BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Selasa, 6 Oktober 2009

SUSU DIBERI, TUBA YANG DIBALAS....

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Putera UMNO yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kesal dengan budaya samseng yang dibawa oleh Pas dan rasa hormatnya selama ini kepada parti pembangkang itu telah pudar. Abdul Azeez berkata, beliau telah mengharungi 11 pilihan raya kecil dan beliau tidak pernah mempunyai sejarah bergaduh dengan para penyokong Pas. “Sejak kebelakangan ini sebagai Ketua UMNO Bahagian Baling, saya cukup mendekati puak-puak Pas. “Bukan saya nak ungkit tetapi dalam bulan puasa yang lalu saya bantu 2,000 keluarga dan 200 daripadanya terdiri daripada keluarga penyokong Pas. “Inikah balasan penyokong Pas kepada saya sedangkan saya tidak pernah bergaduh malah akrab dengan pemimpin mereka,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam. Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan pada jam 9.30 malam kelmarin, setelah kecederaan di bahagian leher yang dialaminya selepas ditumbuk oleh penyokong Pas ketika sedang berjalan kaki menuju ke pusat penamaan calon di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pada Sabtu lalu semakin serius. Beliau berkata, kesan daripada serangan itu, bahagian lehernya membengkak dan beliau turut berasa pening serta loya dan dinasihatkan oleh doktor supaya banyak berehat. Katanya, tekanan darahnya meningkat dan beliau harus menjalani pemeriksaan x-ray sekali lagi serta mempunyai beberapa prosedur lain yang harus dilalui. Abdul Azeez berkata, laporan polis sudah dibuat dan beliau akan berbincang dengan peguamnya mengenai tindakan undang-undang yang boleh diambil olehnya berhubung insiden itu.
p.s. renung-renungkanlah......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan