BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Ahad, 30 Mei 2010

KAMPUNG TAPAH JUARA DUN SELAMA







KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR:
PEMUDA UMNO KAMPUNG TAPAH (1)
menewaskan
PEMUDA UMNO SUNGAI RAMBUTAN (0)

DS RAJA AHMAD ZAINUDDIN KEMALANGAN

Selepas selesai menghadiri Mesyuarat UMNO Cawangan Sungai Dendang, ketika dalam perjalanan KP untuk menyaksikan perlawanan akhir bolasepak Piala Dato Hamzah Dun Selama, KP telah mendapat berita yang DS Raja Ahmad Zainuddin (Ketua UMNO Bahagian) telah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan sedang berada di Hospital Selama. KP terus bergegas ke Hospital Selama bersama-sama dengan Saudara Saiful, Saudara Bob Asmadi dan Sidik untuk menziarahi DS Raja Ahmad Zainuddin. Walaubagaimana pun, DS Raja Ahmad tidak mengalami kecederaan yang teruk. Namun, salah seorang yang bersama-sama dengan beliau dalam kenderaan tersebut mengalami kecederaan yang agak parah.
KP difahamkan, kemalangan tersebut berlaku apabila kenderaan yang dipandu sendiri oleh DS Raja Ahmad Zainuddin telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang di tepi jalan.

MESYUARAT UMNO CAWANGAN SUNGAI DENDANG

MAJLIS TAMAT LATIHAN SILAT TOMOI - KAMPUNG JEMERANG STAR



Sabtu, 29 Mei 2010

KEPUTUSAN PERLAWAN TEMPAT KE 3 & 4 : DUN SELAMA


Pertandingan Bola Sepak Piala Dato Hamzah bagi DUN Selama telah hampir ke penghujung. Hari ini telah berlangsung perlawanan bagi penentuan Tempat Ke 3 dan Ke 4. Perlawanan yang berlangsung di Padang Balai Polis Sungai Bayor mempertemukan pasukan Tanjung Lengkong dan pasukan Sungai Setar. Setelah tamat perlawanan, pasukan Tanjung Lengkong diisytiharkan sebagai pemenang Tempat Ke 3 setelah berjaya menewaskan pasukan lawan dengan jaringan 3 - 1. Tahniah kepada pasukan Tanjung Lengkong.

KEPUTUSAN:
TANJUNG LENGKONG (3)
menewaskan
SUNGAI SETAR (1)

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR 2 : DUN BATU KURAU


Perlawanan Separuh Akhir Ke-2 bagi DUN Batu Kurau antara pasukan Sempeneh Seberang bertemu pasukan Jelai. Perlawanan dimulakan agak lewat keranan hujan lebat dan keadaan padang yang ditakungi air. Jawatan kuasa penganjuran mengucapkan terimakasih dan tahniah kepada semua pemain dan penyokong kedua-dua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan suasana yang begitu harmoni. Setelah tamat masa permainan, pasukan Jelai telah berjaya memenangi pertandingan dengan jaringan 2 - 1, dan akan bermain dalam perlawanan akhir bertemu Pasukan Pantai Besar pada 6/6/2010 nanti, di tempat yang sama.


KEPUTUSAN : JELAI (2) menewaskan SEMPENEH SEBERANG (1)

WALAUPUN MEMOHON MAAF, TAPI TETAP TERGURIS....

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, S Vell Paari, hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana menuduh Umno adalah punca kepada konflik dalaman parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.
Vell Paari yang juga anak kepada Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata berdasarkan perkembangan semasa, adalah jelas bahawa Umno tidak terbabit dengan kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS). “Ramai pemimpin Umno sebelum ini dengan jelas menyatakan pendirian mereka bahawa parti (Umno) itu tidak menggalakkan atau bekerjasama dengan bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan, dalam apa cara sekali pun. “Sehubungan itu, saya meminta maaf kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Umno berhubung kenyataan saya sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau sebelum ini menuduh Umno menggunakan "pembunuh politik" untuk memecahbelahkan MIC dan mendakwa kewujudan GAS mendapat restu daripada pemimpin tertinggi Umno.

Vell Paari berkata, beliau juga sudah menjelaskan pendiriannya itu Perdana Menteri yang juga Presiden Umno hari ini dan amat berharap semua pihak akan bekerjasama seperti biasa dalam satu keluarga BN. - Berita Harian

Selasa, 25 Mei 2010

Tutup Mulut Anak Samy Vellu


Bukan main sedap mulut anak DS Samy vellu , S. Vell Pari kata UMNO menggunakan political assassin utk pecah belahkan BN. Konon komponen lain hanya sebagai penumpang sementara UMNO sebagai bas yang mereka tumpangi. Kalau jadi peenumpang kenapa sibuk tanya nak kerusi empuk la,sibuk kerusi tempat dia aircond tak sejuk la,nak duduk depan la. Kalau dah tumpang, buat cara tumpang la, jgn sibuk minta itu ini . Ingat yang jadi pemandu bas tu seronok ka Pari? Orang lain sibuk seronok2 tidur di belakang, si pemandu bersekang mata nak jaga keselamatan semua penumpang.

