BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Ahad, 1 Ogos 2010

BOLA SEPAK 9 SEBELAH - KPD B JUARA




Pasukan KPD 'B' telah dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Kalah Singkir yang telah dianjurkan oleh Belia Bertam Bersatu dengan kerjasama Pemuda UMNO Larut petang tadi. Kemenangan telah ditentukan melalui sepakan penalti setelah tamat masa permainan yang berkesudahan dengan seri. Dalam perlawanan akhir tersebut, pasukan KPD 'B' telah menewaskan pasukan UMNO Kamunting. Dengan kemenangan tersebut, Pasukan KPD 'B' berjaya merangkul Piala Ketua Pemuda Larut, trophy iringan dan wang tunai RM1000. Manakala pasukan UMNO Kamunting pula memenangi wang tunai RM700 selaku Naib Juara. Tempat ketiga dirangkul oleh pasukan Sawit Corner FC manakala tempat keempat disandang oleh pasukan Zoo Taiping, masing-masing memenangi wang tunai RM500 dan RM300. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YBM Dato Raja Haji Ahmad Zainuddin bin Raja Ahmad, ADUN Kubu Gajah dan Ketua UMNO Bahagian Larut, yang turut merasmikan penutupan pertandingan.
Pertandingan ini telah mendapat penyertaan sebanyak 42 buah pasukan dari pasukan-pasukan tempatan dan luar. Pada pusingan awal, perlawanan telah diadakan di dua buah padang, iaitu di Padang Bukit Bertam dan Padang Astaka, Batu Kurau. Semua perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir diadakan di Padang Bukit Bertam.
Untuk melihat gambar-gambar lain, sila KLIK DI SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan