BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Isnin, 14 September 2009

PERJUANGAN BERSAMA

Setelah 5 Zon dilawati termasuk pada semalam 13hb di Zon F,pelbagai kisah kehidupan masyarakat yang ditemui dan menjadi keinsafan kepada saya dan seluruh kepimpinan Pemuda UMNO bahagian . Adalah amat jelas ,bahawa hari ini soal kemelut politik yang sedang melanda negara dan juga negeri Perak harus dihentikan segera . Masih banyak masalah rakyat yang perlu diberikan perhatian oleh kita , terutamanya golongan muda . Kalau saya bercakap atas kapasiti saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian , barangkali ramai yang akan beranggapan saya pro kepada kerajaan BN . Namun, hakikat yang harus kita terima hari ini adalah Pakatan Pembangkang khususnya di negeri Perak ini telah gagal untuk membela rakyat . Walau pun wakil - wakil rakyat pembangkang agak banyak , namun usaha mereka untuk membela rakyat sehingga kini amatlah menyedihkan . Tidak pernahkah mereka terfikir bahawa membela rakyat , mencipta kemajuan dan pembangunan kepada rakyat adalah jauh lebih penting daripada terus mencipta retorik politik yang mereka sendiri telah tahu kemampuan mereka ? setiap hari rakyat dihidangkan dengan pelbagai provokasi yang memaksa minda rakyat untuk menerima ilusi Pakatan Pembangkang bahawa majoriti rakyat masih mahukan mereka dan mereka adalah yang terbaik. Barangkali mereka lupa bahawa rakyat Malaysia telah 52 tahun ditadbir oleh kerajaan BN . Kerajaan yang telah banyak meninggalkan track record yang cemerlang kepada rakyat setiap lapisan dan kaum. Teori kejayaan PRU 12 terus dimanipulasi mereka dengan harapan bahawa rakyat akan terus 'diapungkan' dengan minda kebencian dan kononnya kegagalan BN. Sebenarnya,bukan itu teorinya! Biarlah mereka terus lalai dengan teori sempit mereka yang ramai pasti mereka akan gagal.
Jangan samakan Malaysia dengan beberapa negara jiran dan lain. Kebangkitan rakyat hari ini tidak semudah kebangkitan rakyat dizaman kolonial dulu . Minda dan kebijaksanaan rakyat hari ini sudah jauh berbeza. Apatah lagi , Malaysia adalah sebuah negara yang amat jelas majmuknya . teori - teori sains politik dalam masyarakat majmuk telah banyak membuktikan bahawa kitaran sebegini ( yang berlaku di Malaysia selepas PRU 12 dan PRU 1969 misalnya ) sememangnya menjadi 'makanan' masyarakat majmuk . Namun, Malaysia ada keunikannya . Orang Melayu !!!
Orang Melayu adalah jawapan sebenar kepada kegagalan teori Pakatan Pembangkang untuk mengulangi 'kecemerlangan' PRU 2008. Saya rasa , tidak perlulah saya mengulas panjang mengenai perkara ini , biarlah Pakatan Pembangkang mencarinya sendiri. Namun, sekiranya mereka mendapat jawapannya sekali pun ( atau barangkali mereka telah lama menyedarinya),mereka tidak akan mengamalkan pendekatan seperti mana yang dilakukan BN. Mereka berusaha sedaya upaya untuk terus menyongsangkan minda rakyat.
Kepada kerajaan BN , saya amat berharap bahawa kita tidak harus hanya menunggu kegagalan mereka , kerana dalam politik segala - galanya adalah tidak mustahil. Namun, saya percaya kita mempunyai keupayaan untuk mengagalkan rancangan jahat mereka . Pada pandangan saya Pakatan Pembangkang masih yakin bahawa apa yang berlaku kepada Dinasti China , malah secara songsangnya apa juga yang berlaku kepada Soviet Union di era Gorbachev boleh dijadikan teori untuk melakukannya di Malaysia . Saya percaya pemimpin BN sudah lama mengesan pemikiran Pakatan Pembangkang ini . Apa yang penting kepada kita hari ini , adalah rakyat yang masih menyayangi corak kehidupan dan konsep pentadbiran negara hari ini harus sama - sama menolak Pakatan Pembangkang pada PRU 13 nanti . Orang Melayu dan Raja Melayu wajib diselamatkan sebelum gendang PRU13 dipalu. Menyelamatkan Melayu dan Raja Melayu bererti menyelamatkan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan keturunan . Kepada kaum lain sekiranya mereka merasakan bahawa tidak ada pentingnya untuk menyelamatkan Melayu dan Raja Melayu , mereka harus memastikan bahawa tidak ada lagi seorang pun Melayu di Bumi Malaysia ini setelah Melayu hilang kuasa. Seperti kata seorang pemimpin awal parti politik kaum Cina di negera kita 'Melayu itu seperti cermin , apabila kita senyum , ia senyum , apabila kita menangis , ia menangis ... tetapi jangan ditumbuk cermin itu kerana akibatnya adalah tangan yang pasti berdarah!'
Kepada saudara - saudara seagama dan sebangsa , marilah sama - sama kita kembalikan kekuatan UMNO kerana inilah parti yang telah menyelamatkan bangsa kita sejak dulu. barangkali ada kudis pada parti ini,namun tidak bermakna harus kita membunuhnya . Parti UMNO sedang dan sentiasa bermuhasabah demi kebaikan rakyat . maafkanlah parti ini andai ada kesilapannya kepada kita , UMNO akan terus membela rakyat , membela agama Islam dan membela negara yang kita cintai ini. Kembali kita kuatkan negara kita ini,kita telah kembali ketinggalan dalam persaingan global selepas sahaja PRU12. Apakah ini kejayaan kepada mereka yang mengundi pembangkang dahulu.....??? Tepuk dada tanya selera , bukan lagi persoalannya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan