
Malah filem Terminator yang dibuat pada lewat 80-an juga mengambarkan bahawa ditahun-tahun selepas 2010, manusia sudah hidup dengan robot dan berperang dengan robot. Aduh, enak sekali mereka memainkan fikiran dan paradigma manusia di seluruh dunia dari zaman ke zaman .
Inilah antara ciptaan barat yang banyak mencipta seolah - olah "track' kepada kehidupan manusia sejagat untuk mendepani kehidupan tealiti. Mereka mencipta kehidupan manusia mengikut kehendak mereka. Manusia seluruh dunia terpaksa mengikut kemahuan mereka demi mengejar trend semasa. Satu ketika dahulu, di tahun - tahun 60-an / 70-an, trend kaca mata adalah bersaiz besar. Kemudian trend menjadi kaca mata kecil (ada yang bulat seperti zaman koboi). Namun hari ini, trend kaca mata terutamanya kaca mata hitam kembali kepada bersaiz besar. Sedar atau tidak, trend ini dicipta oleh mereka yang menguasai dunia fesyen dan kehidupan manusia. Kita tidak menggunakan atau mengikut trend kerana kemahuan kita, tetapi kerana kita "dipaksa" untuk mengubah selera kita. Begitu juga dengan pakaian. kebanyakan seluar slack hari ini menggunakan kain berjalur, sedangkan trend ini digunakan pada zaman - zaman 50-an dahulu. Hari ini, ia muncul semula. Muncul kerana para pereka fesyen mengembalikan kita ke zaman itu dengan sedikit perubahan berbanding zaman tersebut.
Benarlah dunia ini, bukan sahaja berputar di atas paksinya sahaja, malah segala yang ada di isinya juga sentiasa berputar. Tidak ada yang kekal. Tidak ada yang benar - benar mampu digambarkan. Yang benar Kalamnya, Yang Kekal Sifatnya ...Hanyalah Allah SWT.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010
Drp : Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut.