BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Selasa, 3 November 2009

Anwar oh Anwar..

Brother Anwar (BA) terus bermain kong kali kong lagi berhubung dakwaan kes liwat ke atasnya oleh Saiful. Entah sampai bila pulak kes ini akan dipersendakan oleh Anwar. Hari ini, mahkamah menetapkan bahawa 23 Nov ini sebagai tarikh untuk mendengar permohonan Anwar untuk membatalkan kes tersebut ke atas dirinya.
Penyokong PKR/Pas/DAP harus sedar tentang perkara ini dan mainan Brother Anwar untuk membatalkan tuduhan terhadapnya. Kenapa BA tidak berusaha untuk memastikan prosedur mahkamah akhirnya dapat mengesahkan bahawa beliau tidak bersalah sahaja? Kenapa mesti memohon supaya ianya dibatalkan? Seperti kata orang tua - tua , berani kerana benar, takut kerana salah. BA pasti ada jawapannya sendiri. Kak Wan Azizan juga tidak ketinggalan untuk turut sama menasihatkan suaminya yang tercinta untuk 'masuk ' saja ke mahkamah dan 'berjuang' mempertahankan kebenaran yang dikatakan berpihak kepada BA.

Laungan Pakatan pembangkang supaya sistem kehakiman di negara ini sentiasa diberikan kebebasan untuk menjalankan tanggungjawabnya, tidak mampu dilakukan sendiri oleh BA sendiri. Lantas apakah yang akan terjadi kepada negara kita sekirannya BA menjadi Perdana Menteri nanti? Negara kita akan menjadi bahan persenda negara lain di seluruh dunia, keyakinan kerajaan dunia luar untuk berurusan dengan kita demi kebaikan ekonomi negara turut juga akan terhakis. Lantas, bangsa Melayu yang hari ini sedang berlumba dengan kaum lain di negara ini akan terus tertekan dan ketinggalan. Ditambah pula dengan fahaman republik yang dibawa oleh BA dalam perjuangannya kini , Melayu pasti tidak mampu diselamatkan lagi.

Fikir - fikirlah wahai para pengundi dan rakyat Malaysia. Marilah sama- sama kita berdoa dan berusaha agar pemimpin dan parti hipokrit seperti gabungan pembangkang tidak ditakdirkan Allah swt untuk memerintah negara kita.

Teringat saya kepada jenaka seorang sahabat semalam... PKR - Pu...g Kena Ready.... entah lah .. tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata .

3 ulasan:

  1. salam....


    sejak dari awal jika rakyat malaysia dapat menggunakan akal yang waras sudah tentu boleh berfikir kenapa tidak pak sheikh anwar pergi ke baitullah berdoa di hadapan ka'abah sebagai orang yang terainaya kerana dilucutkan jawatan timbalan perdana menteri (tpm) pada tahun 1998.

    semua kita tahu bahawa doa orang terainaya sangat makbul tambahan jika beroa di hadapan ka'abah.

    kemudiannya apabila sdr saiful melakukan sumpah laknat di masjid wilayah dan ramai orang meminta pak sheikh kita turut berbuat demikian tetapi dengan berbagai alasan beliau mengelak daripada melakukannya.

    kini dengan berbagai helah beliau cuba melenggahkan perbicaraan yang telah melewati setahun dari tarikh sebutan di mahkamah. beliau dengan barisan peguamnya cuba untuk mencari kelemahan pihak pendakwaan supaya kes ditolak dengan alasan teknikal dengan itu beliau tidak perlu dibicarakan dan dibebaskan.

    itu adalah rentetan daripada sandiwara pak sheikh kita di dalam permainan politiknya, rakyat tersirna dengan lakonan pak sheikh yang akhirnya terus menyokong perjuangan politik peribadi beliau.

    selepas beliau dipecat dari jawatan tpm dulu hampir setiap masjid di seluruh pelusuk negara (anjuran puak ergodan dalam pas) mengadakan solat hajat untuk memberi petunjuk siapa yang benar antara tun dr mahathir dengan pak sheikh dan semoga allah melaknat orang yang bersalah yang rata-rata orang mengatakan tun dr m
    yang bersalah, tetapi hakikatnya tun dr m semakin sihat sehingga kini dan sememangnya ini membuktikan bahawa tindakan tun dulu adalah tepat dan benar.

    sebenarnya secara logik rakyat boleh menilai kebenaran perlakuan pak sheikh di dalam setiap tuduhan yang telah dibuat keatasnya. cabaran sdr ezam dan nalla karuppan supaya wan azizah, presiden pkr memberi penjelasan berhubungan dengan masalah moral penasihat pkr itu juga satu bukti dan penjelasan kukuh dengan semua tuduhan yang dihadapi pak sheikh kita kerana sehingga hari ini mereka berdolak-dalih daripada mendedahkannya.

    sampai bilakah rakyat akan terus terpedaya dengan sandiwara pak sheikh dan kroninya? adakah pada pru13 nanti rakyat akan terus memberi sokongan dan mandat kepada pak sheikh kita mencapai hasrat dan cita-citanya untuk memerintah malaysia sebagai perdana menteri ke7. sangupkah kita berada dibawah kekuasaan pak sheikh selama 5 tahun selepas itu...?

    fikir-fikirkan lah.....

    BalasPadam
  2. Yang menjadikan masalah ini bertambah rumiit ialah mahkamah kelihatan seperti mengikut telunjuk permainan A.I dan barisan peguam beliau untuk melengahkan masa.....jika perkara itu terjadi kepada penyokong BN...merreka akan mengatakan mahkamah melambatkan kes untuk menutup kes tetapi apabila terkena atas batang hidung Anwar...mereka diam.
    MdSaad

    BalasPadam
  3. cerita sama berulang kembali...umnongok dh xtaw cra macm mana nk jtuhkn dsai..wat ftnah bnyak2..kat dunia hangpa blh la terlepas..kat akhirat yang kekal abadi t hang pa taw la..kami rakyat perak dh muak ngan perangai bermuka2 juak2 dlm umno nie...mdsaad

    BalasPadam