BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Sabtu, 19 September 2009

Seteguk Madu Semanis Gula

Kubu Gajah 17 Sept ,
PPUB Larut hari ini berbuka puasa di Zon C , bertempat di Surau Tebing Tinggi , Kubu Gajah. Saya masih ingat surau ini lebih kurang 11 tahun dahulu apabila saya menjadi perwakilan pemuda di mana Dewan Tebing Tinggi menjadi venue persidangan ketika itu . Surau terbabit hanya terletak kira - kira 20 meter sahaja daripada dewan . Saya sempat menunaikan solat di surau tersebut pada ketika itu bersama - sama rakan - rakan perwakilan yang lain . Keadaan surau itu amat sempit dan agak uzur pada ketika itu . Tetapi , itu 11 tahun yang lalu . Kini surau tersebut sudah sama sekali berubah . Selepas berbuka tempoh hari , saya dan rakan - rakan jawatankuasa termasuk pengerusi zon Sdr Edzuddean bersama - sama menunaikan solat maghrib di surau Tebing Tinggi . Surau yang cukup selesa , dan saya yakin boleh menampung jemaah sehingga lebih seratus orang dengan selesa , berbanding surau lama yang pernah saya bersolat dahulu . Bagi saya inilah hasil perjuangan UMNO kepada masyarakat Islam di seluruh Malaysia . Tambahan pula Tebing Tinggi adalah cawangan kepada YBM Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin , Ketua UMNO Bahagian Larut ( beliau tidak sempat hadir kerana menghadiri majlis berbuka di Bukit Bertam , Selama ). YBM Dato Seri bagi saya telah berjaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua UMNO cawangan tersebut kerana di Tebing Tinggi bukan sahaja surau yang selesa dan moden telah disediakan , tetapi juga kemudahan - kemudahan lain seperti dewan serbaguna yang besar dan selesa , gelanggang futsal , kemudahan jalan kampung yang baik dan banyak lagi . Masyarakat Tebing Tinggi sepatutnya bersyukur kerana YBM Dato Seri adalah Ketua UMNO cawangan mereka .
Sebelum dan selepas majlis berbuka , saya dan rakan - rakan AJK Pemuda sempat menziarahi beberapa sahabat handai dan saudara kita yang kurang berkemampuan , seperti biasa kami menghulurkan sedikit sumbangan bagi mengurangkan beban mereka . Setelah 7 zon di lawati , saya merasakan bahawa Ramadhan kali ini banyak memberikan keinsafan kepada saya dan rakan - rakan kerana kami dapat sendiri melihat dan menyelami sedikit sebanyak keperitan dan kesempitan hidup sebahagian kecil daripada masyarakat kita . Saya akan cuba membawa sedikit pengalaman PPUB ini untuk dikongsi bersama kepimpinan di peringkat bahagian . Saya yakin , wakil - wakil rakyat UMNO di Larut amat prihatin terhadap masalah dan kedaifan rakyat di Larut . Setakat ini , satu keluarga di DUN Batu Kurau telah mendapat perhatian dan tindakan daripada YB Dato Kapt Najmuddin setelah mendapat aduan daripada PPUB. Sifat keprihatinan seperti ini akan dapat memastikan agar kerajaan BN akan sentiasa mendapat kepercayaan daripada rakyat .
Saya amat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh semua AJK Pemuda Bahagian Larut terhadap program sepanjang ramadhan ini , terutamanya kepada Setiausaha Kerja Pemuda Cikgu Amran Abd Rahman serta PSU Pemuda Sdr Saiful Nizam dan semua pengerusi zon yang masing - masing memvariasikan persiapan dan perjalanan program di zon masing - masing agar program menjadi begitu bermakna kepada setiap yang terlibat . Walaupun kebanyakkan AJK Pemuda Larut adalah terdiri daripada muka - muka baru , tetapi saya amat kagum dengan komitmen dan kemtangan mereka dalam mengendalikan program , bak kata pepatah 'dimana ada kesungguhan disitu ada jalan'. Sebagai Ketua Pemuda Bahagian , saya amat bertuah kerana mendapat sahabat - sahabat AJK yang ikhlas , rajin dan bermotivasi perjuangan UMNO yang tinggi . Mudah - mudahan Allah swt memberikan kebaikan dan rahmat diatas kesanggupan mereka untuk berbakti kepada masyarakat . Begitu juga dengan ketua - ketua pemuda UMNO cawangan yang turut sama meredah kampung dan hujan hampir setiap kali kami berziarah untuk menyampaikan sumbangan , meraka juga turut memberikan komitmen dan kerjas sama untuk menjayakan matlamat PPU Larut . Kami berganding bahu di setiap lapisan kepimpinan untuk mamastikan kerelevanan UMNO dalam membela Agama Bangsa dan Tanah Air . Tanpa komitmen semua pihak , saya amat yakin apa jua perancangan tidak akan mampu dilaksanakan .
Program - program ramadhan tahun ini berakhir dengan seribu satu kenangan dan keinsafan , mudah - mudahan tahun hadapan kita akan adapat meneruskan lagi program seperti ini dalam skala yang lebih besar . Segala kenangan pahit manis akan sentiasa menjadi kenangan dan pedoman kepada kami dalam meneruskan misi wadah perjuangan UMNO .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan