BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Ahad, 16 Mei 2010

PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK DUN KUBU GAJAH

Pemuda UMNO Felda Ijok menjuarai Pertandingan Bola Sepak Piala Dato' Hamzah untuk DUN Kubu Gajah setelah menewaskan Kampung Masjid dengan jaringan 2 - 1, petang tadi. Perlawanan akhir antara kedua-dua pasukan telah diadakan di Padang Majlis Daerah Selama di Kampung Masjid Ijok. Kedua-dua pasukan itu juga akan mewakili DUN Kubu Gajah dalam pertandingan peringkat parlimen pula nanti.

2 ulasan:

  1. Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PAKKU) mendesak kerajaan membatalkan serta merta lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

    Keputusan itu dibuat pada mesyuarat dewan tertinggi pertubuhan itu yang dipengerusikan presiden Tan Sri Adam Abdul Kadir dan dihadiri beberapa anggota lain antaranya bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid dan bekas menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan Tan Sri Sabbaruddin Chik, kata naib presiden Tamrin Ghafar dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

    Berjaya Corp dilaporan telah menerima kembali lesen perjudian sukan.

    Pada 6 Mei, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen berkenaan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

    -- Bernama

    BalasPadam
  2. KUALA LUMPUR, 18 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran 3 Julai depan bagi membantan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia bermula Jun ini.

    BalasPadam