BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Khamis, 31 Disember 2009

Tahun 2010 dan Space 1999

Beberapa jam lagi kita akan menyambut kedatangan tahun baru 2010. Sudah sedekad kita berada di alaf baru ini. Semasa kecil - kecil dahulu, filem orang putih selalu mengambarkan betapa hebatnya kehidupan manusia di zaman atau abad ke 21 ini. Dalam wayang mereka, gambaran kenderaan di awal tahun 2000 amat 'pelik'. Ini boleh dilihat dalam cerita - cerita barat. Teringat saya kepada cerita "Space 1999", sebuah drama bersiri yang ditayangkan di RTM lewat 70an dahulu. Manusia pada tahun 1999 digambarkan sudah hidup di angkasa lepas dengan dan telah pun menerokai planet - planet dan kehidupan di dunia lain. Saya yang masih kecil pada masa itu, selalu membayangkan kehidupan sedemikian tatkala saya dewasa nanti. Seperti yang digambarkan dalam Space 1999. Malah, semua rakan - rakan sebaya begitu teruja untuk cepat dewasa dan hidup dalam tahun 1999.
Malah filem Terminator yang dibuat pada lewat 80-an juga mengambarkan bahawa ditahun-tahun selepas 2010, manusia sudah hidup dengan robot dan berperang dengan robot. Aduh, enak sekali mereka memainkan fikiran dan paradigma manusia di seluruh dunia dari zaman ke zaman .

Inilah antara ciptaan barat yang banyak mencipta seolah - olah "track' kepada kehidupan manusia sejagat untuk mendepani kehidupan tealiti. Mereka mencipta kehidupan manusia mengikut kehendak mereka. Manusia seluruh dunia terpaksa mengikut kemahuan mereka demi mengejar trend semasa. Satu ketika dahulu, di tahun - tahun 60-an / 70-an, trend kaca mata adalah bersaiz besar. Kemudian trend menjadi kaca mata kecil (ada yang bulat seperti zaman koboi). Namun hari ini, trend kaca mata terutamanya kaca mata hitam kembali kepada bersaiz besar. Sedar atau tidak, trend ini dicipta oleh mereka yang menguasai dunia fesyen dan kehidupan manusia. Kita tidak menggunakan atau mengikut trend kerana kemahuan kita, tetapi kerana kita "dipaksa" untuk mengubah selera kita. Begitu juga dengan pakaian. kebanyakan seluar slack hari ini menggunakan kain berjalur, sedangkan trend ini digunakan pada zaman - zaman 50-an dahulu. Hari ini, ia muncul semula. Muncul kerana para pereka fesyen mengembalikan kita ke zaman itu dengan sedikit perubahan berbanding zaman tersebut.

Benarlah dunia ini, bukan sahaja berputar di atas paksinya sahaja, malah segala yang ada di isinya juga sentiasa berputar. Tidak ada yang kekal. Tidak ada yang benar - benar mampu digambarkan. Yang benar Kalamnya, Yang Kekal Sifatnya ...Hanyalah Allah SWT.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010
Drp : Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut.

1 ulasan: