BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Ahad, 25 Julai 2010

JELAI JUARA!!!




Pasukan PEMUDA UMNO JELAI telah dinobatkan sebagai juara Liga Bola Sepak Piala Dato' Hamzah Zainuddin, Ahli Parlimen setelah berjaya menewaskan pasukan Pantai Besar melalui sepakan penalti setelah tamat perlawanan penuh dan tambahan masa. Dengan kemenangan tersebut, pasukan tersebut berjaya menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM7000. Mereka juga turut menerima Piala Pusingan, Piala Iringan dan medal. Kemenangan berganda kepada pasukan Jelai apabila penjaga golnya telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Selain daripada perlawanan akhir tersebut, pihak penganjur turut mengadakan beberapa aktiviti sampingan bagi memeriahkan suasana, seperti pendaftaran dan semakan daftar pemilih dengan SPR, pertunjukan seni silat dan gendang, cabutan bertuah dan beberapa acara lagi. Untuk acara cabutan bertuah, hadiah-hadiah yang telah disediakan ialah sebuah TV LCD, 10 buah basikal, sebuah telefon bimbit, hamper barangan koko. YB Dato Hamzah Zainuddin merupakan penyumbang terbesar hadiah-hadiah tersebut, selain daripada hadiah-hadiah untuk pertandingan bola sepak.

Sebagai penutup kejohanan yang telah berlangsung selama lebih kurang 4 bulan itu, YB Dato Hamzah sendiri telah turun padang untuk upacara penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. Dalam ucapan beliau, beliau sangat berbangga dengan sambutan yang telah ditunjukkan oleh masyarakat Larut. Beliau juga berharap agar pertandingan ini akan dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang dan beliau akan memberikan sokongan kepada program ini. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Kapt Najmuddin Haji Alias, ADUN Batu Kurau serta jemputan-jemputan yang lain.

Saudara KP, Sdr Mohd Anuar Ariffin selaku Pengerusi kejohanan juga melahirkan rasa bangganya terhadap sambutan yang telah diterima. Beliau berharap kerjasama dan sokongan yang diterima daripada YB Ahli Parlimen telah membuatkan kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Beliau melahirkan penghargaan kepada YB Ahli Parlimen yang telah memberikan peruntukan yang besar bagi memastikan satu program yang besar seperti ini dapat dijalankan di Kawasan Larut ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kejohanan ini, pemain-pemain, pengurus, jurulatih, pengadil, urusetia dan yang terlibat secara langsung mahu pun secara tidak langsung. Tanpa kerjasama anda semua, pasti kejohanan ini tidak dapat dijalankan dengan lancar.







Untuk melihat gambar-gambar lain, sila klik di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan