BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Jumaat, 26 Februari 2010

Ahad, 21 Februari 2010

MAJLIS KESYUKURAN - ADUN BATU KURAU - KEMENANGAN DR ZAMBRI SEBAGAI MB PERAK



ADUN Batu Kurau, YB Dato' Kapten Mohd Najmuddin bin Haji Alias telah mengadakan satu Majlis Kesyukuran di atas kemenangan YB MB Perak, Dato' Seri Dr Zambri bin Abdul Kadir dalam kes mahkamah baru-baru ini. Kemenangan beliau juga merupakan kemenangan BN Negeri Perak, dan juga kemenangan rakyat Negeri Perak amnya. Majlis ini telah diadakan pada 20/02/2010, iaitu hari Sabtu malam Ahad di perkarangan Bangunan UMNO Batu Kurau, bermula jam 9.00 malam.

Rabu, 17 Februari 2010

MAJLIS PERJUMPAAN KP DENGAN PEMUDA CAWANGAN CHANGKAT PERAH










KEBAKARAN RUMAH DI BATU KURAU

Petang tadi, lebih kurang jam 6.20 petang sebuah rumah yang terletak di kawasan belakang SK Toh Sajak, Batu Kurau (Kampung Sungai Akar) telah terbakar. Kebakaran dikatakan bermula di dapur dan seterusnya merebak ke seluruh rumah. Api begitu cepat merebak apalagi rumah tersebut adalah rumah papan dan cuaca sekarang pula yang panas dan kering. Bantuan awal untuk memadamkan kebakaran tersebut diterima daripada Pasukan Sukarelawan Bomba Batu Kurau. Manakala Pasukan Bomba dari Taiping tiba selepas dimaklumkan. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilapurkan.

Dalam kemalangan ini, walaupun bantuan awal diterima daripada Pasukan Sukarelawan Bomba tersebut, namun tindakan sukar dilakukan oleh kerana ketiadaan pili bomba yang berhampiran. Mereka terpaksa mendapatkan pili bomba yang paling dekat, iaitu di SK Batu Kurau yang jaraknya lebih kurang 300 meter dari tempat kejadian. Masalah ini perlu diberikan perhatian oleh pihak yang berkenaan, kerana dimaklumkan, ini bukanlah kejadian yang pertama di kawasan tersebut. Dimaklumkan juga bahawa, perkara ini telah pernah dibawa ke pengetahuan pihak berkenaan, tetapi masih belum menerima sebarang tindakan.
Sekalung penghargaan dan tahniah kepada Pasukan Sukarelawan Bomba Batu Kurau dan juga penduduk-penduduk yang memberikan bantuan segera kepada mangsa kebakaran. Pihak JKKK, Pejabat ADUN serta Pemuda telah memberikan sumbangan awal kepada mangsa kebakaran, dan akan mengambil tindakan segera untuk membantu mangsa yang telah kehilangan tempat tinggal selepas ini. Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah menghubungi pihak-pihak yang disebutkan tadi.






Saudara Lan Tukang... mangsa kebakaran...

PROGRAM BBQ BERSAMA ZON A DAN PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON










Ahad, 14 Februari 2010

JANGAN KITA LEKA....

Seperti yang dijangka, dan memang dah jangka pun, apa yang berlaku kepada Pakatan Pembangkang sekarang ini. Pergolakan yang berlaku sekarang dalam Pakatan Pembangkang dibeberapa buah negeri, menunjukkan bahawa mereka tidak boleh bersatu. Mereka tidak boleh duduk bersama. Mereka juga sememangnya tidak boleh bekerjasama antara satu sama lain. Sudah tentu juga mereka tidak ada keupayaan untuk mentadbir negeri mahu pun negara ini.

Seorang demi seorang, orang-orang kuat daripada parti-parti berkenaan terutamanya daripada Parti Keadilan dan juga DAP telah dengan berani dan ikhlasnya, tapa berselindung lagi mengisytiharkan pendirian mereka yang sebenar, yang sudah tentunya tidak bersetuju dan menentang apa yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan parti-parti tersebut. Apakah tandanya ini? Apakah isyarat yang telah ditunjukkan oleh mereka ini? Apakah kita masih tidak dapat untuk menilainya lagi?

