BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Isnin, 30 November 2009

Doa..Antara Kehendak Islam Dan Nik Aziz

Tiba - tiba kita tersentak lagi dengan kenyataan tok guru besar dari negeri yang kononnya serambi Mekah ; Kelantan . Pening saya apabila memikirkan bagaimana seorang yang dikatakan begitu tinggi pengetahuan agama Islamnya boleh mengeluarkan kenyataan sanggup mendoakan seorang saudara seagamanya ( Perdana Menteri Malaysia ) supaya ditimpa musibah jika tidak memberikan wang royalti minyak kepada kerajaan Pas Kelantan . Amat malang para pengikut Pas apabila memiliki seorang Mursyidul Am yang bersifat sebegini . Saya risau , pasti ada dikalangan pengikut , pemimpin , malah orang kiri dan orang kanan tok guru sendiri nanti yang akan didoakan agar ditimpa musibah hanya kerana tidak mahu mengambil selipar tok guru ! Begitu mudah jiwa seorang pemimpin seperti Nik Aziz untuk mengeluarkan fatwa dan kenyataan yang amat bertentangan dengan apa yang dibawa dan diamalkan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. Malah Allah SWT juga boleh dianggap tok guru sebagai turut mempunyai sifat ' samseng ' !!!
Kalau nak jadi stategis penyelamat / pengekal / sang penyelamat pemesongan minda penyokong Pas pun , jangan lah sampai Islam pun hendak dimanipulasi habis - habisan .
Terfikirkah kita , apakah yang perlu dijawab oleh insan - insan seperti ini apabila berhadapan dengan Allah SWT di Hari Kebangkitan nanti bila ditanya tentang kenyataan mereka yang amat mengelirukan dan bertentangan dengan ajaran Agama Suci Islam ? Mampukah mereka mempersendakan Tuhan Penguasa Di Hari Pembalasan nanti dengan 'lawak bodoh ' mereka '? Bagi saya yang tidak berlatar belakangkan pengajian Islam ini pun , amat jelas Nik Aziz telah jauh bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad . Rasulullah yang dihina , dicederakan hingga luka dan berdarah oleh orang kafir sekali pun , masih mendoakan agar orang jafir tersebut diberikan hidayah oleh Allah SWT . Inikan pula seorang Negarawan dan Pejuang bangsa seperti Dato Seri Najib yang merupakan seorang Muslim , bagi Nik Aziz , Najib layak untuk didoakan supaya ditimpa musibah . Fikirlah wahai saudara - saudaraku dalam Pas , nak ikut Rasul atau nak ikut Nik Aziz !!????
Bagi yang fanatik , berbuih mulut , berkajang tulisan kita sekali pun , Nik Aziz tetep betul dengan seribu satu alasan dan teori dalil mereka .
Rakyat mengharapkan Nik Aziz untuk menjadi seorang ulama yang membina rakyat dan bukan hanya penyokongnya sahaja . sebagai seorang Menteri Besar , Nik Aziz bukan sahaja bertanggungjawab kepada pengikut Pas tetapi kepada seluruh rakyat Kelantan dan Malaysia amnya . Sebagai orang tua , Nik Aziz perlu menjadi tauladan kepada seluruh generasi muda hari ini . Mungkin kalau saya sebut mengenai rasuah dan sumbangan bagi Nik Aziz adalah sama saja ..Ramai pengikut Pas pasti melenting......!

3 ulasan:

  1. salam aidil adha.....

    biarlah nik aziz nak doa sebanyak manapun yang dia mampu, dulu masa isu dsa dipecat dari kerajaan dan umno seluruh penyokong pas berdoa malah bersembahyang hajat hampir setiap malam mendoakan si "mahafiraun" ditimpa bala tetapi sebaliknya yang dituduh sebagai mahafiraun masih sihat walafiat sehingga kini. yang menuduh dan mengata bermacam-macam dah berkali-kali keluar masuk hospital..

    so, biarlah luncai terjun dengan labunya.... biarkan...biarkan...

    BalasPadam
  2. Akibat Politik lebih dari segala-galanya..
    sebab ini lah aku tak suka ulama dari mana2 parti politik..sebab segala perkataan dan fatwa selalunya menyebelahi parti mereka..

    Pemuda Kpg Paya

    BalasPadam
  3. dalam islam sendiri dah bgtaw orang yang dizalimi doanya akn dimakbulkn..to PM,msih ada lg ruang untk bertaubat..jgn xsempat bertaubat sdah la...

    BalasPadam