BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Ahad, 4 Oktober 2009

Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahgian Larut

Alhamdulillah , hari ini Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO ( PPPU ) Bahagian Larut telah berjaya dilaksanakan di Dewan Dato seri Raja Ahmad Zainudin , Tebing Tinggi . Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato Seri Hj Mohamad Khir bin Hj Toyo. Turut Hadir YBM Dato Sri Raja Ahmad , Sdr Faudzi Kassim dan YB Dato Kapt Najmuddin. Saya percaya bahawa PPPU setiap tahun adlah himpunan anak muda Melayu yang terbesar di Larut dalam sebuah majlis rasmi seperti ini . Sepanjang ingatan saya dalam dunia politik di Larut , belum pernah saya mendengar atau melihat persidangan yang dihadiri antara 230 hingga 250 perwakilan pemuda yang mampu dilaksanakan oleh Pas atau Keadilan di Larut ini. Malah di semua bahagian di Malaysia ini , PPPU adalah himpunan pemuda Melayu yang terbesar di setiap bahagian .
Namun bukan itu yang ingin dibanggakan , tetapi yang harus menjadi renungan pembangkang adalah sokongan dan keyakinan generasi muda kepada UMNO masih kuat dan utuh ileh golongan ini .
Saya ingin mengucapkan syabas kepada seluruh perwakilan termasuk jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian yang telah menunjukkan kesepaduan pendapat dan toleransi yang tinggi sepanjang persidangan diadakan . Buat pertama kali dalam tempoh 15 tahun , persidangan kali ini telah sebulat suara memilih perwakilan ke Kuala Lumpur secara sebulat suara tanpa pertandingan . Kesepakatan ini menunjukkan bahawa Pemuda UMNO di Larut telah benar - benar bersatu bagi menghadapi cabaran politik perdana tanah air khususnya di bahagian Larut sendiri .
Pembentangan usul dan perbahasan juga memperlihatkan peningkatan dari sudut kematangan , profesionalisme serta keikhlasan untuk membela Agama , Bangsa dan Negara . Sudah pasti PPPU setiap tahun akan menjadi perhatian parti - parti pembangkang di Larut terutamanya Pemuda Pas Larut sendiri .
Pandangan , saranan serta nasihat yang diketengahkan oleh para perwakilan dalam persidangan kali ini membuktikan kepada masyarakat Larut bahawa Pemuda UMNO benar - benar mahu membela rakyat dan melihat kesejahteraan rakyat terus dibela .
Pemuda UMNO tidak akan bersikap retorika dalam usaha untuk menambahbaik kehidupan rakyat di Larut . Sudah tentu sikap ini akan dicemburui oleh Pas di Larut kerana mereka tidak akan mampu untuk melaksanakan perjuangan seikhlas perjuangan Pemuda UMNO. Apa yang mereka mahukan adalah memenangi hati rakyat dan ini adalah jauh berbeza dengan nilai perjuangan sebenar .
PAS di Larut hanya mahukan supaya negeri Perak ini diadakan semula pilihanraya . Untuk apa ??? Adakah untuk mereka kembali memerintah atau sekadar menjadi kuda tunggangan DAP ??? Sepanjang mentadbir Negeri Perak selama 11 bulan , apakah yang telah dilakukan oleh Pas Larut kepada masyarakat Larut ? Saya sendiri tidak nampak walau satu pun jasa Pas yang boleh dibanggakan selain dari membuat koleksi kunci dewan orang ramai yang dibina oleh UMNO .
Kalau benar Pas mahu membela masyarakat Larut , kenapa program - program lebih banyak ditumpukan ke kawasan DUN Kubu Gajah ? Kenapa tidak di DUN Batu Kurau ? Adakah Pas tidak yakin untuk menang di DUN Batu Kurau lalu mengabaikan "perjuangan " mereka di Batu Kurau ? Sejauhmanakah keikhlasan Pas kepada masyarakat Larut dan adakah ini yang dituntut dalam Islam ? Terlalu banyak persoalan yang boleh saya bangkitkan di sini jika saya mahu . Tapi cukuplah bahawa saya katakan Pas hanya mahu memenangi kerusi dalam pilihanraya , lalu beretorika dengan rakyat Larut . Pemuda UMNO tidak akan membiarkan rakyat Larut terus ditipu dengan muslihat Pas .
PPPU hari ini telah membuat ketetepan bahawa rakyat Larut akan terus dibela oleh UMNO , pembohongan Pas akan diperjelaskan hingga ke akar umbi demi menjamin kesinambungan kekuasaan Islam dan Melayu .
Pas tidak mampu untuk membela Islam dan Melayu , mereka terbukti gagal mengatasi dominasi DAP yang merupakan sebuah parti yang anti Islam dan Melayu . Saya begitu meloya apabila ada Pemuda Pas yang beria - ria bercakap tentang Perjuangan Islam , balasan di akhirat seolah - olah Pemuda UMNO dibelenggu oleh dosa dan maksiat . Dalam masa yang sama mereka lupa bahawa beribu - ribu ahli Pas yang mengundi Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dan Mat Sabu di beberapa kawasan parlimen yang pernah ditandinginya . Apakah Anwar dan Mat Sabu ini dua orang tokoh maksum ? Saya tiada jawapannya , bagi saya mereka berdua ini hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari kesilapan . Namun Pas tetap mengilai dan menyanjungi mereka seolah - olah inilah tokoh yang perlu dibanggakan oleh masyarakat Islam . Entahlah.
Kepada Pemuda UMNO Larut , kita tidak akan berundur lagi . Yakinlah bahawa kita berada di pihak yang benar , Allah akan bersama kita jika kita benar - benar ikhlas untuk membela masa depan Agama , bangsa dan negara kita . Walau apa pun rintangannya , kita akan harungi . jangan biarkan Pas - DAP terus membodohkan bangsa kita . DAP hanya menanti untuk bertepuk , bila Pas benar - benar telah berjaya menghancurkan bangsanya sendiri nanti . Kepada Masyarakat Larut , Pemuda Larut akan terus membela . Ini janji kami .

1 ulasan:

  1. Dun Batu Kurau merupakan Kubu Kuat UMNO@BN,
    Kuat sampai ke akar Umbi tuh...
    Kubu Gajah & Selama Kawasan Hitam Umno
    sebab tu depa pulun kat sana

    BalasPadam