Seperti kata ungkapan, "jika istana itu dibina daripada pasir, kukuhnya tidaklah sama seperti dibina daripada batu". Begitulah ibaratnya mereka itu sekarang. Sikit demi sedikit, akan terlerai dan ranap. Apatah lagi, antara mereka itu, tiada "simen" yang mengukuhkan ikatan mereka itu. Malahan, dasar perjuangan yang tidak menepati kehendak rakyat dan juga janji-janji kosong yang sentiasa ditaburkan, "cakap tak serupa bikin" dan putar-belit mereka terhadap sesuatu isu, menampakkan dengan jelas kemampuan mereka yang sebenar. Apa yang mereka lakukan itu, sebenarnya telah memakan diri sendiri.

Baiklah. Itu hal mereka. Hal rumah tangga mereka. Orang kata, lantaklah mereka. Kita jangan kacau rumah tangga orang. Memang... memang betul kita tak perlu nak kacau rumah tangga orang. Tapi, ini bukan rumah tangga. Ini bukan sebuah perkahwinan. Tapi, ini adalah sebuah petandbiran, yang melibatkan kehidupan rakyat jelata. Juga melibatkan kebajikan semua. Adakah betul kita hanya melihat sahaja? Adalah boleh kita hanya tengok dan bersorak sinis? Adakah kita hanya perlu berasa puas hati dengan pergolakan mereka?

Inilah masanya untuk kita mengambil peluang dan kesempatan yang berlaku ini untuk meanrik semula golongan-golongan yang dulu mungkin buta seketika. Kita celikkan semula mereka. Kita titiskan ubat-ubat penyedar kepada mereka. Apa sebenarnya yang telah berlaku sebelum ini. Adakah apa yang telah mereka buat selama ini menepati keperluan rakyat jelata? Apakah hidangan yang dihidangkan oleh pakatan pembangkang kepada rakyat selama ini adalah sama seperti yang diwar-warkan? Fikir-fikirkan lah.....

Justeru itu, kita jangan berleka-leka. Jangan kita berasa selesa. Jangan juga kita berasa dah cukup puas hati... dan jangan juga kita terlalu seronok dengan keadaan yang melanda mereka sekarang. Ingat balik, apa yang telah berlaku dalam PRU yang lepas... dek disebabkan rasa selesa inilah yang menyebabkan kita kehilangan banyak perkara... Sikap acuh tak acuh. Malahan, berlarut-larutan. Ini adalah fakta! Kita harus mengakuinya... Siapa yang rugi? Mahukah kita rugi lagi? Mahukah juga kita melihat perjuangan kita yang tak kesampaian dan lebur di tengah jalan berulang lagi?

Maka, marilah kita bersama-sama meneruskan agenda kita, terutama sekali untuk bangsa Melayu dan agama Islam, untuk kesejahteraan negara kita ini. Jangan kita jadi seperti mereka. Biarlah mereka yang jadi seperti kita. Perjuangan kita adalah perjuangan yang sebenarnya. Kukuhkan ikatan kita. Hayatilah lagu UMNO kita.

Sabtu, 13 Februari 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN CEK

Satu Majlis penyampaian cek kepada Ketua-ketua Pemuda UMNO Cawangan telah diadakan petang tadi yang berlangsung di Bangunan UMNO Batu Kurau. Penyampaian cek tersebut adalah sebagai pendahuluan untuk membuka akaun bank untuk setiap Pemuda Cawangan. Majlis penyampaian cek-cek tersebut telah disempurnakan sendiri oleh Ketua Pemuda UMNO Larut, Saudara Mohd. Anuar bin Arifin.


---------------------------------------------------------------------------------

PERTANDINGAN BADMINTON DI SUNGAI ARA


Saudara KP juga turut berkesempatan untuk turut serta menyaksikan pertandingan badminton yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Ara, dan turut menyampikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

Khamis, 11 Februari 2010

HARAKAHDAILY KURANG AJAR!!!!


