BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Khamis, 4 November 2010

Pembangunan & Masa Depan Larut

Larut masih lagi dikategorikan sebagai kawasan luar bandar . Namun apa yang menarik pada Larut dari sudut pentadbirannya adalah , kawasan ini dibahagikan kepada dua pentadbiran Majlis , iaitu Majlis Perbandaran Taiping ( MPT ) yang meliputi sebahagian besar kawasan DUN Batu Kurau dan Majlis Daerah Selama ( MDS ) yang meliputi sebahagian besar DUN Kubu Gajah dan keseluruhan DUN Selama. Pembahagian pentadbiran majlis ini ada pro dan kontranya. Biasanya menjadikan perbincangan dikalangan masyarakat Larut , terutamanya bagi penduduk Batu Kurau dan penduduk Selama. Kemajuan pembangunan yang dikecapi oleh kawasan Selama adalah jauh lebih terkehadapan berbanding kawasan Batu Kurau . Sekiranya kita melihat dari sudut kemajuan Pekan Selama dan Pekan Batu Kurau sekalipun , ianya memang ketara .
Namun hakikatnya adalah , Selama lebih maju kerana ianya di bawah pentadbiran Majlis Daerah Selama , yang mana Pekan Selama adalah pusat pentadbirannya . Semua pejabat - pejabat kerajaan yang perlu ada di sesebuah majlis tempatan didirikan dan beroperasi di Pekan Selama. Justeru , Selama mempunyai hampir setiap jabatan dan agensi kerajaan sebagai pengerak kepada pentadbiran sebuah majlis daerah . Ini berbanding dengan Pekan Batu Kurau , dimana pusat pentadbiran sebenar yang menjalankan operasi pentadbiran majlis berpusat di Bandar Taiping . Inilah faktor yang tidak disedari oleh sebahagian masyarakat di Batu Kurau . Namun situasi ini tidak boleh terus menjadi faktor Batu Kurau terus dibiarkan menjadi sebuah Pekan Koboi selama - lamanya . Pekan ini perlu dirancang pembangunannya ,agar ianya dapat menjadi pemangkin atau pekan satelit kepada Bandar Taiping . Pelbagai usaha dan kemajuan boleh dialirkan ke Pekan Batu Kurau sekiranya mahu membangunkan Pekan ini . UMNO telah beberapa kali cuba untuk membangunkan pekan ini dengan kerjasama beberapa syarikat . Namun kekangan masalah pegangan hak milik tanah dan perjanjian antara tuan tanah dan pemilik kedai di pekan ini terus menjadi penghalang utama kepada membangunkan pekan ini . justeru , sehingga ke hari ini Pekan Batu Kurau belum mampu dibangunkan seperti yang diharapkan oleh penduduk tempatan .
Saya ingin mengajak khalayak pembaca untuk merenung dan menilai hasil sesebuah pembangunan . Pekan Selama misalnya , telah jauh dari sudut pembangunannya berbanding Batu Kurau . Namun , Selama tidak dapat lari daripada menerima nasib yang sama seperti urbanisasi yang dilalui oleh sebahagian besar pekan dan bandar di Malaysia . Penguasaan peniaga Melayu terutamanya terhadap premis - premis masih belum mampu dibanggakan . Sekiranya kita meninjau pemilik dan peniaganya , kaum Cina tetap menjadi dominasi kepada ekonomi di Pekan Selama . Sejauh manakah persediaan kita sebagai orang Melayu dalam merebut peluang pembangunan di sesebuah tempat , sering menjadi persoalan . Kita sentiasa gagal untuk mendominasi pemilikan kedai / gerai yang dibina terutamanya yang dibina oleh pemaju. Pada pandangan saya , inilah fenomena yang perlu dikaji oleh pemimpin - pemimpin Melayu khususnya sebelum membangunkan sesebuah kawasan Melayu . Kemajuan di Selama telah membolehkan atau membuka ruang kepada parti DAP untuk mewujudkan cawangannya di sana . Bukankah kewujudan cawangan parti ini adalah seiringan dengan bertambahnya penduduk Cina/India di kawasan ini ? Sejak sekian lama sama ada kita sedar atau tidak kita telah gagal membela bangsa kita sendiri secara total dalam hampir setiap urbanisasi.
Saya amat tertarik hati dengan sebuah pekan baru yang dibina di Pekan Kampung Gajah di pasir Salak . Saya melihat kejayaan pemimpin di sana apabila hampir 99% peniaga di pekan baru itu terdiri daripada peniaga Melayu . Ini menunjukkan bahawa , pembangunannya telah dirancang dengan cukup teliti . Bukan sahaja dari sudut pembangunannya tetapi juga persediaan dan perancangan awalnya yang berjaya memartabatkan keupayaan peniaga Melayu di kawsan tersebut .
Sesungguhnya dalam keghairahan kita mengejar pembangunan , soal survival bangsa turut perlu menjadi agenda utama pertimbangan perancangan kita . Masyarakat peniaga Melayu perlu dibela dan diperkuatkan daya saing mereka sebelum kita membangunkan sesebuah pekan atau kawasan, terutamanya peniaga tempatan . Saya tidak nampak bahawa Batu Kurau hari ini mampu menyediakan sejumlah usahawan berdaya saing dan kukuh kedudukan ekonomi mereka untuk mengimbangi pembangunan di kawasan ini . Sekirannya dibangunkan pekan ini dalam masa yang terdekat ini , atau paling tidak mewujudkan sebuat pusat perniagaan baru , saya khuatir tidak ramai daripada peniaga tempatan yang mampu untuk membeli atau menjalankan perniagaan di kawasan tersebut .
Pembangunan pusat perniagaan baru ( atau pekan baru ) akan turut seiring dengan kewujudan penempatan baru seperti taman - taman perumahan . Pembinaan kawasan penempatan ini sudah tentu tidak hanya melibatkan perumahan berkos rendah sahaja , pasti juga yang berkos sederhana dan mewah akan turut sama dibangunkan . Soalnya sekali lagi , adakah mampu orang Melayu memilikinya ? Untuk tempoh 20 ke 30 tahun dari sekarang , barangkali orang Melayu akan mampu terus bertahan . Bagaimana dengan tempoh 50 ke 100 tahun akan datang . Mustahilkah cawangan DAP turut akan wujud di Pekan Batu Kurau ? walaupun persoalan utamanya bukan kewujudan cawangan DAP , tetapi yang utama adalah kemampuan Melayu untuk bersaing dengan keupayaan tinggi kaum lain dalam perniagaan . mampukah kita terus - menerus melihat fenomena orang Melayu lebih 150 tahun lalu yang semakin terpinggir dengan pembangunan bandar Taiping . Namun sejarah itu harus kita telan kerana urbanisasi di zaman itu dirancang oleh kolonial Inggeris di tanah Melayu . Kini kita sudah mempunyai kuasa untuk menyusun struktur polarisasi dan pembangunan negara kita . Bangsa Melayu perlu terus kita bela dan orang Melayu sendiri harus berubah dalam usaha kita menjaga penguasaan kita dalam semua bidang . Kita jangan terlau cepat cair dengan sedikit kemewahan yang dijanjikan kini , sedangkan ianya bakal meranapkan masa depan generasi kita akan datang .
Pemimpin politik perlu mengambil kira setiap kesan hasil daripada pembangunan . Kajian - kajian ilmiah dan mendalam perlu dibuat sebelum memulakan pembangunan . Hasil kajian janganlah sekadar tercatat diatas kertas sebagai bahan rujukan , ianya perlu diterjemahkan dengan tindakan supaya bangsa kita benar - benar bersedia untuk menghadapi cabaran pembangunan . Tindakan ini tidak cukup hanya berkisar di peringkat tempatan sahaja , kerajaan Melayu pusat perlu mengambil serius soal ini .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan