BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Jumaat, 23 Oktober 2009

Pembangunan & Masa Depan Larut- Mendepani Cabaran Budaya

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberi komen terhadap pandangan saya dalam beberapa artikel yang saya tulis sebelum ini. Pandangan saya lebih kepada mendepani cabaran dan bukan satu wawasan. Pada hemat saya, wakil - wakil rakyat, kepimpinan / pentadbiran negeri dan pusat jauh lebih berkaliber dan tepat untuk memperkatakan mengenai misi dan visi pembangunan di Larut. Justeru, pandangan saya lebih kepada mendepani cabaran-cabaran yang perlu dihadapi sebelum, semasa dan sepanjang pembangunan dan urbanisasi. Apa pun saya terus mengharapkan pandangan - pandangan daripada saudara-saudara untuk memperkukuhkan lagi keupayaan perjuangan kita dan sebagai persiapan saya sendiri dalam menghadapi cabaran kepimpinan di masa akan datang.

Sebagai bangsa yang berpegang kuat kepada budaya tolong menolong, sopan santun, jujur, amanah dan sebagainya ditambah pula dengan ajaran agama suci Islam, masyarakat Melayu akan dapat lahir sebagai sebuah bangsa yang boleh dijadikan sebagai contoh kepada masyarakat lain di negara ini . Walaupun, sebahagian orang Melayu sering dianggap mudah terikut - ikut dengan budaya masyarakat lain dan mampu menyerapinya dengan 'sempurna', namun sebahagian besar yang lain masih mampu mempertahankan identiti bangsa Melayu walau dalam apa juga situasi . Satu ketika, kita telah terikut - ikut dengan gaya hidup kolonial Inggeris termasuk daripada segi berpakaian , makanan , pergaulan , kehidupan sosial , malah mengagung-agungkan pula keupayaan bangsa barat itu dengan memperkecilkan keupayaan bangsa sendiri. Misalnya semasa usaha untuk mendapatkan kemerdekaan, ada di kalangan orang Melayu sendiri yang tidak yakin dengan keupayaan bangsa sendiri untuk mentadbir negara ini dengan sempurna sekirannya mendapat kemerdekaan daripada pihak British. UMNO dan kepimpinannya pada ketika itu, telah berusaha untuk meyakinkan penduduk Tanah Melayu bahawa kita terutamanya orang Melayu sudah bersedia untuk mentadbir negara kita mengikut acuan kita sendiri. Tidak ada lebihnya pada bangsa Eropah yang menjajah kita untuk kita banggakan, malah mereka turut menjadikan pula negara kita ini sebagai sumber hasil untuk membangunkan negara mereka. Di samping berhadapan dengan cabaran penjajahan minda, kita juga terpaksa mendepani cabaran budaya. Kalau kita masih ingat, pakaian seragam pelajar sekolah kita sehingga awal 80an dahulu, masih jelas menggambarkan bahawa budaya baratnya agak menebal . Bayangkan pelajar perempuan sekolah menengah masih memakai skirt untuk ke sekolah. Mujurlah dari masa ke semasa kerajaan telah mengubah budaya pemakaian ini, sehinggalah kepada apa yang boleh kita lihat hari ini. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada cabaran perubahan budaya dan pemikiran yang telah kita lalui dan tangani.

Larut sebagai sebuah Parlimen yang masih dianggap sebagai kawsan luar bandar atau kampung masih menebal sifat kemelayuannya, termasuk dari sudut pakaian, penampilan, percakapan, akhlak, sopan santun dan sebagainya. Misalnya di larut hari ini, jika ada anak gadis yang datang ke majlis - majlis kenduri kahwin dengan berpakaian moden dan berambut perang, apatah lagi di tambah dengan kaca mata hitam ( besar ), dia akan menjadi perhatian kerana dianggap sebagai devian (devian adalah perlakuan yang bertentangan dengan budaya setempat). Namun penampilan seperti tadi pula, tidak akan dianggap devian sekiranya dia menghadiri majlis perkahwinan di bandar besar sepreti Kuala Lumpur yang mana masyarakat di bandar besar telah menyerapi budaya penampilan sedemikian dan ianya tidak devian .

Dalam mendepani cabaran budaya di larut, apa yang perlu kita ambil perhatian adalah sejauh manakah kita di Larut ini akan dapat mempertahankan budaya Melayu semasa dan sepanjang menikmati pembangunan. Saya fikir kita tidak perlu pergi jauh untuk membincangkan mengenai mempertahankan budaya kehidupan kita. Tidak lama lagi, penduduk di Anak Kurau akan mendapat kemudahan jalan perhubungan dengan bandar Taiping terus ke tempat mereka. Sekiranya projek pembinaan jalan ini dimulakan dan siap nanti, perjalanan antara Anak Kurau dan pekan Kamunting hanyalak sekitar kurang lebih 10 km sahaja, berbanding pada masa ini sekitar 35 km. Apabila wujudnya jalan perhubungan ini, maka lebih mudahlah penduduk di situ untuk ke bandar Taiping. Sekiranya pada masa ini untuk ke Taiping pada lewat malam, terpaksa berfikir panjang, tetapi pada masa itu barangkali untuk ke Taiping hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja. Justeru , adakah kita kan dapat membendung anak muda kita untuk terus mendepani kehidupan di kampung yang damai dan tenteram setelahjalan perhubungan dengan bandar besar menjadi semakin pendek .
faktor jarak dengan bandar biasanya akan menjadi kayu pengukur kepada kepesatan pembangunan di sesebuah tempat . kelangsungan daripada itu ,k kita juga akan berdepan dengan pertambahan populasi dan penghijrahan masyarakat termasuk dari kaum lain ke kawsan tersebut . Nilai tanah juga akan meningkat dari masa ke semasa . Saya masih ingat lebih kurang 30 tahun dahulu , allahyarham ayah saya telah menjual sebidang tanah seluas lebih kurang 3 ekar di Pinang Tunggal , Kedah dengan harga kurang dari RM10,000. Namun , lebih kurang 10 - 15 tahun lalu kawasan tersebut telah menjadi kawasan industri kecil dan sederhana . Saya amat terkejut apabila saya diberitahu bahawa tanah tersebut telah ditawarkan dengan harga lebih 1 juta ringgit!! Itu 15 tahun dahulu , bayangkan nilainya sekarang? itulah yang berlaku ekoran pembangunan di sesebuah kawasan . Malangnya , kawasan itu kini dimiliki kebanyakkannya oleh peniaga - peniaga cina , sedangkan dahulu kawasan itu milik orang - orang Melayu . Inilah harga sebuah pembangunan. Apa boleh buat..
Justeru , di Larut ini kita masih ada banyak tanah yang boleh kita tebus guna untuk kepentingan masa depan generasi kita . Kita perlu sama - sama mempertahankannya . Namun,soal kemajuan dan keinginan untuk memiliki kemewahan oleh bangsa kita perlu juga kita ambil kira , tetapi bukanlah dengan jalan singkat iaitu menjual tanah kita apabila ditawar harga yang tinggi . jati diri dan patriotisme sahaja tidak cukup , kita perlu ada para pemikir dan anak tempatan yang hari ini sudah berjaya dalam pelbagai bidang . Saya berharap kita akan dapat menubuhkan sebuah badan pemikir yang dapat merancang masa depan dan survival bangsa kita di Larut ini . jangan kita hanya menyerahkan sahaja kepada kerajaan untuk memikulnya , kita lebih mengerti tentang tanah tumpah darah kita ini. Kita bukan sahaja bertindak sebagai pemikir semata - mata , tetapi perlu membuat kajian secara terperinci mengenai kesesuaian bidang ekonomi sesebuah kampung dan kawasan . Barangkali kita boleh menjadi hub pengeluaran kepada sesuatu produk kepada negara ini .
Pandangan saya ini tidak lebih hanya sebagai satu hipotesis yang memerlukan lebih banyak pengamatan dan kajian untuk membuktikannya di Larut ini . Namun pada pandangan saya adakalanya pandangan kualitatif seperti ini lebih berperanan daripada kajian kuantitatif yang mungkin agak statik kedudukannya . Saya sekadar berkongsi sedikit pengalaman sepanjang pengkajian saya tentang pilihanraya di Larut dalam tesis sarjana saya. Faktor sosiologi dan antropologi turut menjadi tumpuan saya . Pun begitu tidak semua dapat saya kongsi dalam ruangan ini , insallah kita jumpa di mana - mana pentas yang bersesuian untuk sama - sama kita berkongsi pengetahuan dan maklumat yang kita ada demi kepentingan Larut dan Melayu di sini .


2 ulasan:

  1. salam...

    Pada saya sesebuah kemajuan perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Kemuajuan akan hadir dengan pakej yang tersendiri seperti gejala sosial dan sebagainya. Kita tidak dapat menolaknya kerana ia datang serentak.

    Kenyataan saya ini berdasarkan kepada data dari pemerhatian saya di Sungai Petani, saya membesar bersama kemajuan Bandar Sungai Petani. Kemajuan di Sungai Petani membawa bersama masalah keruntuhan akhlak anak muda di sini. Jika sekitar tahun 70 dan awal 80an anak muda Sungai Petani perlu ke Pulau Pinang untuk berhubur tetapi dengan hadirnya kemajuan pesat Sungai Petani anak muda tidak perlu pergi jauh untuk berhibur. Kewujudan pasaraya-pasaraya besar menambahkan lagi tempat melepak hingga ke larut malam mereka membuang masa.

    Itu adalah sebahagian dari pakej yang hadir bersama kemajuan, sebenarnya itu semua adalah masalah yang sering dihadapi oleh pemimpin. Jika tidak membawa kemajuan pengikut akan kata pemimpin tak buat kerja, jika kemajuan di bawa masuk masalah pertembungan sosiobudaya akan berlaku.

    Jadi.... fikir-fikirkan lah mana yang baik, perahu dah di air, dayung dah di tangan mudiklah kemana-mana hulu atau hilir.....


    wassallam





    Wan SP

    BalasPadam
  2. tks sdr wan sp. Insallah kita akan cuaba yang terbaikdi Larut ini.

    BalasPadam