BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Rabu, 28 Oktober 2009

Nizar/Ngeh/Siva - 1 Malaysia Di DUN Perak

Sehingga jam 12 tengahari ini, saya menerima maklumat bahawa semua wakil pembangkang di DUN Perak telah mengambil tempat masing - masing kecuali Nizar, Ngeh dan Siva yang belum mengambil tempat duduk mereka. Memang benarlah mereka ini telah menjiwai semangat 1 Malaysia. berpakat untuk tidak duduk. Apakah tujuan mereka, belum pasti. Apa yang pasti mereka sedang dan masih cuba untuk menghancurkan masa depan rakyat Perak. UMNO / BN pula sedang bertungkus lumus untuk tetap membentangkan bajet negeri demi masa depan rakyat. Dr Zambry seorang pemimpin strategis bukan sahaja bersusah payah memerah otak untuk menyusun bajet yang terbaik untuk rakyat, mala dalam masa yang sama turut terpaksa memikirkan 'akai ' wakil - wakil rakyat PR di DUN Perak hari ini.

Setakat ini, keadaan di luar bangunan SUK tenang dan terkawal. Saya baru sahaja meninggalkan kawasan tersebut setelah keadaan tenang dan aman. Nampak jelas, jarum PR untuk mengapi-apikan sokongan rakyat tidak lagi menjadi. Rakyat sudah melihat kerelevanan UMNO/BN di Perak. PR di Perak elok muhasabah balik diri juka mereka benar - benar mahu berjuang untuk rakyat. Atau lupakan saja perjuangan mereka.

4 ulasan:

  1. tak habeh2 la depa nih..
    tak ada tindakan ka pada siva tu?
    dah salah guna macam2..
    takleh terima bukan speaker lagi?

    Pemuda Kpg Paya

    BalasPadam
  2. mintak maaf ya tuan...cuba tuan masuk dalam kampung kelian dan cuba tengok air bukit yang di minum oleh mereka. cuba pergi kampung ulu seputih, kampung maamur, kampung cherok terap, kampung pantai besar, kampung nyiur pulas....cuba tengok air yang mereka minum..

    Ini adalah kesan pembalakan, ada balak haram dan ada balak halal...cuba search pakai google berapa luas balak yang di tebang di atas banjaran bintang.

    Kesan nya, lihat sungai dan lata pantai besar,air nya kering..tetapi bila hujan lebat banjir kilat berlaku, lihat rumah-rumah org kampung berhampiran sungai, sebelum ini dalam tahun 1980 tak pernah rumah mereka di tengelami oleh air banjir, tetapi sejak pengambilan balak pada tahun 1996 ( Kalau Tak salah) banjir sudah mulai melanda kampung pulau damar, sungai ara, jemerang star, malah pekan batu kurau...lihat pang di sempeneh mengapa runtuh.

    Kalau nak saheh ada ambik balak atau tidak cuba pergi tengok dan tanya orang kat ulu Pantai Besar..kalau tak salah dekat kedai yusuf janggut tu lah balak di bawak turun...awang Stereng lah menjadi driver Hilux.

    Mengapa kawasan bintang hijau di cerobohi, papan tanda jelas ada di pasang di kawasan hutan tersebut...kalau tak salah jalan nak naik ke lata ada sign board tulih " Kawasan bintang Hijau Penceroboh akan di Dakwa"

    Dulu orang kg tebang hutan tanam durian di tangkap dan di dakwa,( tak percaya tanya tok ketua NOR di besa tidur longkap tak sebab bela org kg tanam durian tanah porih) bila towkey cina tebang balak tak dakwa pulak...

    Kalau kita betul membela Melayu ini lah masalah orang melayu...bukan nya bawak projek kambus parit tali air konon nak buat jalan,...bukan nya buat dewan serbaguna tutup sekerat, kerana nak untung lebih..

    ada banyak lagi aku nak beri tahu tapi isyaallah di lain masa...aku tengah siapkan posting di dalam blog aku, mengapa batu kurau/ larut ketinggalan siapa dalang nya, mengapa VAN umno untuk DUN batu Kurau di bawa ke Selama, sehinggakan Kapten kena beli kereta kancil, Mengapa peladang tukar tanah dengan bekas Adun...aku tengah menulis dan mencari lagi sumber berita tersebut supaya menjadi saheh.

    Regards
    tabuan

    BalasPadam
  3. tabuan..
    mu ni hatar semua comment mu kat semua tajuk kei?

    fokus kat satu tempat dah la..

    Pemuda Kpg Paya

    BalasPadam
  4. agaknya air tanah merah di Kelantan pun punca ini juga la kot. Saya dengar cerita ramai dari kalangan penyokong pembangkang sekarang ni sedang hebat menebang balak secara haram di bukit sumpitan. Tabuan tolong nasihatkan dema ni ya..

    BalasPadam