BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Khamis, 29 Oktober 2009

LAPORAN POLIS

PEMUDA UMNO LARUT TELAH MMEMBUAT SATU LAPORAN POLIS BERKENAAN GAMBAR MB PERAK YANG DIHINA PADA SEBIDANG KAIN RENTANG (BANNER) YANG TELAH DILETAKKAN DI ULU SEPETANG.







Dengan hanya satu tanda di dahi pada gambar YAB Dato Seri Dr Zambry Abduk Kadir segala persepsi boleh berubah . Ia berbeza sekiranya gambar itu diconteng dengan cara lain . Bagi Pemuda UMNO Larut , perbuatan ini adalah satu penghinaan terhadap individu apatah lagi individu tersebuat adalah YAB Menteri Besar Perak yang beragama Islam . Pasti tujuan pelakunya adalah atas sifat kebencian dan langsung tidak mahu mengambil kira soal perasaan dan maruah orang lain . Inilah hasil didikan para pemimpin pembangkang yang mengajar dan menanam perasaan kebencian kepada pemimpin UMNO/BN.
Inilah juga rupa bentuk masyarakat generasi akan datang yang sedang diasuh oleh para pemimpin pembangkang demi kelangsungan survival parti mereka . UMNO/BN tidak pernah mengajar ahlinya , malah masyarakat negara ini untuk bertindak biadab apatah lagi kepada pemimpin negara . Adalah amat sedih untuk kitra gambarkan generasi pemimpin yang sedang 'dididik ' ini sekiranya satu hari nanti mereka menjadi pemimpin negara ini . Pasti mereka akan membawa satu paradigma yang jauh berbeza dari apa yang dibawa oleh kepimpinan UMNO/BN selama ini .
Apa yang berlaku di beberapa negara di seluruh dunia yang pada hari ini kehidupan sosial, pilitik dan ekonominya tidak pernah stabil adalah berpunca dari kepimpinan. Pemimpin yang diasuh dalam persekitaran brutal pasti juga akan menjadi pemimpin yang brutal . Brutalisme ini kan menjadi darah daging bukan sahaja kepada pemimpinnya terapi juga rakyatnya sekali . Adalah malang kepada negara seperti Malaysia sekiranya kita mengakui corak kepimpinan seperti ini yang ditunjukkan oleh pembangkang sekarang .
Masyarakat dan rakyat sering kali dihidangkan dengan brutalisme mereka seperti demonstrasi jalanan , ceramah yang memaki hamun dan yang terbaru sikap pembangkang di Dewan Undangan Negeri Perak sejak dua kali persidangan yang lalu . Drama - drama murahan digunapakai demi untuk teruis 'mempertahankan' terus minda penyokong mereka yang telah diajar sedemikian rupa . bagi penyokong mereka , tindakan seperti itu bukanlah devian , malah satu tindakan yang ' tepat' demi kepentingan rakyat . Jika inilah pendedahan minda perjuangan yang ditanam kepada penyokong mereka , adakah kita amahu terus bersama mereka demi masa depan survival kita ? Jangan kita gadaikan masa depan anak cucu kita ke tangan manusia rakus seperti pemimpin parti pembangkang . mereka hanya memfokus kepada kuasa politik demi kepentingan segelintir pemimpin . Lantas rakyat diperbodohkan dan dijumudkan dengan segala perlakuan yang lansung tidak boleh diterima akal . Hasilnya adalah apa yang berlaku kepada gambar Menteri Besar semalam . Yang melakukannya adalah orang Melayu Islam ( pelaku telah pun mengakuinya) yang sanggup menghina saudara seagamanya . Tidak ada langsung perasaan bersalah pada mereka untuk melakukan penghinaan tersebut . Kerana apa? Sudah pasti kerana ketaksuban , kejumudan dan ideologi brutalisme yang dimomokkan kepada mereka sepanjang perjuangan bersama pembangkang . Justeru bagaimanakah kita mahu melahirkan masyarakat bitara yang akan mengalas tanggungjawab demi untuk memastikan kejayaan negara kita . Perjuangan Islam yang mereka war - warkan akhirnya tenggelam dalam sifat komunisme yang mendominasi ideologi mereka hari ini .



6 ulasan:

  1. Saya sering melihat tempat saya ketinggalan dari arus pembangunan negara. Saya sering membandingkan tempat saya dengan tempat lain, saya sering membandingkan penduduk tempat saya dengan penduduk tempat lain.Saya sering membandingkan pemimpin tempat saya dengan pemimpin tempat lain. Saya membuat pembandingan ini kerana nak mencari perbezaan, nak mencari jawabpan mengapa tempat saya harus di tinggal kan dalam arus pembangunan negara.

    Hendak kata tempat saya berlainan Parti dengan kerajaan pusat, itu adalah mustahil. Setahu saya orang tempat saya setia mengundi parti UMNO sejak dari Pilihanraya pertama lagi. Orang tempat saya akan berasa janggal kalau mengundi parti lain selain dari UMNO. Kalau UMNO meletak tunggul kayu pun mereka akan undi juga. Kerana mereka kata sekiranya tak undi UMNO Melayu akan hilang kuasa, bila tak undi UMNO orang Melayu berpecah. Betul ke cerita hantu ini saya tiada kepastian. Yang saya dapat pastikan tempat saya adalah tempat yang selamat untuk UMNO

    baca lagi di tabuan blogspot

    BalasPadam
  2. nak wat cam ner.dema tu xbljr sivik & tatarakyat.tu yg xleh beza antara org islam@bkan.pembangkang ni rasa apa yg dia org buat semua nya btul,sbenarnya dia org ni bodoh.tgk la pd 28hb tpoh ari.dah la sbahyang xambil wuduk,salah qiblat,atas jln plk tu.apa nak jd pun xtau la.klu nak sbahyang pun p la surau @ masjid.lg pun kaw tu pun ada surau yg bdekatan.xpyh la nak sbahyang atas jln.bkn nya darurat pun.lu org fikir la sendiri

    BalasPadam
  3. tahniah kpd KP,ACOI,CIKGU HAFIZ,CIKGU MERAN,CIKGU E dan xlupa skali utk pejuang yg dsegani iaitu MK dpt meluang kan masa utk membuat laporan polis di atas kebiadapan org yg xda reti nak bezakan antara org melayu yg beagama islam ngan org agama lain(KAFIR).TAHNIAH...

    BalasPadam
  4. Tn KP...
    Puak puak pembangkang ini menanam benih kebencian kepada penyokong mereka semenjak dari bangku pra-sekolah lagi. Teringat saya sekita hujung 80'an, budak2 PASTI diajar untuk memijak gambar pemimpin kita waktu itu. Kini, selepas 20 tahun, budak itulah yang berjubah, berserban dan segala macam kulit kealiman (tidak semua ) menyumpah, memaki dan segala kebiadapan yang dihalalkan kepada kerajaan.
    Di akhir 90an pula,... puak puak B.A.B.I pula merusuh atas nama reformasi sehinnga kini.
    Dinegara lain, kaedah berpolitik semakin baik tetapi di Malaysia orang 2 politik semakin biadap.Semoga kita dapat berubah menjadi baik dimasa akan datang.
    MdSaad

    BalasPadam
  5. sabar semua..
    kerja budak2 nakal nih..

    Pemuda Kpg Paya..

    BalasPadam
  6. kerja org pkr. kita dah kenal pasti dan dia mengaku selepas kita buat laporan polis.

    BalasPadam