Dipetik dari harakahdaily

Jom kita ke hutan cari keadilan

Sah! Seperti dijangkakan oleh rakyat, mahkamah sejak zaman Mahathir hinggalah era Najib tetap memihak kepada UMNO. Itulah realitinya.

Sejak runtuhnya keadilan apabila Tun Salleh Abas di"nyah"kan oleh Mahathir, Institusi Kehakiman tidak mampu lagi bangkit hinggalah kini walaupun Ketua Hakim silih berganti dan terbinanya "Istana Kehakiman" yang indah di Putrajaya.

Rakyat umumnya melihat Ketua Hakim Zaki Azmi masih memakai "baju UMNO". Jadi apa hendak dihairankan jika kes yang berkaitan kepentingan UMNO akan diberi "kemenangan yang penuh gemilang"?

Tiada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat untuk menagih sisa-sisa keadilan.

Dengan kemenangan 5-0 itu, sudah nampak bayangan kesudahan kes Anwar. Keluarga Anwar mesti siap sedia menerima kehilangan Anwar kali kedua dan PR perlu mencari Ketua PR yang baru.

Yang pastinya dengan keputusan 5-0 itu, bermakna Perak menjadi negeri pertama di Malayasia mengamalkan Sistem Raja Mutlak. Bukan lagi Sistem Raja Berperlembagaan.

Tentunya yang menarik ianya berlaku di negeri yang bersultan kan mantan Ketua Hakim Negara. Bagaimana detik hati pendengar jika mendengar mantan Ketua Hakim dan anaknya berbicara tentang undang-undang dan keadilan kelak?

Selepas ini jika rakyat Perak inginkan keadilan, mungkin mereka boleh masuk ke hutan Grik untuk berhakimkan "Hakim Beruk atau Singa". Barangkali di sana keadilan lebih "menyerlah"!

Yang pasti, mantan Ketua Hakim yang tidak berdarah raja Tun Salleh Abas tetap menjadi sebutan umum sebagai pejuang keadilan dan sejarahnya bakal dicatat dengan tinta emas sepertimana arwah Tun Sufian Hashim.

Rakyat tentunya menunggu bila agaknya Malaysia bakal bertukar sistem dari Raja Berperlembagaan kepada Raja Mutlak seperti Perak? Inilah yang membuatkan PM Najib tidak lena tidur.

----------------------------------------------------------------------------------------
PATUTKAH KITA BERDIAM DIRI DENGAN KENYATAAN-KENYATAAN TERSEBUT???

Selasa, 9 Februari 2010

Antara 4-1 dan 5-0

Sekali tgk tajuk di atas maca keputusan perlawanan bolasepak . Nizar memang cekap menggunakan angka untuk provokasi . tapi nampaknya , angka juga yang membuatkan nizar terlentang beberapa kali . Selepas PRU12 yang lalu , nizar dan rakan sekutunya menggunakan angka untuk mendapatkan pentadbiran kerajaan negeri Perak . 31 - 28 .

Dalam masa yang sama nizar lupa bahawa angka yang dia ada untuk mentadbir Perak hanya 6. dengan angka ini nizar cuba mentadbir . Habis 999 tahun tanah diberikan kepada kampung - kampung baru untuk pemilikan orang bukan Melayu .

Tiba - tiba , angka bertambah satu dalam pentadbiran nizar bila seorang YB BN lompat ke PR . Tak sempat beberapa hari , nizar hilang angka 1 tersebut , ditambah lagi dengan 3 YB dari PR melompat ke BN . Merudum pemerintahan nizar .

Beberapa minggu lalu , nizar dan rakan2 ultra kiasunya buat roadshow. Waw-warkan angka 4-1 . kononnya dalam penghakiman siapa menjadi MB Perak oleh mahkamah Persekutuan . Kita terasa macam ada perlawanan akhir bolasepak di Perak . Penyokong nizar melompat2 gembira kerana kononnya nizar menang 4-1 .

Hari ini , bila masuk padang . keputusannya BN menang 5 - 0 . Kita tak terkejut kalau BN menang 4-1 , mungkin maklumat yang nizar dapat diterbalikkan nizar sendiri . 5-0 maknanya , tiada siapa yang sangka . Mahkamah membuktikan ketelusana dan keadilannya masih utuh . Bukan kerana BN menang , tetapi kerana mahkamah membuat keputusan yang tidak sama sekali disangka oleh sesiapa juga . Termasuk nizar dan Pas.

Tahniah kepada YAB Dato Seri Dr Zambry . Allah mahu kita terus mencurah bakti kepada rakyat . Hari ini PRU 13 tinggal tidak lebih 3 tahun . Ayuh kita bekerja untuk membangunkan rakyat negeri Perak .

Jumaat, 5 Februari 2010

Dunia perniagaan : Hanya Melayu Yang Boleh Membantu Bangsanya

"9 daripada 10 sumber rezeki adalah daripada perniagaan."
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa melainkan bangsa itu yang mengubahnya sendiri"
Dua ayat dia atas adalah cukup popular dikalangan orang Islam khususnya orang Melayu di Malaysia. Ayat kedua pernah diambil dan diguna pakai oleh Perdana Menteri Korea Selatan selepas beliau membaca ayat tersebut ketika membuat lawatan ke Malaysia di zaman Tun Abd Razak dahulu.
Kerajaan BN tidak dapat dinafikan telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadikan bangsa Melayu lebih ramai terlibat dalam dunia perniagaan. Walaupun bermula sebagai penjual goreng pisang di gerai-gerai tepi jalan. Yang penting orang Melayu sudah mahu berniaga. 20 @ 30 tahun lalu, tidak mampu kita bayangkan bahawa di kawasan Batu Kurau atau Selama atau mungkin juga Ijok akan ada penjual gorang pisang di tepi jalan. Alasannya, orang kampung masing-masing ada pisang di rumah untuk digoreng .
Satu masa dahulu di tahun-tahun 70-an, orang Melayu tidak yakin bahawa Kentucky Fried Chicken akan mampu dijual di Malaysia. Alasannya,"Siapa yang nak makan lauk saja?". Ayam biasanya dijadikan lauk untuk dimakan bersama nasi , mana mungkin orang Melayu makan lauk sahaja? Namun hari ini, KFC dipenuhi orang Melayu yang hanya makan "lauk" sahaja.
Begitu juga , semasa Honda ( jenama motosikal ) mahu memasuki pasaran di Tanah Melayu suatu masa dahulu . Seorang usahawan Melayu ditawarkan untuk menjadi pengedar di Tanah Melayu. Namun ditolak atas alasan "siapa nak guna motor dengan CC 50cc sahaja" . Pada ketika itu , motorsikal yang biasa digunakan berkuasa paling kurang pun 250 cc. Jenama dari barat seperti Norton dan Triumph . Hari ini , majoriti matorsikal di jalan raya Malaysia adalah jenis "cup chai " . Boon Siew yang menguasainya.
Barangkali, minda dan persepsi "berniaga" belum benar-benar menguasai kehidupan orang Melayu pada ketika itu akibat penjajahan ratusan tahun.
Hari ini, orang Melayu sudah mula berniaga. Berniaga hasil trasformasi politik perniagaan yang dibuat sekitar tahun 80-an. Orang Melayu menjadi kaya kerana kesungguhan kerajaan BN. Ribuan kontraktor terhasil daripada transformasi ini.
Orang Melayu menjadi kontraktor... orang lain menjadi supplier. Orang Melayu menjadi kontraktor.... orang lain menjadi sub kontraktor terutamanya bidang teknikal dan yang memerlukan kepakaran. Contohnya pemasangan jubin.
Orang Melayu cuba juga menjadi supplier, tetapi "kalah" kerana modal. Tidak mampu memberi 'kredit' utk tempoh yang panjang. Malah kalau ada yang mampu, kontraktor pula liat nak bayar walaupun tuntutan dah 'masuk'. Akhirnya pengusaha Melayu terpaksa gulung tikar.
Kerajaan sediakan dana seperti Tekun dan Mara . Berpusu-pusu Melayu mohon dan mendapat pembiayaan. Kerajaan juga adakan pembiayaan lebih besar seperti SMIDEC, orang Melayu yang pohon boleh dikira dengan jari (kalau nak banding dengan Tekun). Sebabnya, orang Melayu tidak tahu nak berniaga apa dengan modal jutaan ringgit .
Walaupun mohon dengan jumlah yang kecil , terlalu ramai yang gagal bayar balik. Tak semena-mena Tekun dan Mara menjadi pemangkin kepada semakin ramai Melayu yang tersenarai dalam hutang lapok.
Nampaknya masih ramai Melayu belum mampu berniaga .
Kita sudah jauh ketinggalan dalam dunia perniagaan. Skill perniagaan masih belum mampu kita kuasai. Orang lain tidak akan membantu kita. Kita harus membantu bangsa kita. Untuk membantu kita terpaksa berkorban. Untung Rm1 akan jadi 70 sen. Mungkin lebih rendah lagi kerana ingin membantu bangsa kita. Namun Melayu yang dibantu harus ada jati diri, harus ada rasa tanggungjawab. Mesti rajin. Mesti disiplin. Mesti berani !!!
Kalau usahawan Melayu yang dah berjaya tidak mulakan sekarang. Anak cucu kita akan hanya menjadi pekerja kepada orang lain. Sampai bila-bila. Melayu yang membantu juga , mesti ikhlas. Mesti punya semangat nasionalis Melayu yang tinggi .
Kalau kita / mereka tidak mahu mengubah... Allah juga tidak akan mengubahnya...

Rabu, 3 Februari 2010

Tidak Ada Memorandum Daripada KP Bahagian Kepada MB Perak

Beberapa blog para sahabat yang saya baca ada menyatakan bahawa seramai antara 18 dan 20 orang Ketua Pemuda bahagian di Perak telah menandatangai memorandum kepada YAB MB Perak untuk menyatakan kegagalan kepimpinan KP Perak. Justeru perkara ini dibangkitkan dalam laman maya , sebagai Pengerusi sekretariat media baru pemuda negeri saya terpanggil untuk memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut walaupun hanya melalui blog pemuda bahagian saya .

Saya berpandangan bahawa perkara ini boleh menjejaskan kredibiliti dan nilai perjuangan semua KP bahagian dalam negeri Perak yang pada ketika ini sedang bertungkus lumus memperkemaskan jentera pemuda di semua peringkat. Semasa mesyuarat perhubungan pemuda negeri pada minggu lepas , seramai 20 KP yang hadir dan kami hanya membincangkan mengenai program - program parti .
Salam Perjuangan.

Anwar Ke Mahkamah Juga Hari Ini

Selepas "berjuang " berhempas pulas sejak Julai 2009 , akhirnya Anwar Ibrahim terpaksa juga ke mahkamah pada jam 2.30pm petang ini . Tidak ada apa yang perlu ditakutkan oleh Anwar sekiranya beliau benar - benar mempunyai fail dan bukti yang mampu menunjukkan yang beliau tidak bersalah . Mahkamah akan bersikap seadil - adilnya kepada beliau sebagai rakyat Malaysia .

Fikirkan sama soal maruah Saiful dan keluarganya sekiranya kes ini terus ditangguh. Awal - awal lagi kita dah nampak keadilan mahkamah dengan tidak membenarkan lagi penangguhan kes. Ini keadilan untuk Saiful pula . Mahkamah sudah pun memberikan keadilan kepada Anwar dengan membenarkan rayuan penangguhannya beberapa kali . Kalau tangguh lagi , maknanya mahkamah sedah tidak adil . Jadi , Anwar dan penyokong janganlah risau dengan keputusan selepas perbicaraan nanti . Kalau Anwar tidak bersalah . mahkamah akan memastikan maruah Anwar terbela. Mahkamah dah buktikan awal - awal lagi.

Jom kita ikuti perbicaraan ini ..