BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Ahad, 16 Mei 2010

PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK DUN KUBU GAJAH

Pemuda UMNO Felda Ijok menjuarai Pertandingan Bola Sepak Piala Dato' Hamzah untuk DUN Kubu Gajah setelah menewaskan Kampung Masjid dengan jaringan 2 - 1, petang tadi. Perlawanan akhir antara kedua-dua pasukan telah diadakan di Padang Majlis Daerah Selama di Kampung Masjid Ijok. Kedua-dua pasukan itu juga akan mewakili DUN Kubu Gajah dalam pertandingan peringkat parlimen pula nanti.

PENUBUHAN JAWATAN KUASA PENAJA PEMUDA SUNGAI DENDANG




Penubuhan Jawatan Kuasa Pemuda UMNO Sungai Dendang telah diadakan hari ni.

SELAMAT HARI GURU


Pemuda UMNO Larut ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada seluruh warga guru di Malaysia amnya, dan guru-guru di Kawasan Larut khasnya. Semoga dengan tema GURU PEMBIMBING NEGARA BANGSA, akan menjadi wadah perjuangan guru dalam mendidik anak bangsa, dan terus bersemangat menaburkan jasa bakti tanpa rasa jemu. Pengorbanan guru memang tidak dapat dinafikan. Berdirinya seorang Perdana Menteri, asalnya daripada didikan guru, berdirinya seorang Hakim, daripada didikan guru dan berdirinya seorang pemimpin adalah daripada didikan guru. Terima kasih guru. Terima kasih cikgu....

Sabtu, 15 Mei 2010

SELAMAT HARI BELIA


Pemuda UMNO Larut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Belia 2010 kepada semua belia khususnya kepada ahli-ahli Pemuda UMNO Larut.


"BELIA KREATIF PEMACU PEMBANGUNAN NEGARA"

Jumaat, 7 Mei 2010

PKR PATUT DENGAR






Anda boleh membaca ulasan di dalam blog DS Raja Ahmad Zainuddin.

Sabtu, 1 Mei 2010

LAPORAN POLIS UNTUK NIZAR

Tiga wakil kaum utama di Selangor hari ini membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa menyampaikan ceramah politik yang berbau hasutan semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Beliau didakwa membuat hasutan itu semasa berceramah di hadapan masyarakat Cina di Kg Baru Kalumpang pada 17 April lepas dan kenyataan beliau mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa di dalam ceramah itu telah dijadikan video klip dan tersebar di internet.
Laporan terhadap Mohammad Nizar itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 1.15 tengah hari tad.
Ia dibuat oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor Zulkarnain Abu Hanit, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Sg Pelek, M Ramesh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kg Baru Seri Dengkil, Chan Meng Foh.
Zulkarnain mendakwa perbuatan menghasut orang Cina di penempatan Cina adalah perbuatan politik yang melampau dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Nizar itu didakwanya berniat jahat.
"Kalau nak menang pun jangan ganggu keharmonian antara kaum di Hulu Selangor. Orang luar bawa kebencian boleh membangkitkan masalah antara masyarakat," dakwanya kepada pemberita.
Ramesh pula berkata beliau tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Mohammad Nizar dalam ceramah itu kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.Chan pula mendakwa kenyataan Mohammad Nizar boleh mengeruhkan hubungan antara kaum dan kerajaan mesti mengambil tindakan tegas.

Ahad, 25 April 2010

TERKINI: BN MENANG DI HULU SELANGOR

BN MENANG DI HULU SELANGOR

BN = 24997

PKR = 23272

MAJORITI = 1725