BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Isnin, 11 Januari 2010

Pemuda Prihatin - Back To School

10 Januari 2010 , Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut telah mengadakan program penyampaian sumbangan pakaian dan bag sekolah kepada 150 pelajar sekolah rendah dari seluruh Larut . Majlis penyampaian telah disempunakan oleh YBM Dato Seri Raja Ahmad selaku Ketua UMNO Bahagian Larut . Bagi pihak Pemuda UMNO Bahagian saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada YBM Dato Seri Ketua Bahagian yang sudi hadir menyampaikan sumbangan , malah beliau sendiri telah menyumbang untuk pembelian baju sekolah tersebut . PPUBL telah menerima bag sekolah daripada Kerajaan Negeri Perak dan YB Dato Mukhriz Tun Mahathir.
Tahniah saya ucapkan kepada semua Ketua Pemuda UMNO Cawangan yang telah menunjukkan kematangan mereka sebagai pemimpin apabila saya memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada mereka untuk memilih penerima sumbangan. Setakat ini PPUBL telah menjalankan pelbagai program sumbangan seperti ini misalnya sumbangan basikal pada tahun 2008 , sumbangan baju dan buku sekolah pada 2009 serta sumbangan kepada keluarga miskin pada bulan Ramadhan . Saya tidak menerima apa - apa bantahan daripada masyarakat atau pun Ketua UMNO cawangan mengenai pengagihan dan sumbangan ini . Sebagai Ketua Pemuda Bahagian , saya amat bersyukur dan berbangga kerana diberikan kesempatan untuk memimpin Ketua - Ketua Pemuda Cawangan yang rata - ratanya sangat berkaliber dan komited kepada parti .
Program Pemuda Prihatin ini akan diteruskan dalam tempoh terdekat ini , iaitu PPUBL telah pun mengenalpasti keluarga - keluarga yang kurang berkemampuan untuk dibantu . PPUBL akan menyumbangkan pakaian dan bag sekolah kepada semua anak yang bersekolah dari keluarga - keluarga tersebut . Tetapi kali ini , Pemuda UMNO sendiri yang akan mengunjungi rumah keluarga terbabit untuk diserahkan sumbangan tersebut dalam Program Masuk Kampung.
Saya amat berharap agar Allah SWT akan menambahkan keupayaan kepada Pemuda untuk meningkatkan lagi usaha Pemuda untuk membantu masyarakat yang kurang berada. Pelbagai sumbangan pelajaran yang lain boleh dibuat , misalnya buku latihan , ulangkaji dan pendekatan - pendekatan pengajian on - line yang kebanyakkannya memerlukan kos yang agak tinggi . Namun insallah , Pemuda UMNO Larut akan berusaha untuk mendapatkan dana demi untuk melihat pembangunan pendidikan di Larut akan seiring dengan pembangunan pendidikan di kawasan bandar . Mudah - mudahan Allah SWT akan memberikan petunjuk dan jalan kepada kami .

Salam Perjuangan .

1 ulasan:

  1. Apa yang diceritakan dalam khazanah China amat sesuai dibaca oleh orang-orang UMNO khasnya Ahli-ahli Pemuda UMNO Malaysia, cerita tidak terlalu panjang tetapi sangat menepati apa yang berlaku kepada Pemuda UMNO hari ini.

    Bila Tuan Shu mendapati rumahnya dan gudang simpanan dagangannya dijadikan sarang tikus. Dia berusaha memusnahkan tikus tetapi gagal, akhirnya dia mengambil keputusan untuk memelihara kucing dengan harapan kuching itu akan memakan tikus.

    Tekaan Tuan Shu betul, tikus dapat dihapuskan tetapi masalahnya ialah kucing yang dipelihara bukan berjumlah satu ekor pada asalnya, kerana dia jadikan hobi dan menyimpan koleksi kuching, jumlahnya sudah menjadi ratusan.
    Kucing yang dipeliharanya adalah jenis yang tangkas dan tidak memberi ampun kepada tikus yang ditangkapnya tetapi satelah tikus sampai ketahap tidak berbenih lagi, maka makanan kuching tersebut perlu di ubah dengan membeli makanan daging.

    Maka berubahlah kehidupan kucing peliharaan Tuan Shu, setiap kali lapar cukuplah dengan mengiau-ngiau. Maka makanan enak yang diberikankan itu menjadi kucing-kucing itu makan tidor sahaja dan jika lapar sekali lagi ngiai-ngiau dan seterusnya begitulah setiap hari.

    Penghujungnya ialah anak cucu kucing pun jadi berlainan dari induk dan datuknya. Kucing yang diberikan bakat semula jadi menangkap tikus, hilang bakatnya kerana makanannya sudah disediakan dan lazat pula.

    Dikisahkan pada satu hari , ada seorang keluarga Tuan Shu yang juga rumah kedatangan tikus. Maka tanpa berfikir panjang Tuan Shu memberikan dua tiga ekor anak kucing untuk dipelihara oleh keluarga Tan Shu dengan harapan supaya tikus dirumahnya boleh dihapuskan oleh kucing yang pernah berjasa keatas rumah dan gudangnya.

    Apa yang terjadi kemudian, memang luar dugaaan. Satelah dipelihara dan kucing itu membesar, anak-anak kucing tersebut bukan menangkap tikus sebaliknya kucing itu merasa aneh ketika melihat tikus, dan bahkan merasa takut.

    Kesudahan dari kisah Tuan Shu ialah bahawa keluarga yang diberikan kucing menanggung beban kerana kucing itu kena dilayan dengan makanan daging yang pernah diberikan oleh Tuan Shu.

    BalasPadam