BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Selasa, 2 November 2010


Kerusi Malas Untuk PAS

Andai Pakatan pembangkang berjaya mewujudkan kesepakatan sebagai sebuah parti gabungan dibawah satu lambang. PKR - DAP nampaknya telah berjaya menarik Pas ke kerusi malas. Secawan kopi, sepinggan goreng pisang sejuk dan sebuah gitar buruk akan menjadi teman Pas sepanjang PRU13 nanti. Sementara PKR - DAP akan menjadi pemain sepenuh masa dalam menentukan siapakah yang paling layak untuk menjadi calon bagi mewakili parti gabungan mereka nanti. Kadang - kadang kalau dah terlena sangat, DAP - PKR akan menendang kaki kerusi agar Pas tidak terlena terus dalam pilihanraya. Tugasnya sebagai penghibur dan halwa telinga dengan gitar buruknya harus diteruskan. Sementara dua parti penipu besar ini terus - terus menari mencari jalan untuk menjadikan pula Pas sebagai badut ( tanpa kerusi malas lagi ) sebaik sahaja mereka menang dalam PRU.
Sesekali wakil penipu besar nanti akan datang menghantar skrip lagu baru untuk dialun Pas dengan gitarnya. Melalaklah Pas dengan lagu 'takbir' yang kadang - kadang bunyinya dah menjadi "take beer". Itulah lagu - lagu yang terpaksa didendangkan Pas sepanjang bersama pakatan pembangkang selepas memenangi beberapa buah negeri dalam PRU 12. Nampak asal sebelum PRU 12, Pas seolah komposer dan ahli muzik yang cukup pro dan berwibawa dengan lagu - lagu ala Islamik yang cukup berpengaruh. Rupanya Pas tidak sebijak yang disangka segelintir rakyat yang menyokongnya. Dengan harapan agar PKR - DAP akan membelikan gitar baru untuknya.... atau paling tidak pun goreng pisang boleh lah digantikan dengan karipap berinti ayam, Pas terpaksa mendendangkan lagu ciptaan DAP dan sekutu sehaluannya PKR.

Bodoh sungguh Melayu ini. Sifat malasnya makin menjadi - jadi, kalau boleh nak kaya raya dengan tidur di atas kerusi malasnya. Diberi sedikit makanan dan kesenangan, lupa segala perjuangan asal. Seolah - olah menjadi taukeh besar bila diberi sebuah kerusi malas, sedangkan orang lain berkerja bertungkus lumus 'membajak' kekayaan. Modal yang ada cuma sekupang dua, dibagi kerusi malas seolah tokeh besar, sedangkan yang kaya DAP. Macam di negeri Perak selama sembilan bulan .

Pas nak buat lagi perangai lamanya, dulu maki hamun UMNO sebab berkawan dengan MCA-MIC, kononnya UMNO dah jadi kafir kerana berkawan dengan komponen bukan Islam ini, sekarang Pas jilat ludahnya balik, malah bukan setakat ludah , muntah hijaunya pun dah boleh dibuat macam bubur kacang . Pas telan semuanya demi kuasa politik dari atas kerusi malas yang disediakan DAP. Kononnya inilah rakan sejati, tidak macam bersama UMNO dalam BN dulu. Pas tidak dibelai seperti dibelai DAP - PKR sekarang ini.

Pas lupa, UMNO adalah parti perjuangan asal untuk Melayu dan Islam sejak sebelum merdeka lagi. UMNO sanggup berkongsi dengan parti kaum lain asalkan mereka mengakui sifat ketuanan Melayu. Ketuanan yang tidak akan menindas mana - mana kaum, sekadar memastikan bahawa survival bangsa terus terpelihara dalam masa yang sama mengakui hak kaum lain sebagai warganegara. Pas dan UMNO sama - sama parti Melayu - Islam. Sama - sama harus bekerja dan perlu menyaingi kaum lain. Justeru UMNO tidak boleh melayan Pas seperti mana DAP-PKR melayan Pas hari ini. Lalu Pas 'lari' meninggalkan UMNO dalam BN. UMNO sedikit pun tidak goyah, kerana UMNO bertanggungjawab dan mempunyai kredibiliti untuk terus memperjuangan Melayu dan Islam. Berbeza dengan DAP - PKR hari ini, mereka amat memerlukan Pas demi survival politik mereka. Menjadikan Pas kuda tunggangan hanya akan menjadikan Pas lebih mudah terasa kebodohan mereka, lalu mereka berikan kerusi malas pada Pas....

1 ulasan:

  1. Sesungguhnya Allah Taala amat murka kepada si pendusta (fitnah) yang langsung tidak masuk akal. Mana ada kuasa bangsa yang kekal dan agong? Firaun pun lingkup dibenam oleh Allah. Inikan Umno BN hanya 50 tahun lebih sudah menabik dada! Ingatlah sesuatu perkara ciptaan manusia tidak kekal lama. Jesteru itu taubatlah wahai sahabat jangan kuat fitnah nanti budak pun ketawa membacanya. Cuba renung kembali teruk benarkah negeri pakatan rakyat terutama kelantan! Cuba kita bandingkan antara Kelantan dengan Melaka. Kelantan mengistiharkan Bandaraya Islam, Melaka negara maju dan bandaraya bersejarah. Ciri keislaman amat terserlah di Kelantan sebaliknya ciri Melaka ada sekolah mengandung. Hebat...tapi tu lah amat jauh dengan Islam.

    BalasPadam