BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Isnin, 17 Mei 2010

PRK SIBU - DAP MENANG - CINA TAK MAU UNDI BN?

SIBU, 16 Mei (Bernama) -- Calon DAP Wong Ho Leng memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi.
Beliau memperolehi 18,845 undi bagi mengalahkan calon Barisan Nasional Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas Narawi Haron yang beroleh 232 undi.


Keputusan Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen Sibu

Berikut adalah keputusan penuh pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu di Sarawak yang berlangsung Ahad.

1. Robert Lau Hui Yew (BN)................ 18,447 undi
2. Narawi Haron.......(BEBAS)............. 232 undi
3. Wong Ho Leng.......(DAP).............. 18,845 undi

Jumlah mengundi/Votes cast...............37,919
Peratus/Percentage.........................70 peratus
Undi rosak/Spoilt votes.....................395
Majoriti/Majority.......................... 398
Undi pos/Postal votes...................... 2,429

Penyandang: Datuk Robert Lau Hoi Chew (BN) (meninggal dunia 9 April 2010)
Undi diperoleh: 2008: 19,138
Majoriti: 3,235 (tewaskan Wong Ho Leng-DAP)
sumber - BERNAMA

5 ulasan:

  1. RM18 juta memang tak patut diberikan kepada sekolah jenis kebangsaan cina. Nasib baik kalah. Kalau tak dah rugi. Undi Cina merosot tapi masih dapat habuan.

    Prioritise our own race

    BalasPadam
  2. KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN RAKYAT

    17 Mei 2010

    Syabas Rakyat Sibu

    Syabas rakyat Sibu! Terima kasih saya ucapkan kerana memilih Sdr Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen Sibu yang baru, menggantikan mendiang Robert Lau Hoi Chew. Rakyat Sibu membuktikan kepada kita semua bahawa kuasa rakyat, kuasa keramat. Mereka menzahirkan kepada kita semua, misi Menyelamatkan Malaysia dari segala kebejatan merupakan matlamat utama ketimbang tunduk menyerah kepada sogokan pimpinan Umno-BN.

    Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat. Sekali lagi anda perlihatkan kekuatan yang mengagumkan walau terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta dokongan aparat-aparat lainnya. Ternyata keikhlasan, kecekalan dan kegigihan membuahkan hasil bermakna, malah memberi pelajaran berguna kepada Pakatan Rakyat buat merenung erti semangat perjuangan yang selama ini menjadi pemangkin kepada Agenda Selamatkan Malaysia.

    ANWAR IBRAHIM
    Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
    Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

    BalasPadam
  3. Rakyat sebenarnya sudah muak dengan permainan politik Barisan Nasional terutamanya setiap kali pilihan raya kecil.

    Mereka (BN) terlalu mudah untuk membeli jiwa rakyat dengan wang, kebangkitan rakyat pada kali ini menunjukkan mereka mempunyai maruah tanpa boleh dibelikan oleh sesiapa sahaja.
    (Gambar - Bendahari Agung PAS Dr Mohd Hatta Ramli turut meraikan kemenangan)

    Ahli politik Veteran, Lim Kit Siang berkata demikian ketika mengulas kemenangan Pakatan Rakyat yang diwakili DAP menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen P.212 Sibu.

    Beliau menasihatkan Perdana Menteri Dato; Seri Najib Razak menambil iktibar atas kekalahan itu, bahawa Sarawak atau Sabah bukan 'fixed deposit' BN selama-lamanya.

    Keputusan pilihanraya yang diumumkan agak lewat semalam, menunjukkan angin perubahan yang besar apabila calon Pakatan Rakyat dari DAP, Wong Ho Leng memenangi kerusi P212 Bandar Sibu dengan majoriti 398 undi.

    Selain kemenangan pertama Pakatan Rakyat Sarawak, ia juga telah memberi kesan yang teruk kepada Barisan Nasional yang dianggap terlalu kuat di Sarawak.

    Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata BN perlu sedar dengan mesej yang telah dihantar oleh rakyat Sibu, mereka sebenarnya telah muak dengan pemerintahan Barisan Nasional yang tidak ada pembelaan.

    "Najib kena ingat rakyat tidak mahu diperbodohkan lagi, kita kena bekerja dengan ikhlas kerana rakyat dimana letaknya keikhlasan perjuangan sebenar setiap parti yang bertanding. Kemenangan ini menunjukkan rakyat sudah sedar mereka tidak mahu lagi di tipu oleh Barisan Nasional selama-lamanya," jelasnya.

    BalasPadam
  4. Najib harus memberi perhatian yg serious dgn yg berikut:
    1. BN tidak lagi diterima oleh kaum Cina. Mereka telah nampak bhw MCA dan Gerakan tidak mampu utk memenuhi cita2 kaum Cina iaitu utk memerintah Malaysia spt Singapura. Kaum Cina tidak berpuas hati dgn hanya memegang 70% ekonomi Malaysia. Mereka kalau boleh mahu bolot semua.
    2. Kaum Cina sedar bhw DAP yg berkiblatkan Singapore akan menjadikan negara Malaysia sebuah republik utk mereka berkuasa politik seterusnya. Jika ini berlaku, tak usah haraplah orang Melayu boleh bangkit semula. Pembangkang Melayu akan disenyapkan dgn tindakan memufliskan mereka spt yg berlaku di Singapore.
    3. Inilah masa yg sangat sesuai utk Cina merebut Puterajaya melalui PKR dan PAS. Sebab kaum Melayu berpecah kpd UMNO dan PAS. PAS pula hanya mahu dapat peluang memerintah sahaja. PAS tak kira kalau kuasa politik yg sebenarnya akan berada di tangan DAP. Tengok sahaja di Selangor dan di Penang, bagaimana PAS bagaikan patung bisu yg tidak langsung membela kaum Melayu.
    4. Perhatikan bagaimana Anwar dari PKR digunakan oleh DAP utk menekan Nik Aziz dari kumpulan Erdogan PAS supaya jangan sekali2 berkerjasama dgn UMNO spt yg diura2kan oleh Hadi dan Nasha. DAP tahu jika UMNO dan PAS boleh berkerjasama, orang Melayu akan jadi sangat kuat dan berupaya menghalang cita2 jahat kaum Cina. Melayu boleh meminda perlembagaan dan melenyapkan terus kuasa ekonomi dan politik kaum Cina dgn cara yg dilakukan oleh Kerajaan PAP Singapore. Niat jahat mesti dihalang dgn tegas dan berani.
    5. Ini sekarang kaum Melayu sedang melihat bagaimana Najib sedang sangat berlembut dgn orang Cina dan membiarkan diri dipulas tangan (arm twisting) oleh MCA dan Gerakan. Kononnya nak ambil hati kaum Cina. Tak perlu lagi sebab kaum Cina sudah tak ada hati lagi dgn BN!
    6. Utk kembalikan kuasa politik kpd orang Melayu di PRU13 nanti, UMNO haruslah meletakkan calon Melayu tempatan di kawasan majoriti Melayu. Calon Cina atau India hanya boleh diletakkan di kawasan majoriti Cina sahaja. Jangan beri muka kpd kaum Cina ini. Ada mereka beri muka kpd kaum Melayu?
    7. Utk survival orang Melayu, PAS dan UMNO mesti berkerjasama. Tolak ke tepi segala perbezaan. Tengok bagaimana kaum Cina dari MCA, Gerakan dan DAP pun boleh bersatu utk agenda jahat mereka. Kenapa kita orang Melayu tak boleh?
    8. Tengok bagaimana PR telah mainkan isu agama dan perkauman di PRK Sibu dan Najib tidak ambil sebarang tindakan yg tegas dan berkesan. Kalau zaman Tun Mahadir sudah lama petualang2 negara ini telah diISAkan. Fikirkanlah utk keselamatan rakyat. Jangan asyik berselogan shj yg rakyat akan didahulukan! Sebenarnya kaum Melayu nampak slogannya harus ditukar kpd "Cina didahulukan!"
    9. Orang Melayu dan Raja2 Melayu mestilah bangun dari tidur sebelum terlambat. Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur! Menyesal dahulu kedapatan menyesal kemudian tak berguna!
    Allah hu Akbar.

    BalasPadam
  5. Dua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat di Sarawak telah digantung selama 12 bulan petang tadi. Oleh kerana itu sidang ini merupakan yang terakhir buat Sdr Chong Chien Jen dan Dominique Ng sebelum berlangsungnya pilihanraya negeri. Pergantungan ini menyebabkan kedua-dua mereka terhalang dari mengikuti perbahasan belanjawan negeri yang kebiasaannya dibentangkan pada bulan November nanti.

    Hanya tidak sampai beberapa hari selepas kemenangan di Sibu, Barisan Nasional mula memperlihatkan keangkuhan dengan kekuasaan yang dimiliki. Apakah mungkin selepas ini rakyat pula menjadi mangsa hanya kerana memilih Pakatan Rakyat? Sikap memberi habuan hanya apabila calon mereka sahaja yang dipilih dan menghukum pula apabila ditolak membuktikan Umno-Barisan Nasional tidak mampu berubah.

    ANWAR IBRAHIM

    BalasPadam