BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Sabtu, 4 September 2010

756 Ahli PAS Masuk UMNO : Pas Kubu Gajah Lumpuh

1.Hari ini di Dewan Bagan Baru tercipta satu sejarah lagi apabila 756 ahli Pas telah menyertai UMNO. bekas Timbalan Ketua Pas Bagan Baru sendiri menyerahkan borang ahli UMNO kepada YAB Dr Zambry , Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.
2. Pak Su Mat Arop Samat berubah hati menyakini UMNO setelah YAB Dr Zambry bermalam di rumahnya dalam satu program Pemimpin Bersama Rakyat beberapa bulan yang lalu.
3. Pak Su dapat menyelami hati budi dan keikhlasan seorang pemimpin UMNO yang sebelum ini dikeji dan ditohmah masyarakat ahli Pas.
4. Dr Zambry tidak pula memujuk Pak Su untuk menyertai UMNO atau "mentarbiah" Pak Su semasa bermalam di rumahnya. Malah bertindak seperti rakyat biasa / anak kampung yang serba sederhana dan merendah diri.
5. Bagan Baru adalah pusat dimana Pas Negeri perak pernah membuat perhimpunan yang disebut sebagai "himpunan 10,000 ahli Pas " juga beberapa bulan yang lalu.
6. Tindakan 756 ahli Pas keluar meninggalkan parti mereka dikala Pas mencanangkan bahawa DUN Kubu Gajah sudah berada di dalam genggaman,sudah pasti mengheret sejumlah besar yang lain dalam Pas di Larut untuk berfikir sama ada untuk terus bersama parti tidak berprinsip itu.
7. Kerja kuat Adun Kubu Gajah yang juga Ketua UMNO Bahagian Larut YBM Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin , banyak membuka mata hati pengikut Pas bahawa perjuangan UMNO adalah untuk rakyat.
8. Jasa Larut di bawah Mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sdr Ahmad Hasbullah juga harus diberikan perhatian . Program yang disusun dan direncanakan sentiasa memberikan manfaat kepada rakyat terutamanya dari sudut kemasyarakatan,
9. Ahli UMNO tidk seharusnya cukup berpuas hati dengan perkembangan semasa ini , kita perlu terus memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa UMNO adalah satu-satunya parti yang boleh menjadi pelindung rakyat.
10. kita perlu bekerja keras dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab , biar rakyat yang menilainya .
11. Sebarang sengketa jangan terus dibiarkan menjadi budaya politik kita. Perpecahan hanya memburukkan keadaan yang sekarang ini telah semakin pulih.
12. Pemimpin utama dan wakil rakyat harus sentiasa dilihat sentiasa bekerja sama untuk kebaikan rakyat.
13. Penyokong pula jangan sampai menjadi terlalu taksub sehingga membelakangkan kepentingan rakyat semata - mata untuk mempertahankan pemimpin yang mereka sayangi.
14. UMNO perlu terus hidup,sementara pemimpin boleh datang dan pergi. Biarlah kita menjadi pengikut kepada pemimpin yang jasanya akan dikenang selama-lamanya oleh rakyat di Larut ini.
15.andai kita tidak mahu berhimpun semula dipangkal jalan perjuangan kita ini, Larut bakal menjadi kubur UMNO buat selama2nya .
16. Sesungguhnya tidak ada manusia yang sempurna dijadikan Allah SWT. Alangkah baiknya kalau kita dapat hidup dalam suasana dimana kita menyayangi para pemimpin kita dan mereka pula kasih kepada kita. UMNO Larut akan terus kuat bersama pemimpin- pemimpin seperti ini.
17.Tahniah kepada Dato Seri Raja Ahmad , Dato Daud , Dato Hamzah, Dato Najmuddin , Hasbullah dan terutamanya kepada YAB Dato Seri Dr Zambry. Pemuda UMNO Larut sentiasa mahu berjuang bersama ayahanda dan kekanda semua. TAHNIAH !!!!!!

7 ulasan:

  1. Hasbullah atau pak lang memang banyak kalih puak2 PAS..tgok sendirila kubu2 PAS kat Relang & Gudang..dulu haram bendera UMNO pun tak dak..
    la ni dah berani dah..

    BalasPadam
  2. tapi yang menjadi masalah nya yang bekerja kuat dan lantang, akan diketepikan oleh uak yang berkepentingan.

    BalasPadam
  3. Itulah politik sejak ribuan tahun dulu. yang penting kita ikhlas. orang nak cakap apa , suka hati mereka.Jangan ada busuk hati dan dengki dalam parti sendiri,kalau ada ....kita yang bunuh kita . Hitler kalah ..antara sebabnya adalah tenteranya sendiri. Saddam tumbang juga adalah kerana rakyatnya sendiri. UMNO akan ranap , juga kerana ahlinya sendiri yang memporak peradakan pemimpin dan partinya. jangan terlalu mengharap agar malaikat menjadi pemimpin kita , kerana dalam PR juga adalah malaikat. jadi..fikirlah yg terbaik utk parti. pemimpin perlu sedar tgjawab dan x perlu takut pada mereka yang busuk hayi. teruskan bekerja dengan ikhlas..

    BalasPadam
  4. ralat: dalam PR juga tiada malaikat.

    BalasPadam
  5. Tiap2 hari ada org pas masuk umno tp keahlian pas tiap2 tahun bertambah , kalu mcm ni yb raja ada harapan le menang PR 13 ni ...

    BalasPadam
  6. Kalau jadi ahli PAS, macam mana nak dapat tanah, pasir, duit dan macam2 lagi projek. Siapa nak bagi? Di Perak, JKKK, UMNO yg kuasai. Tok Sidang (Ketua Kampung) pun orang kuat UMNO. Pegawai kerajaan semuanya takutkan pemimpin2 UMNO (kecut telur, kata orang Perak). Projek jalan kampung, jambatan kampung dan lain-lain kontrek kecil semuanya dalam kuasa tok-tok sidang. Kalau jadi ahli PAS, apa pun tak dapat. Jalan kampung pun tak diturap! Jambatan nak roboh pun dibiarkan saja. Jadi, jalan senangnya, keluar saja dari PAS, masuk UMNO.

    BalasPadam
  7. Orang Kubu Gajah buleh le kome tipu. Cuba kome try nipu orang Kuala Lumpur.

    BalasPadam