BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Jumaat, 5 Februari 2010

Dunia perniagaan : Hanya Melayu Yang Boleh Membantu Bangsanya

"9 daripada 10 sumber rezeki adalah daripada perniagaan."
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa melainkan bangsa itu yang mengubahnya sendiri"
Dua ayat dia atas adalah cukup popular dikalangan orang Islam khususnya orang Melayu di Malaysia. Ayat kedua pernah diambil dan diguna pakai oleh Perdana Menteri Korea Selatan selepas beliau membaca ayat tersebut ketika membuat lawatan ke Malaysia di zaman Tun Abd Razak dahulu.
Kerajaan BN tidak dapat dinafikan telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadikan bangsa Melayu lebih ramai terlibat dalam dunia perniagaan. Walaupun bermula sebagai penjual goreng pisang di gerai-gerai tepi jalan. Yang penting orang Melayu sudah mahu berniaga. 20 @ 30 tahun lalu, tidak mampu kita bayangkan bahawa di kawasan Batu Kurau atau Selama atau mungkin juga Ijok akan ada penjual gorang pisang di tepi jalan. Alasannya, orang kampung masing-masing ada pisang di rumah untuk digoreng .
Satu masa dahulu di tahun-tahun 70-an, orang Melayu tidak yakin bahawa Kentucky Fried Chicken akan mampu dijual di Malaysia. Alasannya,"Siapa yang nak makan lauk saja?". Ayam biasanya dijadikan lauk untuk dimakan bersama nasi , mana mungkin orang Melayu makan lauk sahaja? Namun hari ini, KFC dipenuhi orang Melayu yang hanya makan "lauk" sahaja.
Begitu juga , semasa Honda ( jenama motosikal ) mahu memasuki pasaran di Tanah Melayu suatu masa dahulu . Seorang usahawan Melayu ditawarkan untuk menjadi pengedar di Tanah Melayu. Namun ditolak atas alasan "siapa nak guna motor dengan CC 50cc sahaja" . Pada ketika itu , motorsikal yang biasa digunakan berkuasa paling kurang pun 250 cc. Jenama dari barat seperti Norton dan Triumph . Hari ini , majoriti matorsikal di jalan raya Malaysia adalah jenis "cup chai " . Boon Siew yang menguasainya.
Barangkali, minda dan persepsi "berniaga" belum benar-benar menguasai kehidupan orang Melayu pada ketika itu akibat penjajahan ratusan tahun.
Hari ini, orang Melayu sudah mula berniaga. Berniaga hasil trasformasi politik perniagaan yang dibuat sekitar tahun 80-an. Orang Melayu menjadi kaya kerana kesungguhan kerajaan BN. Ribuan kontraktor terhasil daripada transformasi ini.
Orang Melayu menjadi kontraktor... orang lain menjadi supplier. Orang Melayu menjadi kontraktor.... orang lain menjadi sub kontraktor terutamanya bidang teknikal dan yang memerlukan kepakaran. Contohnya pemasangan jubin.
Orang Melayu cuba juga menjadi supplier, tetapi "kalah" kerana modal. Tidak mampu memberi 'kredit' utk tempoh yang panjang. Malah kalau ada yang mampu, kontraktor pula liat nak bayar walaupun tuntutan dah 'masuk'. Akhirnya pengusaha Melayu terpaksa gulung tikar.
Kerajaan sediakan dana seperti Tekun dan Mara . Berpusu-pusu Melayu mohon dan mendapat pembiayaan. Kerajaan juga adakan pembiayaan lebih besar seperti SMIDEC, orang Melayu yang pohon boleh dikira dengan jari (kalau nak banding dengan Tekun). Sebabnya, orang Melayu tidak tahu nak berniaga apa dengan modal jutaan ringgit .
Walaupun mohon dengan jumlah yang kecil , terlalu ramai yang gagal bayar balik. Tak semena-mena Tekun dan Mara menjadi pemangkin kepada semakin ramai Melayu yang tersenarai dalam hutang lapok.
Nampaknya masih ramai Melayu belum mampu berniaga .
Kita sudah jauh ketinggalan dalam dunia perniagaan. Skill perniagaan masih belum mampu kita kuasai. Orang lain tidak akan membantu kita. Kita harus membantu bangsa kita. Untuk membantu kita terpaksa berkorban. Untung Rm1 akan jadi 70 sen. Mungkin lebih rendah lagi kerana ingin membantu bangsa kita. Namun Melayu yang dibantu harus ada jati diri, harus ada rasa tanggungjawab. Mesti rajin. Mesti disiplin. Mesti berani !!!
Kalau usahawan Melayu yang dah berjaya tidak mulakan sekarang. Anak cucu kita akan hanya menjadi pekerja kepada orang lain. Sampai bila-bila. Melayu yang membantu juga , mesti ikhlas. Mesti punya semangat nasionalis Melayu yang tinggi .
Kalau kita / mereka tidak mahu mengubah... Allah juga tidak akan mengubahnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan