BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Selasa, 1 Disember 2009

Bersama kru Rancangan Astro Di Kpg Repoh

Esok 2 Dis 2009, kru dari sebuah production house dibawah Astro akan mengadakan satu program di Kpg Repoh Batu Kurau. Sejak dua hari yang lalu, saya bersama beberapa AJK pemuda bahagian sibuk menguruskan persiapan program yang akan ditayangkan di Astro Warna bermula 4 Dis ini. Saya dihubungi oleh seorang kenalan untuk mencari lokasi penggambaran program tersebut beberapa minggu yang lalu. Mereka memerlukan sebuah kawsan kampung yang mempunyai produk durian dan persekitaran yang menarik. Saya tidak menafikan bahawa masih terdapat banyak kawasan kampung di Larut yang mempunyai pemandangan dan durian, malah ada sesetengah tempat yang lebih menarik dari Kpg Repoh sendiri. Namun memandangkan lokasinya yang dekat dengan bandar Taiping, saya mencadangkan Kpg Repoh. Insyaallah, sekiranya saya diminta untuk mencadangkan lokasi lagi untuk penggambaran, saya akan mencadangkan kawasan lain agar semua masyarakat akan dapat merasai kemeriahan bersama kru penggambaran dan artis popolar.

Esok dianggarkan seramai 50 orang kru termasuk bintang terkenal seperti Aflin Shauki, Nabil, Zizan, Harun Salim Bachik dan lalin - lain akan berkampung disekitar Kampung Repoh dari pagi hingga ke malam. Pelbagai acara akan dirakamkan yang turut membabitkan 'bintang - bintang' dari kawasan kita! Acara termasuk, mengutip durian di kebun, memasak makanan berasaskan durian seperti serawa dan 'chok kodok durian'. Pada sebelah malamnya akan diadakan pertunjukan oleh penduduk tempatan dan artis - artis tersebut , seperti boria dan sebagainya.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Kampung / Ketua Cawangan Repoh En Ramli Baharin dan Ketua Pemuda Cawangan Sdr Nor Hishan yang bertungkus lumus dan sanggup menerima kampung mereka sebagai lokasi rakaman. Juga kepada seluruh JKKK dan penduduk Kampung Repoh yang terlibat. Kepada Kru production, Pemuda Bahagian mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi memlih Larut untuk dijadikan lokasi rakaman rancangan mereka. Mudah - mudahan semuanya berjalan lancar esok. Saudara semua dijemput datang beramai - ramai untuk sama - sama memeriahkan acara di kampung kita.

3 ulasan:

  1. Buat cok kodok petai samaaa..baru ummmph...Nabill tak penah makan lagiii.

    BalasPadam
  2. ni baguh untuk promosi kawasan larut..
    bawak naik telaga tujuh nuh..

    BalasPadam
  3. Bob ngan aflin shauki,,, sama sama bo....tumpang glamour pun jadilaahhh.

    BalasPadam