BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Isnin, 25 Januari 2010

Melayukah Aku..

Melayukah aku , kalau aku lebih sukakan makanan yang tidak pernah sekali pun dijamah oleh nenek moyang ku .
Melayukah aku , kalau bicaraku sentiasa tersembul ayat-ayat dari bahasa inggeris.
Melayukah aku , kalau pakaianku kini ala-ala barat.
Melayukah aku , kalau aku tidak gemar untuk menonton filem- filem Melayu.
melayukah aku , kalau sentiasa dengki dan tidak senang melihat kejayaan bangsaku.
Melayukah aku , kalau agama Islam yang menjadi pengangan nenek moyangku bila dihina aku tidak langsung merasa marah.
Melayukah aku , kalau aku lebih agungkan pemimpin lain daripada kalangan bangsaku sendiri.
Melayukah aku , kalau Raja Melayu tidak lagi penting dalam kehidupan ku
Melayukah aku , kalau aku mampu bersekongkol dengan orang lain untuk menjahanamkan bangsaku.
Melayukah aku , kalau ada pemimpin yang menjanjikan penghapusan kuasa Melayu lalu aku bertepok sorak.
Melayukah aku , kalau bila melihat bangsaku sendiri diperbodohkan pemimpin lalu juga aku bertepok sorak
Melayukah aku , kalau aku sanggup melihat setiap anak bangsaku nanti derita kerana kelemahan pemimpin
Melayukah aku , kalau aku sanggup menjadi petualang kepada bangsaku semata - mata kerana kepentingan sesetengah pihak.
Melayukah aku , kalau aku sentiasa mengajak kepada perpecahan dan pertelingkahan
Melayukah aku , kalau aku hanya berdiam diri tatkala bangsaku dipijak
Melayukah aku , bila tidak ada lagi bumi yang bernama Bumi Melayu.....

3 ulasan:

  1. Nie seloka copy & paste.....bes gak ..

    Di mana boleh cari ramai Melayu
    Pastinya di Kelantan dan Trengganu
    Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
    Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
    Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
    Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
    Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
    Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
    Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
    Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
    Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

    Apa hobi orang Melayu
    Terkenal dengan budaya malas dan lesu
    Berlepak buang masa tak jemu-jemu
    Atau baca majalah Mastika cerita hantu
    Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
    Sambil makan junk food kacang dan muruku
    Mana tak gendut berpenyakit selalu
    Kalau nak berlagak melayu nombor satu
    Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

    Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
    Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
    Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
    Ada tapi kurang sangat ke situ
    Kenapa Melayu jadi begitu
    Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
    Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
    Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
    Nak harap kerajaan saja bantu
    Terutama sekali kontraktor kelas satu
    Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
    Dan suka sangat dengan budaya mengampu

    Sampai bila kita nak tunggu
    Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
    Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
    Pertama dengan banyak menguasai ilmu
    Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
    AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
    tapi apakah yang kita tahu,cuma baca nak halau hantu

    memang pedih dan pedas tp untuk lebih berjaya apa salahnya..

    Md Saad

    BalasPadam
  2. 1.Melayukah aku, bilamana melihat Hujung tambak (Singapura) di serah kan kepada lee kuan yew...

    2.Melayukah aku bila aku mengetahui parti Melayu yang menyerahkan nya...

    3. Melayukah aku bila aku melihat Lim Goh Tong di berikan bukit Genting..

    4. Melayukah aku bila mana aku mengetahui parti Melayu yang memberikan nya...

    5. Melayukah aku bila aku melihat senerai orang terkaya tiada nama bangsaku...tapi ku tahu kekayaan mereka hasil anugerah Parti Melayu kepada mereka...

    6. Melayukah aku bila mana melihat kedai "Tuan" melayu yang menumpang kaki lima kedai orang mendatang (Lihat kedai PAH jual buah jln masuk kg perak)

    7. Melayukah aku bila melihat kerusi Parlimen Grik yang dulu nya untuk "Tuan Melayu" di berikan kepada Gerakan.

    8. Melayukah Aku bila mana Ahli Parlimen Tersebut (Grik) mengatakan "Tuan Melayu" itu kaum pendatang...

    9. Melayukah aku bila aku nak pinjam TEKUN tapi tak dapat...

    10. Melayukah aku bila aku mengetahui sebab aku tak dapat kerana ramai ketua cawangan/JKK umno tak bayar hutang tersebut.

    11. Melayukah aku bila mana aku mengetahui ada projek yang kerajaan nak bagi kepada penduduk kampung...

    12. Melayu kah aku bila mengetahui projek tersebut gagal kerana tuan tanah nak jual 70 ribu tapi di atas kertas UMNO harganya 1 juta...

    13. Melayukah aku bila aku melihat orang kampung berhimpit-himpit naik kereta sapu...sedangkan negara ku lagi 14 tahun nak jadi negara maju...

    14. Melayu kah aku bila aku melihat orang kampung ku minum air pipe bukit, yang air nya colour merah...bila hujan..

    15. Melayukah aku bila aku mengetahui punca air nya merah kerana balak di tebang di hulu sungai..



    sekian nukilan TABUANS

    BalasPadam
  3. tabuan lagi?
    he3..layan..

    kadang2 nampak neurtal..
    ni sure racist kuat ni tabuan..
    tgok ayat pun tau..
    kita orang islam jgn racist sgt..

    Pemuda Kpg Paya

    BalasPadam