kami di atas ini tak buat kerja, kami di atas ni duduk atas kerusi empuk melunjur kaki, kami mahu menjadi pemimpin teladan yang baik."Kalau kami suruh orang di bawah bekerja, kami juga akan bekerja dengan sepenuh hati dengan komitmen tidak berbelah bagi," kata beliau.

Najib berkata, beliau berterima kasih dengan sikap keterbukaan oleh ketua-ketua bahagian yang bersetuju dengan pindaan perlembagaan yang dilakukan dan ia sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka ingin menjadi warlord yang mahu menjaga kedudukan masing-masing.

"Dalam hal ini, sudah jelas membuktikan ketua bahagian bukanlah warlord seperti mana dicap atau diuar-uarkan, tetapi (mereka) juga ingin perubahan supaya UMNO lebih demokratik dan terbuka," katanya.Presiden UMNO itu menegaskan, melalui pindaan perlembagaan yang dilakukan juga ia akan menjadikan parti itu bersifat inklusif bagi menerima penyertaan semua golongan supaya UMNO kuat.

"UMNO sekarang menjadi parti yang membuka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa juga, jadi kita kembali kepada asal ketika UMNO ditubuhkan. UMNO jadi kuat kerana ia parti gerakan massa bukan elitis.

"UMNO adalah parti himpunan semua latar belakang dan sebagai satu pergerakan yang mencerminkan hati nurani rakyat, ini kekuatan kita," katanya.

Sehubungan itu Najib mengingatkan agar selepas ini tidak adalah cerita mengenai usaha menghalang seseorang menjadi ahli UMNO atau memberi alasan borang permohonan keahlian hilang.

Sambil menceritakan bagaimana seorang pegawainya gagal menjadi ahli UMNO kerana diberi alasan borang permohonan hilang, Presiden UMNO itu menegaskan, adalah sesuatu yang merugikan jika kehilangan orang yang patut berjuang bersama-sama dalam parti itu hanya kerana UMNO tidak bersikap terbuka.

Oleh itu, Najib mahu semua ahli UMNO meninggalkan sikap lama dan menegaskan, pembaharuan yang dilakukan bukan bersifat perlembagaan sahaja tetapi juga melibatkan budaya dan sikap.

Utusan Online!

MELAYU MUDAH CAIR....

Saya amat tertarik dengan artikel daripada salah seorang tokoh agama ini apabila membaca tulisannya. Jadi, mari kita renungkan bersama.....
MELAYU MUDAH CAIR BILA DIPUJI - Dr Ridhuan Tee
KADANGKALA saya musykil kenapa orang Melayu mudah menjadi ‘cair’ apabila mendengar orang bukan Islam bercakap pasal Islam atau memuji Islam atau memetik satu dua ayat Quran untuk dijadikan hujah sandaran. Misalnya, ucapan beberapa pemimpin pembangkang bukan Islam yang memetik beberapa ayat suci al-Quran dan mahu mengambil pendekatan urus tadbir negeri mengikut cara pemerintahan Umar Abdul Aziz.
Benar, dari satu segi nampak orang bukan Islam cenderung kepada Islam. Tetapi kita perlu ingat adakah mereka ini benar-benar mahu beriman atau percaya kepada al-Quran atau sekadar lakonan semata-mata untuk mengaburi mata orang Melayu Islam? Saya cukup yakin bahawa golongan ini sudah dapat membaca dan memahami psikologi orang Melayu. Mungkin orang Melayu boleh memberikan jawapan apakah mereka sebenarnya sudah memahami psikologi mereka?
Orang Melayu mudah ‘cair’. Mereka biasanya mudah berasa terpesona dan terpegun bila ada orang lain yang memuji bangsa dan agama mereka. Justeru, mereka akan bermati-matian mempertahankannya tanpa menoleh ke belakang. Mereka akan mendabik berkata ‘tengok orang bukan Islam pun nakkan Islam, sedangkan orang Islam sendiri menolak Islam’.
Lanjutan itu, mereka akan menjaja ke mana sahaja kata-kata ini, bahkan sanggup menolak rakan seagama yang sanggup menghulurkan tangan untuk berbaik-baik. Huluran tangan rakan seagama ini bukan sahaja ditolak mentah-mentah, tetapi dijawab dengan andaian-andaian negatif dan prejudis. Mereka rela bekerjasama dengan orang bukan Islam daripada orang Islam sendiri.
Kita tidak pernah belajar atau mahu belajar dari sejarah, bila berhadapan dengan golongan seperti musang berbulu ayam ini. Pengalaman telah banyak mengajar kita. Mereka ini tidak pernah bersetuju dengan Islam apatah lagi agenda untuk menegakkan negara Islam dan hukum Islam. Penolakan mereka selama ini amat jelas. Tidakkah kita pernah mendengar kata-kata “Langkah mayat aku dulu jika mahu menegakkan negara Islam”, " Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular”, “Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu”, “Melayu adalah juga pendatang” dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan.
Tidakkah orang Melayu sedar akan agenda mereka? Apakah kita tidak takut dengan ancaman golongan ini terhadap agama kita? Tidakkah kita terfikir bahawa parti ini amat baik dengan parti yang memerintah negara Singapura yang merupakan pecahannya? Bagaimana suatu hari nanti, mereka berpakat-pakat untuk melemahkan kita?
Tidakkah kita mengambil pengajaran daripada tindak-tanduk Singapura hari ini yang amat mencurigakan. Cukuplah dengan kita telah kehilangan Pulau Batu Putih dan ruang udara kita sentiasa dicerobohi. Itu belum termasuk kolam takungan air di Johor yang dikawal rapi oleh tentera Singapura sehingga kita sendiripun tidak boleh masuk. Tidak ketinggalan, tanah-tanah negara kita yang telah tergadai ke tangan mereka. Pendek kata, Singapura tidak mahu sama sekali berkongsi dengan kita. Mereka amat ultra kiasu. Sesuatu yang menggugat kepentingan mereka akan ditentang habis-habisan seperti isu perjanjian air, merobohkan Tambak Johor dan menggantikannya dengan jambatan bengkok.
Berbalik kepada isu parti pecahan yang memerintah Singapura hari ini, apakah benar-benar mereka ingin atau akan melaksanakan pemerintahan Umar Abdul Aziz apabila mereka berkuasa nanti? Adakah pemerintahan Umar Abdul Aziz benar-benar akan dilaksanakan? Bagaimana dengan nilai-nilai kehidupan beragama yang dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz? Pernahkah golongan ini mempamerkan nilai-nilai agama tersebut?
Saya diserang dan dikecam habis-habisan oleh golongan ini, semata-mata kerana saya mempertahankan larangan berzina dan arak. Bagi mereka itu adalah hak asasi manusia. Bagi mereka hak asasi manusia mesti dipertahankan berbanding dengan hak Tuhan Yang Maha Esa. Adakah ini corak pemerintahan Umar Abdul Aziz?
Kita jangan tertipu dengan golongan ini. Jika mereka benar-benar mahu laksanakan corak pemerintahan Umar Abdul Aziz, sudah lama parti ini akan melantik rakan sekutunya, yang dikatakan memperjuangkan Islam di salah sebuah negeri yang diperintahnya sebagai exco. Ini kerana, rakan sekutunya memang sudah terkenal dengan imej ‘bersihnya’ seperti kelihatan seolah-olah ‘Umar Abdul Aziz’! Tetapi di manakah kedudukan rakan sekutunya itu di negeri tersebut? Pada saya, mereka tidak pernah suka pada dasar Islam yang dibawa rakannya itu. Mereka amat prejudis sesama sendiri walaupun berada dalam satu pakatan. Bermakna, mereka juga prejudis terhadap Islam. Itu amat jelas sekali. Saya tidak perlu mengajar rakan sekutunya itu kerana sudah terang lagi bersuluh. Sikap biadab mereka berkaitan isu arak dan tuduhan mereka terhadap Jamaah Islah Malaysia sebagai pelampau agama sudah menunjukkan belang mereka yang sebenar. Banyak lagi contoh lain tentang kebiadabannya terhadap Islam.
Terhakis
Umar Abdul Aziz sentiasa memperkasakan identiti Islam di dalam pemerintahannya. Apakah identiti Islam dipelihara di negeri yang diperintah oleh golongan kiasu ini? Apa yang saya tahu identiti Melayu dan Islam semakin terhakis di negeri yang diperintahnya. Contoh kecil, nama-nama papan tanda, medan selera atau nama bangunan sudah langsung tidak mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Saya tidak menyatakan kerajaan dahulu lebih baik? Tetapi jika kita benar-benar mahu mengikuti Umar Abdul Aziz, sudah tentu kita perlu tunjukkan yang kita lebih baik berbanding sebelumnya. Sebab Umar Abdul Aziz hebat integritinya, tetapi Umar tidak pernah mengenepikan identiti bangsa Arab Islam selaku penduduk asal. Bahasa al-Quran diperkasakan di mana-mana sahaja. Bagaimana pula dengan Malaysia sebagai sebagai sebuah negara yang berasal daripada Tanah Melayu? Adakah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terpelihara?.Perlu dingatkan bahawa Umar Abdul Aziz tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan. Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Umar juga membahagikan tanah jajahan Umayah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.
Umar menolak sikap pemerintah yang selalu melantik pegawainya untuk mengawasi rakyat. Tetapi Umar melantik rakyat untuk mengawasi diri dan kelakuannya. Jika rakyat mendapati beliau melakukan kesalahan, Umar Abdul Aziz meminta dibimbing atau dihalang daripada melakukan kesalahan tersebut.
Saya harap umat Islam tidak merasa ditipu dengan penonjolan pemerintahan Umar Abdul Aziz oleh golongan kiasu ini. Apakah kita masih belum mengenali isi hati dan hati budi mereka setelah 52 tahun merdeka? Adakah kita boleh bekerjasama dengan orang sebegini, bila mana mereka digalakkan memakai songkok ketika pembukaan Parlimen di hadapan sultan, golongan ini menolak mentah-mentah? Apatah lagi untuk memakai baju Melayu?
Tidakkah kita sedar bahawa selama ini, golongan inilah yang paling kuat menentang Islam atau negara Islam. Lihatlah sejarah penentangan mereka terhadap hukum Islam dan perisytiharan negara Islam oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed suatu ketika dahulu. Perisytiharan negara Islam ketika itu hanya pada nama sahaja, bukan pelaksanaan hukum yang sebenar. Jika benar-benar hukum Islam dilaksanakan, bagaimanakah gelagat mereka agaknya? Persoalannya, adakah corak pemerintahan Umar Abdul Aziz tidak berasaskan Islam? Soalan-soalan ini hanya boleh dijawab oleh golongan kiasu ini?
Rakan sekutu mereka dalam pakatan selalu berhujah, itu pandangan generasi lama atau generasi tua. Generasi baru tidak sebegitu pemikirannya. Setelah mengkaji parti kiasu ini sekian lama, saya tidak nampak ada perbezaan antara generasi baru dan lama. Sama sahaja. Jika perjuangannya adalah Malaysian Malaysia seperti mana yang diperjuangkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP), sampai bila-bila saya tidak akan percaya.
Justeru, jangan perjudikan masa depan negara demi mencapai kepentingan masa kini. Apa berlaku pertembungan antara kepentingan masa depan dengan masa kini, maka kepentingan masa depan mesti diutamakan. Begitu juga dengan kepentingan masa depan dan kepentingan parti atau etnik, maka masa depan negara mesti diutamakan. Sama juga halnya apabila kepentingan agama bertembung dengan kepentingan bangsa, maka agama perlu didahulukan.
Biarkan
Jangan biarkan diri kita dipermainkan atau diperkotak-katikkan. Jangan jadi hamba di bumi sendiri. Tetapi bangunlah, bangunlah mempertahankan yang hak tanpa menafikan hak orang lain. Jika tidak, satu hari nanti kita akan menyesal. Ketika itu saya bimbang sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Sebelum ia berlaku, marilah kita merapatkan saf dan merenungkan kembali masa depan kita dan Islam.
Janganlah gunakan nama Umar Abdul Aziz sekadar untuk memenangi hati orang Melayu yang mudah ‘cair’. Orang Melayu hari ini bukannya bodoh. Mereka sudah celik dengan taktik kotor ini. Kembalilah kepada fitrah. Sesungguhnya, hari kemenangan ini menjanjikan kepada kita, yang hak itu tetap hak dan batil itu tetap batil. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, kembalilah kita menghayati manusia fitrah yang bersih dari dosa dan noda dengan mengkaji kesucian agama Islam sendiri, sebelum ‘terlebih’ mempercayai orang lain. Saya bimbang kita akan tertipu dengan permainan silap mata ini. Akhirnya kita sendiri yang rugi. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin, sepanjang membaca tulisan saya di akhbar ini.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(Mingguan Malaysia, 20 September 2009)

UMNO Sebagai Wadah Penyatuan

Perhimpuna Agung UMNO yang berakhir Jumaat lepas telah memberi wajah baru kepada UMNO terutamanya selepas pindaan perlembagaan UMNO.Apa yang dilakukan oleh UMNO dengan meminda perlembagaannya menandakan bahawa UMNO telah berubah dan Berani berubah . Kini selepas pindaan ini diluluskan oleh perhimpunan , UMNO telah membuka seluas - luasnya ruang dan ketelusan bukan sahaja dalam menentukan kepimpinannya , malah lebih daripada itu . Rakyat , khususnya orang Melayu sendiri harus melihat perubahan UMNO ini secara positif dan terbuka . UMNO kini benar - benar sebuah parti yang mengutamakan rakyat . Slogan Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan , benar - benar menjadi teras perjuangan UMNO .
Pemilihan pemimpin disemua peringkat hari ini terbuka kepada hampir semua ahli UMNO . Misalnya untuk menjadi calon Ketua UMNO Bahagian , hanya memerlukan seorang ahli itu telah 3 tahun menjadi ahli dan pernah menjadi sekurang - kurangnya sekali sebagai ahli jawatan kuasa di peringkat cawangan . Tiada lagi sistem kuota pencalonan dari cawangan - cawangan untuk melayakkan seseorang itu untuk menjadi calon Ketua UMNO Bahagian . Malah untuk jawatan Presiden parti juga , kelayakannya hanyalah pernah menjadi ahli jawatankuasa UMNO Bahagian sekrang - kurangnya 1 penggal . Ini bermakna , semua jawatankuasa UMNO bahagian penggal ini, layak untuk mencalonkan diri masing - masing untuk menjadi calon Presiden Parti pada pemilihan akan datang .
Sifat terbuka dan gentleman yang ditunjukkan oleh UMNO ini , seharusnya dilihat oleh seluruh rakyat bahawa UMNO kini lebih mementingkan kehendak rakyat dan akar umbi . Kepada calon - calon yang ingin bertanding jawtan - jawatan dalam parti di setiap peringkat perlu bekerja keras dan sentiasa bersama rakyat dan ahli sekiranya mereka mahu terpilih . Ini adalah kerana , pemilihan UMNO nanti akan disertai oleh semua ahli yang ada disetiap bahagian terutamanya untuk pemilihan kepimpinan bahagian . Di Larut sendiri misalnya , lebih 19,000 orang ahli UMNO akan mempunyai hak untuk mengundi dan memilih kepimpinan bahagian termasuk Ketua UMNO Bahagian . Jumlah ini sebenarnya lebih ramai daripada jumlah pengundi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya di mana - mana Dewan Undangan Negeri yang ada di Bahagian Larut ini .
Sementara itu , untuk memilih kepimpinan UMNO Pusat , jumlah pemilihnya bertambah berpuluh malah beratus kali ganda daripada apa yang pernah diamalkan oleh UMNO sebelum ini . Jika sebelum ini , lebih kurang 2600 perwakilan sahaja yang memilih kepimpinan UMNO pusat termasuk Presiden Parti . Tetapi kini , hampir 150,000 orang perwakilan diperingkat bahagian - bahagian yang akan terlibat dalam pemilihan kepimpinan UMNO di peringkat pusat .
Perubahan besar ini hanya mampu dilakukan oleh parti dan kepimpinan yang benar - benar ikhlas sahaja perjuangannya . Tanpa keikhlasan dan kesungguhan untuk membela rakyat , UMNO tidak akan mampu melaksanakan perlembagaan barunya ini . Apakah parti - parti lain , khususnya parti pembangkang yang mewar-warkan perjuangan untuk rakyat berani melakukan apa yang telah dilakukan oleh UMNO ini ? Setakat hari ini , secara peribadi saya tidak nampak bahawa ada parti pembangkang yang berani meminda perlembagaannya seperti yang dilakukan oleh UMNO . Pindaan perlembagaan UMNO ini pastinya meresahkan pakatan pembangkang,mereka kini tercari - cari bagaimanakah untuk menafikan keyakinan rakyat kepada UMNO .
Rakyat yang bijak dan rasional seharusnya sudah dapat melihat dan menyelami erti sebenar perjuangan UMNO untuk membela rakyat . Sebuah parti yang benar - benar dari rakyat untuk rakyat . UMNO kini menterjemahkan kepada rakyat , kenapakah parti keramat Melayu ini masih relevan untuk terus memimpin negara . Kalau masih ada yang merasakan bahawa perubahan UMNO ini tidak akan membawa apa - apa perubahan atau kebaikan kepada rakyat , saya dengan penuh hati terbuka meminta khalayak pembaca untuk memberikan komen .
Pindaan perlembagaan UMNO sebenarnya bukan setakat itu sahaja . ianya merangkumi hampir setiap aspek termasuk yuran , keahlian , perwakilan,kuota jawatankuasa kepimpinan setiap peringkat dan apa yang menarik diantaranya adalah semua ketua - ketua sayap diperingkat cawangan iaitu wanita , pemuda dan puteri kini menjadi perwakilan tetap ke persidangan UMNO bahagian . Ini merupakan pengiktirafan kepada golongan muda dan wanita oleh UMNO .
UMNO kini menjadi parti wadah perjuangan untuk semua rakyat . Keahliannya juga telah jauh dipermudahkan sehingga kepada ketua - ketua sayap cawangan telah berhak untuk menerima keahlian UMNO.
Kita sebagai ahli UMNO seharusnya berbangga dan yakin dengan perjuangan kita ini . inilah masnya untuk kita kembali bersatu demi masa depan generasi kita akan datang . Perpecahan hanya akan memburukkan lagi keadaan . 63 tahun dahulu kita bermula bersama - sama atas sifat kita sebagai bangsa Melayu bersama UMNO . Kini kita harus terus meyakinkan sahabat dan kaum kerabat kita yang menjauhi UMNO untuk kembali bersama demi sebuah perjuangan . Lupakan segala retorika pembangkang yang hanya mahu merebut kuasa demi kepentingan seorang dua dalam pakatan mereka . Melayu ini telah dibutakan dengan perjuangan sempit mereka . Tahukah sebahagian daripada kita bahawa selepas PRU12 yang lalu, apabila UMNO/BN gagal membentuk kerajaan di Negeri Perak , UMNO telah menawarkan kepada parti Pas untuk mewujudkan kerajaan campuran bersama UMNO/BN . Malah kita menawarkan jawatan Menteri Besar dan exco kepada semua wakil rakyat Pas . UMNO sanggup bersatu dengan Pas demi untuk memastikan tiada pengliobatan DAP dalam kerajaan Negeri Perak . UMNO telah lebih awal menghidu tindak tanduk yang akan dilakukan oleh DAP sekiranya membentuk kerajaan bersama Pas dan PKR . Namun adalah amat menyedihkan apabila Pas menolak tawaran UMNO . Pas lebih rela bersama dengan parti DAP yang terang - terangan menolak keagungan Islam daripada bersama saudara sebangsa dan seagama dalam UMNO .
Inilah yang harus dinilai oleh rakyat yang sebenarnya bermatian - matian berjuang untuk masa depan generasi kita akan datang didalam parti Pas. mereka telah dipermainkan oleh sebahagian pemimpin Pas yang tamak dan gila kuasa . Mereka lebih mementingkan agenda peribadi daripada rakyat dan perjuangan membela Agama Islam . Pas sudah jauh meninggalkan perjuangan asal mereka , Pas kini tidak lagi Islamik seperti yang mereka laung - laungkan . Malah sebahagian ideologi perjuanga mereka benar - benar telah dipengaruhi oleh komunisme DAP . Pemimpin Pas dicucuk hidung dan ahli Pas terus diperdaya DAP.
Saya menulis dan melontarkan pandangan ini , bukan diatas rasa fanatik saya kepada UMNO . Menilai parti politik untuk mentadbir sesebuah negara bukanlah seperti memilih pakaian di pasar raya . Pelbagai aspek dan kajian , andaian , teori ,pro dan kontra,hipotesis dan banyak lagi perlu diambil kira ,seandainya kita benar - benar berpolitik dan mengambil berat mengenai nasib masa depan negara kita .
Meneruskan perjuangan bersama Pas atau Keadilan ? Apakah Pas dan Keadilan hari ini lebih relevan untuk rakyat berbanding UMNO ? Sudahkah Pas dan Keadilan telah membuktikan bahawa mereka adalah sebuah parti politik yang matang dan bersifat terbuka ? Mampukah parti - parti ini melawan nafsu kepentingan mereka dengan tidak menuding jari kepada polis , tentera , SPR , SPRM dan lain - lain jabatan dan badan kerajaan atau bebas yang bertindak demi untuk keadilan tetapi tidak berpihak kepada mereka ? Selagi sifat - sifat ini tidak mampu dikikis oleh parti - parti ini , rakyat wajib menolak mereka .
Saya dalam artikel- artikel dalam blog ini , adakalanya turut menegur UMNO dan BN , paling tidak pun dari sudut pandangan saya secara peribadi sebagai ahli UMNO dan rakyat Malaysia . Atas sifat menyayangi UMNO yang menjadi parti awal penyatuan Melayu , kita harus terus memperbaiki UMNO . Sehingga ke saat ini belum ada parti Melayu lain yang mampu bertindak berani mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kepentingan Melayu dan Islam . Pas dan Keadilan seperti kehilangan arah dan kejantanan apabila kepentingan Melayu dan Islam cuba diganggu gugat . Mereka takut kepada rakan mereka DAP . Mereka takut kepada rakyat bukan Melayu negara ini . perjuangan mereka tidak lebih hanyalah untuk mendapatkan undi demi kelangsungan kuasa . Butakah rakyat yang masih mahu terus bersama mereka ini , kembalilah kepada UMNO . Biarkan sebahagian mereka terus bersama pembangkang . Melayu , Islam , negara dan rakyat harus diselamatkan . Dap-Pas-PKR bukan lagi penyelamat seperti mana yang diharapkan oleh sebahagian rakyat pada PRU 12 . Mereka telah gagal disemua negeri pemerintahan mereka.
Justeru pindaan perlembagaan UMNO beberapa hari yang lalu , harus dijadikan 'tesis' kajian oleh semua rakyat Malaysia sebelum PRU 13 . Rakyat harus mengkaji aspirasi yang dibawa oleh UMNO,kesungguhannya , keikhlasannya , ketelusannya dan yang paling penting kemampuan UMNO untuk membela setiap rakyat negara ini . 52 tahun kita bersama UMNO dan pelbagai kejayaan telah sama - sama kita kecapi . Saya percaya bahawa generasi baru hari ini , tidak pernah terlepas daripada merasai nikmat perjuangan UMNO . Amati disekeliling kita , carilah , renunglah , beleklah ...apakah yang tiada kaitannya langsung dengan perjuangan UMNO...

Selasa, 13 Oktober 2009

Antara Bagan Pinang dan PRU 11

Alhamdulillah , bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana telah memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional dalam PRK pada 11 Okt yang lalu . Terlalu banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada PRK di Bagan Pinang ini . Harapan seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia adalah semoga kemenangan ini tidak menjadikan BN leka dan terawangan. sekiranya trend "mengawangi" kemenangan ini terus menjadi pembawakan BN/UMNO , kita pasti akan menempuh lagi kekalahan demi kekalahan . Apa pun , kemenangan ini bukanlah sesuatu yang boleh kita banggakan secara total , kecualilah kita menang misalnya di Manik Urai , Permatang Pasir , Permatang pauh atau paling tidak mendapat kembali Kuala Terengganu dahulu . Bagan Pinang adalah kubu kuat UMNO sejak sekian lama .
Cuma apa yang boleh kita banggakan adalah kemenangan kita kali ini lebih m,irip kepada kemenangan kita pada PRU 11 tahun 2004 . Rakyat kembali memberikan kepercayaan kepada BN , bukan hanya sekadar kerana Gagasan 1 malaysia , tetapi juga faktor calon yang merupakan sorang tokoh politik yang banyak berjasa kepada Bagan Pinang sendiri .
Sembang - sembang saya dengan kawan - kawan di KL sempena Perhimpunan Agung UMNO , turut memperkatakan mengenai gagasan 1 Malaysia yang turut menjadi punca kemenangan BN di PRK Bagan Pinang . Saya amat bersetuju dengan pendapat ini . Namun dalam mengiakannya , saya terfikir tentang sejarah kebangkitan yang telah dilalui oleh rakyat Malaysia sepanjang kemerdekaan negara . Tidak perlu kita pergi terlalu jauh , cukup ke tahun 1998-99, apabila rakyat dikejutkan dengan kebangkitan semangat ' reformasi' selepas pemecatan DS Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO.
Sebahagian daripada rakyat Malaysia amat cepat dipengaruhi oleh isu terkini , lantas menjadikannya landasan perjuangan . Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam soal ini,setiap rakyat mahukan yang terbaik demi kehidupan kini dan masa depan mereka. reformasi telah menjadikan golongan ini marasakan bahawa perjuangan mereka menentang kerajaan BN adalah suatu yang perlu dilakukan demi mengembalikan keadilan .
Inilah yang barangkali berlaku kepada sebahagian pengundi yang turut mengambil gagasan 1 Malaysia sebagaifaktor mengundi UMNO/BN di Bagan Pinang. Trend ini tidak mustahil akan berterusan di PRK (jika ada nanti ) seterusnya . malah sekiranya kerajaan benar - benar berjaya meyakinkan rakyat dengan gagasan ini , PRU 13 akan kembali menjadi milik UMNO/BN.
Persolannya adalah sejarah yang telah kita lalui seperti yang telah saya sebut diawal tadi . Kita hampir kekurangan majoriti di parlimen pada 1999 , kemudian kembali gagah pada 2004 , kemudian tiba - tiba hampir kecundang pada 2008 . Insallah kita kan menang besar pada PRU 13 dan soalnya PRU ???
Mampukah UMNO dan orang Melayu terus bertahan dengan pertambahan jumlah kemenangan dan kusa selepas PRU 13 nanti . Saya pernah menyebutnya dalam artikel yang saya tulis sebelum ini .
Justeru , marilah kita terus bermuhasabah diri , emngigat - ingati antara kita demi menjaga kemenangan kita ini . Rakyat nampaknuya seperti telah kembali menaruh harapan kepada UMNO/BN . Tahniah kepada TS Isa Samad dan seluruh jentera UMNO/BN di Bagan Pinang. KIta percaya , banyak yang telah kita pelajari dalam sejarah demi sejarah dalam politik perdana tanah air. Gunakan kesempatan kepercayaan rakyat ini demi untuk kebaikan rakyat juga . Masa depan Melayu dan UMNO dalah amat penting kepada Malaysia . Siapa yang berani mempertikaikannya , dia adalah manusia buta sejarah .
Selamat Bersidang kepada semua perwakilan UMNO di Kuala Lumpur. Jadikan persidangan kali ini sebagai penggerak kita mengingati dan menjadikan sejarah sebagai tauladan . salam perjuangan.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya

Semua dijemput ke Jamuan Hari Raya
di rumah Sdr Ketua Pemuda Bahagian .
Pada Hari Sabtu 10 Okt 2009,
jam 3.00 petang
Di Alamat , 3444 Batu 14.5 , 34500 Batu Kurau , Perak.
Kita jumpa di sana.

