BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Jumaat, 14 Januari 2011

Post ini dari Blog Lintau Perak
Debat Isu Melayu dan Islam: Minda Ketua Pemuda Pas Larut Macam Beruk Ketagih Pisang


Telatah Ketua Dewan Pemuda Pas Larut, Nazri Din amat memalukan. Nazri dilihat terlampau suka dan mengidam nak berdebat.

Telatah Nazri ini samalah seperti beruk yang suka buah pisang. Apabila ternampak pisang dah terliur dan terlompat-lompat terhegeh-hegeh.

Ini berlaku apabila Ketua Pemuda UMNO Larut menunjuk-nunjukkan sesikat pisang kepada Ketua Dewan Pemuda Parti Melayu Islam Pas Larut. Menyebabkan Nazri Din sudah tersengih menyeringai bergayutan hari demi hari untuk mendapatkan pisang itu.

Akibatnya apabila Sdra. Mohd Anuar Ariffin tidak juga mencampakkan pisang itu, Nazri Pas menjadi kelamkabut. Nafsu nak berdebat tidak dapat dilangsaikan. Nazri Pas menjadi marah dan menjadikan isu tak dapat pisang itu mengutuk Sdra Mohd Anuar sebagai penakut.

Betulkah Ketua Pemuda UMNO Larut penakut? Atau Ketua Dewan Pemuda Pas tidak cerdik?

Sumber: Perak.pas.org

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Ketua Dewan Pemuda PAS Larut Nazri Din menyelar tindakan Ketua Pemuda Umno bahagian yang mungkir janji untuk berdebat isu Melayu Islam.

Beliau yang kecewa dengan ketidakhadiran Mohamad Anuar Arifin pada debat yang dijadual malam semalam mendakwa, pemuda Umno penakut dan hanya pandai bermain wayang.

"Pemuda Umno dilihat cuba bermain wayang apabila satu persatu alasan diberikan untuk mengelak dari menyertai debat dan itu sudah disyaki sedari awal lagi.

"Buktinya sehingga tepat hari dan masa yang dijanjikan untuk berdebat, pemuda Umno masih lagi menyorokkan diri disebabkan takut untuk berdepan dengan pemuda PAS di pentas debat," kata Nazri kepada Harakahdaily.

Ketua Pemuda Pas Larut tidak faham cara UMNO mentadbir parti. Dalam pertubuhan UMNO tidak ada siapa yangboleh buat sesedap hati sendiri. Semuanya dilakukan setelah dikaji dan dibawa mesyuarat. Keputusannya dipatuhi oleh semua pihak termasuk pemimpin.

Begitulah dengan isu berdebat ni. Ketua Pemuda UMNO Larut tidak akan lakukan tanpa mendapat restu kepimpinan lain terutama pemimpin Bahagian. Manakala pemimpin Bahagian pula tidak akan merestui apa-apa tindakan yang tidak perlu atau melayan mana-mana pihak yang tak diperlukan.

Cara UMNO berbeza dengan cara Pas. UMNO Patuh pada pemimpin dan berpegang kepada keputusan musyawarah dan pandangan jemaah.

Pas tidak begitu. Sesiapa sahaja boleh lakukan apa yang mereka kehendaki. Pemimpin mereka melanggar undang-undang pengikut akan berduyun-duyun berbuat begitu. Pemimpin mereka menghina polis, pengikut akan memaki hamun dan menerajang polis.

Dalam hal debat ini UMNO langsung tidak berminat kerana tugas parti pemerintah ini bukan berdebat dan bercakap kosong. Banyak kerja untuk kepentingan rakyat yang perlu diselesaikan. Masalah kenaikan harga barangan pengguna -perlu ditangani.

Daripada menghabiskan masa berdebat lebih baik pemuda UMNO turun menemui generasi muda dan menawan hati mereka melalui program yang mesra rakyat. Pemuda UMNO perlukan masa untuk mendekati dan menyemai rasa patriotik anak-anak muda kepada agama, bangsa dan negaranya.

Berbeza dengan Pemuda Pas yang tidak ada apa-apa tanggungjawab. Hanya membuang masa dengan menabur kebencian dan menyuburkan emosi marah kepada kerajaan.

Berdebat dengan manusia yang jumud samalah mengajak syaitan bersolat jemaah.

Posted by Lintau Perak at 12:08:00 AM

14 ulasan:

  1. cakap KP UMNO takut.. aku berani kata yg KP UMNO bukan seorg yg pandai berhujah.. melaui tulisan mungkin..

    BalasPadam
  2. menulis pon taik kucin juga.....hahaha habis malu semua pemuda di kawasan larut...malu tujuh keturunan...eloknya KP letak jawatan seperti cadangan Tabuans....

    BalasPadam
  3. cakap berdegar-degar.. bila sahutan dijawab menikus pulak.. itu cuma berani seketika.. seorang KP harus berani sentiasa & pandai berhujah.. KP ganti sajalah dgn Md Effendi bin Mohd Teridi (mungkin fendi lg bagus)

    BalasPadam
  4. sebenarnya KP silap mengatakan Macam Beruk Ketagih Pisang.. kerana takut utk dtg debat ini KP telah meletakkan dirinya di tempat yg menuju ke bwh.. mcm mana higher level nk menilai diri kita kalau awal2 dh mengaku kalah.. mungkin KP nk menonjolkan diri tp tersilap langkah.. KP perlu lebih pandai berpolitik.. jgn jadi katak bawah tempurung.. ingat org tukugho..

    BalasPadam
  5. tanpa nama pun penakut juga.ulasan ja berdegar degar.kata kat kp ja penakut tp yg sebenar nya tanpa nama ni lbh penakut,dayus & bacul.klu btul berani bg nama penuh & alamat tempat tinggal la.lg pun org yg takda nama ni,nak kata hantu pun ada nama.binatang pun ada nama.ni kan manusia takda nama.apa masa daftar sijil kelahiran tu tulis TANPA NAMA ke @ pemaklum bg nama TANPA NAMA.JGN HANYA PANDAI MENGATA KAT ORG JA TAPI DIRI SENDIRI TU LEBIH TERUK.ingat la SEBELAH TANGAN KITA ADA 5 JARI,KLU 1 JARI TELUNJUK KITA MENUDING KE ARAH ORG LAIN,3 JARI LG AKAN MENUDING KE ARAH DIRI SENDIRI.JGN INGAT KITA SJ YG BAGUS,ADA ORG LAIN LG BGS DRPD KITA.SESUNGGUH NYA ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI,MELIHAT & BERKUASA.JD DIA MENGETAHUI SIAPA YG BENAR,SIAPA YG SLH.SIAPA YG BERANI @ SEBALIK NYA...

    BalasPadam
  6. Zaman ni mana ada orang berdebat-debat. Orang nak buat kerja.

    Pas memang la takde kerja, asik bercakap, ceramah merapu, berbual kosong kat kedai kopi, kat surau.

    Mujur Kerajaan ambil jadi kakitangan di bayar gaji, kalaw tak, haruslh makan pisang hutan.

    Dah banyak kali kita tengok, Pas kalau berdebat bukan ada fakta, pakai logik dan retorik jer. Nak bagi sedap masukkan petikan ayat quran ngan hadis. Beruk2 tak tau hujung pangkal menjerit "Allahuakbar" bial terdengar ketua monyet menjeritk "takbirrr".

    Buat malu kat orang bukan Islam jer.

    Tak usahlah berdebat, baik buat kerja utamakan rakyat.

    Biarlah Pas berdebat nak tunjuk terror...mudahan jadi terorrist. Markaz pun kita lihat dah banyak yang ditumbuhi rumput dan dinding papan dah di makan anai2...cam mana nak berdebat? Nak buktikan apa?

    BalasPadam
  7. Apa kata UMNO Cawangan/Bahagian tuan anjur ceramah bertajuk KETUANAN MELAYU MENGIKUT ULAMA NUSANTARA. Dalam tajuk ini, kita akan faham bahawa UMNO tanpa sedar telah melaksanakan segala nasihat ulama-ulama besar Melayu dahulu kala. Maka sebab itulah Allah SWT pelihara UMNO hingga kekal relevan ke hari ini berbanding PAS. Kita juga akan faham bahawa perjuangan melalui bangsa adalah sunnah Rasulullah SAW dan memahami kesesatan aqidah Nik Aziz dari sudut ilmu yang dibahaskan dalam kitab-kitab Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Sila layari http://www.docstoc.com/docs/55052418/Bangsa-Melayu-Mengikut-Ulama-Ahlu-Sunnah-Wal-Jamaah

    Mohd Fadhil bin Musbah al-Marwa ialah seorang guru pondok berumur 42 tahun yang berasal dari Sungai Merab, Kajang. Datuk mertua beliau ialah Tuan Haji Hamid Kajang, pengasas Maa’had Hamidiah Kajang. Beliau adalah bekas pelajar Maktab Sains Sultan Ahmad Shah (1982-1986) yang memilih jurusan pengajian bersanad di Pondok Tunjuniah, Kota Bahru; Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan Pondok Kerandang, Besut. Pernah bertugas sebagai guru JAIS dan KEMAS. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran tinggi, memadailah disediakan saguhati yang mengambil kira duit tol, duit petrol dan duit makan. Beliau boleh dihubungi melalui anak muridnya, Ustaz Mohd Saiful A. Karim di talian 013-365 5715 atau 019-366 9741.

    BalasPadam
  8. Yusop Hussin... Kg. Bechah..22 Mac 2011 pada 9:37 PTG

    'Zaman ni mana ada orang berdebat-debat. Orang nak buat kerja'
    Korang buat kerja ke?... silap. muma wat keja ka? Aku pernah terlibat ngan politik, kat Kelana Jaya masa pemilihan... Aku tahu Environment nye... Politik memang tempat orang bercakap bukan buat kerja, so berdebat la... kalau tak berani jangan ajak. Lani aku dok atas pagar je.. macam mana hang pa nak yakinkan pengundi atas pagar cam aku ni... DEBAT la .. bg kami nampak sapa yang layak...

    BalasPadam
  9. Kalau nak buat kerja gak, hang pa pi mintak peruntukkan kat Muhiddin YAAAAsinnnn. Tolong repair SEKOLAH JELAI yg terbakar... berjamban dah.. DAH LAMA DAH kata madey....

    BalasPadam
  10. Ketua pemuda pekan selasa23 Mac 2011 pada 12:20 PG

    orang politik pandai cipta alasan.. berjuang untuk rakyat lah, untuk tanah air lah.. padahal nk dpt projek.. sama mcm KP umno larut, nk tunjuk hebat la konon..last2 terkangkang.. nk berjuang untuk kemajuan lah.. mana kemajuannya batu kurau.. dlu sampai skrg dok mcm tu jgak.. sinonim dgn ungkapan 'pekan koboi'

    BalasPadam
  11. Mohd Yusop B mat Hussin.... Pemuda Kg. Bechah..23 Mac 2011 pada 8:53 PG

    Huuuhhhhh.... Tak kan sampai LINTAU yang tolong jawabkan. Bg aku komen Tanpa Nama tak ada masalah, ianya lebih bersifat teguran..tidak melampau kutukkan.. BILA BERLAKU KOMUNIKASI DUA HALA, APABILA SATU PIHAK MENYATAKAN HAJAT DAN SATU PIHAK LAGI MEMIYAKAN HAJAT TERSEBUT, MAKA BERLAKUNYA PERJANJIAN, APABILA BERLAKUNYA PERJANJIAN, MENYATAKAN KESUDIAN, BILA DAH SUDI KITA KENA BUAT LA... NI DOK G. LAGU MANA. BUAT ORANG TERTUNGGU2. .. Khairul komen mung tak menarik. itu hak dia la tak nak letak nama. Ini sampai ke sijil lahir mung keluar. ayat macam tu aku dah biasa dah dengar/baca. apa2 hal pun good luck.....

    BalasPadam
  12. ‘Pelakon politik’ jadikan ‘penonton bodoh’....
    SHAH ALAM - Generasi baru di negara di ini dijadikan ‘penonton bodoh’ oleh ‘pelakon politik’ yang mempunyai kepentingan peribadi, susulan pendedahan video seks pemimpin pembangkang.

    Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, generasi masa kini didedahkan dengan cerita politik yang tidak baik dan kotor untuk tatapan mereka seharian.

    Menurutnya, golongan ini perlu menolak corak politik yang sedemikian dan mendesak supaya satu bentuk politik baru yang mengutamakan pemikiran idea dan cara membangunkan umat.

    ”Marilah kita meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka.

    ”Tanpa mengira parti mereka mesti diusir dari permainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka mengelak kain orang. tak kira kerajaan atau pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

    KITA PATUT MENERAPKAN POLITIK BARU SEPERTI SETIAP CALON DIBERIKAN TEMPAT DAN MASA UNTUK BERDEBAT DI KHALAYAK. SEPERTI YANG DILAKUKAN DI US. BIAR KHALAYAK MENILAI KEUPAYAAN CALON. GELANGGANG HARUSLAH RATA BARU PERTANDINGAN ADIL.

    Ini tak, ajak orang berdebat, lepas tu lari bercawat. Macam mana orang nak percaya kat hang. MEMALUKAN PARTI. LETAK JAWATAN LA. BG KAT ORANG LAIN YANG BERANI. hang menunjukkan yang hang ni pemimpin yang lemah. LAIN KALI JANGAN BANYAK BERCAKAP, TAPI BANYAK BUAT KERJA. BERCAKAP JE TAK DE HASIL. BUAT KERJA BARU ADA HASIL. KALAU HANG BOLEH BUAT KERJA BARU ORANG PERCAYA. Satu lagi, buat baik dengan lawan kalau nak pikat lawan. nak jd pemimpin bukan senang, hang patut kena study, banyak baca buku. cari pemimpin dan jadikan mereka idola, ikut cara mereka memimpin. Hang kalau duduk dalam lingkungan kawan2 hang je, hang tak berkembang, hang tak nampak pendapat orang lain. kawan2 bukan nak tegur tapi nak ajak je.
    ROJER N OUT.

    BalasPadam
  13. saya kurang bersetuju dengan kata2 tanpa nama yang mengatakan bahawa kp penakut..jgn disangka yang tidak disahut itu penakut dan kalah..tp strategi dan juga kebenaran penaung tertinggi yang perlu untuk direstui..umno bukan lah satu parti yang lintang pukang n sesiapa sahaja boleh untuk membuat kenyataan...umno ada prosedur dan aturan tersendiri yang perlu diikut...harus untuk dihormati...juga kepada penyokong effendi..jgn laj buat kenyataan sedemikian.kita dalam satu parti..undi untuk kp telah ditetapkan.jd terus kan usaha untuk bentuk perpaduan dan kemuafakatan..bukan untuk memecah belahkan semua pihak dalam parti

    BalasPadam
  14. KALO TAK TAKUT NAK KATA APA LAGI? DIA MENGAJAK BERDEBAT, DIA CABUT LARI.. MCM NI KE NAK JADI PEMIMPIN.. ALASAN IKUT PROSEDUR LA KONON.. HABIS TU APSAL AWAL2 MENCABAR ORANG.. NILAI DIRI TU DULU DI TAHAP MANA.. DARI DOK MENCABAR ORANG BERDEBAT BAIK BUAT PEMBANGUNAN DI PEKAN KOBOI TU (BATU KURAU)..

    BalasPadam