BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Selasa, 9 Februari 2010

Antara 4-1 dan 5-0

Sekali tgk tajuk di atas maca keputusan perlawanan bolasepak . Nizar memang cekap menggunakan angka untuk provokasi . tapi nampaknya , angka juga yang membuatkan nizar terlentang beberapa kali . Selepas PRU12 yang lalu , nizar dan rakan sekutunya menggunakan angka untuk mendapatkan pentadbiran kerajaan negeri Perak . 31 - 28 .

Dalam masa yang sama nizar lupa bahawa angka yang dia ada untuk mentadbir Perak hanya 6. dengan angka ini nizar cuba mentadbir . Habis 999 tahun tanah diberikan kepada kampung - kampung baru untuk pemilikan orang bukan Melayu .

Tiba - tiba , angka bertambah satu dalam pentadbiran nizar bila seorang YB BN lompat ke PR . Tak sempat beberapa hari , nizar hilang angka 1 tersebut , ditambah lagi dengan 3 YB dari PR melompat ke BN . Merudum pemerintahan nizar .

Beberapa minggu lalu , nizar dan rakan2 ultra kiasunya buat roadshow. Waw-warkan angka 4-1 . kononnya dalam penghakiman siapa menjadi MB Perak oleh mahkamah Persekutuan . Kita terasa macam ada perlawanan akhir bolasepak di Perak . Penyokong nizar melompat2 gembira kerana kononnya nizar menang 4-1 .

Hari ini , bila masuk padang . keputusannya BN menang 5 - 0 . Kita tak terkejut kalau BN menang 4-1 , mungkin maklumat yang nizar dapat diterbalikkan nizar sendiri . 5-0 maknanya , tiada siapa yang sangka . Mahkamah membuktikan ketelusana dan keadilannya masih utuh . Bukan kerana BN menang , tetapi kerana mahkamah membuat keputusan yang tidak sama sekali disangka oleh sesiapa juga . Termasuk nizar dan Pas.

Tahniah kepada YAB Dato Seri Dr Zambry . Allah mahu kita terus mencurah bakti kepada rakyat . Hari ini PRU 13 tinggal tidak lebih 3 tahun . Ayuh kita bekerja untuk membangunkan rakyat negeri Perak .

1 ulasan:

  1. Membakar semangat penyokong totok adalah kaedah yang telah diamalkan semenjak era reformasi AI lagi....pelbagai kaedah digunakan dan antara yang paling popular menipu dan memanipulasi fakta , mereka reka cerita yang tidak disahihkan benar dan menyebar khabar angin...dan kaedah kaedah sperti ini akan memakan diri...hanya penyokong totok saja yang sanggup dibodohkan untuk selamanya. Almaklumlah didalam PAS ada konsep wala'.
    Md Saad

    BalasPadam