Rabu, 7 Oktober 2009

Tembelang Pas Di Bagan Pinang

Seharian di Bagan Pinang bagaikan tidak terasa ada pertandingan dalam PRK Bagan Pinang. Saya sepanjang perjalanan ke sana saya membayangkan jalan yang sesak untuk sampai ke bilik gerakan Pemuda UMNO Perak . Ternyata anggapan saya tadi jauh meleset . PRK Bagan Pinang tidak seperti prk - prk lain yang ditandingi oleh BN . Deretan kereta dan penyokong PAS yang bersimpang siur membawa bendera ( kalau dalam bahasa pattani disebut "menghece' ) dengan kenderaan pacuan 4 roda ke setiap pelusuk kawasan pilihanraya . Namun ini tidak berlaku sepanjang saya meronda - ronda bilik - bilik gerakan BN di sana, yang jelas kelihatan hanya kenderaan UMNO/ BN yang sibuk di jalan - jalan raya . Barangkali , PRK Bagan Pinang bagi PAS adalah PRK seterusnya yang bakal mereka menangi selepas Permatang Pasir .
Agak pelik juga apabila poster dan bendera pas amat berkurangan sekali . Tidak seperti di prk lain , habis jambatan dan titi di 'tawan' Pas . Kali ini , majoriti jambatan dan titi dikuasai oleh UMNO/BN , malah ada diantaranya , Pas seolah - olah tidak wujud di Bagan Pinang. Pas hanya sekadar lawan dan semangat mereka selama puluhan tahun luntur di Bagan Pinang . Sejenak saya sempat berbual dengan beberapa jentera di Bagan Pinang, saya bertanya tentang masjid - masjid yang sering dijadikan oleh jentera Pas sebagai 'hotel' mereka . saya dimaklumkan Masjid Bagan Pinang ( berhampiran markas Pas yang besar ) turut menjadi tempat tidur mereka . kain baju bersangkutan menjadikan masjid seolah - olah seperti rumah tumpangan . Toilet, jangan cakap lah. itu yang dimaklumkan pada saya .

Termenung lagi saya sejenak , parti yang mengakui diri sebagai Islam membawa sifat dan budaya diri yang tidak berdisiplin sedemikian rupa . Memalukan Islam sendiri . teringat saya kepada PRK Bukit Gantang , dimana masjid turut dijadikan 'rumah' kepada mereka ini. cuma bezanya di Bukit Gantang jumlahnya jauh lebih ramai dan sesak . Entah kenapa di bagan Pinang jumlahnya tidak sedemikian ramai . Apakah semangat pengikut Pas telah pudar dan nilai perjuangan mereka sudah semakin mengecil untuk menobatkan perjuangan mereka selama ini ?
Pas juga adalah haiwan politik ( mengambil ungkapan Aristotle kepada ahli politik ) seperti politikus lain . Cuma retorika yang mengabui mata sebahagian rakyat . Mereka hanya pejuang yang tidak lebih daripada pejuang demi kepentingan peribadi mereka . Pas tidak lagi seperti dahulu , dimana mereka berjuang tanpa erti jemu dan bosan .

Sejak saya mula mengkaji dan mengenali dunia politik tanah air , saya melihat Pas akan bersungguh - sungguh dalam setiap pilihanraya umum dan kecil . Walau pun di tempat yang mereka bakal atau 'comfirm' kalah , mereka tetap akan terus cuba meyakinkan pengundi bahawa Pas adalah pilihan terbaik . Kini , fenomena itu sudah jauh ditinggalkan oleh Pas , sedangkan mereka baru sahaja mendapat sedikit kemenangan dan kuasa selepas PRU 12 . Bagi Pas tidak ada gunanya berhempas pulas lagi di kawasan yang tidak ada peluang untuk menang . Semangat mereka telah luntur dek kerana mabukkan kuasa dan kekayaan . Pas sudah mula pandai berpolitik , kawasan yang tidak menyokong mereka , maka tidak perlu diteruskan perjuangan membela rakyat . Apa sudah jadi dengan Pas , kalau benar mereka merasakan bahawa perjuangan Pas adalah yang terbaik untuk rakyat , apakah dosanya rakyat Bagan Pinang sehingga Pas tidak mahu lagi 'membela' mereka . Malah Pas sanggup melihat rakyat Bagan Pinang terus ditadbir oleh BN yang kononnya pada mereka BN tidak mampu membela rakyat !!
Hilang sudah rupanya semangat perjuangan Pas, dan kali ini TEMBELANG PAS TERBURAI DI BAGAN PINANG !!!!
Calon Pas juga bukanlah calon 'heavyweight'. Calon yang telah kalah dua kali dalam pilihanraya dan Pas mahu manjadikan Zulkifle Omar sebagai 'pemain' mereka yang membuat 'hatrik' barangkali. tewas sekali lagi di Bagan Pinang , maka cukuplah tiga kali . Maka calon ini bolehlah dikira sebagai TKO . Seperti yang saya katakan , Pas sudah pandai berpolitik ,meletakkan Zulkifle di Bagan Pinang supaya beliau kalah dan akhirnya mematikan karier politik Zulkifle dalam Pas negeri . maka banyaklah muka - muka baru atau kroni - kroni orang kuat tertentu dalam Pas yang tumbuh bagi mengantikan Zulkifle dalam pimpinan Pas negeri . 'Upacara Sembeleh' oleh Pas akan berlangsung pada 11 Oktober ini . Pasti ada yang berduka , terutamanya pejuang sejati Pas . Namun bagi sebelah pihak lagi , berderai - derailah ketawa menyambut kekalahan Pas di Bagan Pinang . ( kalau Pas tewas kali ini )
Saya nampaknya boleh terus berbangga menjadi pendokong dan penyokong setia UMNO/BN . Jentera UMNO / BN tidak pernah menyerah kalah, malah mereka mempunyai keyakinan bahawa UMNO / BN adalah satu - satunya penyelamat umat Melayu dan rakyat Malaysia . Di Permatang Pauh / Permatang Pasir misalnya , tempat yang 50-50 malah barangkali 40-60 peluang untuk menang . UMNO/BN tetap akan berjuang habis - habisan demi rakyat . tidak pernah satu pun BN bertindak seperti mana Pas di Bagan Pinang hari ini .

Bicara saya ini , tentu ada yang berkata kenapa UMNO / BN tidak bertanding di satu kerusi yang dikosongkan oleh Fairus bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang? Saya pasti jawapannya telah lama dijawab oleh Presiden UMNO sebaik sahaja BN membuat keputusan untuk tidak bertanding . Tahniah dan syabas kepada semua penyokong dan ahli UMNO / BN . Kita sebenarnyalah pejuang rakyat . Kali ini biarlah Pas membuka terus tembelangnya di Bagan Pinang . Pas fikir mungkin rakyat tidak akan perasan dengan tindakan mereka yang bertopeng disebalik serban dan janggut . Pas juga adalah 'haiwan politik'.

Selasa, 6 Oktober 2009

SUSU DIBERI, TUBA YANG DIBALAS....

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Putera UMNO yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kesal dengan budaya samseng yang dibawa oleh Pas dan rasa hormatnya selama ini kepada parti pembangkang itu telah pudar. Abdul Azeez berkata, beliau telah mengharungi 11 pilihan raya kecil dan beliau tidak pernah mempunyai sejarah bergaduh dengan para penyokong Pas. “Sejak kebelakangan ini sebagai Ketua UMNO Bahagian Baling, saya cukup mendekati puak-puak Pas. “Bukan saya nak ungkit tetapi dalam bulan puasa yang lalu saya bantu 2,000 keluarga dan 200 daripadanya terdiri daripada keluarga penyokong Pas. “Inikah balasan penyokong Pas kepada saya sedangkan saya tidak pernah bergaduh malah akrab dengan pemimpin mereka,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam. Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan pada jam 9.30 malam kelmarin, setelah kecederaan di bahagian leher yang dialaminya selepas ditumbuk oleh penyokong Pas ketika sedang berjalan kaki menuju ke pusat penamaan calon di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pada Sabtu lalu semakin serius. Beliau berkata, kesan daripada serangan itu, bahagian lehernya membengkak dan beliau turut berasa pening serta loya dan dinasihatkan oleh doktor supaya banyak berehat. Katanya, tekanan darahnya meningkat dan beliau harus menjalani pemeriksaan x-ray sekali lagi serta mempunyai beberapa prosedur lain yang harus dilalui. Abdul Azeez berkata, laporan polis sudah dibuat dan beliau akan berbincang dengan peguamnya mengenai tindakan undang-undang yang boleh diambil olehnya berhubung insiden itu.
p.s. renung-renungkanlah......