BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Rabu, 12 Januari 2011

Pemuda Pas Larut Terperangkap Dengan Mainan Politik Sendiri

1.1.11 sepatutnya menjadi tarikh yang akan mengubah persepsi negatif kepada DPPL . Debat yang sepatutnya menjadi ruang kpd Sdr Nazri Din untuk membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang berkaliber dan karismatik tidak digunakan sepenuhnya untuk mengangkat maruah DPPL . Saya amat terkejut dengan mainan politik yang langsung tidak menunjukkan kematangan oleh Nazri dan anak2 buahnya . Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa Nazri telah dengan sengaja cuba untuk memperbodohkan masyarakat atau khalayak dengan mainan politik yang amat menjelekkan .
Saya amat tidak menyangka bahawa politikus yang sepatutnya berada dipentas forum bersama saya adalah seorang politikus yang sangat rendah penilaian politiknya sehinggakan menggunakan debat ini sebagai isu murahan yang memalukan partinya sendiri. Malah lebih dari itu , saya dapat mengenali pemimpin pemuda Pas ini melalui sms yang dihantarkan kepada saya . Mungkin pada Nazri dan anak buahnya kegagalan mendapatkan permit dri pihak polis untuk berdebat adalah satu peluang keemasan untuk menyerang saya secara sembrono .
Menuduh Pemuda UMNO mempengaruhi pihak polis untuk tidak meluluskan permit adalah satu tuduhan berasaskan HUKUM RIMBA yang sering diguna pakai oleh altra kiasu PR. Rakyat mereka anggap seolah tidak boleh membaca mainan politik kuno mereka . Apakah rakyat sudah bersedia untuk memberikan mandat kepada parti yang menganggap bahawa parti politik pemerintah mempunyai hak mutlak ke atas undang - undang negara ? lalu dengan sewenang-wenangnya menyusun undang - undang mengikut hawa nafsu pemerintah !!
Sekiranya PR yang memerintah negara ini , inilah yang akan menjadi fenomena dan mimpi ngeri masyarakat Malaysia . Malah apa yang dilakukan oleh ADUN Komtar di Pulau Pinang baru - baru ini adalah contah bahawa mereka boleh bertindak diluar batas undang - undang negara .
Saya harap masyarakat dan pengundi Larut dapat melihat mainan politik kotor Pas di Larut ini . Memasang sepanduk dan poster untuk menjemput orang ramai menghadiri debat , sedangkan permit polis belum pun diluluskan menampakkan betapa mereka ini begitu ghairah membelakangi undang - undang .
Parti politik yang berprodukkan Islam ini , akhirnya menjatuhkan maruah Islam sendiri dengan tindakan keterlaluan mereka . Sehingga ke hari ini , saya tidak pernah berganjak walau seinci pun untuk berhadapan dengan golongan altra kiasu ini . Keyakinan bahawa perjuangan UMNO adalah benar demi untuk membela Agama , Bangsa dan Tanah Air membuatkan Pemuda UMNO tidak pernah mahu tunduk kepada sesiapa pun yang kini sedang mencemarkan kesucian Agama Islam dan Kedaulatan Bangsa Melayu . Ayuh Pemuda UMNO , RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN . HIDUP MELAYU!!!

5 ulasan:

  1. Itulah umno akan jawab pabila cabaran diterima. Kepada ketua pemuda umno lebih baik letak saja jawatan mu dan bergiatlah dalam tablig. itu lebih menjamin mu untuk ke syurga. Sapa takut sapa berani sapa dayus sapa bacul dan SAPA pengkhianat bersama mu TERJAWAB sudah. Sebagai cikgu mu yang pernah mengajarmu saya rasa ikutlah nasihat saya

    BalasPadam
  2. kepada KP Larut adalah tidak menarik juga saudara menjawab di dalam blog.. saya cadangkan saudara sendiri yang menyiapkan tempat ataupun hantar wakil berjumpa dengan pemuda pas bg berbincang mengenai debat.. melalui akhbar sinar harian, saudara sendiri yang mengajak pemuda pas berdebat.. jadi saudara harus berani untuk berdebat.. jangan hanya mengacah saja.. jika saudara yang memohon permit tentu saja polis meluluskannya.. ayuh bangun pemuda bt. kurau.. takkan nak dilabelkan pondan..

    BalasPadam
  3. Awat Diam Ja ni?
    tak dak cerita apa kat kampung ka?
    tak kan nak cerita politik 24 jam

    BalasPadam
  4. kp umno larut klu anda rasa anda betul silakan....jgn hanya pandai berkokok dikandang sendiri sahaja.......

    BalasPadam
  5. Yusop Hussin. Kg. Bechah....24 Mac 2011 pada 11:10 PG

    Satu perjuangkan Agama satu lagi perjuangkan Bangsa. Cekgu Pencen pernah ajar dia . Ambo pernah belajar Tusyen ngan dia. Ingat lagi ayat dia 'Saya bukan tak layak masuk Universiti, tapi belum masuk lg'..... Ambo raso mung elok tak payah bertanding lepas ni. bagi cekgu Amran bertanding pemuda Larut. Orang Kg ambo tu.

    BalasPadam