BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

BARISAN PEMUDA UMNO LARUT

Sabtu, 17 Oktober 2009

UMNO Sebagai Wadah Penyatuan

Perhimpuna Agung UMNO yang berakhir Jumaat lepas telah memberi wajah baru kepada UMNO terutamanya selepas pindaan perlembagaan UMNO.Apa yang dilakukan oleh UMNO dengan meminda perlembagaannya menandakan bahawa UMNO telah berubah dan Berani berubah . Kini selepas pindaan ini diluluskan oleh perhimpunan , UMNO telah membuka seluas - luasnya ruang dan ketelusan bukan sahaja dalam menentukan kepimpinannya , malah lebih daripada itu . Rakyat , khususnya orang Melayu sendiri harus melihat perubahan UMNO ini secara positif dan terbuka . UMNO kini benar - benar sebuah parti yang mengutamakan rakyat . Slogan Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan , benar - benar menjadi teras perjuangan UMNO .
Pemilihan pemimpin disemua peringkat hari ini terbuka kepada hampir semua ahli UMNO . Misalnya untuk menjadi calon Ketua UMNO Bahagian , hanya memerlukan seorang ahli itu telah 3 tahun menjadi ahli dan pernah menjadi sekurang - kurangnya sekali sebagai ahli jawatan kuasa di peringkat cawangan . Tiada lagi sistem kuota pencalonan dari cawangan - cawangan untuk melayakkan seseorang itu untuk menjadi calon Ketua UMNO Bahagian . Malah untuk jawatan Presiden parti juga , kelayakannya hanyalah pernah menjadi ahli jawatankuasa UMNO Bahagian sekrang - kurangnya 1 penggal . Ini bermakna , semua jawatankuasa UMNO bahagian penggal ini, layak untuk mencalonkan diri masing - masing untuk menjadi calon Presiden Parti pada pemilihan akan datang .
Sifat terbuka dan gentleman yang ditunjukkan oleh UMNO ini , seharusnya dilihat oleh seluruh rakyat bahawa UMNO kini lebih mementingkan kehendak rakyat dan akar umbi . Kepada calon - calon yang ingin bertanding jawtan - jawatan dalam parti di setiap peringkat perlu bekerja keras dan sentiasa bersama rakyat dan ahli sekiranya mereka mahu terpilih . Ini adalah kerana , pemilihan UMNO nanti akan disertai oleh semua ahli yang ada disetiap bahagian terutamanya untuk pemilihan kepimpinan bahagian . Di Larut sendiri misalnya , lebih 19,000 orang ahli UMNO akan mempunyai hak untuk mengundi dan memilih kepimpinan bahagian termasuk Ketua UMNO Bahagian . Jumlah ini sebenarnya lebih ramai daripada jumlah pengundi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya di mana - mana Dewan Undangan Negeri yang ada di Bahagian Larut ini .
Sementara itu , untuk memilih kepimpinan UMNO Pusat , jumlah pemilihnya bertambah berpuluh malah beratus kali ganda daripada apa yang pernah diamalkan oleh UMNO sebelum ini . Jika sebelum ini , lebih kurang 2600 perwakilan sahaja yang memilih kepimpinan UMNO pusat termasuk Presiden Parti . Tetapi kini , hampir 150,000 orang perwakilan diperingkat bahagian - bahagian yang akan terlibat dalam pemilihan kepimpinan UMNO di peringkat pusat .
Perubahan besar ini hanya mampu dilakukan oleh parti dan kepimpinan yang benar - benar ikhlas sahaja perjuangannya . Tanpa keikhlasan dan kesungguhan untuk membela rakyat , UMNO tidak akan mampu melaksanakan perlembagaan barunya ini . Apakah parti - parti lain , khususnya parti pembangkang yang mewar-warkan perjuangan untuk rakyat berani melakukan apa yang telah dilakukan oleh UMNO ini ? Setakat hari ini , secara peribadi saya tidak nampak bahawa ada parti pembangkang yang berani meminda perlembagaannya seperti yang dilakukan oleh UMNO . Pindaan perlembagaan UMNO ini pastinya meresahkan pakatan pembangkang,mereka kini tercari - cari bagaimanakah untuk menafikan keyakinan rakyat kepada UMNO .
Rakyat yang bijak dan rasional seharusnya sudah dapat melihat dan menyelami erti sebenar perjuangan UMNO untuk membela rakyat . Sebuah parti yang benar - benar dari rakyat untuk rakyat . UMNO kini menterjemahkan kepada rakyat , kenapakah parti keramat Melayu ini masih relevan untuk terus memimpin negara . Kalau masih ada yang merasakan bahawa perubahan UMNO ini tidak akan membawa apa - apa perubahan atau kebaikan kepada rakyat , saya dengan penuh hati terbuka meminta khalayak pembaca untuk memberikan komen .
Pindaan perlembagaan UMNO sebenarnya bukan setakat itu sahaja . ianya merangkumi hampir setiap aspek termasuk yuran , keahlian , perwakilan,kuota jawatankuasa kepimpinan setiap peringkat dan apa yang menarik diantaranya adalah semua ketua - ketua sayap diperingkat cawangan iaitu wanita , pemuda dan puteri kini menjadi perwakilan tetap ke persidangan UMNO bahagian . Ini merupakan pengiktirafan kepada golongan muda dan wanita oleh UMNO .
UMNO kini menjadi parti wadah perjuangan untuk semua rakyat . Keahliannya juga telah jauh dipermudahkan sehingga kepada ketua - ketua sayap cawangan telah berhak untuk menerima keahlian UMNO.
Kita sebagai ahli UMNO seharusnya berbangga dan yakin dengan perjuangan kita ini . inilah masnya untuk kita kembali bersatu demi masa depan generasi kita akan datang . Perpecahan hanya akan memburukkan lagi keadaan . 63 tahun dahulu kita bermula bersama - sama atas sifat kita sebagai bangsa Melayu bersama UMNO . Kini kita harus terus meyakinkan sahabat dan kaum kerabat kita yang menjauhi UMNO untuk kembali bersama demi sebuah perjuangan . Lupakan segala retorika pembangkang yang hanya mahu merebut kuasa demi kepentingan seorang dua dalam pakatan mereka . Melayu ini telah dibutakan dengan perjuangan sempit mereka . Tahukah sebahagian daripada kita bahawa selepas PRU12 yang lalu, apabila UMNO/BN gagal membentuk kerajaan di Negeri Perak , UMNO telah menawarkan kepada parti Pas untuk mewujudkan kerajaan campuran bersama UMNO/BN . Malah kita menawarkan jawatan Menteri Besar dan exco kepada semua wakil rakyat Pas . UMNO sanggup bersatu dengan Pas demi untuk memastikan tiada pengliobatan DAP dalam kerajaan Negeri Perak . UMNO telah lebih awal menghidu tindak tanduk yang akan dilakukan oleh DAP sekiranya membentuk kerajaan bersama Pas dan PKR . Namun adalah amat menyedihkan apabila Pas menolak tawaran UMNO . Pas lebih rela bersama dengan parti DAP yang terang - terangan menolak keagungan Islam daripada bersama saudara sebangsa dan seagama dalam UMNO .
Inilah yang harus dinilai oleh rakyat yang sebenarnya bermatian - matian berjuang untuk masa depan generasi kita akan datang didalam parti Pas. mereka telah dipermainkan oleh sebahagian pemimpin Pas yang tamak dan gila kuasa . Mereka lebih mementingkan agenda peribadi daripada rakyat dan perjuangan membela Agama Islam . Pas sudah jauh meninggalkan perjuangan asal mereka , Pas kini tidak lagi Islamik seperti yang mereka laung - laungkan . Malah sebahagian ideologi perjuanga mereka benar - benar telah dipengaruhi oleh komunisme DAP . Pemimpin Pas dicucuk hidung dan ahli Pas terus diperdaya DAP.
Saya menulis dan melontarkan pandangan ini , bukan diatas rasa fanatik saya kepada UMNO . Menilai parti politik untuk mentadbir sesebuah negara bukanlah seperti memilih pakaian di pasar raya . Pelbagai aspek dan kajian , andaian , teori ,pro dan kontra,hipotesis dan banyak lagi perlu diambil kira ,seandainya kita benar - benar berpolitik dan mengambil berat mengenai nasib masa depan negara kita .
Meneruskan perjuangan bersama Pas atau Keadilan ? Apakah Pas dan Keadilan hari ini lebih relevan untuk rakyat berbanding UMNO ? Sudahkah Pas dan Keadilan telah membuktikan bahawa mereka adalah sebuah parti politik yang matang dan bersifat terbuka ? Mampukah parti - parti ini melawan nafsu kepentingan mereka dengan tidak menuding jari kepada polis , tentera , SPR , SPRM dan lain - lain jabatan dan badan kerajaan atau bebas yang bertindak demi untuk keadilan tetapi tidak berpihak kepada mereka ? Selagi sifat - sifat ini tidak mampu dikikis oleh parti - parti ini , rakyat wajib menolak mereka .
Saya dalam artikel- artikel dalam blog ini , adakalanya turut menegur UMNO dan BN , paling tidak pun dari sudut pandangan saya secara peribadi sebagai ahli UMNO dan rakyat Malaysia . Atas sifat menyayangi UMNO yang menjadi parti awal penyatuan Melayu , kita harus terus memperbaiki UMNO . Sehingga ke saat ini belum ada parti Melayu lain yang mampu bertindak berani mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kepentingan Melayu dan Islam . Pas dan Keadilan seperti kehilangan arah dan kejantanan apabila kepentingan Melayu dan Islam cuba diganggu gugat . Mereka takut kepada rakan mereka DAP . Mereka takut kepada rakyat bukan Melayu negara ini . perjuangan mereka tidak lebih hanyalah untuk mendapatkan undi demi kelangsungan kuasa . Butakah rakyat yang masih mahu terus bersama mereka ini , kembalilah kepada UMNO . Biarkan sebahagian mereka terus bersama pembangkang . Melayu , Islam , negara dan rakyat harus diselamatkan . Dap-Pas-PKR bukan lagi penyelamat seperti mana yang diharapkan oleh sebahagian rakyat pada PRU 12 . Mereka telah gagal disemua negeri pemerintahan mereka.
Justeru pindaan perlembagaan UMNO beberapa hari yang lalu , harus dijadikan 'tesis' kajian oleh semua rakyat Malaysia sebelum PRU 13 . Rakyat harus mengkaji aspirasi yang dibawa oleh UMNO,kesungguhannya , keikhlasannya , ketelusannya dan yang paling penting kemampuan UMNO untuk membela setiap rakyat negara ini . 52 tahun kita bersama UMNO dan pelbagai kejayaan telah sama - sama kita kecapi . Saya percaya bahawa generasi baru hari ini , tidak pernah terlepas daripada merasai nikmat perjuangan UMNO . Amati disekeliling kita , carilah , renunglah , beleklah ...apakah yang tiada kaitannya langsung dengan perjuangan UMNO...

2 ulasan:

  1. UMNO masih yang terbaik jika di bandingkan PAS dan PKR..DAP kita buang jauh2 la.
    apa kata kita tarik semula orang2 PKR melayu kembali kepada UMNO,
    India PKR kepada MIC, PPP, etc
    Yang PAS ni yang taksub payah jugak
    nampak syafaat Nik Aziz ja

    BalasPadam
  2. saya fikir sama - sama kita perkasakan UMNO. Kita sediakan ruang legar yang menarik dan kukuh. Insaallah , Melayu akan kembali menyokong kita. UMNO dah terlali selama ini akibat kejayaan dan kuasa. Allah mahu kita muhasabah diri.

    BalasPadam