BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Ahad, 31 Januari 2010

PELANCARAN LAMAN WEB UMNO NEGERI PERAK DAN BENGKEL SEKRETARIAT MEDIA BARU

UMNO Perak telah memulakan satu langkah baru dalam mengharungi arus perdana sekarang dengan melancarkan Laman Web UMNO Negeri Perak. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak, di Kediaman Menteri Besar pada 30/01/2010 sekitar jam 9.00 malam. Selain pelancaran Laman Web UMNO Perak, beliau turut melancarkan bengkel media baru yang berlangsung selama dua hari iritu pada 30 - 31 Januari, 2010.




Bengkel Sekretariat Media Baru pula diadakan di Aras 1 Bangunan UMNO Perak. Para peserta bengkel terdiri daripada wakil-wakil setiap bahagian dan juga para bloggers. Dua kertas kerja berkaitan media baru ini telah dibentangkan oleh Datuk Rosnah Majid dan juga Datok A. Kadir Yasin.


Para peserta berbengkel.



Perasmian penutup oleh YBM Dato' Seri Raja Haji Ahmad Zainuddin bin Raja Omar, merangkap Pengerusi Sekretariat Media Baru.

Para peserta bergambar bersama dengan YBM Dato' Seri Raja Haji Ahmad Zainuddin bin Raja Omar di akhir program.

Khamis, 28 Januari 2010

Terima Kasih Kepada Yang Hadir

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis Re-union UMNO semalam di rumah saya . Majlis BBQ yang sengaja saya adakan semata - mata untuk bertemu dengan semua rakan - rakan UMNO terutamanya pemuda dari seluruh Bahagian Larut. Adalah amat mengharukan apabila lebih 500 anak muda terutamanya, hadir memeriahkan majlis malam tadi. Ratusan motorsikal anak muda membanjiri perkarangan rumah saya malam tadi. Ini merupakan petunjuk bahawa anak muda masih bersama UMNO dan mereka semakin memahami perjuangan UMNO.

Juga terima kasih kepada semua rakan - rakan ketua pemuda dan ahli yang bertungkus lumus membantu menjayakan majlis itu. Saya juga ingin memohon maaf diatas sebarang kekurangan dalam majlis semalam. Saya tidak menjangkakan kehadiran yang sebegitu ramai . Insyallah saya akan mengadakan lagi majlis seumpama di masa akan datang. Semoga Allah merapatkan hubungan silaturrahim diantara kita demi memperjuangkan Agama , Bangsa dan Tanahair.

Selam Perjuangan.

Rabu, 27 Januari 2010

Pas Mengkerandakan Perjuangan Sendiri


Hari ini saya berbual - bual dengan kawan - kawan mengenai politik semasa . Seperti biasa sudah tentu kawan - kawan saya itu adalah terdiri daripada para penyokong UMNO . Habis satu topik , hingga ke satu topik . Baik dalaman parti mahu pun soal perjuangan UMNO sendiri . Agak terasa kali ini perbualan adalah lebih bersifat terbuka dan tidak terlalu fanatik kepada parti keramat UMNO . Ada juga yang memberikan buah pandangan mengenai beberapa kelemahan UMNO sejak dari dulu hingga ke hari ini yang perlu diperbaiki . Tidak kurang juga yang kini memperkatakan tentang kelemahan dan kesilapan parti pembangkang terutamanya parti Pas .



Sepanjang perjalanan pulang ke rumah , saya terfikir mengenai perjuangan Pas sejak asal penubuhan parti itu . Amat pasti bahawa para pejuang Pas lalu , apa yang tersemat didalam benak dan fikiran mereka adalah perjuangan bagi memastikan kedaulatan dan kesucian Agama Islam akan terus dipertahankan di Bumi Bertuah , Tanah Melayu ini . Sejak Parameswara di Islamkan hinggalah ke hari ini , Islam tidak pernah tunduk kepada 'keegoaan ' mana - mana pihak . Malah seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam akan duduk bersama sekiranya ada pihakyang cuba mencabuli kesucian Islam di negara ini . Adalah tidak menghairankan sekiranya pada satu ketika Pas akan menjadi jaguh no 1 sekiranya sebarang perkara yang boleh mencemarkan agama suci ini.

