BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Isnin, 21 September 2009

Menghimpun Kembali Melayu

Salam Aidilfitri kepada semua muslimin muslimat terutama seluruh masyarakat Larut sempena 1 Syawal pada hari ini . Mudah - mudahan Allah SWT akan menambahkan keberkatan kepada kita semua sebagai umat Islam di hari yang penuh bermakna ini . Kepada anak rantau yang pulang ke Larut ini , saya doakan saudara saudari sentiasa mendapat perlindungan Allah dan gembira didamping sanak saudara . Pastinya dapat bersama keluarga sepanjang cuti aidilfitri ini akan menambahkan lagi rasa kasih sayang dan mengubat segala kerinduan di hati . Kunjung mengunjung antara satu sama lain dihari mulia ini telah menjadi tradisi masyarakat kita .
Aidilfitri ini , maka ramailah anak - anak Melayu yang kembali memenuhi ruang di desa kita ini . Desa yang banyak meninggalkan kenangan , bukan sahaja kenangan semasa kecil tetapi juga kenangan susah senang hidup sebagai anak desa . Sementara kepada saudara - saudara kita yang bekerja dan mencari rezeki atau tinggal di kampung , sudah pasti kepulangan sanak saudara dan sahabat handai akan bertambah menceriakan aidilfitri .
Inilah masanya untuk kita sama - sama mencari nilai sebenar persahabatan atau persaudaraan disamping bertukar - tukar fikiran dan pengalaman sepanjang setahun yang lalu . Insallah , kita akan bertemu lagi ditahun yang akan datang dengan pengalaman dan cerita yang baru . Kita terus berkongsi , berkongsi suka duka . Namun bagi , bangsa dan agama kita , ada yang sentiasa perlu kita ambil kira dan perbincangkan . Membincangkan kemanakah halatuju generasi kita selepas ini , atau apakah corak kehidupan mereka andai kita hari ini leka dari berbincang bagi menentukan masa depan mereka . 'mereka' yang kita maksudkan itu , barangkali sedang berada disamping kita sekarang , yang saban hari kita menghantar mereka ke sekolah atau yang saban hari kita lihat mereka berpusu - pusu ke sekolah . Atau yang saban hari kita bermain dengan mereka . Masa depan mereka adalah tanggungjawab kita secara total .
Kalau kita merasakan bahawa dengan membesarkan mereka dengan pendidikan dan kasih sayang sudah memadai , pada pendapat saya masa depan mereka belum terjamin . Dibeberapa negara jiran kita , ramai warga negaranya yang berpindidikan tinggi . Saya pernah bersama dan berkawan dengan pekerja - pekerja asing dari Indonesia , Bangladesh , Myanmar , Filipina , India dan sebagainya semasa saya bekerja sebagai Penyelia Tapak bina dengan sebuah syarikat pembinaan di ibu kota , kebanyakkan daripada mereka memiliki taraf pengajian yang tinggi seperti ijazah pertama dan diploma . Namun , pendidikan mereka tidak mampu menjamin kesejahteraan hidup di negara asal . Justeru , mereka terpaksa berhijrah dan mencari rezeki di negara lain walau hanya sebagai buruh kasar .
Generasi kita akan datang tidak mustahil akan menerima nasib seperti mereka tadi atau paling tidak menjadi masyarakat kelas tiga di negara tumpah darah mereka sendiri . Segala persoalan ini boleh dijawab dalam pengkajian politik sesebuah negara . Walau pun ada yang berpendapat bahawa politik tidak penting untuk diperbincangkan kerana soal politik hanya diserahkan kepada ahli politik , sesungguhnya pendapat seperti itu tidak adil kepada masyarakat , agama , bangsa dan negara .
Ahli - ahli sains politik sebenarnya telah membina negara , ideologi dan kehidupan manusia sejak dari zaman Aristotle , malah lebih awal dari itu . Malah di zaman yang lebih dekat dengan kita , Karl Mark mampu mencorak ideologi manusia di banyak negara sehingga hari ini , negara kita sendiri pun tidak kurang pengaruh Karl Mark sentiasa wujud dan menjadi perjuangan sebahagian ahli politik kita sama ada mereka sedar atau tidak . Saya percaya , Lenin yang mentranformasikan idea Mark di Rusia selepas lebih 100 tahun kematian Mark juga , tidak menyedari sepenuhnya bahawa komunisme yang dibawanya adalah hasil idea Mark yang bermula di Jerman .( ini pendapat saya walau pun Stalin yang menjadi pengasas sosialis/komunisme di Rusia )
Namun , ideologi politik sentiasa dimanipulasi oleh manusia yang tamak dan mementingkan diri sendiri . Idea Mark sendiri lebih mementingkan kesejahteraan hidup setiap warga , namun hasil manipulasi manusia tamak dan berkepentingan idea beliau kini menjadi belenggu kepada sebahagian masyarakat dan syurga kepada pemimpinnya . Entah siapa yang perlu kita tuding jari untuk menjadi pesalah , kerana barangkali kesalahannya ada pada masyarakat yang membuat keputusan .
'Menghimpun kembali Melayu' mengajak saya untuk membawa saudara - saudara kepada pembentukan Melayu sejak zaman ke zaman . Andai ideologi - ideologi politik dunia seperti marxist boleh menjadi amalan dan ikutan sebahagian masyarakat dunia ( atau paling tidak minda mereka ) , kenapa tidak idea pembentukan Melayu dihari - hari awal perjuangan kemerdekaan kita dahulu kita garap menjadi ideologi penyatuan Melayu yang boleh membawa kekuatan kepada bangsa kita paling tidak pun hanya di Malaysia .( bersambung )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan