BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Rabu, 7 Oktober 2009

Tembelang Pas Di Bagan Pinang

Seharian di Bagan Pinang bagaikan tidak terasa ada pertandingan dalam PRK Bagan Pinang. Saya sepanjang perjalanan ke sana saya membayangkan jalan yang sesak untuk sampai ke bilik gerakan Pemuda UMNO Perak . Ternyata anggapan saya tadi jauh meleset . PRK Bagan Pinang tidak seperti prk - prk lain yang ditandingi oleh BN . Deretan kereta dan penyokong PAS yang bersimpang siur membawa bendera ( kalau dalam bahasa pattani disebut "menghece' ) dengan kenderaan pacuan 4 roda ke setiap pelusuk kawasan pilihanraya . Namun ini tidak berlaku sepanjang saya meronda - ronda bilik - bilik gerakan BN di sana, yang jelas kelihatan hanya kenderaan UMNO/ BN yang sibuk di jalan - jalan raya . Barangkali , PRK Bagan Pinang bagi PAS adalah PRK seterusnya yang bakal mereka menangi selepas Permatang Pasir .
Agak pelik juga apabila poster dan bendera pas amat berkurangan sekali . Tidak seperti di prk lain , habis jambatan dan titi di 'tawan' Pas . Kali ini , majoriti jambatan dan titi dikuasai oleh UMNO/BN , malah ada diantaranya , Pas seolah - olah tidak wujud di Bagan Pinang. Pas hanya sekadar lawan dan semangat mereka selama puluhan tahun luntur di Bagan Pinang . Sejenak saya sempat berbual dengan beberapa jentera di Bagan Pinang, saya bertanya tentang masjid - masjid yang sering dijadikan oleh jentera Pas sebagai 'hotel' mereka . saya dimaklumkan Masjid Bagan Pinang ( berhampiran markas Pas yang besar ) turut menjadi tempat tidur mereka . kain baju bersangkutan menjadikan masjid seolah - olah seperti rumah tumpangan . Toilet, jangan cakap lah. itu yang dimaklumkan pada saya .

Termenung lagi saya sejenak , parti yang mengakui diri sebagai Islam membawa sifat dan budaya diri yang tidak berdisiplin sedemikian rupa . Memalukan Islam sendiri . teringat saya kepada PRK Bukit Gantang , dimana masjid turut dijadikan 'rumah' kepada mereka ini. cuma bezanya di Bukit Gantang jumlahnya jauh lebih ramai dan sesak . Entah kenapa di bagan Pinang jumlahnya tidak sedemikian ramai . Apakah semangat pengikut Pas telah pudar dan nilai perjuangan mereka sudah semakin mengecil untuk menobatkan perjuangan mereka selama ini ?
Pas juga adalah haiwan politik ( mengambil ungkapan Aristotle kepada ahli politik ) seperti politikus lain . Cuma retorika yang mengabui mata sebahagian rakyat . Mereka hanya pejuang yang tidak lebih daripada pejuang demi kepentingan peribadi mereka . Pas tidak lagi seperti dahulu , dimana mereka berjuang tanpa erti jemu dan bosan .

Sejak saya mula mengkaji dan mengenali dunia politik tanah air , saya melihat Pas akan bersungguh - sungguh dalam setiap pilihanraya umum dan kecil . Walau pun di tempat yang mereka bakal atau 'comfirm' kalah , mereka tetap akan terus cuba meyakinkan pengundi bahawa Pas adalah pilihan terbaik . Kini , fenomena itu sudah jauh ditinggalkan oleh Pas , sedangkan mereka baru sahaja mendapat sedikit kemenangan dan kuasa selepas PRU 12 . Bagi Pas tidak ada gunanya berhempas pulas lagi di kawasan yang tidak ada peluang untuk menang . Semangat mereka telah luntur dek kerana mabukkan kuasa dan kekayaan . Pas sudah mula pandai berpolitik , kawasan yang tidak menyokong mereka , maka tidak perlu diteruskan perjuangan membela rakyat . Apa sudah jadi dengan Pas , kalau benar mereka merasakan bahawa perjuangan Pas adalah yang terbaik untuk rakyat , apakah dosanya rakyat Bagan Pinang sehingga Pas tidak mahu lagi 'membela' mereka . Malah Pas sanggup melihat rakyat Bagan Pinang terus ditadbir oleh BN yang kononnya pada mereka BN tidak mampu membela rakyat !!
Hilang sudah rupanya semangat perjuangan Pas, dan kali ini TEMBELANG PAS TERBURAI DI BAGAN PINANG !!!!
Calon Pas juga bukanlah calon 'heavyweight'. Calon yang telah kalah dua kali dalam pilihanraya dan Pas mahu manjadikan Zulkifle Omar sebagai 'pemain' mereka yang membuat 'hatrik' barangkali. tewas sekali lagi di Bagan Pinang , maka cukuplah tiga kali . Maka calon ini bolehlah dikira sebagai TKO . Seperti yang saya katakan , Pas sudah pandai berpolitik ,meletakkan Zulkifle di Bagan Pinang supaya beliau kalah dan akhirnya mematikan karier politik Zulkifle dalam Pas negeri . maka banyaklah muka - muka baru atau kroni - kroni orang kuat tertentu dalam Pas yang tumbuh bagi mengantikan Zulkifle dalam pimpinan Pas negeri . 'Upacara Sembeleh' oleh Pas akan berlangsung pada 11 Oktober ini . Pasti ada yang berduka , terutamanya pejuang sejati Pas . Namun bagi sebelah pihak lagi , berderai - derailah ketawa menyambut kekalahan Pas di Bagan Pinang . ( kalau Pas tewas kali ini )
Saya nampaknya boleh terus berbangga menjadi pendokong dan penyokong setia UMNO/BN . Jentera UMNO / BN tidak pernah menyerah kalah, malah mereka mempunyai keyakinan bahawa UMNO / BN adalah satu - satunya penyelamat umat Melayu dan rakyat Malaysia . Di Permatang Pauh / Permatang Pasir misalnya , tempat yang 50-50 malah barangkali 40-60 peluang untuk menang . UMNO/BN tetap akan berjuang habis - habisan demi rakyat . tidak pernah satu pun BN bertindak seperti mana Pas di Bagan Pinang hari ini .

Bicara saya ini , tentu ada yang berkata kenapa UMNO / BN tidak bertanding di satu kerusi yang dikosongkan oleh Fairus bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang? Saya pasti jawapannya telah lama dijawab oleh Presiden UMNO sebaik sahaja BN membuat keputusan untuk tidak bertanding . Tahniah dan syabas kepada semua penyokong dan ahli UMNO / BN . Kita sebenarnyalah pejuang rakyat . Kali ini biarlah Pas membuka terus tembelangnya di Bagan Pinang . Pas fikir mungkin rakyat tidak akan perasan dengan tindakan mereka yang bertopeng disebalik serban dan janggut . Pas juga adalah 'haiwan politik'.

1 ulasan:

  1. Harapan semoga keputusan pada 11hb. November nanti berpihak kepada UBN kerana Bagan Pinang merupakan kubu kuat Tan sri Isa. Dan kemenangan ini akan menaikkan moral UBN untuk menghadapi PRK seterusnya (jika ada) dan PRK yang akan datang.

    BalasPadam