BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Selasa, 19 Januari 2010

Anwar , 2011 , 1511 dan Sejarah Melayu

Semalam , beberapa akhbar tempatan melaporkan tentang rancangan DSAI untuk merampas pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya . Rancangan seterusnya selepas kegagalan demi kegagalan terutamanya rancangan Sept 2008 . Ramai dikalangan rakan - rakan yang memandang sinis tentang rancangan DSAI ini . Rata - rata terutamanya dikalangan penyokong BN berangapan bahawa Anwar tidak mungkin berjaya , namun begitu saya yakin bahawa masih ada diantara kita yang terfikir barangkali BN akan mengigit jari pada 2011. Apa pun , hanya rakyat yang mampu membuat keputusan .
Teringat saya kepada kejatuhan LDP di Negara Matahari Terbit . Sebuah parti yang tidak jauh sifat dan perjuangannya dengan UMNO di Malaysia . LDP adalah parti yang membangunkan semula Jepun selepas Perang Dunia Ke 2. Selepas Jepun hancur kerana bom atom di Hiroshima dan Nagasaki . LDP boleh dikatakan bermula dari sifar ketika membangunkan Jepun lebih 65 tahun lalu . Bayangkan betapa besarnya jasa LDP kepada rakyat Jepun. Namun,rakyat Jepun yang hidup selepas 65 tahun LDP membangunkan negara mereka , barangkali terpaksa menghukum LDP dalam pilihanraya Jepun tahun lalu. Memetik kata - kata PM Jepun kepada DS Najib " LDP semakin lupa kepada rakyat ".
Mungkin itu juga hukuman rakyat kepada kerajaan BN pada pilihanraya 2008 . Mujur tidak sampai kepada kejatuhan BN . Namun bagi Anwar , 2011 kalau diadakan pilihanraya BN akan kecundang . Bagi saya BN adalah kerajaan Melayu , malah dari sudut mana sekali pun jika dilihat BN adalah Kerajaan Melayu . Namun , perkongsian kuasa bersama komponen yang lain menjadikan kerajaan BN ini begitu unik. Adalah sukar untuk menterjemahkan kerajaan BN dengan mana-mana kerajaan di dunia ini . Hanya rakyat Malaysia yang mahu faham sahaja akan mengakui keunikan ini . Selagi ada BN , selagi itulah adanya kerajaan Melayu di Malaysia ini dalam erti kata yang sebenarnya . Mengekalkan Ketuanan Melayu dalam masa yang sama semua kaum mendapat apa yang sepatutnya mereka miliki .
Anwar mahu mencipta semula sejarah Melayu 500 tahun dahulu . Andai benar keinginan Anwar ini tercapai pada 2011 , ini bermakna Orang Melayu akan menyambut sekali lagi saat kehilangan kuasa selepas 500 tahun iaitu pada tahun 1511 akibat kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka. Apakah sekali lagi Melayu akan berkumpul kekuatannya di Johor seperti mana yang berlaku selepas kejatuhan Melaka ? kalau berdasarkan sejarah dan senario politik hari ini di Semanjung Malaysia , hanya Johor sahaja yang mampu mengekalkan kuasa dengan mudah dalam pilihanraya akan datang .
Mudah - mudahan Sejarah Melayu tidak akan berulang lagi seperti 1511. Walau pun watak - watak yang mendalangi kejatuhan Melayu pada 1511 seolah wujud sekali lagi hari ini . Jangan kita persenda kan mengenai masa depan bangsa dab agama kita . Pakatan Rakyat telah diuji selama hampir 2 tahun memerintah beberapa negeri . Mereka hanya mengundang petaka kepada perpaduan seluruh kaum . Mereka gagal menjadi kerajaan yang diharapkan oleh rakyat terutamanya Orang Melayu . Tidak seharusnya ada kaum selain Melayu yang selayaknya mendabik dada untuk menjuarai rakyat hari ini , mereka tidak dan belum bersedia dengan segala keikhlasan dan kejujuran . Hanya Melayu sahaja yang mampu menstabilkan negara ini . Bangsa yang jujur , bangsa yang ikhlas , bangsa yang berbudi dan mengenang budi . Kaum lain belum layak untuk memerintah negara ini ,barangkali kalau sejarah mahu dicipta 500 tahun lagi dari sekarang,mungkin mereka sudah bersedia . Apa pun hanya Allah SWT sahaja yang mampu menentukan nasib bangsa Melayu nanti . UMNO hari ini bertungkus lumus bekerja untuk memenuhi segala keperluan rakyat , bangkit selepas ditunjukkan oleh Allah SWT tentang kesilapan dan kecuaian kita selama ini . Mujur kita tidak seperti LDP yang langsung terlalai . Hari ini UMNO/BN benar - benar mahu Menjuarai Rakyat . Adalah kejam rakyat negara ini kalau mengiakan hasrat RAJA MANDALIAR untuk merampas Putrajaya pada 2011.
Hidup Melayu !!!

4 ulasan:

  1. Akm...

    Hidup Melayu...oh..orang Melayu sudah nak mati ka atau kurang oksigen...

    Rakyat tidak perlu berterima kasih kepada UMNO, sebaliknya UMNO lah yang patut berterima kasih kepada rakyat.Ini kerana rakyat lah yang memberi kepercayaan kepada UMNO untuk terus berkuasa sehingga ke hari ini.

    Memang Melayu menjadi tuan selama pemerintahan UMNO, kita selalu berjumpa dengan mereka sama ada sengaja atau pon tidak. Kita perlu berjumpa dengan TUAN Melayu dahulu sebelum masuk ke Kilang. Kalau tak jumpa tuan Melayu kita tak boleh masuk.

    Kita juga Perlu berjumpa TUAN melayu sebelum masuk ke Apartment, kondo, banglo, hotel..kalau tak jumpa kita tak boleh masuk..

    BalasPadam
  2. hebat tuan tebuan. dulu nak masuk hospital , tuannya banggali , nak masuk pusat pengajian , tuannya org putih. Nak masuk pejabat kerajaan,tuannya juga org putih dan cina. hari ini,semuanya Melayu. hasil perjuangan UMNO.

    BalasPadam
  3. Kita juga Perlu berjumpa TUAN melayu sebelum masuk ke Apartment, kondo, banglo, hotel..kalau tak jumpa kita tak boleh masuk..

    Sebenaqnya....tebuan perli tuu...memang tabuan nie suka menyengat.
    Md Saad

    BalasPadam
  4. En Tabuan ni mmg tak habis2 nak perli..
    he3..kita patut ada pulak tak perlu berterima kasih kat UMNO..mmg rakyat yang angkat UMNO..
    sebab perjuangan..Rakyat juga boleh angkat Komunis dulu..nak perli2 pun agak2 la..
    nak sewa apartment meh sewa kat aku..
    aku ada sebijik kat KL nih..tuan dia aku la..
    meh sewa ngan aku..

    aku yakin tabuan adalah pekerja kerajaan..
    akuni kerja swasta yang multiracial sampai mat2 saleh pun ada..tapi sapa bos besar aku?
    Melayu.....

    Pemuda Kpg Paya

    BalasPadam