BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Selasa, 29 September 2009

Suatu ketika dahulu kemelut perebutan kuasa dikalangan kerabat - kerabat diraja telah memecahbelahkan bangsa Melayu kepada kuasa - kuasa kecil. Begitu juga dengan perpecahan gugusan kepulauan Melayu kepada beberapa kerajaan . Apa yang berlaku kepada kerajaan - kerajaan di Tanah Melayu telah membuka ruang campurtangan kuasa asing sehingga kita telah dijajah oleh Portugis , Inggeris , Belanda dan seketika oleh Jepun. Perpecahan orang Melayu akibat perebutan kuasa dikalangan raja - raja Melayu ini telah mengakibatkan kita dijajah lebih 400 tahun lamanya . Bolehkah kita bayangkan andai sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka , Tanah Melayu ini tidak pernah dijajah dan tidak pernah sekali pun bangsa Melayu berpecah ? barangkali kita akan memnjadi antara kuasa besar di dunia ini seperti Jepun dan China . Namun begitu kita harus menerima hakikat itu kerana mungkin pendedahan dan kesedaran tentang perpecahan dizaman itu tidak pernah menjadi tesis perbincangan bagi mengelakkan perpecahan kita . Justeru , sifat tamak , berkepentingan diri dan tiada jati diri sebagai anak Melayu terus menjadi belenggu masyarakat Melayu sepanjang tempoh itu .
Melayu kembali bersatu setelah 435 tahun dijajah . Pada tahun 1946 , apabila Malayan Union ingindiwujudkan oleh Inggeris di Tanah Melayu , maka orang Melayu bersatu tanpa mengira darjat , ideologi dan perjuangan. Ternyata penyatuan kita itu telah mendatangkan hasil sehingga mengagalkan pembentukan Malayan Union . Rentetan dari pada itu , perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi semakin strategis dan disusun dengan begitu teliti oleh para pemimpin awal Melayu .
Adalah amat unik perjuangan kemerdekaan kita , apabila kita turut mengajak kaum - kaum lain yang ada di Tanah Melayu pada ketika itu untuk turut terlibat berjuang membebaskan negara kita daripada penjajahan Inggeris. Apa yang penting kepada kita adalah mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah dan seberapa segera yang boleh . UMNO bersama - sama dengan MCA yang mewakili kaum Cina dan MIC yang mewakili kaum India telah berpakat untuk meyakinkan kolonial Inggeris di Tanah Melayu bahawa gabungan ini telah bersedia untuk membangunkan sebuah negara merdeka . Kepercayaan kita kepada kaum - kaum lain begitu luar biasa sekali . Perjuangan dan tumpah darah kita selama ratusan tahun sebelum ini , seolah - olah telah diselamatkan oleh kehadiran MCA dan MIC . Barangkali pemimpin mereka pada ketika itu sememangnya ikhlas untuk sama - sama membentuk sebuah negara yang merdeka bersama - sama orang Melayu . Pada ketika itu , kesudian orang Melayu untuk mengiktiraf mereka sebagai warga negara dan membenarkan mereka mengamalkan agama anutan mereka serta mengekalkan indentiti ibunda adalah suatu 'anugerah ' yang amat bermakna . Orang Melayu begitu berbangga apabila menjadi satu bangsa yang begitu pemurah dan membuktikan bahawa penganut Islam sememangnya mempunyai toleransi yang tinggi .
Begitulah penyatuan sebahagian besar Melayu dalam UMNO dan parti kaum - kaum lain telah menhasilkan kejayaan menuntut kemerdekaan . Sejak dari hari kemerdekaan , kaum - kaum lain selesa dengan status dan kehidupan yang mereka miliki . UMNO terus mempertahankan kontrak sosial seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan . Walau pun ada cubaan dan usaha oleh kaum lain untuk menuntut apa yang diluar daripada kontrak sosial,namun kekuatan penyatuan Melayu tidak membenarkan kontrak sosial ini dinodai. Kita terus bertahan dari tahun ke tahun .
Melayu rupanya bukanlah lagi mampu untuk diangkat menjadi sebuah bangsa yang kuat dan berjaya , sejarah membuktikan bahawa bangsa yang mampu bersatu walau pun jumlahnya semakin besar atau ramai , maka bangsa itu akan menjadi sebuah kuasa yang besar dan digeruni . Namun ini tidak berlaku kepada Melayu hampir 500 tahun yang lalu , Melayu tidak mampu mengawal nafsu dan ketamakan apabila bangsanya menjadi semakin besar dan kuat selepas 100 tahun kewujudan Kesultanan Melayu Melaka . Melayu menjadi rakus , lupa diri , lebih yakin kepada bangsa lain dari bangsa sendiri , sehingga kita akhirnya kehilangan kuasa dan kekuatan yang telah 100 tahun kita bina di Melaka . Kita dijajah dan dihina di Tanah Air kita sendiri selama ratusan tahun .
Kini kita baru 52 tahun merdeka , kita telah membina negara ini dengan kudrat dan keupayaan kita dengan begitu bersungguh - sungguh dan komited. Bangsa kita telah menjadi semakin besar dan kuat , UMNO juga turut menjadi semakin besar dan ramai jumlah ahlinya,juga sekali lagi sejarah mahu berulang , Melayu tidak mampu bertahan dengan jumlah yang semakin ramai dan kedudukan yang kuat dan kukuh . Melayu berpecah sekali lagi seperti apa yang pernah kita lalui sejak zaman ke zaman . Sejarah yang hampir sama juga berulang , paling tidak untuk tempoh 39 tahun sebelumnya .
Maka Melayu mula menuding jari kepada kaum - kaum lain yang sudah tidak mahu melihat kejayaan Melayu dibawah kepimpinan UMNO . Kaum Cina dan India dikatakan tidak mahu lagi menyokong atau mengundi Barisan Nasional ( BN ) kerana mereka tidak lagi yakin kepada UMNO . Serpihan Melayu yang pernah wujud sejak zaman ke zaman hari ini muncul semula . Kita semakin sukar untuk membendung kecuali serpihan Melayu ini kembali meyakini keupayaan bangsanya sendiri , menghapuskan sifat tamak dan dengki serta berpegang teguh kepada pegangan Islam yang sebenar yang menuntut umatnya bersatu padu.
Melayu menggunakan kaum - kaum lain yang ada untuk menghancurkan Melayu sendiri , cuma kali ini versinya agak berbeza dengan versi - versi dizaman lampau . Kaum - kaum lain yang terpesona dengan segala janji - janji Melayu ini semakin terpesona ( bukan semua daripada masyarakat kaum - kaum ini terpesona dengan janji mereka , tetapi jumlahnya cukup untuk menghancurkan Melayu )... ( bersambung )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan