BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Selasa, 13 Oktober 2009

Antara Bagan Pinang dan PRU 11

Alhamdulillah , bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana telah memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional dalam PRK pada 11 Okt yang lalu . Terlalu banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada PRK di Bagan Pinang ini . Harapan seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia adalah semoga kemenangan ini tidak menjadikan BN leka dan terawangan. sekiranya trend "mengawangi" kemenangan ini terus menjadi pembawakan BN/UMNO , kita pasti akan menempuh lagi kekalahan demi kekalahan . Apa pun , kemenangan ini bukanlah sesuatu yang boleh kita banggakan secara total , kecualilah kita menang misalnya di Manik Urai , Permatang Pasir , Permatang pauh atau paling tidak mendapat kembali Kuala Terengganu dahulu . Bagan Pinang adalah kubu kuat UMNO sejak sekian lama .
Cuma apa yang boleh kita banggakan adalah kemenangan kita kali ini lebih m,irip kepada kemenangan kita pada PRU 11 tahun 2004 . Rakyat kembali memberikan kepercayaan kepada BN , bukan hanya sekadar kerana Gagasan 1 malaysia , tetapi juga faktor calon yang merupakan sorang tokoh politik yang banyak berjasa kepada Bagan Pinang sendiri .
Sembang - sembang saya dengan kawan - kawan di KL sempena Perhimpunan Agung UMNO , turut memperkatakan mengenai gagasan 1 Malaysia yang turut menjadi punca kemenangan BN di PRK Bagan Pinang . Saya amat bersetuju dengan pendapat ini . Namun dalam mengiakannya , saya terfikir tentang sejarah kebangkitan yang telah dilalui oleh rakyat Malaysia sepanjang kemerdekaan negara . Tidak perlu kita pergi terlalu jauh , cukup ke tahun 1998-99, apabila rakyat dikejutkan dengan kebangkitan semangat ' reformasi' selepas pemecatan DS Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO.
Sebahagian daripada rakyat Malaysia amat cepat dipengaruhi oleh isu terkini , lantas menjadikannya landasan perjuangan . Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam soal ini,setiap rakyat mahukan yang terbaik demi kehidupan kini dan masa depan mereka. reformasi telah menjadikan golongan ini marasakan bahawa perjuangan mereka menentang kerajaan BN adalah suatu yang perlu dilakukan demi mengembalikan keadilan .
Inilah yang barangkali berlaku kepada sebahagian pengundi yang turut mengambil gagasan 1 Malaysia sebagaifaktor mengundi UMNO/BN di Bagan Pinang. Trend ini tidak mustahil akan berterusan di PRK (jika ada nanti ) seterusnya . malah sekiranya kerajaan benar - benar berjaya meyakinkan rakyat dengan gagasan ini , PRU 13 akan kembali menjadi milik UMNO/BN.
Persolannya adalah sejarah yang telah kita lalui seperti yang telah saya sebut diawal tadi . Kita hampir kekurangan majoriti di parlimen pada 1999 , kemudian kembali gagah pada 2004 , kemudian tiba - tiba hampir kecundang pada 2008 . Insallah kita kan menang besar pada PRU 13 dan soalnya PRU ???
Mampukah UMNO dan orang Melayu terus bertahan dengan pertambahan jumlah kemenangan dan kusa selepas PRU 13 nanti . Saya pernah menyebutnya dalam artikel yang saya tulis sebelum ini .
Justeru , marilah kita terus bermuhasabah diri , emngigat - ingati antara kita demi menjaga kemenangan kita ini . Rakyat nampaknuya seperti telah kembali menaruh harapan kepada UMNO/BN . Tahniah kepada TS Isa Samad dan seluruh jentera UMNO/BN di Bagan Pinang. KIta percaya , banyak yang telah kita pelajari dalam sejarah demi sejarah dalam politik perdana tanah air. Gunakan kesempatan kepercayaan rakyat ini demi untuk kebaikan rakyat juga . Masa depan Melayu dan UMNO dalah amat penting kepada Malaysia . Siapa yang berani mempertikaikannya , dia adalah manusia buta sejarah .
Selamat Bersidang kepada semua perwakilan UMNO di Kuala Lumpur. Jadikan persidangan kali ini sebagai penggerak kita mengingati dan menjadikan sejarah sebagai tauladan . salam perjuangan.

5 ulasan:

  1. Tuan...
    Gambaq ghaya tak boh kat sini kaaa....?
    Apapun, kemenangan ini memberikan kita suntikan semangat untuk meneruskan perjuangan mengembalikan kerusi 2/3 di parlimen dan merampas negeri yang diperintah pembangkang pada PRU 13 nanti.
    MdSaad

    BalasPadam
  2. Kawasan ramai melayu kita ada harapan yang tinggi.cuma kawasan bukan melayu kita kena suruh MCA & MIC kerja kuat..tapi 1 Malaysia akan membantu kemenangan kita..

    Psst: 1Malaysia nampak nya diterima oleh orang INDIA & CINA..

    BalasPadam
  3. Jangan lah bila kita menjerit sebagai pembela bangsa Melayu, tetapi orang Melayu masih lagi naik kereta sapu, seperti di Batu Kurau, Jangan lah kita memekik UMNO membawa kemajuan untuk orang Melayu tetapi Pekan Batu Kurau masih lagi pekan koboi. Jangan lah kita Memekik tanpa kita Melayu akan hilang kuasa tapi dalam masa yang sama kita yang menebang balak dan orang Melayu kampung minum air paip tanah merah.

    "Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utama Kan" bila rakyat mengadu kepada wakil rakyat yang di pilih, tentang masalah rakyat misal nya tiada kemudahan pengangkutan awam, jalan masuk ke kampung yang sempit, sukar untuk berselisih bukan sahaja dengan kereta tetapi dengan motorsikal, maka wakil ini akan mencari dan memberi pelbagai alasan. Tetapi sewaktu berkempen semua boleh buat. Sampai bila nak bagi alasan yang tak masuk akal tersebut.

    nak baca lagi sila ke tabuan blogspot

    BalasPadam
  4. Tabuan..perkara ni ada sebabnya kenapa perkara ini terjadi..saya tak pasti samaada saudara tabuan ada buat research tentang masalah pekan koboi, kereta sapu dan paip tanah merah..

    sepanjang pengetahuan saya selama dibatu kurau..tanah di kawasan pekan adalah tanah persendirian..so tuan tanah ada hak atas tapak kedai berkenaan, kita boleh buat kedai dgn cantik jika kerajaan merampas tanah dan membayar pampasan..tapi takkan kerajaan nak buat macam tu..tapak & plan mmg sudah ada..semua kedai akan dipindah kan ke tapak sementara disepanjang depan tokong cina hingga ke rumah bekas YB dulu tuh. jika tuan tanah tak nak nak buat macam mana?

    tentang pengangkutan awam tuh..
    syarikat mana nak melabur nak sediakan pengangkutan awam ni?kalau dah tahu akan Rugi..
    hampir majoriti oarng2 kampung lebih selesa naik motor, keta & prebet sapu ke pekan..ini adalah realiti..saya tak pasti jiak PAS memerintah..mereka akan sediakan Bas sebagai kebajikan (Amba dulu last naik bas dibatu kurau 2,3 penumpang je ke taiping) untung ke?berapa gaji driver bas tuh?maintenance?minyak?..

    air paip tanah merah ni kat KL pun terjadi..
    cuma kes balak nih biasala..
    tunjukkan bukti pemimpin larut berjanji?
    munkin dikawasan lain..dulu masa amba masih belajar di U..pernah juga ke ceramah politik UMNO di batu kurau.Kapten Najimuddin berkata..dia tak akan janji apa2..kalau dia menang baru dia akan berjanji..kalau amba pekak masa tuh tak tau la..tapi itu yang amba dengar

    Adun lagi amba tak tahu..
    Ini bukan Alasan, tapi bukti..
    bukan semua kita boleh lakukan..
    amba pun banyak tak puas hati..
    tapi bersyukur apa yang ada..
    nanti tabuan kena masukkan isu ini dalam mesyuarat UMNO bahagian Tabuan..kalau masukkan dalam mesyuarat PAS bahangian mmg tak dapat la..

    BalasPadam
  5. gambar raya..ada. nanti kita boh.

    BalasPadam