BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Selasa, 27 Oktober 2009

Nizar Semakin Bodoh

28hb Oktober ini akan berlangsung Sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Persidangan yang sepatutnya menjadi platform untuk merancang pembangunan negeri demi kebaikan rakyat , kini cuba dijadikan oleh Pakatan Pembangkang sebagai pentas berpolitik bodoh dan dungu . Sidang Dewan kali ini cuba untuk dhuru harakan demi kepentingan dua tiga kerat manusia hipokrit dan tamak . Malah juga menjadi pentas tarian songsang pembangkang untuk terus membodohkan rakyat Perak dengan harapan mereka akan kembali berkuasa . Berkuasa untuk menghabiskan saki baki tanah dan kekayaan negeri yang tidak sempat mereka bolot sepanjang 11 bulan memerintah negeri ini .
Pemimpin 'agung' Pas Perak , Nizar Jamaluddin nampak begitu yakin sekiranya Dewan Undangan Negeri dibubarkan mereka akan kembali meraih sokongan dalam pilihanraya negeri . Sungguh sombong dan memalukan pandangan singkat ini . Sedarkah mereka bahawa undi sebahagian rakyat kepada mereka dalam PRU 12 yang lalu bukanlah satu sokongan , tetapi ianya lebih kepada ' mengundi'semata -mata . Rakyat pada ketika itu disogok dengan segala kelemahan kerajaan Barisan Nasional dan juga kealpaan BN dalam mendepani PRU12 tanpa sebarang prejudis . Kesilapan BN hanyalah kerana yakin bahawa rakyat tidak akan terpengaruh dengan dakyah dan pembohongan pembangkang disamping mengabaikan krisis keupayaan kepimpinan tertinggi parti.
Saya berani menyatakan bahawa kemenangan besar BN pada PRU11 aadalah kerana faktor pembuangan undi pada masa itu adalah keyakinan kepada kepimpinan baru iaitu Pak Lah selepas peralihan kuasa daripada Tun Mahathir. Puak Nizar harus mengkaji semula sejarah pilihanraya negara sebelum secara sombrono ingin mendesak pembubaran DUN . Mudahnya , Pilihanraya 1969 _ Perikatan mendapat 66% kerusi berbanding 85.58% pada tahun 1964 . Pilihanraya 1974 , Tun Razak mengambil alih kepimpinan dari Tunku , Barisan Nasional kembali menang besar dengan 87.66% kerusi di parlimen. pilihanraya 1978,1982 dan 1986 BN menang besar di setiap pilihanraya dengan mendapat peratusan kerusi antara 83% dan 85% di parlimen . Akibat krisis kepimpinan pilihanraya 1990 BN kehilangan beberapa kerusi dengan peratusan penguasaan di parlimen menurun kepada 70.55%.
bermula daripada pilihanraya 1990 , trend naik turun BN dalam pilihanraya nampak begitu jelas dan kesemuanya adalah akibat krisis kepimpinan atau pemimpin BN itu sendiri. 1995 , BN menang semula dengan penguasaan 84.38% di parlimen , tetapi krisis kepimpinan pada 1998 telah menyebabkan penguasaan BN merosot kepada76.68% pada pilihanraya 1999. Seterusnya hasil peralihan kepimpinan daripada Tun Mahathir kepada Pak Lah telah melonjak kemenangan BN kepada 90.41% yang merupakan sejarah kemenangan terbesar sepanjang pilihanraya di Malaysia . Pilihanraya 2008 adalah terjemahan rakyat terhadap kelemahan kepimpinan Pak Lah sehingga BN kehilangan kerusi hampir sama dengan sejarah pilihanraya 1969 iaitu kepada 63.1%.
Apa yang mahu saya katakan disini adalah , Nizar terlepas pandang bahawa BN hari ini dipimpin oleh Dato Seri Najib Tun Razak . Bermula dari sini , secara teorinya segala - gala telah berubah . Suka atau tidak , Nizar perlu mengakui sejarah pilihanraya dan trend pengundian di negara ini . Secara rambangnya , faktor popular pengundian adalah kepimpinan tertinggi BN. Jika kita mengkaji dan mendalami hasil keputusan setiap pilihanraya di negara ini , terlalu besar kaitannya dengan kepimpinan tertinggi BN . Sehingga hari ini , DS najib telah menunjukkan komitmen , kematangan politik , seorang strategis pembangunan , berjiwa rakyat , telus , berani , terbuka dan mementingkan kesejahteraan rakyat . Justeru , sejarah telah membuktikan bahawa rakyat amat memerlukan kepimpinan seperti ini dan ianya diterjemahkan dalam setiap pilihanraya. Saya tidak mencipta teori ini semata - mata kerana fanatik kepada BN , tetapi ianya turut diakui oleh beberapa ahli sains politik tanah air seperti Dr Siva Pandian dan Prof K Ramanathan dalam beberapa tulisan dan kajian mereka .
Dato Seri Najib telah membuktikan keupayaannya dan pembentangan bajet 2010 membuktikan bahawa BN benar - benar mahu membela rakyat . KPI yang ditetapkan kepada semua menteri kabinet dan juga KPI politik kepada ahli politik disamping memberi wajah baru kepada UMNO telah semakin mengembalikan keyakinan rakyat . Justeru perancangan nizar untuk menghuru - harakan sidang dewan Rabu ini hanyalah satu tindakan bodoh yang amat ketara . Rakyat akan semakin membenci mereka kerana Najib kini sudah menjadi idola rakyat . Tidak perlulah saya membuktikan satu persatu sokongan rakyat kepada BN , saya percaya semua kita telah sedia maklum dan melihatnya sendiri .
Nizar pasti akan menemui jalan buntu dengan tindakannya bersama konco - konco dan pemimpin fahaman cauvinis kesayangannya. Andai mereka berjaya menyebabkan pembubaran DUN sekali pun , kemenangan mereka kali ini ibarat jauh api dari panggang. Sejarah telah membuktikan segala - galanya . Hidup UMNO , Hidup Najib!

19 ulasan:

  1. betul tu...saya pon dah naik nyampah tgk apa yg jadi kat perak ni.....bosan.....

    BalasPadam
  2. hek leh...mcm tak caye je pemuda umno boleh tulis dalam blog...ingatkan bodoh2 belake..
    setakat bagan pinang yang penuh dengan rasuah, pemimpin rasuah..puak-puak rasuah ni tempat nak cuci nye..taubat..if tak neraka le..

    BalasPadam
  3. IPOH, 24 Okt: Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak menyifatkan Pemuda UMNO negeri itu pengecut dan penakut ekoran tidak mahu pula untuk berdebat.

    Mereka sebelum ini telah mengemukakan cabaran debat kepada Pemuda PAS negeri itu atas tajuk mencari kebenaran siapa benar siapa salah dalam insiden sidang DUN Perak 7 Mei lalu.

    Cabaran yang disiar akhbar Sinar Harian edisi perak pada 22 Oktober lalu juga turut meminta DDP Perak menunjukkan bukti benarkah Adun BN bertindak merampas kerusi Speaker dari V.Sivakumar.

    Mereka juga menuntut supaya DPP membuktikan adakah benar dakwaan bahawa Pakatan rakyat di pihak benar dan BN di pihak salah.

    Namun, apabila DPP ingin menghantar surat menyahut cabaran itu semalam, Pemuda Umno pula didakwa mengelak dan tidak mahu untuk berdebat.

    DPP Perak diketuai ketua penerangannya Mohd Akmal Kamarudin semalam telah pergi ke pejabat Pemuda Umno bagi menyerahkan surat menyahut cabaran debat tersebut.

    Namun rombongan mereka dihalang oleh petugas pemuda Umno di tengah jalan 50 meter dari pagar bangnunan Umno Perak.

    Petugas Pemuda Umno itu hanya memberitahu mereka telah diarahkan oleh ketua mereka untuk tidak menerima surat tersebut.

    Surat tersebut antara lain memaklumkan DPP Perak bersedia pada bila-bila masa dan di mana sahaja untuk berdebat secara intelektual berhubung isu tersebut.

    “Mengapa pemuda umno berdolak dalih, bukankah pemuda umno cabar supaya kami tunjukkan bukti, tapi bila kami nak tunjukkan bukti mengapa pemuda umno tak berani berdepan,” kata Akmal.

    “Apakah pemuda umno Perak tiada sebarang hujah sehingga menyebabkan mereka tidak berani berdepan dengan pemuda PAS Perak?” soalnya.

    BalasPadam
  4. Ini jer stendet IQ rendah UMNO Larut. Sapa yang buat kacau, PR ker...UMNO? Dasar UMNO spesis perampas. Sapa kata rakyat sokong UMNO. Kalau tak disebabkan 'katak' 3 ekor tu, jangan harap UMNgok dapat balik PERAK.

    Spg Taiping

    BalasPadam
  5. Jika hendak dibandingkan antara PAS dan UMNO di Perak..rakyat masih menyokong UMNO pada PRU yang lalu...keputusan adalah seperti berikut: PAS 6 kerusi , PKR 7 kerusi dan UMNO 27 kerusi.Ini menunjukkan orang Melayu masih perlukan UMNO untuk mentadbir negeri ini. Dan hanya orang Melayu yang dipimpin oleh UMNO sahaja yang terbukti mampu untuk memimpin Perak. Mengharapkan PAS hanya mampu menjadi kuda tunggangan DAP saja. Sanggup menjual bangsa sendiri untuk berkuasa...Sedarlah wahai puak puak pembangkang.
    MdSaad

    BalasPadam
  6. Nizar gila kuasa...

    BalasPadam
  7. untuk apa kita berdebat tanpa arah tuju?
    DPP Perak hanya nak cari populariti disebalik kemelut dalaman mereka yang menampakkan mereka berpecah dikalangan pemimpin besar..
    kepada pemuda UMNO..teruskan khidmat kepada masyarakat..biarkan DPPP yang hanya tahu ceramah dan buat kacau..jgn dilayan sangat mereka ini..

    Pemuda Kpg Paya

    BalasPadam
  8. loh...debat tu pemuda UMNO yang minta dulu...tak ke bodoh...sendiri ajak sendiri tolak...itu menunjukkan kebodohan dan ketakutan pemuda UMNO...

    BalasPadam
  9. PERJUANGAN MCA/MIC/Makkal Sakti:

    “ Perjuangan MCA/MIC/Makkal Sakti adalah untuk menyerang secara menyeluruh ke atas hak-hak keistimewaan orang Melayu, dimana ia dilakukan secara berperingkat-peringkat melibatkan dasar-dasar awam sebelum ini. Sebagai mengantikan hak keistimewaan ini MCA/MIC/Makkal Sakti mencadangkan kesamaan dasar-dasar integrasi nasional berasaskan kepentingan ekonomi melibatkan semua kaum”.

    BalasPadam
  10. salam.....

    "Kuasa..." merupakan satu kekuatan yang maha hebat. Dengan kuasa manusia boleh buat apa sahaja. Kuasa boleh menyenangkan kaum kerabat, diri sendiri, pengukut-pengikut, sahabat handai dan rakan taulan....

    UMNO telah lama diberi kuasa dan semasa berkuasa mereka alpa dan lupa bahawa akan datang satu masa mereka boleh kehilangan kuasa.. semasa berkuasa mereka tidak menjaga dengan baik kuasa yang ada pada mereka... mereka lupa bahawa setiap 5 tahun rakyat lebih berkuasa... Abraham Lincon menyatakan bahawa "demokrasi itu adalah pemerintahan daripada rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat" kesimpulannya, bagaimanapun kita berkuasa kita perlu prihatin serta peka kepada kehendak dan aspirasi rakyat.

    PRU12 telah memperlihatkan bagaimana rupanya kekuatan "kuasa" tersebut.. Manusia sanggup buat apa sahaja untuk mandapatkan kuasa waima sanggup naik turun mahkamah untuk merampas kuasa... dan kini ada yang tergila-gilakan kuasa...bagaikan orang yang gila talak...


    kuasa oh kuasa.....

    BalasPadam
  11. tks atas pandangan. Berdoalah semoga Allah swt terus mempertahankan pentadbiran UMNO/BN di perak.
    Annuar Ariffin

    BalasPadam
  12. dalam bajet yang di bentang kan oleh datuk Najib apa yang Parlimen Larut dapat...

    Adakah peruntukan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan Awam..seperti BAS..supaya orang kampung tak naik brek sapu lagi.

    Adakah peruntukan untuk bina balai bomba, supaya rumah orang kampung yang terbakar masih boleh di selamatkan...(cuba tengok rumah terbakar kat kg Relang bomba duduk Taiping nak datang jauh)

    Adakah peruntukan supaya orang kampung tidak terus meneguk air tanah merah

    Adakah peruntukan untuk membesarkan jalan-jalan kampung.

    apa yang saya lihat subsidi hanya untuk IPP...sahaja sama seperti DS anwar kata...

    BalasPadam
  13. jawab Anuar jawab..

    Tabuan..berjuang untuk kapong kita..
    (walaupun buget tak sebut Larut)
    tapi aku rasa dalam buget tu ke arah pertanian.
    sebab kita lebih kearah itu..

    Tabuan,
    untuk perancangan bandar, populasi diambil kira..
    bukan semua benda boleh buat dalam satu2 tempat..
    kita buleh mitak macam2..

    Tabuan, air tanah merah tu kat mana?bt 16?Repoh?Bukit Bertam?

    jalan2 kampung rasanya banyak dah besar, cuma kat bukit bertam nuh kecik lagi, kpg pechah, kepala batas kecik..nak besarkan langgar habih rumah orang..takut kena umah mu la pulak tabuan..
    tapi takpa..aku pun nak tahu jugak..


    Pemuda Kpg Paya..

    BalasPadam
  14. untuk pengetahuan semua

    baru - baru ini saya telah mengunjungi sebuah syarikat pengangkutan bas . Mohon disediakan bas ke Batu Kurau . Tetapi malangnya syarikat bas tidak sanggup mengambil risiko kerana majoriti penduduk Batu Kurau jarang menggunakan bas . Masing - masing mempunyai kenderaan sendiri kebanyakkannya . Beberapa syarikat sebelum ini juga 'tidak pulang modal ' bila beroperasi dahulu.
    Jalan kampung bukan tak mau dibesarkan , maslahnya pemilik tanah tak mau benarkan tanah mereka diambil untuk tujuan pelebaran jalan sedia ada di kampung - kampung.
    balai bomba banyak bergantung kepada pentadbiran sesebuah daerah. Kita bukan setakat perjuangkan balai bomba , malah universiti pun kita minta.
    kesian tabuan minum air tanah merah sorang2....ni Perak la , bukan kelantan..!!!
    annuar ariffin

    BalasPadam
  15. mintak maaf ya tuan...cuba tuan masuk dalam kampung kelian dan cuba tengok air bukit yang di minum oleh mereka. cuba pergi kampung ulu seputih, kampung maamur, kampung cherok terap, kampung pantai besar, kampung nyiur pulas....cuba tengok air yang mereka minum..

    Ini adalah kesan pembalakan, ada balak haram dan ada balak halal...cuba search pakai google berapa luas balak yang di tebang di atas banjaran bintang.

    Kesan nya, lihat sungai dan lata pantai besar,air nya kering..tetapi bila hujan lebat banjir kilat berlaku, lihat rumah-rumah org kampung berhampiran sungai, sebelum ini dalam tahun 1980 tak pernah rumah mereka di tengelami oleh air banjir, tetapi sejak pengambilan balak pada tahun 1996 ( Kalau Tak salah) banjir sudah mulai melanda kampung pulau damar, sungai ara, jemerang star, malah pekan batu kurau...lihat pang di sempeneh mengapa runtuh.

    Kalau nak saheh ada ambik balak atau tidak cuba pergi tengok dan tanya orang kat ulu Pantai Besar..kalau tak salah dekat kedai yusuf janggut tu lah balak di bawak turun...awang Stereng lah menjadi driver Hilux.

    Mengapa kawasan bintang hijau di cerobohi, papan tanda jelas ada di pasang di kawasan hutan tersebut...kalau tak salah jalan nak naik ke lata ada sign board tulih " Kawasan bintang Hijau Penceroboh akan di Dakwa"

    Dulu orang kg tebang hutan tanam durian di tangkap dan di dakwa,( tak percaya tanya tok ketua NOR di besa tidur longkap tak sebab bela org kg tanam durian tanah porih) bila towkey cina tebang balak tak dakwa pulak...

    Kalau kita betul membela Melayu ini lah masalah orang melayu...bukan nya bawak projek kambus parit tali air konon nak buat jalan,...bukan nya buat dewan serbaguna tutup sekerat...

    Regards
    tabuans

    BalasPadam
  16. Nampaknya Maklumat yang saya terima sebelum ini sama apa yang di katakan KP Larut..
    inilah realiti..maybe sapa yang betul2 orang kampung area larut..dan ambil tahu pasal masalah larut..mereka tak akan melenting dengan isu2 yang sebenarnya kita tak tahu pun..

    pasal air tanah merah adalah kerana diambil dari air bukit..saya amat mengetahui hal ini adalah kerana rumah2 sahabat saya mengunakan air bukit seperti di Batu 16 (Relau berdiri)air diambil dari bukit batu 16 (area Dusun Durian), Repoh (Lata telaga Tujuh)..waktu hujan mmg air merah..kos sebulan RM10 je setiap rumah..ini hanya inesiatif mereka sendiri untuk berjimat, bukan sebab mereka taknak masuk air dari LAP (Lembaga Air Perak). kita di perak (Area larut, matang & Selama) air begitu banyak..tak perlu risau sangat.

    Anuar,
    Pasal Universiti tu masa ketua kpg Paya dulu (Pak Chad (Arshad))dah bangkit kan isu Universiti masa zaman 90an..Amba masa tu sek rendah lagi (Masa tu pkir tak logik lasung)..isu ini kerana Batu kurau ada pusat serenti...

    Pemuda Kpg Paya

    BalasPadam
  17. Tuan...
    Sebenarnya pada tahun 99...satu majlis pecah tanah utk membina KKTM kalau tak silap saya telah dilakukan di mukim ulu selama. Selepas itu, ia hanya menjadi sejarah. Selepas itu terdengar pulak hendak dibina di Lampin berhampiran SElama.Tetapi masih belum menampakkan hasil..
    Mengikut apa yang telah diputuskan oleh kerajaan, setiap Parlimen akan dibina satu pusat kemahiran iaitu Kolej Komuniti, tetapi nampaknya itupun tidak terhasil di daerh Larut. Saya berharap kalu tak dapat U kOLEJ KOmuniti pun jadilah....

    BalasPadam
  18. terima kasih juga kita kepada kerajaan UMNO/BN yang telah meluruskan jalan Batu Kurau - Taiping , Selama - Pondok Tanjung dan bakal membina jalan antara Anak Kurau - Kamunting . Projek - projek ini juga sebahagian daripada perjuangan kita selama puluhan tahun .

    Annuar Ariffin

    BalasPadam
  19. kalo udah nama umno..dari kepala sampai kaki xda yg berani..pemuda blh gah nagn nama ja..ajak debaT..HARAM PENAKUT MAMPUIH..parti melayu tajaan british nie dh xlma..pru13 t INSYAALLAH dgn berkat doa rkyt malaysia yng dtipu oleh pmimpin umno nie,umno akn tumbang dlm keadaaan yg hina..INSYAALLAH!!!mdSaad

    BalasPadam