Di Ulu Selangor tu, si pemandu inilah yang bertungkus lumus siang malam, gerak seluruh jentera satu Malaysia sebab nak bagi kerusi empuk kepada parti Daddy si Pari ni. Mana dia anak buah S Vell Pari masa PRK Ulu Selangor dari negeri2 lain. Ciput pn tak nampak. Lain kali kalau nak cakap jgn ikut suka hati. Pemuda UMNO pun ada tahap kesabarannya. Sudah la nak bertempur dgn parti lawan satu hal , ini komponen masih nampak macam tidak sedar diri . UMNO dah banyak berkorban untuk komponen terutama MIC/MCA. Di Perak sekarang berapa kerusi yang MIC sumbang kepada pembentukan kerajaan negeri? Tapi kena DS Zambry sedia lanti wakil MIC jadi Speaker DUN? Berapa orang penasihat YAB MB Perak pulak yang terdiri daripada wakil MIC?

Apa lagi yang tidak puas hati kepada UMNO? Jangan terlalu melampau dalam soal ini. Pemuda UMNO tidak pernah masuk campur dalam sebarang urusan parti komponen lain. Tapi, jangan sampai kami hilang sabar. Sampai nak cabar presiden kami.

Kepada Presiden UMNO, saya berharap supaya mempertimbangkan soal kemenangan BN dalam PRK atau PRU nanti. Tidak ada gunanya kita pertahankan satu2 parti untuk kerusi tertentu sedangkan akhirnya BN yang kecundang. Jika pengundi Cina tidak mahu mengundi BN, kita tumpukan kepada pengundi Melayu. Jika mereka mahu calon dari kalangan Orang Melayu, kita perlu turuti asalkan BN menang. Soalnya bila BN menang, semua kaum dapat manfaat. Sampai hari ini belum ada kaum yang tertinggal atau terlepas pandang oleh Presiden UMNO / Pengerusi BN.

Kita berlembut dan menurut pun, mereka semakin minta macam - macam dari kita, Jangan sampai kerana nak menjaga hati akhirnya semua hancur termasuk cina dan india. Pakatan Rakyat tidak akan mampu membela nasib mana kaum sekali pun , mereka hanya penuh dengan retorik dan pembohongan dan gila kuasa. BN adalah masa depan rakyat Malaysia. UMNO bertanggungjawab menentukan masa depan itu. Jueteru kita tidak boleh terlalu beralah, Presiden UMNO sentiasa mendapat sokongan jutaan umat Melayu demi keamanan dan kemakmuran negara ini. Orang Melayu tidak pernah tamak, malah sentiasa mahu berkongsi kejayaan dengan semua kaum .

Pemuda UMNO sedah lama tidak menunjukkan taringnya kerana patuh kepada arahan Presiden. Namun sebagai anak, kami kadang kala tidak terlepas dari menderhakai arahan orang tua. Kami anak muda , darah kami panas ..!!

Ahad, 23 Mei 2010

Liga Bolasepak dan Silaturrahim

Hampir setahun yang lalu, saya telah bercadang untuk mengadakan liga bolasepak di Bahagian Larut ini. Walaupn ada rakan - rakan yang mengatakan bahawa mengadakan liga bolasepak yang berskala besar seperti kejohanan seluruh Larut akan hanya mendatangkan pelbagai masalah, namun sebagai ahli UMNO yang merasakan bahawa adalah amat perlu untk dihidangkan satu kejohanan bolasapak spt itu di bahagian Larut. Saya mengambil risiko tersebut tanpa rasa ragu.

Bersama rakan - rakan pemuda bahagian, kami merancang seperinci mungkin bagi memastikan kejohanan ini akan dapat diadakan dengan sebaik mungkin . Setelah 10 bulan saya dan rakan - rakan bertungkus lumus untuk mengadakan kejohanan ini, akhirnya Liga Bolasepak Piala YB Dato Hamzah telah dapat diadakan dan kini sudah pun mencapai ke peringkat akhir di setiap DUN .

Sepanjang pusingan peringkat DUN ini, rata - rata pasukan menunjukkan kematangan sebagai ahli sukan walaupun kejohanan ini tetap dicemari dengan insiden-insiden yang tidak sepatutnya berlaku.

Adalah amat mendukacitakan saya sebagai penganjur, apabila kejohanan ini menjadi faktor mengeruhkan suasana ikatan silaturrahim antara pemuda UMNO cawangan-cawangan dan juga penganjur iaitu pemuda UMNO bahagian sendiri.

Sebagai penganjur yang mengadakan kejohanan ini sebagai aktiviti riadah dan sukan, saya sudah tentu mengharapkan sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat Larut. Apatah lagi, kejohanan 'percuma' seperti ini jarang-jarang diadakan. Malah, ganjaran kemenangan kepada pasukan juga adalah amat tinggi berbanding dengan mana-mana kejohanan (termasuk yang mengenakan yuran penyertaan) di sekitar kawasan kita.

Barangkali, ganjaran yang besar ini telah menjadikan kejohanan kali ini begitu 'panas' sehingga adakalanya pemain dan penyokong hilang pertimbangan kewarasan di padang, malah membawa kepada pelbagai protes yang amat menyedihkan perjuangan UMNO .

Bak kata pepatah, jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai, saya dan rakan-rakan telah mengambil kira semua kemungkinan sebelum menganjurkan kejohanan ini. Namun kematangan dan semangat kesukanan yang tinggi sentiasa menjadi harapan kami kepada seluruh pasukan dan penyokong. Di dalam sukan bolasepak, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Kalah dan menang adalah adat pertandingan. Sebagai penganjur, saya sentiasa akan mengambil kira peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan bolasepak dan kejohanan bagi mamastikan keadilan.

Dalam beberapa situasi, saya terpaksa mengambil risiko ditelan mati emak diluah mati bapak dalam membuat keputusan teknikal. Namun saya tetap berdiri teguh di atas peraturan dan undang-undang kejohanan. Sudah pasti keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa penganjur akan tidak dapat diterima dengan penuh kematangan sukan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan demi menegakkan pendapat masing-masing. Malangnya dalam menentukan sebarang keputusan teknikal, pendapat adalah faktor yang terpencil sementara fakta dan peraturan menjadi asas dan tunjang keputusan yang dibuat.

Justeru, saya merayu kepada semua pasukan yang masih bertanding dalam liga ini agar dapat mengekalkan tahap profesional sukan bolasepak di bahagian kita. Mencemari kejohanan ini dengan pelbagai insiden, malah lebih buruk dengan melemparkan pelbagai fitnah dan adu domba hanya akan menjejaskan nama tempat dan organisasi kita. Sudah sampai masanya kita berhijrah menjadi masyarakat yang tidak memerlukan pagar tinggi di padang bola, kita harus menjadi masyarakat bolasepak seperti di negara-negara Eropah di mana penyokong / penonton tidak diasingkan oleh pagar tinggi seperti dikebanyakkan Negara Dunia Ketiga. Pemain dan penontonnya menyedari bahawa yang mereka saingi dan tontoni hanyalah sukan bolasepak.

Apa pun , semua cabaran ini tidak sedikit pun memadamkan semangat Pemuda UMNO Bahagian untuk terus menganjurkan kejohanan seperti ini di masa akan datang. Adalah tidak adil untuk menghukum ribuan peminat dan pemain yang sangat berdisiplin dan bersemangat kesukanan yang tinggi hanya kerana segelintir yang mencemarinya .

Mudah-mudahan Allah SWT akan melancarkan kejohanan ini tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Saya akan terus memastikan bahawa pasukan-pasukan akan terus diadili dengan penuh profesional sekiranya mereka berdepan dengan keputusan teknikal. Ada pasukan yang terpaksa menerima keputusan yang tidak memihak kepada mereka demi memastikan kejohanan ini memenuhi hasrat peraturan kejohanan, impian puluhan pasukan lain dan ribuan peminat bolasepak di bahagian Larut.

Semoga sukan bolasepak dapat terus mengeratkan silaturrahim di kalangan kita. Bagi pihak penganjur kami mendoakan kejayaan saudara-saudara .

Majulah Sukan Untuk Negara.

BOLA SEPAK DUN SELAMA: PUSINGAN SEPARUH AKHIR

Perlawanan Bola Sepak Liga Piala Dato Hamzah bagi DUN Selama telah memasuki pusingan separuh akhir. Kedua-dua perlawanan separuh akhir telah berlangsung petang tadi. Keputusan bagi perlawanan-perlawanan tersebut adalah seperti berikut:
  • Kampung Tapah menewaskan Tanjung Lengkong (3 - 0)
  • Sungai Rambutan menewaskan Sungai Setar (1 - 0)
Dengan keputusan-keputusan tersebut, pasukan Kampung Tapah akan bertemu pasukan Sungai Rambutan dalam Perlawanan Akhir. Manakala, pasukan Tanjung Lengkong akan bertemu pasukan Sungai Setar untuk menentukan kedudukan tempat ke-3 dan ke-4. Jadual bagi perlawanan-perlawanan tersebut adalah seperti berikut:
  • 29 / 05 / 2010 (Sabtu - Padang Rantau Panjang) Tanjung Lengkong melawan Sungai Setar (ke-3 & ke-4)
  • 30 / 05 / 2010 (Ahad - Padang Balai Polis Sungai Bayor) Kampung Tapah melawan Sungai Rambutan (Akhir)

Sabtu, 22 Mei 2010

BOLA SEPAK DUN BATU KURAU: PERLAWANAN SEMULA DI PADANG BERKECUALI

Perlawanan semula peringkat kumpulan antara pasukan Jelai dan Batu Kurau A terpaksa diadakan semula selepas perlawanan yang berlangsung sebelum ini telah diberhentikan oleh pengadil. Perlawanan semula ini telah diadakan pada petang ini di padang berkecuali dengan tanpa kehadiran penyokong, iaitu di Padang 9 Renjer, Taiping. Dalam perlawanan ini, kedua-dua pasukan telah mencatat keputusan seri dengan jaringan 1-1. Dengan keputusan tersebut, pasukan Jelai layak untuk bermain di perlawanan separuh akhir dan akan bertemu pasukan Sempeneh Seberang.
Jadual Perlawanan Separuh Akhir untuk DUN Batu Kurau adalah seperti berikut:
  • 23 / 05 / 2010 (Ahad - Padang Astaka) - Pantai Besar A lawan Air Itam
  • 29 / 05 / 2010 (Sabtu - Padang Astaka) - Sempeneh Seberang lawan Jelai

Isnin, 17 Mei 2010

PRK SIBU - DAP MENANG - CINA TAK MAU UNDI BN?

SIBU, 16 Mei (Bernama) -- Calon DAP Wong Ho Leng memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi.
Beliau memperolehi 18,845 undi bagi mengalahkan calon Barisan Nasional Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas Narawi Haron yang beroleh 232 undi.


Keputusan Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen Sibu

Berikut adalah keputusan penuh pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu di Sarawak yang berlangsung Ahad.

1. Robert Lau Hui Yew (BN)................ 18,447 undi
2. Narawi Haron.......(BEBAS)............. 232 undi
3. Wong Ho Leng.......(DAP).............. 18,845 undi

Jumlah mengundi/Votes cast...............37,919
Peratus/Percentage.........................70 peratus
Undi rosak/Spoilt votes.....................395
Majoriti/Majority.......................... 398
Undi pos/Postal votes...................... 2,429

Penyandang: Datuk Robert Lau Hoi Chew (BN) (meninggal dunia 9 April 2010)
Undi diperoleh: 2008: 19,138
Majoriti: 3,235 (tewaskan Wong Ho Leng-DAP)
sumber - BERNAMA

Ahad, 16 Mei 2010

PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK DUN KUBU GAJAH

Pemuda UMNO Felda Ijok menjuarai Pertandingan Bola Sepak Piala Dato' Hamzah untuk DUN Kubu Gajah setelah menewaskan Kampung Masjid dengan jaringan 2 - 1, petang tadi. Perlawanan akhir antara kedua-dua pasukan telah diadakan di Padang Majlis Daerah Selama di Kampung Masjid Ijok. Kedua-dua pasukan itu juga akan mewakili DUN Kubu Gajah dalam pertandingan peringkat parlimen pula nanti.

PENUBUHAN JAWATAN KUASA PENAJA PEMUDA SUNGAI DENDANG




Penubuhan Jawatan Kuasa Pemuda UMNO Sungai Dendang telah diadakan hari ni.

SELAMAT HARI GURU


Pemuda UMNO Larut ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada seluruh warga guru di Malaysia amnya, dan guru-guru di Kawasan Larut khasnya. Semoga dengan tema GURU PEMBIMBING NEGARA BANGSA, akan menjadi wadah perjuangan guru dalam mendidik anak bangsa, dan terus bersemangat menaburkan jasa bakti tanpa rasa jemu. Pengorbanan guru memang tidak dapat dinafikan. Berdirinya seorang Perdana Menteri, asalnya daripada didikan guru, berdirinya seorang Hakim, daripada didikan guru dan berdirinya seorang pemimpin adalah daripada didikan guru. Terima kasih guru. Terima kasih cikgu....

Sabtu, 15 Mei 2010

SELAMAT HARI BELIA


Pemuda UMNO Larut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Belia 2010 kepada semua belia khususnya kepada ahli-ahli Pemuda UMNO Larut.


"BELIA KREATIF PEMACU PEMBANGUNAN NEGARA"