BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Ahad, 13 September 2009

Semalam,12hb Ogos , saya bersama AJK pemuda bahagian sekali lagi masuk kampung. Dalam keadaan hujan yang lebat kami meredah jalan - jalan kampung untuk sampai ke rumah saudara - saudara kita yang telah disusun oleh cikgu hafiz (pengerusi zon G) untuk menyerahkan sumbangan daripada Pemuda UMNO Bahagian . Sepanjang 3 z0n yang telah kami lawati sebelum ini , pelbagai kisah dan kehidupan masyarakat yang dapat kami lihat dan hayati sendiri . Apatah lagi di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini , perasaan insaf sentiasa memenuhi ruang perasaan kami. Pernah apabila kami sampi di sebuah rumah yang sangat daif dan serba seri kekurangan , ada diantara kami yang mengalirkan air mata. Rupanya masih ada yang kita terlepas pandang untuk kita bantu dan baiki sedikit sebanyak kehidupan mereka . Justeru itu , pemuda UMNO Larut akan berusaha dengan kerja sama wakil - wakil rakyat di Larut untuk membantu dan mengubah nasib golongan ini . Cubalah saudara bayangkan sebuah rumah yang sangat sempit , berdindingkan buluh ,tiada bekalan elektrik dan lebih menyedihkan didiami oleh sebuah keluarga dengan beberapa orang anak kecil yang berusia antara 2 hingga 12 tahun .
Saya bertanya kepada keluarga terbabit tentang persiapan hari raya ini , saya amat sedih apabila diberitahu bahawa belum ada persediaan yang dibuat untuk Aidilfitri ini. Sebagai insan yang juga seorang ayah , saya dapat merasakan betapa bebannya tanggungan perasaan itu . Justeru , Pemuda UMNO Larut akan membantu sedikit sebanyak persediaan keluarga terbabit.
Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO , saya memohon kerjasama semua pihak untuk membantu wakil-wakil rakyat kita di Larut ini untuk sama - sama kita peka dan prihatin terhadap keluarga yang kurang bernasib baik. Setiap ahli dalam masyarakat bertanggungjawab untuk mengetengahkan sebarang kesempitan hidup masyarakat dikawasan kita agar mereka ini dapat dibela . Saya tidak mampu meletakkan kesalahan kepada wakil rakyat kerana masih adanya kehidupan keluarga yang seperti itu di kawasan kita,kerana wakil rakyat tidak akan mampu untuk mengetahui keadaan di setiap ceruk kampung. oleh itu , masyarakat setempat adalah bertanggungjawab untuk memanjangkan perkara ini kepada pengetahuan wakil rakyat . Setahu saya , kes - kes kedaifan seperti yang saya sebutkan tadi ,tidak akan diabaikan oleh wakil rakyat , terutamanya wakil rakyat BN .
Berbuka puasa di surau Kg Banggol Sebelah semalam ,turut juga dihadiri YB Dato Mohamad Daud Yusof Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan ADUN Kawasan Selama. Saya ingin merakamkan terima kasih saya kepada Sdr Hafiz dan semua ketua pemuda cawangan zon G yang telah mengatur dan menyempurnakan program di zon mereka ,terutama uga kepada Sdr Anuar Darus ,KP Banggol Sebelah yang menjadi tuan rumah semalam . Kami bertarawikh di masjid Kpg Sempeneh Seberang bersama YB Dato Daud . Hari ini , Pemuda UMNO Larut akan berada di Zon F ,yang di pengerusikan oleh Sdr Mohd Azmi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan