BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Isnin, 9 November 2009

Gotong Royong Perdana di Teluk Mas

8 Nov 2009 , Pemuda UMNO Bahagian dan Ahli Parliman serta ADUN Selama telah bersama - sama dalam program gotong royong di Teluk Mas . Program ini adalah lanjutan daripada program Pemuda Prihatin yang telah dibuat beberapa minggu lalu di DUN Batu Kurau . Namun kali ini program tersebut menjadi lebih meriah apabila Ahli Parlimen YB Dato Hamzah Zainuddin turut serta menjayakan program tersebut dengan beberapa aktiviti oleh Ahli Parlimen sendiri . YB Dato Mohamad Daud , ADUN Selama juga turut hadir memberikan sokongan.
Program Pemuda Prihatin seperti biasa melibatkan kepada membaiki rumah penduduk kampung . Alhamdulillah , selain daripada peruntukan Kerajaan Negeri Perak melalui Pemuda Bahagian , Ahli Parlimen dan ADUN selama turut menyumbang untuk pembinaa rumah tersebut . Selain daripada membaiki rumah , program turut melibatkan gotong royong membersih tanah kubur , melawat mangsa kebakaran dan beberapa pusat perkelahan di sekitar Ulu Selama . Lebih 300 Pemuda terlibat dalam program tersebut selain penduduk kampung dan sekitar .
Apa yang menarik dari program tersebut ialah seramai 150 ahli baru menyerahkan borang UMNO kepada YB Dato Hamzah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia . Sebahagian besar dari ahli baru ini adalah bekas ahli Pas cawangan teluk Mas , termasuk ketua pemuda Pas cawangan , Tim Ketua Pas cawangan dan kepimpinan Pas di kawasan tersebut . Turut diadakan adalah sumbangan beras kepada warga emas di kampung Teluk Mas. YB Dato Hamzah juga telah bermurah hati menyumbangkan 2 ekor lembu untuk hari raya korban ini kpd masyarakat Teluk Mas . Mudah - mudahan perjuangan UMNO akan semakin difahami oleh masyarakat larut . Tahniah kepada YB Dato Hamzah diatas usaha keras menawan hati masyarakat Teluk Mas yang pada satu ketika terlalu taksub kepada Pas . Hari ini , mereka semakin menyenangi UMNO dan difahamkan lebih ramai yang akan menyertai UMNO selepas ini . Saya dan rakan AJK pemuda bersama Ahli Parlimen sempat melawat beberapa penduduk kampung yang uzur , termasuk menziarah Sdr Setiausaha Pemuda cawangan Sg Seputeh yang kemalangan beberapa hari yang lalu di rumah beliau di Kpg sg seputeh . Terima kasih kepada pengerusi Pemuda zon A Sdr Md Saad , Ketua Pemuda Sg Seputeh yang juga AJK PPUBL Sdr Fendi dan Ketua Pemuda Teluk Mas Sdr Norazman Hussin dan seluruh AJK PPUBL serta warga pemuda Teluk Mas dan Sg Seputeh , semoga Allah swt membalas kebaikan saudara - saudara sekalian .
Pemuda Bahagian akan mengadakan program yang sama di zon G dan sekitar DUN Kubu Gajah tidak lama lagi . Tunggu kehadiran kami . Salam perjuangan .

11 ulasan:

  1. Terima kasih kepada KP Larut dan semua rakan rakan pemuda...semoga sumbangan yang simple ini akan berterusan.
    Md Saad

    BalasPadam
  2. Tuan..
    link blog saya di blog tuan...http://dol006.blogspot.com
    Md Saad

    BalasPadam
  3. ok. tapi ni bukan blog saya . Ini blog kita. Pemuda UMNO larut .

    BalasPadam
  4. kirim salam kat tok hamzah...hari tu bulan puasa more tok hamzah makan roti kering ja, sedak habis org pantai besar, pa mung tanya ketua penerangan...betul ka..jangan la buat naya kat org pantai besar....

    BalasPadam
  5. TAKKAN KOT ROTI KERING?TAK LOGIK LA..TAKUT DEPA BAHONG JA..TAK PATUT..

    PEMUDA KPG PAYA

    BalasPadam
  6. roti kering semua masjid ada , kita tak kan nak halang org nak makan . nasi minyak ada dia tak mau makan . biasa la pembangkang takut nak makan jasa UMNO depan@. belakang dia sapu what talk thu where..

    BalasPadam
  7. aku mintak cuba siasat betul ka tidak. Yang aku dapat tahu ni pon dari berita yg tak berapa nak saheh...

    Dema beritahu moreh tok Hamzah makan roti kering cicah "A" Kopi...

    cuba tanya org pantai besar,betul ka..aku tak ramai sangat kenal org pantai besar..

    BalasPadam
  8. nampak sangat bahong..macam fitnah ja..
    allah..pkir logik pun tak leh terima..tak tahu lei kalu beto..kot2 hari tu jamuan tak jadi kot..orang gi makan roti kering jaja satu kapong..ha3..

    BalasPadam
  9. aku rasa ni bukan fitnah, cuba pergi tanya tok imam masjid, tanya tok siak, betul ka benda ni.

    Aku dengar dema kata ada orang bubuh nama tok hamzah dalam senarai moreh tapi tok hamzah tak tahu hal berkenaan.

    Aku dengar ada juga org kata tujuan masukan nama tok hamzah sebab nak malu kan dato hamzah, nak jatuh kan karier politik beliau, beliau kan org luar.

    Aku dengar juga dema kata ada org umno yang ada sikit jawatan dalam kapong, gi jumpa tok hamzah ambik duit, tapi duit tu sapu kat dia, pastu gi beli roti kering jamu org kapong.

    Aku mohon sisat dan berikan penjelasan, bila dapat kepastian kita boleh jelaskan kepada org kapong.

    BalasPadam
  10. saya akan ambik perhatian .

    BalasPadam
  11. erm..payah jugak pakei orang tgh ni..
    takot tak leh pecaya..KP Larut siasat la benda ni..mmg tak logik..kalau betul tipu kena bagi tahu orang kapong benda ni..esok2 pakat2 dok maki tok hamzah..kawan tu tak tahu apa pong

    BalasPadam