Teringat juga saya kepada Pindaan Perlembagaan semasa zaman YAB Tun Mahathir untuk mengurangkan kekebalan Raja - Raja Melayu . Pas menjadi jaguh atas alasan Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam di negara kita . Sungguh hebat perjuangan Pas pada ketika itu .

Teringat juga saya kepada dakwaan Pas mengkafirkan orang UMNO kerana UMNO berkawan dengan parti komponen bukan Islam dalam Barisan Nasional ( BN ) . Habis anak cucu Pas membenci orang UMNO sehingga sembelihan orang UMNO juga haram dimakan. Malah ada yang memfarakah sembahyang Jumaat kerana diimamkan oleh orang UMNO. Begitulah hebatnya satu fenomena perjuangan Pas yang mendakwa Islamnya sama seperti perjuangan di zaman Rasullullah SAW . Pas juga tidak akan menggunakan segala kesenangan yang ada di dunia ini sekiranya mereka kelak menjadi pemerintah nanti . Pas akan terus bersifat sederhana . Rasuah ? tiada langsung dalam kamus mereka . Perebutan kuasa atau 'cah keting' ? tak mungkin akan berlaku dalam Pas dengan wadah perjuangan yang mereka bawa itu .

Rupanya Pas bersifat seperti itu ketika mereka belum pernah diuji oleh Allah SWT . Pas bukan memperjuangkan Islam , rupanya Pas mempolitikkan Islam demi matlamat Politik itu sendiri . Benarlah apabila politik itu didefinasikan sebagai " Siapa Mendapat Apa? Bila ? dan Bagaimana?"

Saya cuba menafsir pula mengenai perjuangan UMNO . Sedaya mampu saya cuba bersifat profesional dalam menjustifikasikan perjuangan UMNO .

Faktor penubuhan kedua - dua parti UMNO / Pas

UMNO - i.ditubuhkan oleh orang Melayu selepas kegagalan demi kegagalan menuntut kemerdekaan dengan peperangan dan tumpah darah .

ii.Ditubuhkan atas desakan semasa untuk menyatukan Orang Melayu dan berjuang melalui saluran politik selepas Perang Dunia ke 2.

iii. Hasil kesedaran segelintir orang Melayu yang berpeluang mendapatkan pendidikan di luar negara . Juga hasil daripada penulisan dan penubuhan beberapa pertubuhan Melayu yang menentang penjajahan ke atas Tanah Melayu



PAS - i . Kewujudan golongan ulama dalam UMNO melalui Biro Agama UMNO yang dipengerusikan oleh Uts Ahmad Fuad Hassan.

ii. Sehari selepas kekalahan Utz Ahmad Fuad dalam pemilihan Yang Dipertua UMNO .

iii. Golongan ulama daripada Hizbul Muslimin( parti politik Islam pertama yang ditubuhkan , tetapi tlh diharamkan oleh British )banyak menganggotai parti ini diawal penubuhannya sebagai Parti Islam Se Malaya.

iv . Perjuangan adalah untuk memastikan agama Islam sentiasa dipelihara di Tanah Melayu



Di atas ini adalah sebahagian yang kecil fakta yang sempat saya tulis untuk renungan kita . Ternyata Pas ditubuhkan oleh golongan awal yang memperjuangan agama islam di negara ini . Nama besar seperti Uts Abu Bakar al - Baqir banyak menjadi asas kepada persepakatan golongan ulama seperti Uts Othman Hamazah , Uts Baharuddin Abd latif dan Lain-lain yang pada satu ketika terpecah ke beberapa pertubuhan termasuk Parti Kebangsaaan Melayu Malaya(PKMM) dan juga UMNO . mereka ini kembali bersatu selepas Pas ditubuhkan.

Matlamat awal Pas adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam serta memelihara kesucian Agama Islam itu sendiri . Adalah amat penting untuk kita sama mengetahui bahawa semasa penubuhan Pas , 4 matlamat telah digariskan dalam perjuangan awal mereka . Saya amat tertarik dalam matlamat ke 3 parti itu iaitu :

' Mempertahankan dan memelihara hak - hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam "

Termenung saya sejenak bila memikirkan tentang matlamat ke 3 Pas ini .

Apabila Ketua Agama Islam ( Raja Melayu ) dihina dan dituduh dengan pelbagai tohmahan , Pas tidak berani bangun mencabar si pengkhianat itu pada hari ini . Sedangkan pada satu ketika Pas adalah jaguh apabila mempertahankan Raja Melayu . Pas takut kerana rakan pakatannya mungkin akan berpaling tadah sekiranya Pas cuba untuk menjadi jaguh . Lalu Pas biarkan Ketua Agama Islam dipersenda dan diderhakai.

Apabila mahkamah membenarkan penggunaan nama Allah oleh sebuah majalah kristian , Pas langsung tidak mahu bersuara . Malah ada diantara pemimpin Pas yang bersetuju dengan perintah mahkamah tersebut .

Apabila ditanya mengenai penubuhan sebuah kerajaan dan negara Islam di Malaysia . Pas terus membisu .

Apabila ditanya tentang pelaksanaan hukum hudud , Pas kata kan bahawa hudud adala 1 : 10000 daripada perjuangan Islam .

Apabila ditanya tentang gabungan dengan parti bukan Islam seperti DAP . Pas tetap membisu . Alasannya . DAP tidak sezalim UMNO . Saya teringat kepada matlamat ke 4 Pas :

"Bekerjasama dengan pertubuhan - pertubuhan siaah yang lain dalam negara ini ,yang dasar dan tujuan nya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi,keadilan masyarakat dan kemanusiaan."

Saya tidak mampu berfikir lagi . teringat saya kepada kata - kata Hang Tuah...

" Jebatkah Yang Benar Atau Akukah Yang Benar "

Isnin, 25 Januari 2010

Melayukah Aku..

Melayukah aku , kalau aku lebih sukakan makanan yang tidak pernah sekali pun dijamah oleh nenek moyang ku .
Melayukah aku , kalau bicaraku sentiasa tersembul ayat-ayat dari bahasa inggeris.
Melayukah aku , kalau pakaianku kini ala-ala barat.
Melayukah aku , kalau aku tidak gemar untuk menonton filem- filem Melayu.
melayukah aku , kalau sentiasa dengki dan tidak senang melihat kejayaan bangsaku.
Melayukah aku , kalau agama Islam yang menjadi pengangan nenek moyangku bila dihina aku tidak langsung merasa marah.
Melayukah aku , kalau aku lebih agungkan pemimpin lain daripada kalangan bangsaku sendiri.
Melayukah aku , kalau Raja Melayu tidak lagi penting dalam kehidupan ku
Melayukah aku , kalau aku mampu bersekongkol dengan orang lain untuk menjahanamkan bangsaku.
Melayukah aku , kalau ada pemimpin yang menjanjikan penghapusan kuasa Melayu lalu aku bertepok sorak.
Melayukah aku , kalau bila melihat bangsaku sendiri diperbodohkan pemimpin lalu juga aku bertepok sorak
Melayukah aku , kalau aku sanggup melihat setiap anak bangsaku nanti derita kerana kelemahan pemimpin
Melayukah aku , kalau aku sanggup menjadi petualang kepada bangsaku semata - mata kerana kepentingan sesetengah pihak.
Melayukah aku , kalau aku sentiasa mengajak kepada perpecahan dan pertelingkahan
Melayukah aku , kalau aku hanya berdiam diri tatkala bangsaku dipijak
Melayukah aku , bila tidak ada lagi bumi yang bernama Bumi Melayu.....

Selasa, 19 Januari 2010

Anwar , 2011 , 1511 dan Sejarah Melayu

Semalam , beberapa akhbar tempatan melaporkan tentang rancangan DSAI untuk merampas pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya . Rancangan seterusnya selepas kegagalan demi kegagalan terutamanya rancangan Sept 2008 . Ramai dikalangan rakan - rakan yang memandang sinis tentang rancangan DSAI ini . Rata - rata terutamanya dikalangan penyokong BN berangapan bahawa Anwar tidak mungkin berjaya , namun begitu saya yakin bahawa masih ada diantara kita yang terfikir barangkali BN akan mengigit jari pada 2011. Apa pun , hanya rakyat yang mampu membuat keputusan .
Teringat saya kepada kejatuhan LDP di Negara Matahari Terbit . Sebuah parti yang tidak jauh sifat dan perjuangannya dengan UMNO di Malaysia . LDP adalah parti yang membangunkan semula Jepun selepas Perang Dunia Ke 2. Selepas Jepun hancur kerana bom atom di Hiroshima dan Nagasaki . LDP boleh dikatakan bermula dari sifar ketika membangunkan Jepun lebih 65 tahun lalu . Bayangkan betapa besarnya jasa LDP kepada rakyat Jepun. Namun,rakyat Jepun yang hidup selepas 65 tahun LDP membangunkan negara mereka , barangkali terpaksa menghukum LDP dalam pilihanraya Jepun tahun lalu. Memetik kata - kata PM Jepun kepada DS Najib " LDP semakin lupa kepada rakyat ".
Mungkin itu juga hukuman rakyat kepada kerajaan BN pada pilihanraya 2008 . Mujur tidak sampai kepada kejatuhan BN . Namun bagi Anwar , 2011 kalau diadakan pilihanraya BN akan kecundang . Bagi saya BN adalah kerajaan Melayu , malah dari sudut mana sekali pun jika dilihat BN adalah Kerajaan Melayu . Namun , perkongsian kuasa bersama komponen yang lain menjadikan kerajaan BN ini begitu unik. Adalah sukar untuk menterjemahkan kerajaan BN dengan mana-mana kerajaan di dunia ini . Hanya rakyat Malaysia yang mahu faham sahaja akan mengakui keunikan ini . Selagi ada BN , selagi itulah adanya kerajaan Melayu di Malaysia ini dalam erti kata yang sebenarnya . Mengekalkan Ketuanan Melayu dalam masa yang sama semua kaum mendapat apa yang sepatutnya mereka miliki .
Anwar mahu mencipta semula sejarah Melayu 500 tahun dahulu . Andai benar keinginan Anwar ini tercapai pada 2011 , ini bermakna Orang Melayu akan menyambut sekali lagi saat kehilangan kuasa selepas 500 tahun iaitu pada tahun 1511 akibat kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka. Apakah sekali lagi Melayu akan berkumpul kekuatannya di Johor seperti mana yang berlaku selepas kejatuhan Melaka ? kalau berdasarkan sejarah dan senario politik hari ini di Semanjung Malaysia , hanya Johor sahaja yang mampu mengekalkan kuasa dengan mudah dalam pilihanraya akan datang .
Mudah - mudahan Sejarah Melayu tidak akan berulang lagi seperti 1511. Walau pun watak - watak yang mendalangi kejatuhan Melayu pada 1511 seolah wujud sekali lagi hari ini . Jangan kita persenda kan mengenai masa depan bangsa dab agama kita . Pakatan Rakyat telah diuji selama hampir 2 tahun memerintah beberapa negeri . Mereka hanya mengundang petaka kepada perpaduan seluruh kaum . Mereka gagal menjadi kerajaan yang diharapkan oleh rakyat terutamanya Orang Melayu . Tidak seharusnya ada kaum selain Melayu yang selayaknya mendabik dada untuk menjuarai rakyat hari ini , mereka tidak dan belum bersedia dengan segala keikhlasan dan kejujuran . Hanya Melayu sahaja yang mampu menstabilkan negara ini . Bangsa yang jujur , bangsa yang ikhlas , bangsa yang berbudi dan mengenang budi . Kaum lain belum layak untuk memerintah negara ini ,barangkali kalau sejarah mahu dicipta 500 tahun lagi dari sekarang,mungkin mereka sudah bersedia . Apa pun hanya Allah SWT sahaja yang mampu menentukan nasib bangsa Melayu nanti . UMNO hari ini bertungkus lumus bekerja untuk memenuhi segala keperluan rakyat , bangkit selepas ditunjukkan oleh Allah SWT tentang kesilapan dan kecuaian kita selama ini . Mujur kita tidak seperti LDP yang langsung terlalai . Hari ini UMNO/BN benar - benar mahu Menjuarai Rakyat . Adalah kejam rakyat negara ini kalau mengiakan hasrat RAJA MANDALIAR untuk merampas Putrajaya pada 2011.
Hidup Melayu !!!

Isnin, 11 Januari 2010

Pemuda Prihatin - Back To School

10 Januari 2010 , Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut telah mengadakan program penyampaian sumbangan pakaian dan bag sekolah kepada 150 pelajar sekolah rendah dari seluruh Larut . Majlis penyampaian telah disempunakan oleh YBM Dato Seri Raja Ahmad selaku Ketua UMNO Bahagian Larut . Bagi pihak Pemuda UMNO Bahagian saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada YBM Dato Seri Ketua Bahagian yang sudi hadir menyampaikan sumbangan , malah beliau sendiri telah menyumbang untuk pembelian baju sekolah tersebut . PPUBL telah menerima bag sekolah daripada Kerajaan Negeri Perak dan YB Dato Mukhriz Tun Mahathir.
Tahniah saya ucapkan kepada semua Ketua Pemuda UMNO Cawangan yang telah menunjukkan kematangan mereka sebagai pemimpin apabila saya memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada mereka untuk memilih penerima sumbangan. Setakat ini PPUBL telah menjalankan pelbagai program sumbangan seperti ini misalnya sumbangan basikal pada tahun 2008 , sumbangan baju dan buku sekolah pada 2009 serta sumbangan kepada keluarga miskin pada bulan Ramadhan . Saya tidak menerima apa - apa bantahan daripada masyarakat atau pun Ketua UMNO cawangan mengenai pengagihan dan sumbangan ini . Sebagai Ketua Pemuda Bahagian , saya amat bersyukur dan berbangga kerana diberikan kesempatan untuk memimpin Ketua - Ketua Pemuda Cawangan yang rata - ratanya sangat berkaliber dan komited kepada parti .
Program Pemuda Prihatin ini akan diteruskan dalam tempoh terdekat ini , iaitu PPUBL telah pun mengenalpasti keluarga - keluarga yang kurang berkemampuan untuk dibantu . PPUBL akan menyumbangkan pakaian dan bag sekolah kepada semua anak yang bersekolah dari keluarga - keluarga tersebut . Tetapi kali ini , Pemuda UMNO sendiri yang akan mengunjungi rumah keluarga terbabit untuk diserahkan sumbangan tersebut dalam Program Masuk Kampung.
Saya amat berharap agar Allah SWT akan menambahkan keupayaan kepada Pemuda untuk meningkatkan lagi usaha Pemuda untuk membantu masyarakat yang kurang berada. Pelbagai sumbangan pelajaran yang lain boleh dibuat , misalnya buku latihan , ulangkaji dan pendekatan - pendekatan pengajian on - line yang kebanyakkannya memerlukan kos yang agak tinggi . Namun insallah , Pemuda UMNO Larut akan berusaha untuk mendapatkan dana demi untuk melihat pembangunan pendidikan di Larut akan seiring dengan pembangunan pendidikan di kawasan bandar . Mudah - mudahan Allah SWT akan memberikan petunjuk dan jalan kepada kami .

Salam Perjuangan .

Ahad, 10 Januari 2010

PROGRAM PEMUDA PRIHATIN - BACK TO SCHOOL

PROGRAM PEMUDA PRIHATIN : SUMBANGAN KEPADA 150 ORANG PELAJAR SEKOLAH RENDAH SELURUH PARLIMEN LARUT
PADA 10 JANNUARI 2010
DI DEWAN SUNGAI BAYOR, SELAMA