BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Ahad, 19 September 2010

Pemuda

1.Pemuda Umno adalah sayap yang saya anggap sebagai sayap yang menjadi training department kepada kepimpinan UMNO masa akan datang . Setelah lebih 2 tahun menjadi pemimpin Pemuda di bahagian Larut ini , saya semakin mengenal erti kewujudan dan perjuangan pemuda sendiri .
2. Hampir semua pemimpin - pemimpin yang ada di bahagian Larut ini datangnya dari kilang Pemuda . Malah begitu jelas sekali apabila 3 pemimpin utama UMNO Larut sekarang pernah berada dalam medan pertempuran merebut jawatan Ketua Pemuda Bahagian pertengahan tahun 90an lalu. Kini mereka menjadi pemimpin yang menjadi tonggak kepimpinan dan masa depan Larut .
3. Saya tidak menafikan sumbangan sayap-sayap lain seperti Wanita dan Puteri . Namun begitu saya tidak mahu pergi jauh untuk membicarakan soal kepimpinan ini , cukuplah untuk Bahagian Larut sahaja.
4. Saya yakin adalah amat jelas semua sayap termasuk Wanita dan Puteri banyak memberikan manfaat kepada kemenangan 4-0 dalam PRU 12 , malah dalam 11 PRU sebelum itu.
5. Pemuda harus diberikan perhatian yang sewajarnya untuk terus berada dalam arus perdana politik di bahagian Larut . Namun saya amat kesal apabila banyak permohonan dan harapan pemuda terutamanya di cawangan jarang diberikan keutamaan oleh wakil - wakil rakyat.
6. Berapa banyak lagi kemudahan riadah dan sukan yang masih lagi tidak mampu dimiliki oleh pemuda di peringkat cawangan misalnya gelanggang takraw dan badminton. sekiranya kita mampu membina jalan dan lain infrastruktur yang bernilai jutaan ringgit , kenapa masih ada pemuda cawangan yang masih bermain takraw di atas gelanggang tanah dan pasir ?
7. malah ada diantara pemuda cawangan yang hanya memohon pasir dan simen utk bergotong royong membina gelanggang permainan mereka. lihatlah betapa mereka sanggup berkorban dan memahami susahnya untuk mendapat peruntukan untuk itu. sementara itu , berapa ramai pula yang sanggup meminta wakil rakyat menghantar premix utk membina jalan tar sendiri? ( walau agak janggal soalan ini,tapi tidak ada salahnya kalau disoal )
8. sebagai Ketua Pemuda saya hanya mampu membantu sekampit dua simen utk meneruskan hajat mereka. sedangkan ada wakil rakyat yang tidak memberikan perhatian sewajarnya keatas permintaan ini.
9. barangkali seorang Ketua Pemuda Bahagian perlu menjadi jutawan sebelum layak menawarkan diri utk memimpin pemuda , barulah semua ini mampu saya selesaikan tanpa bantuan sesiapa.
10. Keupayaan pemuda di cawangan tidak mampu saya cungkil kesemuanya. mereka kini sekadar mengharapkan peralatan sukan yang setakat ini masih mampu Pemuda Bahagian penuhi walaupun dengan hanya sedikit peruntukan berbanding peruntukan yang pernah diterima oleh Ketua Pemuda sebelum saya .
11. namun itu bukanlah halangan kepada saya dan rakan - rakan untuk terus berjuang asalkan saya tidak berhadapan dengan golongan pemuda yang perlu 'dibayar' kerja mereka.
12. saya masih bertuah kerana rata - rata jawatankuasa pemuda dan ketua pemuda cawangan masih ada yang snggup bekerja secara percuma demi kekuatan parti.
13. Ketua UMNO bahagian bagi saya adalah seorang pemimpin yang amat mudah untuk saya dekati. Walau pun tidak semua mampu beliau bantu , tetapi setidak - tidaknya saya diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk menjalankan program tanpa sebarang sabotaj atau prejudis.
14. saya fikir semua wakil rakyat perlu bertindak seperti mana Ketua Bahagian,pemuda akan menjadi bertambah kuat dengan corak dan sokongan seperti ini.
15. setiap rungutan yang saya ajukan akan diambil perhatian dengan pantas dan penuh prihatin. saya tidak bermaksud untuk memuji Ketua Bahagian demi kepentingan saya,tetapi inilah yang telah saya lalui semenjak menjadi pemimpin belia dahulu.
16. soal sejauh mana masalah itu dapat diselesaikan , bukan persoalannya . tetapi yang penting adalah keinginan untuk mendengar.
17. pemimpin perlu sentiasa prihatin dengan masalah pemuda , berikan sokongan sepenuhnya dengan peruntukkan yang ada dalam tangan masing2. jangan sampai pemuda terpaksa menjadi peminta sedekah untuk menjalankan aktiviti. Kenapa Ketua Bahagian boleh menyediakan peruntukan setiap tahun kepada semua sayap tanpa diminta ? malah tiada siapa pun yang tahu kalau saya tidak mendedahkannya di sini.
18. malah kami masih dilayan juga dengan permohonan - permohonan yang lain.
19. perlu diingat bahawa saya bukan dari kem Ketua Bahagian semasa 'berperang' dulu. tapi inilah hakikat yang perlu saya telan.
20. selagi kita masih mengharapkan agar kita hanya mendapat political millage dalam setiap tindakan , parti kita tidak akan menjadi kuat.
21. tulisan saya ini hanya akan mengundang 'padah' kepada saya sebagai orang politik . Tapi adakah diri saya jauh lebih penting dari kemenangan dan kekuatan parti kita.
22. saya tidak nafikan apa yang berlaku semasa pemilihan parti yang lalu , pencak silat Dato seri raja Ahmad , Dato Hamzah telah mengkucar - kacirkan kita .
23. tidak ada salah kalau hari ini kita mengenal antara pasir dan permata.
24. Pemuda sedang bersiap sedia untuk mara dalam perjuangan ini setelah berbulan - bulan masa kami habiskan dengan liga bolasepak. Fasa akan datang bukan lagi bolasepak untuk memeriahkan Larut , tetapi kekuatan pemuda dari akar umbi.
25. program ziarah ramadhan ke 75 cawangan pemuda sepanjang ramadhan lalu , memberi semula kami kekuatan . masih banyak yang perlu kita perjuangkan tentang nasib rakyat dan keinginan pemuda.
26. mereka perlu diberi perhatian . kalau wakil rakyat masih leka dan hanya menjaga kerusi dan risau political millage nya tergugat oleh pemuda (walaupun sebenarnya pemuda tiada apa kelebihan ), saya tidak keberatan untuk berada di belakang tabir. Asalkan segala keinginan pemuda dapat diselesaikan.
27. ahli parlimen perlu memainkan peranan yang besar dalam memperkuatkan pemuda. Tidak dengan hanya program besar - besaran sedangkan kita membiarkan penuh lompang dibawah.
28. awal tahun lalu saya telah cuba untuk membuka akaun pemuda cawangan2 agar mereka lebih bersemangat dengan permulaan RM100 setiap cawangan . terima kasih kepada Ketua Bahagian kerana turut membantu . Walau pun masih banyak cawangan pemuda yang tidak membuka akaunnya sendiri , namun kita perlu meneruskan usaha ini kerana ianya amat penting untuk sebuah organisasi dan memantapkan pengurusannya.
29. harapan saya agar akaun ini akan menjadi perhatian wakil2 rakyat untuk menyalurkan peruntukan terus kepada pemuda cawangan tanpa melalui pemuda bahagian yang kadang kalanya menjadi fitnah pihak tertentu yang menuduh saya menggunakan peruntukan utk peribadi saya. ( sebelum menjadi KP pun saya bukan dalam kategori miskin )
30.sebelum ini pemuda masih boleh mendapat tempias daripada sumbangan peruntukan tahunan kepada cawangan2,tetapi kini semua terkapai2 mencari wang untuk aktiviti mereka. malah ada cawangan yang kantongnya kosong , malah guru2 agama yang sentiasa mendekati masyarakat kampung juga tidak dapat lagi merasa sedikit sumbangan daripada UMNO dan wakil rakyat.
31. terima kasih kepada adun batu kurau yang saya dimaklumkan turut memberikan beberapa ratus kepada semua cawangan dalam DUNnya , untuk aktiviti cawangan.
32. duri dalam daging yang bermaharajalela dalam Larut kini perlu dibanteras habis - habisan . Mensabotaj program masing2 .. malah pemuda disabotaj oleh orang kuat wakil rakyat tertentu sepanjang menjalankan program - program . Bagi saya , ia adalah duri dalam daging saya sendiri.
33. Tulisan saya ini mungkin akan menjadi pertikaian sesetengah pihak . Tetapi perjuangan tidak pernah membuatkan saya perlu menjadi pelontar batu yang menyembunyikan tangan. Semuanya adalah di Tangan Allah swt. Larut perlu terus kuat sebagai 'simpanan tetap UMNO /BN " di negeri Perak .
34. Jangan jadikan penggal ini adalah yang terakhir buat kita memerintah kerajaan. Bagi saya , sesiapa saja boleh menggantikan saya selepas ini . Tetapi selagi masih memikul tanggungjawab ini, saya perlu terus bersuara demi untuk kepentinganPemuda ,UMNO dan rakyat . Ayuh seluruh ahli pemuda , kita perlu bersama dan bersatu , ikhlaskn hati demi perjuangan, pasti tidak ada apa yang perlu kita takutkan . UMNO perlu terus hidup , rakyat perlu terus dibela . Yang keruh kita jernihkan , yang gelap kita cerahkan asal jangan sampai menggadai maruah bangsa dan agama .
' digantung patik tinggi , dibakar patik hangus"... asal perjuangan tetap kita teruskan.

Mohamad Annuar bin Ariffin


1 ulasan:

  1. Apa yang dapat disimpulkan disini...walaupun Larut adalah aset tetap dengan kemenangan bergaya dan mempunyai jumlah cawangan pemuda paling banyak di Negeri Perak (75), tetapi KP Larut terpaksa berhempas pulas mencari peruntukan untuk menjalankan program di cawangan. Ditambah pulak dengan pelbagai karenah pemuda caw. yang pelbagai ragam. Ini menyukarkan lagi KP Larut dan ajk untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Mungkin betullah, hanya jutawan shj yang layak utk menjadi KP di Larut ini. Tetapi yang merosakkan UMNO selama ini adalah juga dikalangan mereka2 yang dikatakan hebat ini (walaupun tidak semua)Mengapa UMNO dibenci dan diajar pd PRU 2008...disebabkan kebencian rakyat terhadap perangai ahli UMNO sendiri, kaya, mewah dan berlagak sombong.
    Catatan diatas mungkin menggambarkan kekecewaan KP Larut terhadap faktor sekeliling yang tidak memihak kpd beliau.... dan saya berharap pihak yang berkaitan perlu lebih prihatin untuk membantu Pemuda UMNO Larut. Jangan hanya jadikan Larut sebagai "habis pilihanraya , pemuda dibuang".

    BalasPadam