BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Ahad, 15 November 2009

Banjir Di Selama Terburuk Dalam Tempoh 13 Tahun

13 Nov. Kejadian banjir yang berlaku di Selama kali ini , saya difahamkan adalah yang terburuk dalam tempoh 13 tahun . Saya telah pergi melawat ke sekitar kawasan yang terlibat bersama - sama ahli parlimen . Terlalu banyak kerugian dan kemusnahan telah dialami oleh penduduk yang terlibat dengan bencana banjir kali ini . Saya dan YB Dato Hamzah yang pergi melawat ke beberapa rumah turut sempat melihat sebuah rumah di Kpg Tapah yang runtuh kerana dilanda arus deras banjir . Mujurlah tuan rumah tersebut sempat terjun dan menyelamatkan diri. begitu pun sebahagian rumahnya ranap menyembah bumi .
Sebuah jambatan gantung di Sg Seputeh juga turut musnah sama sekali akibat arus deras sungai . YB Dato Hamzah telah mengarahkan supaya pembinaan semula jambatan berkenaan di uruskan segera oleh Jabatan Saliran Daerah . Saya percaya lebih 300 keluarga yang terlibat dengan banjir , walaupun hanya sebahagian sahaja yang dipindahkan . Menurut rakan - rakan di Selama , mereka terpaksa berenang ke sebuah rumah warga tua untuk menyelamatkannya daripada dihanyut arus banjir pada awal pagi khamis . Tahniah dan syabas atas kesungguhan mereka menyelamatkan ramai keluarga yang tiba - tiba diterperangkap dalam banjir yang naik mendadak .
YB Dato Daud juga hadir pada malam kejadian , saya difahamkan beliau hanya pulang pada jam 6 pagi tadi . Bagi pihak Pemuda UMNO Bahagian Larut , saya sempat menghulurkan bantuan kepada beberapa keluarga dan pusat perpindahan yang dibuka . Insallah , Pemuda UMNO Bahagian akan terus membantu seberapa yang mampu kepada mangsa banjir dari masa ke semasa .
Kerajaan BN sekarang sedang mengkaji kaedah yang perlu untuk menghalang banjir ini dari berulang . Perbelanjaan dianggarkan melibatkan puluhan juta ringgit demi kesejahteraan rakyat. Sama - samalah kita berdoa kepada Allah swt , agar bencana seperti ini tidak lagi melanda kawasan kita .

3 ulasan:

  1. Tuan KP,
    "Kejadian banjir yang berlaku di Selama kali ini , saya difahamkan adalah yang terburuk dalam tempoh 13 tahun ." Sedikit pembetulan, pada tahun 2003 telah berlaku banjir yang lebih besar dan lebih menyeluruh di kawasan Ulu Selama menyebabkan penduduk terputus hubungan yang lebih teruk.

    Apabila berlaku bencana alam seperti ini, berlaku satu penyakit yang sinonim dengan kita(tak semua). Menuding jari mencari kesalahan. Saya fokus kepada kampung saya, saban kali jika berlaku banjir tak kira besar atau kecil, perkara yang selalu diungkitkan ialah bantuan atau sumbangan lambat. Sebahagian daripada kita di kampung saya, menyalahkan JKKK yang kononnya tidak buat kerja dan menyalahkan agensi kerajaan yang lambat membantu. Contohnya, ketika saya membawa anggota bomba untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap pada jam 1 pagi,mereka ini menolak untuk ikut ke pusat pemindahan. Mungkin mereka lebih sayangkan harta mereka. Keesokkannya, saya berjumpa dengan geng ini, mulalah menyalahkan kelewatan yang berlaku. Saya cuba menjelaskan keadaan tetapi bagai mencurah minyak dalam api. Satu lagi kejadian, disebabkan beras sekampit, hampir berlaku hampir bergaduh tok ketua dengan rakyat kampung.

    Apa yang nak diutarakan ialah kita seolah olah, hilang sifat2 sabar apabila ditimpa musibah bencana. Kita hilang kewarasan. Yang bercakap pula, bukan budak budak tetapi yang dah makan garam lebih lama daripada saya. Ada pulak puak pembangkang yang membatuapikan keadaan.Masalahnya, mereka yang suka bercakap ini, tidak menggunakan saluran yang sepatutnya dan tidak mendapat maklumat yang betul.

    Harapan saya, kita semua di kampung saya, lebih rasional dan sabar jika musibah ini berlaku lagi di masa akan datang.

    Md Saad

    BalasPadam
  2. Dalam menyelesaikan masalah banjir ini di bukan sahaja di Selama tetapi di seluruh Malaysia, kerajaan memerlukan suatu pelan tindakan jangka panjang. Pelan untuk mengatasi.

    Saya mencadangkan kerajaan melantik consultans yang mempunyai kepakaran dalam bidang mengatasi banjir dan consultans tersebut hendaklah sudah terbukti kepakaran nya di peringkat antarabangsa.

    Consultans ini akan membuat kajian, cadangan dan seterusnya memajukan kertas kerja kepada kerajaan.

    Selepas itu kerajaan mesti mengambil tindakan terhadap laporan oleh tersebut.Didalam kita hendak menuju negara maju tindakkan kita juga perlu menjurus kedepan, dan ini lah yang di lakukan oleh negara-negara maju.

    Pelan ini adalah pelan jangka panjang, tetapi percayalah jika suatu pelan tindakan tidak di atur dan di susun dan tindakan di buat sambil lewa, bukan sahaja Selama akan tengelam tetapi KUBU GAJAH juga akan tengelam, dan bila tengelam nya KUBU GAJAH maka akan hilang akan tengelam juga Raja bahagian yang berselindung di dalam kubu tersebut..fikir-fikir kan lah...

    BalasPadam
  3. tks md saad. 13 tahun tu saya dapat dpd bebearapa orang mangsa banjir yang menyatakan situasi banjir yang dialami kpd saya. Untuk pengetahuan tabuan , YB Ahli Parlimen telah mengarahkan satu kajian dibuat untuk merancang pelan jangka panjang menangani banjir di Larut . Kosnya barangkli melibatkan jutaan ringgit juga . harapan kita adalah segala perancangan nanti akan memberikan kebaikan kepada rakyat secara keseluruhan . banjir bukan sahaja menyukarkan kehidupan,tetapi juga melibatkan kerugian yang besar dan boleh menjejaskan ekonomi sesebuah keluarga dan kawasan .

    BalasPadam