BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Ahad, 14 Februari 2010

JANGAN KITA LEKA....

Seperti yang dijangka, dan memang dah jangka pun, apa yang berlaku kepada Pakatan Pembangkang sekarang ini. Pergolakan yang berlaku sekarang dalam Pakatan Pembangkang dibeberapa buah negeri, menunjukkan bahawa mereka tidak boleh bersatu. Mereka tidak boleh duduk bersama. Mereka juga sememangnya tidak boleh bekerjasama antara satu sama lain. Sudah tentu juga mereka tidak ada keupayaan untuk mentadbir negeri mahu pun negara ini.

Seorang demi seorang, orang-orang kuat daripada parti-parti berkenaan terutamanya daripada Parti Keadilan dan juga DAP telah dengan berani dan ikhlasnya, tapa berselindung lagi mengisytiharkan pendirian mereka yang sebenar, yang sudah tentunya tidak bersetuju dan menentang apa yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan parti-parti tersebut. Apakah tandanya ini? Apakah isyarat yang telah ditunjukkan oleh mereka ini? Apakah kita masih tidak dapat untuk menilainya lagi?

Seperti kata ungkapan, "jika istana itu dibina daripada pasir, kukuhnya tidaklah sama seperti dibina daripada batu". Begitulah ibaratnya mereka itu sekarang. Sikit demi sedikit, akan terlerai dan ranap. Apatah lagi, antara mereka itu, tiada "simen" yang mengukuhkan ikatan mereka itu. Malahan, dasar perjuangan yang tidak menepati kehendak rakyat dan juga janji-janji kosong yang sentiasa ditaburkan, "cakap tak serupa bikin" dan putar-belit mereka terhadap sesuatu isu, menampakkan dengan jelas kemampuan mereka yang sebenar. Apa yang mereka lakukan itu, sebenarnya telah memakan diri sendiri.

Baiklah. Itu hal mereka. Hal rumah tangga mereka. Orang kata, lantaklah mereka. Kita jangan kacau rumah tangga orang. Memang... memang betul kita tak perlu nak kacau rumah tangga orang. Tapi, ini bukan rumah tangga. Ini bukan sebuah perkahwinan. Tapi, ini adalah sebuah petandbiran, yang melibatkan kehidupan rakyat jelata. Juga melibatkan kebajikan semua. Adakah betul kita hanya melihat sahaja? Adalah boleh kita hanya tengok dan bersorak sinis? Adakah kita hanya perlu berasa puas hati dengan pergolakan mereka?

Inilah masanya untuk kita mengambil peluang dan kesempatan yang berlaku ini untuk meanrik semula golongan-golongan yang dulu mungkin buta seketika. Kita celikkan semula mereka. Kita titiskan ubat-ubat penyedar kepada mereka. Apa sebenarnya yang telah berlaku sebelum ini. Adakah apa yang telah mereka buat selama ini menepati keperluan rakyat jelata? Apakah hidangan yang dihidangkan oleh pakatan pembangkang kepada rakyat selama ini adalah sama seperti yang diwar-warkan? Fikir-fikirkan lah.....

Justeru itu, kita jangan berleka-leka. Jangan kita berasa selesa. Jangan juga kita berasa dah cukup puas hati... dan jangan juga kita terlalu seronok dengan keadaan yang melanda mereka sekarang. Ingat balik, apa yang telah berlaku dalam PRU yang lepas... dek disebabkan rasa selesa inilah yang menyebabkan kita kehilangan banyak perkara... Sikap acuh tak acuh. Malahan, berlarut-larutan. Ini adalah fakta! Kita harus mengakuinya... Siapa yang rugi? Mahukah kita rugi lagi? Mahukah juga kita melihat perjuangan kita yang tak kesampaian dan lebur di tengah jalan berulang lagi?

Maka, marilah kita bersama-sama meneruskan agenda kita, terutama sekali untuk bangsa Melayu dan agama Islam, untuk kesejahteraan negara kita ini. Jangan kita jadi seperti mereka. Biarlah mereka yang jadi seperti kita. Perjuangan kita adalah perjuangan yang sebenarnya. Kukuhkan ikatan kita. Hayatilah lagu UMNO kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan